Jèòñģ Ýùñhò 07
"Oppa, Minji pergi dulu" kataku lalu membuka pintu kereta.
"Minji jakaman"
Aku masukkan balik kaki aku yang berada di luar kereta.
"Waeyo?" Soalku pelik.
Minjae Oppa tanggalkan penutup mata yang menampakkan aku macam Pirate tu.
Dia melihat mataku teliti.
"Mata Minji dah okey" beritahu Minjae Oppa.
"Jinjja? Jadi Minji tak perlu pakai penutup mata ni?"
"Nae"
"Yeay! Akhirnya mata aku bebas juga" kataku teruja.
"Dah pergilah masuk sekolah sana. Lambat pulak Oppa sampai hospital"
"Oh. Okey. Jumpa malam ni."
"Nae..."
Selepas kereta Minjae Oppa hilang dari pandangan aku, aku berjalan masuk ke dalam kawasan sekolah.
OH?
Itu Yunho!
Aku berlari ke arahnya.
"Hai!" Sapaku peramah.
Dia tidak membalas apa-apa.
Aku melihat telinganya yang di sumbat dengan earphone.
Hm. Patutlah...
Semasa aku nak tanggalkan earphonenya itu, dia memusingkan tubuhnya ke arah aku.
Aku menjadi beku apabila kedudukan kami sangat dekat.
Hanya beberapa cm sahaja wajahku nak tersentuh dadanya.
Mataku terkebil-kebil dan wajahku kemerahan.
"Kau nak apa?" Soal Yunho sambil menanggalkan earphonenya.
Aku mengemam bibirku lalu mengundurkan diri.
"Emmm...t-tak ada apa." Jawabku.
Yunho menjeling aku lalu memakai semula earphonenya.
Dia berjalan pergi.
Aku mengikutinya dari belekang.
---
Aku memegang daguku sambil melihat Yunho yang sedang meletakkan kepalanya di atas meja.
Hmm...kebelakangan ni dia tidak buat perkara jahat tu.
Bagus...
Ada perubahan.
Terhincut bahuku apabila telefon aku berbunyi secara tiba-tiba.
Aku menyeluk kocek kot bajuku dan melihat skrin telefon aku.
Nombor tidak kenali menelefon aku.
Hmm...siapa eh?
Jawab atau tak payah?
Emm...
Jawab jelah.
▪▪▪■■■▪▪▪
yobosaeyo?
Yobosaeyo.
Ini...Kim Minji sunbaenim ke?
Nae. Saya Kim Minji.
Ni siapa?
Saya Jeong Gunho,
adik kepada
Jeong Yunho.
A-Adik..Yunho?!
Nae.
Saya adik Yunho.
Okey...
Tapi kenapa awak telefon
saya?
Saya nak
jumpa dengan sunbae
selepas habis sekolah ni boleh?
Bo-Boleh.
Tapi...untuk apa?
Saya akan bagitahu sunbae
selepas kita jumpa nanti.
Hm. Baiklah.
Kita nak jumpa dekat mana?
Dekat Taman sekolah
Okey baiklah.
Kita jumpa dekat sana nanti.
Terima Sunbae
Sama-sama
▪▪▪■■■▪▪▪
Adik Yunho?!
Aku tak tahu pulak dia ada adik.
Tapi... kenapa adik dia nak jumpa aku?
---
Semua mata memandang ke arah lelaki yang mengikuti Hong Saem dari belakang.
"Siapa tu?" Soalku pada Yeoreum yang berada di sebelah aku.
Yeoreum mengangkat bahunya tanda tidak tahu.
"Selamat pagi semua. Perkenalkan pelajar baru kita, Jeong Hyunwoo." Kata Hong Saem.
"Annyeonghasaeyo, Jeong Hyunwoo imnida" sapanya.
Hmm...
Aku kenal senyuman tu.
Senyuman jahat.
"Hyunwoo. Kamu boleh ambil tempat kosong yang ada dekat belakang tu" kata Hong Saem sambil menunjuk ke arah meja kosong yang berada di belakang Yunho.
"Baiklah Saem"
Aku hanya memerhatikannya yang berjalan melepasi aku.
Tapi aku peliklah.
Masa dia nak pergi ke tempatnya, dia hanya merenung Yunho.
Yunho juga turut merenungnya.
Hmmm....
Diorang kenal antara satu sama lain ke?
TBC
Penambahan watak
Jeong Hyunwoo
Dr. Yoon Areum
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro