Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

tujuh

"yerim, boleh tolong ibu tak?" yerim berdehem menandakan yang dia menjawab soalan dari ibunya.

"tolong jaga adik gyehyeon boleh tak? ibu busy seminggu ni. ada orang hantar budak baru dekat taska, boleh ya? lagipun kamu kan rapat dengan gyehyeon"

yerim berfikir sejenak. kemudian dia menjawab, "ok ibu. nanti yerim jaga dia" nak taknak kena tolong jugak.

takkanlah dia nak susah mak dia sendiri. "petang ni pegilah rumah dia" yerim hanya mengangguk.

tepat pukul 1.20 petang, yerim berdiri dihadapan rumah gyehyeon. alah bukannya jauh sangat rumahnya, selang 3 rumah je.

"oh yerim, masuklah" gyehyeon yang baru bangun dari tidur, membuka pintu. habis serabai rambut dibuatnya.

"mana adik kau?ㅡ" baru saja yerim mahu bertanya, suara gahyeon sudah berbunyi ditingkat atas.

yerim cepat cepat naik ke atas. yerim menggeleng kepala. dia mendukung gahyeon. "macam manalah budak ni boleh ada dekat lantai hrm?"

hidung gahyeon dicuit. laju saja bayi itu tertawa. "kalau kau nak tidur, tidurlah. aku boleh jaga dia sorang sorang"

seraya dengan itu, yerim terus memasuki bilik yang dikhaskan untuk gahyeon. "aku mengantuk tapi malas nak tidur"

gyehyeon turut memasuki bilik gahyeon. dia baring diatas karpet. lengan dijadikan bantal.
yerim menggeleng kepala. tidur pun malas.

gahyeon membaling lego yang bersaiz besar itu ke arah abangnya. gyehyeon tertawa perlahan. yerim cuba untuk mengawal riak wajahnya.

mahu saja dia ketawa, tapi dia batalkan saja niat itu. tiba tiba loceng rumah gyehyeon berbunyi.

gyehyeon dan yerim memandang sesama sendiri. "siapa datang?" tanya yerim. namun gyehyeon hanya mengangkat bahu.

"jom gahyeon, kita turun. kita tengok siapa yang datang" gahyeon didukung lalu mereka keluar dari bilik. gyehyeon pun turun sekali.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro