dua puluh
yerim memandang pantai yang luas terbentang dihadapan. dengan angin yang kuat menyapa dirinya, lagi buatkan dia rasa seperti sedang terbang.
gyehyeon yang ada ditepi yerim, hanya tersenyum. seronok dia dapat lihat yerim gembira. "yerim, kau nak aiskrim tak?" tanya gyehyeon, yerim terus mengangguk kepala.
"jom" tangan yerim ditariknya. "ibu, gyehyeon pergi kedai aiskrim tu sekejap!" selepas menerima anggukan dari puan jo, yerim dan gyehyeon terus menapak ke kedai aiskrim tersebut.
"kau nak aiskrim apa?" tanya gyehyeon, mata yerim masih belum lepas dari memandang aiskrim yang ada dibawah kaca besar itu. "gyehyeon, aku nak aiskrim vanilla, toping dia ceri"
gyehyeon mengangguk lalu aiskrim yerim diorder. tak lupa juga aiskrim dia. "terima kasih" ucap mereka berdua lalu kedai aiskrim dikeluar.
mata yerim teralih pada seorang gadis yang tak jauh dari situ. dia seperti mengenal gadis tersebut. yerim buat keputusan untuk lihat gadis itu dengan lebih dekat.
"gyehyeon, kau pergilah sana dulu. aku nak pegi jumpa orang kejap. kejap je! janji" yerim mengangkat sumpah supaya lelaki itu percaya akannya. gyehyeon mengangguk.
"jaga diri tau" rambut yerim diusap perlahan. yerim teragak agak mahu mengangguk. malu pula dia tiba tiba. "a-aku pergi dulu" seraya dengan itu, bangku yang diduduk gadis itu dituju.
perlahan lahan yerim menegur. "gahei unnie?" gadis yang bernama gahei itu memaling kepala. "eh yerim, buat apa dekat sini? meh la duduk" sapa gadis itu.
yerim mengeluh lega. nasiblah dia tegur orang yang betul. "family gyehyeon ajak yerim pergi bercuti sekali. unnie pulak?" aiskrim tadi disuap kedalam mulut. takut cair pula.
"ah, unnie datang sini sebab.. saja. tenangkan diri sekejap" gahei tersenyum tipis. "unnie ada gaduh dengan hoyoung ke?" tanya yerim ingin tahu. "tak gaduh pon. unnie cuma bagitauㅡ
ㅡperkara sebenar je, tapi itulah. yerim faham kan?" perlahan lahan yerim mengangguk. kasihan pula dia dengan gahei. "yerim, unnie nak tanya. yerim suka gyehyeon ke?"
yerim memandang gahei dengan mata yang agak membulat. "takdelah, yerim tak suka dia pon. dia kan kawan yerim" balas yerim perlahan. matanya sesekali memandangㅡ
ㅡkearah gyehyeon yang ada tak jauh dari sana. "betul?" yerim terdiam. angguk tidak, geleng pun tidak. "sementara dia tak jumpa orang baru lagi, yerim confess lahㅡ
ㅡtakut melepas pula. yerim, unnie pergi dulu ya?" seraya dengan itu, gahei bangun dari bangku lalu teksi yang berdekatan dipanggil. "bye bye unnie!" jerit yerim.
gahei hanya melambai. setelah teksi yang dinaiki gahei pergi, yerim perlahan lahan pergi ke pantai semula. bekas aiskrim yang sudah habis tadi dibuang.
kata kata gahei tadi terngiang difikirannya. perlu ke dia beritahu perkara sebenar? gyehyeon memalingkan badan kebelakang apabila ternampak yerimㅡ
ㅡsedang berjalan kearahnya. lelaki itu tersenyum. yerim mengetap bibir. dengan segala tenaga yang ada, dia lari kearah gyehyeon.
setelah sampai disana, tubuh lelaki itu terus dipeluknya. terkedu gyehyeon dibuatnya. "kenapa ni? ada benda jadi ke?" tanya gyehyeon risau.
setelah berminit yerim berdiam diri. dia beranikan diri untuk membuka mulut. "tak ada apa apa jadi pun" yerim menyandarkan kepalanya di dada gyehyeon.
dapat dia dengar degupan jantung gyehyeon. "habistu, kenapa kau peluk aku?" tanya gyehyeon ingin tahu. tangannya perlahan lahan menepuk belakang yerim.
"saja" gyehyeon berdehem menandakan yang dia faham. "gyehyeon, sebenarnya aku..." yerim mengetap bibir. "aku apa?" tanya gyehyeon ingin kepastian.
"aku... suka kau. dari dulu lagi" yerim menutup mata, malu. gyehyeon tertawa perlahan. rambut yerim diusap perlahan. "aku pun" yerim mengangkat kepala.
"betul ke?" gyehyeon mengangguk laju bagi menjawab soalan yerim. "terima kasih" ucap yerim gembira. gyehyeon balas dengan anggukan. kepala yerim diusap kembali.
the end
terima kasih kerana membaca.
berries chapter 3 coming soon ^^
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro