Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

empat

yerim yang sedang elok tidur dikelas, terjaga apabila earphone yang ada ditelinga kanannya dicabut perlahan.

yerim membuka mata, dia perasan yang gyehyeon sedang memasukkan earphone itu kedalam telinganya.

"lagu apa yang kau dengar ni?" tanya gyehyeon ingin tahu. namun yerim hanya berdiam diri saja. malas mahu menjawab.

dia sambung menutup mata. lagu moment yang dinyanyikan oleh kumpulan veryveri itu buatkan dia terbuai dalam mimpi.

gyehyeon tersenyum. dia letakkan tangan kanan dipipi bagi menyokongnya untuk menatap wajah yerim.

rambut yerim diusap perlahan. kenapalah yerim tak sedar yang selama ini gyehyeon ada perasaan terhadapnya.

bunyi loceng sekolah buatkan yerim terjaga. gyehyeon terus mengangkat tangannya dari kepala yerim.

"dah boleh balik ke?" tanya yerim sebaik saja dia buka mata. tangan menyapu wajah yang kepenatan. gyehyeon mengangguk kepala.

"jomlah balik" ajak yerim. dia sudah menggalas beg. gyehyeon memandang yerim yang sudah bergerak seorang diri.

yerim memalingkan badan ke belakang. dia perasan yang gyehyeon tak berganjak pon dari tempatnya. "kau tunggu apa? cepatlah"

perlahan lahan gyehyeon tersenyum. "aku saja je nak test kau. mana tau kau lupa aku" gyehyeon menggalas beg.

"macam macam lah kau ni. boleh tak kita pegi makan kejap lagi? aku laparlah" yerim membuat muka menahan lapar.

gyehyeon mengangguk. dia pun lapar jugak. "kau ke, aku yang belanja?" tanya yerim. gyehyeon menuding kearah dirinya.

"yeay gyehyeon belanja!" sorak yerim gembira. gyehyeon tergelak melihat telatah yerim. jarang dia jadi macam tu.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro