Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

sebelas

yerim terjaga dari lena apabila terdengar suara gahyeon. nasiblah budak tu tengah main permainan yang ada di dekat bilik.

baru saja yerim mahu mengeliat, dia terperasan yang tangan kirinya dipegang gyehyeon selama dia tidur tadi.

gyehyeon yang ada sebelah dipandang. "mengantuk betul laki ni" kata yerim perlahan. gahyeon memandang yerim apabila terdengar suara gadis itu. terus bayi itu merangkak kearahnya.

yerim cuba menarik tangannya dari genggaman gyehyeon namun terbantut disebabkan gyehyeon tiba tiba mengetatkan genggaman tersebut.

"yerim, jangan pergi!" dahi gyehyeon yang berpeluh itu dipandang. kening yerim berkerut. 'dia ngigau ke apa?' desis hati yerim.

"jo gyehyeon, bangun" bahu gyehyeon ditepuk beberapa kali. akhirnya gyehyeon terbangun juga dari mimpi ngerinya.

"kau okay tak?" tanya yerim sebaik saja lelaki itu terjaga. dengan pantas, gyehyeon mengelap peluh yang ada didahi.

"kau mimpi apa? teruk sangat ke?" soal yerim, risau pulak dia tengok gyehyeon tiba tiba jadi macam ni.

gyehyeon meraup wajahnya. "aku mimpi buruk" balas gyehyeon. dia turut memandang adiknya yang berada dipangkuan yerim.

"gahyeon, meh sini" gyehyeon mendepakan tangannya supaya gahyeon memahami apa yang dia cuba sampaikan.

perlahan lahan gahyeon merangkak kearah gyehyeon. bayi itu tertawa gembira. yerim tersenyum kecil memandang mereka berdua.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro