BAD[AR]: 25 (ya, saya update. anda tak bermimpi)
Suasana dalam kereta itu sunyi sama seperti perjalanan mereka sebelum ini. Badrul membuang pandang ke luar tingkap sambil melayan perasaan. Iffat turut berbuat perkara sama. Namun tak lama apabila salah seorang daripada mereka membuka mulut.
"Seronok jadi tumpuan semua orang? Puaslah kan hati kau sekarang sebab dapat rampas tempat aku?" Iffat berpeluk tubuh.
Badrul menghela nafas dalam. "Aku tak rampas apapun daripada kau, Fat. Dah itu permintaan pengawas lain."
"Tapi kau boleh tolak kan? Yang kau main terima cakap diorang lepastu ikut membabi buta kenapa?" Suara Iffat dah meninggi. Langsung tak endah akan pandangan Pak Yatt di balik cermin pandang belakang.
Badrul diam saja. Malas hendak berbalah. Tambahan pula hari ini Badrul berpuasa sunat hari Isnin. Tak patut rasanya dia melopongkan pahala puasa dengan bergaduh tentang hal remeh-temeh sebegini.
Bengang Iffat jadinya melihat tingkah Badrul. Disebabkan tiada modal lain untuk dibangkitkan, Iffat menyandarkan badan ke belakang kerusi. Hati yang panas cuba dipujuk supaya reda sendiri.
Kereta yang dipandu oleh pemandu peribadi keluarga mereka berhenti di tepi jalan. Badrul memerhati kawasan sekeliling. Betul-betul berhampiran dengan kedai buah.
"Pak Yatt nak beli buah sikit. Badrul dan Iffat nak pesan apa-apa?" soal lelaki tua itu.
Badrul sekadar menggeleng sambil menghadiahkan senyuman nipis.
"Iffat?"
"Nak beli, beli jelah pak cik!" balas empunya badan bersama mata tertutup. Pak Yatt angguk menurut lalu keluar dari kereta meninggalkan dua beradik itu sendirian.
"Tak elok kau cakap macam tu pada orang yang lebih tua. Mummy dan daddy pun tak pernah ajar kita macam tu," tegur Badrul. Tahu Iffat belum lelap sepenuhnya.
Iffat merengus kuat. Kelopak matanya dibuka lalu jelingan tajam dihadiahkan kepada Badrul.
"Boleh tak kau tak payah nak berlagak alim kat sini? Nak tunjuk kat siapa? Aku? Memang aku tak pandanglah!" bentak Iffat.
"Apa masalah kau sebenarnya? Asyik-asyik tak puas hati dengan aku. Aku ada buat salah ke?" Badrul cuba mencari punca. Hubungan mereka adik-beradik tidak pernah jernih. Ada sahaja perkara yang hendak dibalahkan. Kadang-kadang dia rasakan seperti Iffat bermusuh dengannya.
Senyuman sinis tersungging di tepi bibir Iffat. "Senang cerita macam ni jelah. Aku tak suka ada orang yang dapat lebih daripada aku. Terutamanya kau. Kalau nak aku layan kau baik-baik, jangan pernah duduk atas daripada aku. Aku tak suka."
Sedang elok pula Pak Yatt masuk ke dalam kereta bersama plastik buah di tangan. Bungkusan tersebut diletakkan di bawah kerusi sebelah pemandu. Perjalanan menuju ke rumah diteruskan.
Badrul masih tergamam memikirkan kata-kata Iffat.
𖣔𖣔𖣔
"Mummy... mummy! Ooo Mummy!" Ruangan bawah rumah banglo dua tingkat tersebut bergema dengan suara Iffat. Merata kakinya menapak mencari kelibat si ibu.
Puan Heliza yang sedang menyiram pokok di halaman belakang memicingkan telinga apabila dipanggil. Pantas dia menyahut, "Mummy kat belakang ni!"
Iffat berlari laju mendapatkan ibunya. Senyumannya langsung melebar sehingga ke telinga tatkala susuk tubuh Puan Heliza menyapa pandangan mata.
"Mummy!" Puan Heliza dipeluk erat dari belakang. Iffat pejamkan mata, tak sabar rasanya hendak memberitahu sebuah berita gembira.
"Haih kenapa dengan kamu ni Iffat? Susah Mummy nak siram pokok ni," balas Puan Heliza.
Iffat tersengih sebelum perlahan-lahan melepaskan pelukannya. "Kejap eh... Iffat nak tunjuk something ni kat Mummy."
Sekeping kad berwarna kuning dikeluarkan dari beg sekolah. Laporan keputusan prestasi dirinya sempena Peperiksaan Pertengahan Tahun yang telah berlangsung.
"Taraaaaa! Iffat dapat nombor 1 dalam kelas, Mummy!" ujarnya, bangga.
"Iya? Wah..." Puan Heliza melopong kagum. Tingkahnya menyiram pokok terhenti. Kad di tangan Iffat diambil lalu ditilik satu persatu.
"Hebatnya anak mummy," puji Puan Heliza lagi. Iffat tersenyum bangga sambil berpeluk tubuh. Dirinya seperti di awang-awangan tatkala menerima pujian dari si ibu.
"Bad pula dapat nombor berapa? Iffat tahu tak?"
Iffat buat tak endah. Soalan daripada si ibu dibiar sepi. Sebaliknya laju dia menukar topik perbualan mereka.
"Mummy happy kan dengan result Iffat? So, malam ni jom kita dinner kat luar Mummy!" ajaknya penuh harapan agar Puan Heliza tak menolak.
Lama wanita itu diam tanpa sebarang kata. Serba-salah rasanya untuk menghampakan permintaan Iffat. Tapi...
"Sorry sayang, malam ni tak boleh la. Mummy kena teman daddy makan malam dengan client," ujar Puan Heliza. Tak sanggup rasanya menatap riak wajah kecewa Iffat. Apakan daya, jadualnya sudah sedia penuh.
Seperti dijangka, riak muka Iffat berubah kelat. Hilang sudah pandangan matanya yang tadi bersinar menanti jawapan.
"Tak apalah, mummy tengah sibuk. Iffat tak nak kacau." Dia berpaling, ingin melangkah masuk semula ke dalam rumah bersama kekecewaan yang bersarang di hati.
Puan Heliza sendiri terasa ralat dengan dirinya sendiri. Namun tak lama apabila dia teringatkan sesuatu.
"Iffat, minggu depan boleh? Hari yang sama Bad balik dari Pahang kita sekeluarga dinner kat luar. Waktu itu baru mummy dan daddy free."
Kaki Iffat terhenti daripada meneruskan langkah.
'Badrul.'
'Waktu itu baru mummy dan daddy free.'
Iffat mengeluh berat. Hakikatnya, Badrul nombor satu untuk mereka. Dia jatuh nombor dua.
Salam & hai semua. Lama rasanya tak menulis. Terasa kekok pun ada hahah
Masih ada lagi bersama BAD[AR]?
Doakan saya diberi kekuatan dan ilham untuk terus menulis. Kita cuba leraikan "formula" BAD[AR] slow2 keyh? hihi <3
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro