enam
"aku pegi buang sampah kejap. kau tunggulah dekat sini" gyehyeon mengangguk kepala, yerim letakkan beg lalu tong sampah dituju.
selepas membuang sampah, mata yerim terpaku pada satu dompet berwarna pink cair.
yerim memandang kiri dan kanan.
tiba tiba dia terpandang seorang perempuan yang bajunya sama seperti dompet yang dia nampak tadi.
dompet tadi diambil. "maaf. tumpang tanya, ni awak punya ke?" dompet tadi ditunjuk. "ah memang saya punya. jumpa dekat mana ya?"
yerim menuding kearah tepi tong sampah. gadis itu menghela nafas lega. baru saja gadis itu mahu ambil, yerim tarik semula.
"macam mana kalau dompet ni bukan awak punya?" kening yerim berkerut. gadis itu hanya tersenyum nipis.
"kalau awak tak puas hati, check lah" yerim terus membuka dompet tersebut. "wong gahei? 1997ㅡ oh ni nama akak ke?"
"yerim, lamanya buang sampah" gyehyeon datang bersama beg yerim. dia lihat saja dari jauh, tapi bila dah lama sangat,
dia pun jadi takut. mana tau jadi apa apa dekat yerim. "gambar pasport tu sama tak muka dengan muka akak?"
gadis yang bernama gahei itu menuding kearah diri sendiri. perlahan lahan yerim mengangguk. diberinya dompet itu semula.
"nah akak. sorry sebab cara percakapan saya kasar tadi" yerim menunduk kepala sedikit. "takpe, bagus jugak awak buat macam tu.
nanti boleh lah awak tangkap pencuri. by the way, terima kasih ya? ni siapa, boyfriend?" jari gadis itu menuding kearah gyehyeon.
dengan cepat, yerim terus menggeleng kepala. "takdelah, kawan je. akak takde boyfriend ke?" yerim cuba menukar soalan.
"oh takde. macam awaklah, saya dengan dia kawan je" bibir gadis itu tersenyum kelat. tiba tiba matanya teralih keseberang jalan.
"tu pun dia. panjang umur" gahei menuding kearah lelaki yang berambut blonde yang berada di seberang jalan itu.
lelaki itu melintas selepas kereta sudah tiada. "dah jumpa ke?" gahei mengangguk mendengar pertanyaan lelaki itu.
"eh siapa ni?" mata lelaki itu beralih pada yerim dan gyehyeon. "ah, perempuan ni lah yang jumpa dompet aku. oh lupa, nama apa ya?"
"yerim, choi yerim. dia ni jo gyehyeon" lelaki itu mengangguk menandakan yang dia faham. "couple ke?"
buat kali kedua, yerim menggeleng. "kawan je" sekali lagi, lelaki itu mengangguk. "oh, aku bae hoyoung. korang ni student last year ke?"
"haah" jawab gyehyeon. "oklah, kitorang gerak dulu ya? terima kasih yerim" gahei melambai kearah mereka berdua.
setelah mereka berdua beredar. yerim dan gyehyeon pun pulang kerumah. masing masing hanya berdiam diri.
amboi. panjang pulak kalini
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro