BAD[AR]: 16
Perit.
Itu yang dirasakan. Kepala otak Qowiy seperti ingin pecah mengenangkan kejadian yang telah berlaku beberapa hari kebelakangan ini. Dia telah kehilangan kerja. Badrul pula berselisih faham dengannya dek fitnah yang ditabur Iffat.
"Ei... aku serabut, tahu tak!" Pemegang tangga kayu dihentak kuat. Sebelah tangan lagi naik menyebak kasar helaian rambut ke belakang. Jika tidak mengenangkan waktu sudah larut malam, sudah lama Qowiy menjerit melepaskan segala yang terbuku.
Puan Latifah yang baru saja selesai mengemas di dapur terkocoh-kocoh bergerak ke luar sebaik terdengarkan bunyi hentaman yang agak kuat. Khuatir andai perkara buruk berlaku. Saat itulah kelopak mata tuanya tertancap pada sesusuk tubuh Qowiy sedang bersila di atas tangga, betul-betul menghadap laman rumah.
"Qowiy..."
Senyap. Panggilannya langsung tak bersahut.
"Qowiy ada masalah ke?" soal wanita itu dengan nada penuh keibuan.
Qowiy langsung tak mengangguk ataupun menggeleng. Hanya renungan kosong dilemparkan pada halaman rumah berlapik tanah.
"Qowiy nak makan? Dari semalam mak tengok Qowiy tak makan," pujuk Puan Latifah lagi.
"Tak nak. Aku dah cakap, aku takkan makan air tangan kau. Tangan kau itu jijik. Tangan yang pernah berzina." Senada kata-kata itu meluncur keluar daripada bibir Qowiy. Sesak nafas Puan Latifah mendengarnya. Lebih-lebih lagi tatkala kisah dulu kembali diungkit.
"Tak apalah kalau macam itu. Mak masuk dalam dulu ya?" Lenggok suara wanita itu mengendur. Tubir mata pantas saja terasa hangat. Puan Latifah tidak betah berlama-lama lagi di situ. Ada baiknya dia menjauh sebelum lebih banyak bait berupa sembilu menerpa telinga.
"Sekejap." Qowiy menghela nafas sebelum menyambung bicara yang tergantung.
"Anggap ini kali terakhir aku dengar panggilan mak daripada mulut kau. Kau bukan mak aku. Sampai bila-bila aku takkan pernah mengaku kau sebagai mak," luah Qowiy lagi.
Setitik demi setitik air mata yang puas ditahan akhirnya jatuh mengena pipi tua itu. Terketar-ketar jemari kedut Puan Latifah menyeka cecair jernih yang terus-terusan mengalir.
"Kenapa Qowiy buat mak macam ini, nak? Mak yang mengandungkan Qowiy sembilan bulan dalam perut. Mak yang bertarung nyawa untuk lahirkan Qowiy ke dunia. Mak juga yang susukan Qowiy. Dari Qowiy kecil sampai besar, mak yang jaga. Takkanlah tak ada langsung secebis rasa sayang dan hormat dalam hati Qowiy untuk orang tua ini?" Sebak Puan Latifah menghambur rasa. Ya, dia kecewa. Pada masa yang sama turut menyesal atas apa yang berlaku.
Qowiy tersenyum sinis. Perlahan-lahan dia bangkit lalu berpaling menghadap wajah tua itu.
"Mungkin kau dah laksanakan tanggungjawab sebagai seorang mak. Tapi untuk gelaran mak itu, kau tak layak."
"Pasal rasa sayang pula, aku rasa tak patut kot. Sebab orang macam kau ini buat aku jijik. Buat aku geli. Yalah, dah sedap-sedap buat dosa end up aku juga yang tanggung kesannya seumur hidup. Betul tak?"
"Badrul Qowiy! Jangan cakap benda yang Qowiy tak tahu!"
"Oh ya, aku tak tahu? Kau fikir aku budak-budak lagi agaknya. Habis, yang ayah cakapkan dulu itu apa? Cerita dongeng Cinderella versi 2021 ke?"
Mulut Puan Latifah terdiam. Belum cukup mampu untuk membidas kenyataan tersebut.
Qowiy menundukkan kepala. Seiring dengan itu, pipinya basah. Dia menangis. Pertama kali dalam sejarah, tubir mata merefleksikan segala yang tersirat di hati. Ya, Qowiy tak kuat. Dia cuma berlagak kuat. Itu kenyataan yang tak dapat disangkal oleh dirinya sendiri.
"Aku hidup dekat dunia dengan harapan dapat kasih sayang ibu dan ayah. Tapi sayang, aku tak dapat. Kasih sayang ayah mungkin ada walaupun sementara. Untuk kasih sayang ibu, selama-lamanya aku tak dapat nak merasa. Sebab aku takkan pernah anggap kau sebagai ibu." Itulah kata-kata terakhir Qowiy sebelum kelibatnya menghilang ke dalam rumah.
Hati Puan Latifah meruntun sedih. Teresak-esak dia mengambur tangis sambil berpaut pada pemegang tangga. Hendak bernafas pun begitu sukar tatkala dada terlalu senak menahan rasa. Sampai satu masa, wanita itu terjelepok lemah di tepi tangga.
"Ya Allah abang... Ifah tak kuat. Hati Ifah sakit.... "
𖣔𖣔𖣔
Sekejap saja sudah masuk hari Isnin semula. Dengan langkah lemah-longlai, Qowiy berjalan melepasi pintu pagar sekolah. Hilang semangat Qowiy hendak hadir pada hari itu. Maklumlah, hubungan dia dan Badrul masih belum pulih. Pasti Badrul tak ingin bersemuka dengannya. Sama seperti peristiwa di tepi padang dulu.
Namun perjalanan Qowiy hendak naik ke kelas terbejat apabila matanya terlebih dahulu menangkap tindak-tanduk Iffat yang agak mencurigakan. Di tangan Iffat terdapat sebuah kotak kecil. Tak perlu bertanya lanjut, dia sedia tahu isi kandung di dalamnya. Cuma yang menjadi tanda tanya ketika ini, apa yang Iffat ingin lakukan? Takkanlah... pada waktu sekarang? Di tempat terbuka?
Pengawas berbaju biru itu kemudiannya bergerak ke blok belakang sekolah. Qowiy mengekor dari arah belakang. Sekali-sekala dia berselindung di sebalik dinding agar tidak tertangkap. Sampai di hujung bangunan, bayang Iffat sekelip mata hilang dari radar.
Pandangannya melilau mencari kelibat Iffat. Sebuah keluhan terlepas daripada bibir. Haih, terlepaslah pula!
Namun rasa kecewa tak lama mengulit diri tatkala telinganya menangkap butir percakapan seseorang datang dari arah berhampiran. Qowiy pasti, suara itu milik Iffat.
"Dalam ini ada benda yang kau orang minta. Ingat, jangan sampai kantoi. Kalau aku dapat tahu ada yang pecah rahsia, nahaslah. Aku rasa kau orang pun tahu apa yang akan jadi."
Baru saja Qowiy ingin mengintai dengan lebih lanjut, terasa beg sandangnya ditarik kuat ke belakang. Hampir saja dia menjerit, namun pantas dikawal agar tidak kedengaran.
"Kau buat apa ini?"
Aisy sudah memandangnya pelik. Saat itu, jantung Qowiy hampir meletup. Mati-mati Qowiy fikir dia sudah ketahuan. Akibat terlampau lega, tangan bertindak mengurut dada sendiri. Kus semangat.
"Hei, aku tanya. Kau buat apa ini?" soal Aisy buat kali kedua.
Qowiy berdeham sejenak sebelum membalas. "Err... tak ada buat apa. Saja tengok bulan itu hah sebab dari rumah lagi asyik ikut aku. Seramlah."
Aisy tersenyum hambar tak sampai lima saat. "Ha. Ha. Ha. Kelakarnya Qowiy." Kemudian, wajahnya kembali bertukar serius.
"Dahlah, jom naik kelas. Dah nak pukul lapan dah ini."
Melihatkan Aisy yang mulai menapak pergi, Qowiy terlebih dahulu menahan.
"Aisy! Tunggu sekejap!" jerit pelajar lelaki itu.
"Apa?" Aisy berpusing ke belakang namun langkahnya tetap diteruskan.
"Waktu rehat nanti jumpa aku dekat library. Ada benda aku nak bincang. Kau tak datang, aku bagitahu Badrul yang kau suka dia."
Gerakan kaki gadis itu termati. Badan dipusingkan menghadap Qowiy.
"Huh? Owen, kau tengah ugut aku ke?" Riak muka Aisy jelas menunjukkan rasa tak puas hati.
"Kind of. Now or never. You choose." Qowiy melontar kata dua. Selepas itu, dia terus mengorak langkah tanpa menunggu balasan Aisy. Qowiy tahu, dalam situasi ini hanya satu jawapan akan diterima. Ya tanpa tidak.
❥︎❥︎❥︎
Yeahhhh alhamdulillah! Done chap 16 guys! 😆✨
Sebenarnya, saya ada benda nak bagitahu. Mungkin ini update terakhir sebelum saya busy dengan exam minggu depan. Doakan saya dan kawan-kawan yang lain berjaya lakukan yang terbaik 😊
Selepas habis exam, insya-Allah saya sambung semula. Korang tunggu tau! 😁❤ Terima kasih kepada yang sudi baca. Saya sayang semua! 🌹
Pssttt... BAD[AR] dah tukar cover baru tau. Jangan cakap tak jumpa pulak 😂 Apapun, thanks again to nrullfatini for this amazing cover 😚😍
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro