Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAD[AR]: 21

"Badrul Qowiy."

Berpasang-pasang mata di dalam kelas itu tertumpu ke arahnya. Qowiy bangkit lalu berjalan perlahan-lahan mendapatkan Cikgu Zakiah di hadapan. Entah apalah keputusan report card untuk kali ini.

Melihatkan jelingan tajam daripada guru kelas itu pun dah membuatkan Qowiy kecut perut. Bila difikirkan balik, Qowiy sendiri pelik. Kenapa dia perlu takut? Bukankah selama ini dia tak pernah kisah tentang pelajaran?

Buku nipis berwarna hijau itu bertukar tangan.

"Saya nak awak buka report tu depan saya. Se. Ka. Rang!" arah Cikgu Zakiah dengan suara lantang.

"Err... kalau tak buka tak boleh ke cikgu?" Qowiy bertanya, mengelat.

Cikgu Zakiah lantas menjegilkan mata tanda membangkang. Tahulah Qowiy bahawa dia tiada jalan lain selain hanya menurut.

Dia tertanya-tanya. Apa tujuan sebenar Cikgu Zakiah buat macam ini? Nak malukan dia depan satu kelas ke? Qowiy memasang prasangka.

"Termenung apa lagi tu? Cepatlah!"

Cepat-cepat Qowiy menurut. Keputusan laporan itu ditenung. Seperti biasa, tiada apa yang berubah. Dia berjaya mengekalkan prestasinya di takuk yang sama.

Qowiy mencari wajah Cikgu Zakiah di sebelah.

"Apa yang tak kena dengan result saya cikgu? Saya tengok okey je. 9 E semuanya. Cantik! Nampak seragam," tutur Qowiy dengan nada selamba. Langsung tak rasa apa-apa.

Murid-murid lain yang mendengar terlopong mulut. Sekali dengan pandangan tak percaya. 9 E? Gilalah! Ini jawab soalan pakai otak ke siku?

Cikgu Zakiah sudah bercekak pinggang. Gigi gerahamnya bertemu. Lahar amarahnya bila-bila saja boleh meletus. Anak muridnya nan seorang ini memang sering menguji kesabaran dirinya sebagai pendidik.

Namun, fikiran guru itu masih rasional. Sedar dia kini berhadapan dengan pelajar bermasalah sekolah. Jadi mahu atau tidak, untuk kali ini api kemarahan yang sedang menggelegak perlu ditahan sedaya upaya. Nafas dalam dilepaskan.

"Qowiy... sampai bila awak nak macam ini? Tak malu dengan kawan-kawan?" Kali ini nada guru itu mengendur. Suaranya juga bertukar lembut.

Qowiy menggelengkan kepala.

"Buat apa saya nak malu? Gagal itu kan sebahagian daripada proses pembelajaran."

"Saya tanya, ada awak ambil pengajaran?"

"Soon. I will," ujar Qowiy dengan yakin seraya membalas pandangan guru Bahasa Melayu itu. 

Jawapan Qowiy lantas membuatkan guru perempuan itu berdecit.
"Dah terlambat untuk awak sedar. Ini result akhir tahun. Tak ada apa yang boleh diperbetulkan lagi."

"Peluang untuk berjaya takkan pernah habis selagi seseorang itu berkeinginan untuk mencapainya, cikgu," cantas Qowiy.

Riak muka Cikgu Zakiah berubah. Agak terkejut mendengar balasan daripada anak muridnya.

"Saya akan buat yang terbaik untuk tahun depan. Tahun SPM. Tahun terakhir saya bergelar pelajar. I save the best for the last." Penuh yakin dan semangat kata-kata itu dilontarkan. Entah, Qowiy sendiri tidak pasti bagaimana tekad dalam dirinya wujud. 

Seisi kelas bertukar sunyi. Masing-masing terpegun dengan kesungguhan kata-kata Qowiy kali ini. Jujur, tak pernah mereka lihat Qowiy seserius ini.

Cikgu Zakiah terlebih dahulu mengangkat bendera putih. Dia mengalah.

"Kalau macam itu saya pegang kata-kata awak, Qowiy. Buktikan pada saya dan kawan-kawan lain," balas Cikgu Zakiah sekali gus memberikan cabaran baru buat Qowiy.

𖣔𖣔𖣔

Cuti sekolah akhir tahun telah bermula. Pagi itu setelah menunaikan solat subuh, Qowiy duduk bersendirian di atas katil. Jemarinya ligat mencari nama Badrul di permukaan skrin telefon.

"Bad! Kau dah solat subuh belum?" tanya Qowiy sebaik saja panggilan bersambung.

Badrul di hujung talian segera menjarakkan sedikit telefon daripada cuping telinga. Boleh pekak dia kalau macam ini hari-hari. Tak pasal-pasal kena buat kad OKU.

"Waalaikumussalam. Eh, sekejap. Orang dekat sana ada bagi salam ke? Tak dengarlah pula."

Qowiy buat muka menyampah. Kawannya ini memang tak guna. Suka sangat tegur orang main perli-perli. Eee... sakit pula hati kita!

"Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, PU Badrul...." Nak tak nak aje Qowiy beri salam. Bengang punya pasal.

"Waalaikumussalam. Kau panggil apa tadi? PU? PU tu apa?" Pelik Badrul jadinya. Pertama kali dia dengar.

"Ala kau ni. Noob betul. PU... Takkan tak pernah dengar? Pencetus Ummah," terang Qowiy.

"Ooo... tahu-tahu. Tukarlah weh. Aku tak nak PU, nak Da'i. Sedap sikit. Hehe." Sempat lagi Badrul meminta.

"Ah kau! Melebih-lebih pula. Kau free tak pagi ni? Jom lepak rumah aku. Nak minta tolong banyak ni."

"Minta tolong? Oh, pasal study group tu ke?"

"Haah." Qowiy mengiakan.

Badrul yang berada di talian tersenyum suka. Alhamdulillah selepas peristiwa Qowiy memberitahu hasratnya hendak berhijrah, sikap rakannya itu perlahan-lahan berubah. Dulu Qowiylah yang paling malas belajar, tetapi kini keadaan sudah bertukar. Badrul pula yang dipaksa belajar. 

"Hmm... Insya-Allah dalam pukul 10 aku datang. Kau tu, jangan lupa mandi! Jangan sambung tidur pula. Memang aku robohkan pintu bilik kau nanti."

Qowiy tidak membalas sebaliknya terus memutuskan panggilan. Cuping telinganya digosok-gosok dengan tapak tangan. Badrul baru membebel pun tahi telinga dia dah cair dulu. Haih, nasiblah dapat kawan kaki bebel.

Tepat pukul 10 pagi kedengaran pintu rumah kayunya diketuk. Qowiy menjenguk dari tingkap. Ada bayang Badrul dengan seseorang. Siapa pula dia bawa ni?

"Assalamualaikum Abang Qowiy!"

Mulut Qowiy terlopong luas. Kelopak matanya turut terbeliak sama. Pian? Kenapa pembaris bergerak tu datang sekali? Badrul tak cukup pembaris ke?

Alahai... bala, bala!

"Woi, asal kau bawa dia sekali ni?" Kasar soalan itu dilontarkan. Qowiy berdiri sambil berpeluk tubuh.

Badrul tersenyum nipis seraya memandang Pian di sebelah.

"Bukan aku yang bawa, budak ni sendiri yang nak ikut. Kau pun tak cakap aku kena datang sorang."

Qowiy menghela nafas dalam. Sabar ajelah.  

"Masuklah. Matahari dah mula panas ni." Dengan separuh hati, kedua-dua tetamu itu dipelawa masuk. Sempat dia menayang buku lima semasa berpapasan dengan Pian di muka pintu. Namun Pian hanya buat tak tahu. 

Mereka bertiga mengisi tempat di ruang tamu. Mata Pian terlebih dahulu meneroka segenap isi rumah yang agak sunyi. Selepas beberapa saat, pandangannya jatuh pada wajah Qowiy.

"Abang duduk sorang ke?" soal Pian. Penuh rasa ingin tahu.

Qowiy sekadar merenung Pian sekilas. Langsung tak berminat untuk menjawab.

"So Bad, macam mana? Nak start dengan subjek apa ni?" Sengaja dia mengalihkan perhatian kepada Badrul.

"Kita buat Chemist." Badrul meletakkan buku tulis dan beberapa buah buku rujukan di atas meja.

"Ala... bosanlah. Subjek lain?" Qowiy awal-awal lagi tak setuju. Dia tak suka belajar Kimia. Pening! Sakit otak.

"Qowiy, kau ni perempuan ke lelaki? Asal macam perempuan ni? Tanya pendapat orang, lepas tu bila orang dah bagi pendapat tak nak terima pula."

Dush! Setepek Badrul bagi. Sentap ni, sentap....

"Ish kau ni. Rileks ah. Yalah, kita belajar Chemist." Akhirnya Qowiy mengalah juga. Dengan berat hati, buku Kimia disentuh.

Pian yang sedari tadi menjadi pemerhati mula diselubung rasa bosan. Tak tahu nak buat apa. Nak mencelah masuk dalam perbincangan pun, bukannya dia tahu subjek Kimia tu macam mana.

Jadi dia mengambil keputusan untuk keluar berjalan di luar rumah. Qowiy yang perasan akan tingkah laku Pian sekadar membiarkan.

Lantak kaulah, labu. Kalau kena culik pun bagus juga.

Pian duduk bercangkung sambil tangannya menongkat dagu. Dia belum cukup berani lagi nak pergi jauh-jauh. Belakang rumah Abang Qowiy aje dia mampu. Okeylah ni, ada juga ayam-ayam kampung buat teman. 

Keluhan berat dilepaskan.

"Kenapa Abang Qowiy macam bad mood je ek? Hari tu baik je layan aku."

Minda Pian kembali melayang saat Qowiy melepaskan jentikan di dahinya. Okey, tak adalah baik sangat part layanan tu tapi masih boleh diterima. Sekurang-kurangnya dia tak dipulaukan. Macam sekarang. Huhu sedih!

Dari jauh, kelihatan seorang wanita separuh abad sedang terkial-kial membawa barangan penuh di tangan. Pian bingkas berlari menghulurkan bantuan.

"Rumah mak cik dekat mana? Biar saya tolong bawakan." Plastik merah di pegangan wanita itu lantas berpindah tangan.

"Eh, tak payahlah susah-susah. Rumah mak cik depan tu hah. Dah nak sampai pun," tegahnya sambil berusaha mengambil semula plastik yang berada di tangan Pian. Segan sebenarnya hendak menerima pertolongan daripada remaja lelaki itu.

"Tak apa, mak cik. Jangan segan-segan. Mak saya cakap, kita kena selalu tolong orang. Barulah nanti hidup kita diberkati. Yalah, mungkin sekarang waktu saya senang... nanti bila saya susah mana tahu Allah datangkan mak cik pula untuk tolong saya. Kita tak tahu apa yang jadi nanti, mak cik." 

Puan Latifah tersenyum lebar mendengar celoteh anak muda itu. Dalam hati terbit rasa kagum akan cara ibu bapa lelaki itu mendidik. Pastinya sarat dengan nasihat disertai dengan pengajaran berhikmah. 

Akhirnya, Puan Latifah sekadar membiarkan. Lebih-lebih lagi tatkala Pian sengaja menjauhkan plastik itu daripada dirinya. Sambil mereka berjalan, mulut Pian tak lokek berkongsi cerita.

"Mak cik, banyak betul barang mak cik beli. Macam ada makan besar je ni," usik Pian.

Puan Latifah ketawa kecil seraya menggeleng. "Tak adalah makan besar. Cukuplah untuk sambut hari lahir anak mak cik hari ini." 

"Ohhh.... Happy birthday anak mak cik!" ucap Pian separa menjerit. Tatkala sedar dirinya terlepas laku, Pian sengih menutup malu. Sekali lagi, Puan Latifah tertawa geli hati. Telatah Pian betul-betul membuatkan dia rasa senang di samping remaja itu.

Apabila tiba di hadapan sebuah rumah kayu, Puan Latifah mematikan langkah. Pian pun turut berbuat perkara sama. 

"Ini rumah mak cik ke?" 

Puan Latifah lantas mengangguk. Pian memandang wajah wanita di sebelahnya sambil cuba mencerna sesuatu. 

"Jadi... inilah mak Abang Qowiy," Pian separa berbisik. Puan Latifah yang dapat menangkap butir bicara lelaki itu mengalihkan perhatian terhadap Pian. 

"Kenal anak mak cik?" 

Pian  mengangguk laju. "Huish, kenal sangat mak cik. Gengster sekolah tu!" Kali ini dia bercakap tanpa lapis. 

Saat itu juga, Qowiy membuka pintu rumah. Jelingan tajam dilemparkan kepada Puan Latifah sebelum renungan tak puas hati menjamah wajah Pian. 

"Apa masalah kau ni?" 

Pian telan air liur. Gulp!  Qowiy dengar ke tadi? 



❥︎❥︎❥︎

Hello~ I'm back! 🎉 Terima kasih kpd yang masih setia menunggu. I really appreciate it! 

Sorry tau kalau chapter kali ni biasa2 je. Maklumlah, dah lama tak menulis hehe. Don't forget to vomment & add dalam library toooo

Teruskan membaca kisah hijrah Qowiy! Enjoy! 😄✌

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro