lapan belas
sedang elok yerim dan chaewon tertawa bersama, datanglah dua orang lelaki yang amat dikenali mereka. siapa lagi kalau bukan gyehyeon dan yeonho.
senyuman chaewon hilang secara tiba tiba. dia alihkan matanya pada makanan. malas mahu bertentang mata dengan yeonho. lelaki itu mengeluh perlahan.
"yerim, asal kau tak bagitau aku yang kau keluar? nasib baik kau ada dengan chaewon" gyehyeon duduk di kerusi sebelah yerim. wajahnya nampak begitu marah dan hampa pada yerim.
yerim memandang lelaki itu dengan pandangan pelik. "kau ni dah kenapa nak marah marah aku?" mulut gyehyeon terbuka menandakan yang dia tak percaya dengan jawapan yerim.
"kenapa kau tanya? kalau kau kena culik macam mana? apa aku nak jawab dengan mak kau nanti?" yerim terdiam manakala chaewon hanya menggeleng kepala.
yeonho duduk disebelah chaewon setelah keluar dari kedai. satu mangkuk megi diletak dihadapan chaewon. gadis itu ambil saja. rezeki jangan ditolak.
chaewon masuk kedalam kedai semula. buat apa? nak isi air panaslah. yeonho turut mengikut gadis itu, mana tau dia boleh pujuk. gyehyeon dan yerim ditinggalkan.
"yelah yelah, aku minta maaf. aku cuma nak keluar kejap je" yerim menunduk. bibirnya dimuncungkan sedikit. gyehyeon tersenyum. pipi yerim dicubitnya.
"aku maafkan, lepas ni jangan buat lagi tau?" yerim mengangguk kepala bagi menjawab pertanyaan gyehyeon. "kau.. tak nak makan ke?"
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro