Jèòñģ Ýùñhò 08
Aku mengemas bukuku apabila lonceng berbunyi menandakan waktu rehat tiba.
Aku berhenti mengemas barangku apabila melihat Yunho berdiri lalu berjalan keluar dari kelas dengan wajah yang bengis.
Masa aku kacau dia buli budak junior, tak adalah pulak dia tayang wajah bengis tu.
Hmmm...
Aku memandang Hyunwoo yang berada duduk di belakang meja Yunho.
Aku nak tahu sangat identiti lelaki tu.
---
Aku meletakkan air kotak susu di sebelah Yunho yang sedang makan.
Dia memandang aku pelik.
"Mi-Minumlah. Aku belanja" kataku teragak-agak.
Dia sambung makan makanannya.
Aku pandangnya serba salah.
Aku nak tanya kalau dia kenal Hyunwoo. Tapi dengan muka dia macam tu, aku takutlah.
"Kenapa kau masih berdiri dekat sini? Kau nak cakap apa-apa dengan aku ke?" Soalnya.
"H-Ha? T-Tak ada lah."
Baru sahaja aku nak pergi dari situ, dia memegang tanganku.
"Cepat cakap apa yang kau nak tanya pada aku?" Ujarnya.
Aku menelan air liur. Takut melihat wajahnya.
Aku duduk di sebelahnya teragak-agak.
"Emm...awak...kenal ke Hyunwoo tu?" Soalku takut-takut.
Dia berhenti menyuap makanannya ke dalam mulutnya.
Dia membasahkan bibirnya dengan lidah lalu memandang aku.
"Mian. Aku tak nak jawab soalan tu" ujarnya lalu bangun.
Aku mendongakkan kepalaku memandangnya yang tinggi.
"Lebih baik kau jauhkan diri kau dari dia" nasihatnya sambil membawa air kotak susu tu pergi.
Aku mengeluh.
Nampak sangat Yunho kenal dia. Mesti ada masalah antara mereka berdua.
---
Aku menunggu Gunho iaitu adik kepada Yunho.
Seorang lelaki berjalan ke arah aku.
Aku rasa dialah adik Yunho sebab wajah mereka dekat sama.
"Awak Gunho ke?" Soalku padanya.
"Nae. Saya Gunho"
"Selamat berkenalan" kataku mesra.
"Selamat berkenalan juga" balasnya.
"Duduklah" pelawaku.
"Terima kasih" ucap Gunho lalu duduk di sebelah aku.
"Kenapa awak nak jumpa dengan saya?" Soalku ingin tahu.
"Saya nak jumpa Sunbae sebab nak bincang pasal Hyung saya"
"Hyung awak? Awak maksudkan Yunho ke?"
"Nae"
"Kenapa dengan dia?"
"Sunbae mesti tahu yang dia suka buli budak juniorkan?"
Aku menganggukan kepalaku.
"Dia buat semua tu sebab Appa kami"
Berkerut dahiku mendengarnya.
"Appa korang? Saya tak faham"
"Appa kami terlalu mengokong Yunho Hyung sebab dia nak jadikan Hyung sebagai pewaris syarikatnya"
Ouhh...
Jadi Yunho ni di kira anak orang yang beradalah ni.
"Jadinya, dia membuli sebab nak lepaskan kemarahan dia? Macam tu?"
"Nae."
"Tapi kebelakangan ni dia dah tak buli sesiapa. Appa korang dah berhenti mengokong Yunho ke?"
"Tak. Appa kami masih mengokong dia. Saya pun terkejut apabila dapat tahu, Hyung dah tak buli."
Emmm....pelik.
"Ha! Awak kenal Jeong Hyunwoo tak? Dia pelajar baru dekat sekolah ni" soalku.
"Jeong Hyunwoo?!"
"Wae? Wae? Wae?"
Kelihatan wajah Gunho penuh dengan kerisauan.
"Hyunwoo Hyung sepupu kami. Dia anak kepada abang Appa kami. Mereka berdua saling bermusuhan." Beritahu Gunho.
"Jinjja?! Apa yang membuatkan diorang jadi musuh?"
"Hyunwoo Hyung cuba mencabul seorang yeoja. Tapi pada masa yang sama, Yunho Hyung jumpa mereka berdua dekat bilik.
Sebelum Yunho Hyung bagitahu Appa Hyunwoo Hyung, Hyunwoo terlebih dahulu merasuah yeoja tu. Hyunwoo Hyung suruh yeoja tu cakap dengan Appa kami yang Yunho Hyung cuba mencabulinya.
Appa kami sangat marah pada Yunho Hyung. Itu sebab Appa kami mengokongnya dan di sebabkan itulah mereka berdua bermusuhan."
Ouhh...macam tu rupanya...
Patutlah Yunho suruh aku berjauhan dengan Hyunwoo tu.
"Jadi...Gunho nak Sunbae buat apa?"
"Saya merasakan Yunho Hyung berhenti membuli di sebabkan Sunbae"
"N-Nae?! Disebabkan Sunbae? Sunbae tak buat apa-apa pun"
"Memang Sunbar tak buat apa-apa. Tapi Sunbae dah menyentuh hatinya."
"Menyentuh hati dia? Apa maksud Gunho?"
"Cinta"
"C-Cinta?"
"Nae. Cinta. Beberapa hari ni Yunho Hyung selalu lihat nombor telefon Sunbae yang Sunbae tulis dekat kertas. Gunho dapat nombor telefon Sunbae pun dari kertas tu"
"Jadi...apa kena mengena cinta dengan pandang telefon sunbae?"
"Sunbae. Sepanjang Gunho jadi adik dia, Gunho tak pernah tengok dia macam tu. Gunho 100% pasti yang dia jatuh cinta dengan Sunbae."
Aku tergamam seketika mendengar apa yang dikatakan oleh Gunho.
"Sunbae. Sunbae je yang boleh ubah Yunho Hyung. Dia akan percaya pada orang yang dia sayang. Maafkan saya sunbae. Saya terpaksa pergi sekarang. Kita jumpa lagi nanti. Selamat tinggal"
Aku menganggukan kepalaku lemah.
Gunho pergi meninggalkan aku seorang diri yang masih bingung.
Yunho...
Jatuh cinta dengan aku?
Tak mungkin Yunho jatuh cinta dengan aku yang tidak setanding dengan dia.
Baru sahaja aku nak pergi, aku terserempak dengan Yunho.
Kami saling pandang antara satu sama lain.
Yunho...
Betul ke kau suka aku?
TBC
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro