Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

enam belas

yerim tergamam melihat keluasan rumah yeonho. cantik betul ruangan dibelakang rumahnya. "dah lama aku tak pegi sini. banyak jugak mak kau tanam pokok baru"

yeonho mengangguk kepala tanda setuju. "oh, kejap lagi jiran aku ada datang nak bagi something. korang tak kisah kan?" yerim dan gyehyeon menggeleng kepala.

"ok cun. korang duduklah dulu. tak penat ke asyik berdiri je dari tadi?" kening yeonho berkerut. gyehyeon tergelak, dia duduk dikerusi yang disediakan. telefon dikeluarkan.

yerim membuang masa dengan hanya mencuci mata. dia melihat kawasan perumahan yeonho. orang kaya saja yang mampu duduk disini.

tiba tiba mata yerim teralih kepada seorang gadis yang sedang kelam kabut berlari kearah rumah yeonho. tapi rumahnya dekat sebelah je. kenapa perlu lari?

tanpa membuang masa, gadis itu terus membuka pintu belakang rumah yeonho. gyehyeon nampak terkejut, dia memandang yerim dan gadis itu beberapa kali.

gadis itu tertunduk memegang lutut. penat berlari mungkin? setelah dia selesai menarik nafas, dia bangun semula. "er? kawan yeonho ke?" tanya gyehyeon.

perlahan lahan gadis itu mengangguk. peluh dilap menggunakan hujung baju. "oh, dah sampai dah. mana barangnya?" tanya yeonho polos.

dia juga menarik gadis itu jauh dari gyehyeon dan yerim. gadis itu berdecit. fail yang berwarna hitam itu diserahkan. "wow, terima kasih!" baru saja yeonho mahu menyerabutkan rambut gadis ituㅡ

ㅡgadis itu terlebih dahulu menepis tangan yeonho dengan kasar. "lepas ni aku taknak tolong kau dah. buat sendiri"

baru saja gadis itu mahu keluar dari halaman rumah yeonho. dia terdengar suara ibu yeonho sedang memanggil namanya. serta merta dia memusingkan badan.

"eh chaewon, dah nak balik ke? meh lah join kitorang. yeonho kata dia ada ajak chaewon datang" kata ibu yeonho lembut. chaewon mengetap bibir.

"takpelah makcikㅡ" belum sempat chaewon menghabiskan percakapannya, yeonho terlebih dahulu menarik lengannya. chaewon memandang lelaki itu atas bawah.

"jomlah, boring lah kalau takde kau. nanti aku takde kawan" yeonho sengaja memuncungkan bibir. mahu saja chaewon lepaskan tangannya. namun dia perlu berlakonㅡ

ㅡsementara ibu yeonho masih ada dihadapan mereka. "eh. korang masuklah, tak lapar ke?" ibu gyehyeon yang tadi diruang tamu, kini kebelakang mencari anak terunanya.

"mestilah lapar ibu! ada makanan apa?" tanya gyehyeon gembira. dia menarik yerim bersama. "pergilah masuk makan chaewon, macam tak biasa pula"

chaewon tersenyum manis walhal dia sedang kekok. dirinya ditarik yeonho sehinggalah keruang tamu.

masya Allah, panjangnya

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro