Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

dua


Bunyi muzik yang bergema kuat di gegendang telinganya sedikit pun tidak mengganggunya.

Air yang beralkohol itu diteguk rakus sehingga habis. Ini sudah kali keberapa dia meneguk air arak itu.

Sesekali dia menggelengkan kepalanya apabila sudah berasa mabuk.

"Kenapa kau buat aku macam ni, Rachel? Hiks... Aku sayangkan kau... Aku cintakan kau..." Ucap Jinyoung lalu kembali meneguk rakus air itu.

"Bro, kau dah mabuk teruk ni. Jom balik." Kata Mark selaku kawan Jinyoung. Lelaki itu turut bersimpati atas apa yang menimpa kawannya.

Jinyoung menepis kasar tangan Mark apabila Mark cuba menyentuh bahunya.

"Aku sayangkan dia tapi dia dah tak sayangkan aku.." ucap Jinyoung lagi.

"Dahlah bro, lupakan jelah dia. Orang dah taknak, nak buat macam mana.." balas Mark.

"Senang kau cakap. Dia cinta mati aku, takkan mudah untuk aku lupakan." Ujar Jinyoung.

Air arak yang masih bersisa di dalam gelas itu diminumnya namun cepat-cepat Mark menarik gelas itu daripada tangannya.

"Dah jom balik." Kata Mark lalu badan Jinyoung dipapah keluar. Lelaki itu sudah tidak sedarkan diri tetapi mulutnya masih meracau-racau memanggil nama gadis itu.

*****

Mansion's Kim...

Rachel termenung jauh. Dia rindukan lelaki itu. Sangat-sangat rindu. Setiap hari dia bertanya pada dirinya apakah lelaki itu sedang lakukan. Sihatkah dia? Sudah makankah dia? Bagaimana keadaannya? Siapa yang merawatnya ketika sakit? Namun segala persoalannya dibiarkan sahaja berlalu.

"Jinyoung, maafkan saya..." Ucap Rachel. Airmatanya jatuh buat kali keberapa dibiarkan sahaja tanpa dilap.

Biliknya yang dulu dipenuhi dengan gambarnya bersama dengan lelaki itu, kini sudah tiada. Dia memandang kosong ke sekeliling bilik itu lalu dia memeluk lututnya.

Dari jauh dia dapat melihat Tuan Kim selaku papanya sedang mengarahkan orang-orang suruhannya membuang segala apa yang berkaitan dengan Jinyoung.

Hatinya cukup sakit. Puas dia memujuk papanya supaya membiarkan sahaja barang-barang lelaki itu tersimpan kemas didalam biliknya namun dibantah sekeras-kerasnya oleh Tuan Kim.

Sekali lagi mulutnya melafazkan kata-kata maaf pada lelaki itu walaupun dia tahu lelaki itu tidak akan mendengarnya.

"Rachel..." Panggil  puan Kim manakala Rachel hanya hanya memandang sekilas ke arah mamanya lalu kembali membenamkan mukanya pada lututnya.

"Sayang..." Panggil puan Kim lagi namun tetap sahaja Rachel mengendahkannya.

Telefon bimbit milik Rachel dikeluarkan dari beg Rachel.

"Sayang, nanti mama belikan telefon dan nombor yang baru. Telefon dan nombor yang lama ni tak perlu pakai dah. Ini juga cara kamu untuk lupakan dia. Kalau kamu masih pakai nombor yang lama, kamu masih boleh berhubung dengan dia. Jadi papa arahkan untuk tukar juga telefon dan nombor yang baru." Kata puan Kim.

Sedikit pun gadis itu tidak memandang ke arah wanita itu. Dia mendengarnya tetapi kalau dia membantah tetap tidak berguna. Jadi dia membiarkan sahaja apa yang orang tuanya ingin lakukan.

Dia penat, dia sudah penat untuk menanggung semua ini.

"Jinyoung, bogoshipo..."
































































































Eheks!
Jangan lupa vomment tau 😉😘

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro