"Kau dah sedia ke?"
Qowiy di sebelah dipandang sekilas mengharapkan jawapan.
"Nampak macam aku tak sedia ke? Well... dah lama kot aku tunggu saat ini." Jari-jemarinya diletupkan. Yakin suara Qowiy menutur kata.
Aisy tersenyum lebar. Bagus! Jawapan yang dimahukan telah diterima. Kini tiba masanya untuk bertindak.
Bebola mata si gadis lantas meliar ke luar koridor. Melalui dedaun tingkap kelas Qowiy, jelas kelihatan beberapa pelajar yang lalu lalang hendak pulang. Bangunan blok menengah atas kini hampir kosong. Setakat ini keadaan semua terkawal.
"Mana budak Iffat tu? Kau dah panggil dia ke?" soal Aisy.
Qowiy berkerut hairan. "Aik? Sejak bila pula itu kerja aku? Kaulah yang kena panggil. Kau orang berduakan satu kelas."
Aisy mendengus geram. Mati-mati dia fikir Qowiy dah selesaikan urusan itu. Rupa-rupanya belum lagi. Haih!
"Iyalah, iyalah. Sekejap, biar aku panggil dia." Gadis itu akur. Dia membuka langkah untuk pergi.
Namun tak sampai beberapa saat, tali beg sandangnya ditarik kasar oleh Qowiy. Hampir-hampir saja bahunya melanggar lelaki itu. Nasib baik dia sempat berpaut pada tingkap.
"Aisy, aku nak kau hati-hati sikit. Jangan sampai terserempak dengan Badrul. Kalau dia tahu apa yang kita nak buat ini, habislah. Silap hari bulan, muka kita pun dia tak nak tengok," bisik Qowiy dengan nada perlahan.
Aisy menjulingkan mata ke atas. Macam tak percaya pun ada dengan kata-kata Qowiy, si gengster sekolah.
"Weh, seriuslah kau gelarkan diri sendiri sebagai gengster? Apahal kecut semacam ni? Rilekslah, kita cuma nak ajar dia. Bukannya membunuh," ujar Aisy.
Pelajar lelaki itu meraup mukanya. Dia sendiri keliru dengan perasaan sendiri. Tiba-tiba rasa ragu pula hendak meneruskan rancangan yang diutarakan oleh Aisy ini.
"Memanglah tapi..."
Aisy pantas memotong. Tangannya diangkat mematikan bibir Qowiy daripada meneruskan bicara.
"Owen, kau dengar sini baik-baik. Percayakan aku. Benda ini biasa-biasa je. Tak teruk sangat pun. Cukup dia ambil pengajaran sudahlah," kata gadis itu lagi. Riak wajahnya begitu serius saat ini.
Qowiy terdiam. Aisy direnung resah. Berbelah bagi jadinya di antara kemahuan dan kewarasan akal fikiran.
Nafas dihela dalam. Lambat-lambat dia mengangguk. Pegangan tangannya pada tali beg Aisy juga turut terlerai.
"Pergilah. Good luck!"
Aisy tersenyum nipis.
"You too."
𖣔𖣔𖣔
Penuh hati-hati Aisy mengatur langkah menuju ke kelas sendiri, kelas 4 Tirani. Kelas yang juga menempatkan dirinya bersama Iffat. Sebelum itu, sempat dia menjenguk isi kelas Badrul yang terletak di tengah-tengah koridor.
Kosong.
Fuh, nasib baik Badrul tiada dalam kelas. Jadi dia mengagak si abang dah balik dulu. Kedua beradik itu sememangnya tidak sehaluan sehinggakan waktu pulang mereka pun berbeza.
Akhirnya, kakinya tiba di hadapan pintu kelas. Seperti yang dijangka, Iffat berada di dalam, sedang tunduk menulis sesuatu di buku notanya. Aisy lantas mengetuk pintu dengan kekura tangan.
"Erm Iffat, aku nak cakap dengan kau sekejap. Boleh?"
Ketua pengawas itu mengangkat muka. Terpalit senyuman sinis di bibirnya. Belakang badannya disandar pada kerusi kayu yang sedang diduduki.
"Cakaplah apa kau nak cakap. Aku dengar." Sepasang mata itu fokus memandang Aisy manakala si gadis mula terasa debar.
"Err... kita cakap dekat koridorlah. Sambil itu boleh hirup angin petang," ajak Aisy sedikit gugup.
"Kalau aku tak nak?" Iffat berpeluk tubuh.
Gulp! Aisy terasa liurnya berpasir. Nampaknya, cubaan pertama untuk membawa Iffat keluar dari kelas tidak berjaya. Sel otaknya ligat mencari idea lain. Mana boleh berhenti sekerat jalan!
"Cakap dekat luarlah. Lagipun tak lama lagi mak aku dah nak sampai. Takut tak perasan pula." Aisy memujuk lagi. Tali begnya digenggam erat. Semoga kali ini berjayalah hendaknya.
Anak mata Iffat masih setia menatap seraut wajah milik Aisy. Lama juga gadis itu direnung.
"Okay, fine."
Pengawas lelaki itu lantas bangun dari duduknya. Alat tulis di atas meja disusun semula. Kemudian, beg sekolah berwarna hitam itu disangkut ke bahu kiri. Bersiap-siap hendak melangkah keluar.
Aisy bergerak ke koridor blok. Dalam diam, dia menguntum senyum. Sedikit saja lagi...
"Kau nak cakap pasal apa ni?"
"Aku nak cakap pasal..." Aisy meliarkan pandangan mencari kelibat Qowiy.
"Pasal apa? Cepatlah."
"Pasal... kau."
Serentak dengan itu, Aisy memijak kaki Iffat yang beralas kasut sekuat hati. Terhinjut-hinjut pengawas itu menahan sakit.
"Aduh! Kau buat apa ni Aisy?" Berkerut dahi Si Iffat, cuba untuk mencerna apa yang berlaku.
Kemudian giliran Qowiy pula muncul dari arah belakang Iffat, bersama dua ekor lipas yang sempat dikutip di tandas sekolah. Pandangan matanya beradu dengan anak mata Aisy. Qowiy tersenyum penuh muslihat.
Kolar baju lelaki itu ditarik lalu binatang itu dimasukkan ke dalam baju Iffat. Apa lagi, terliuk-lentok tubuhnya menahan geli yang tiba-tiba
hadir.
"Weh, weh! Kau masukkan apa pula dalam baju aku ni? Eee... gelilah gila!" Bahagian belakang kemeja birunya dikibas kasar. Terasa kaki tajam lipas-lipas itu sedang merayap di sekitar badan.
Qowiy dan Aisy yang menjadi saksi keadaan Iffat saat ini tergelak sakan. Puas rasanya melihat musuh mereka tak ubah seperti beruk di hutan. Mana taknya, dah serupa lalang. Terliuk sana, terliuk sini. Kelakar!
Padan muka kau, Iffat. Baru tahu langit itu tinggi ke rendah. Hati Qowiy berbisik puas.
"Aip, tak syoklah kalau kita tengok je kan... benda macam ini mesti kena rakam. Buat kenangan." Qowiy lantas mengeluarkan telefon pintar miliknya dari poket seluar. Budak nakal sepertinya wajiblah bawa barang haram. Butang video ditekan, mula merakam.
Aisy tersengih. Geliga juga otak Qowiy dalam hal sebegini. Sekurang-kurangya, mereka mempunyai bahan ugutan.
Iffat sudah separuh menjerit.
"Woi! Tolong akulah! Eh kau sengih-sengih dah kenapa? Tak kelakar, tahu tak?" Sebelah tangan sudah diseluk ke belakang baju.
Semakin galak tawa mereka berdua. Iffat... Iffat. Apabila susah, baru reti nak minta tolong. Dulu sombong sangat.
"Kita orang boleh je nak tolong. Tapi kau kena minta maaf dululah. Boleh ke?" Aisy menduga dengan nada sinis.
Iffat merengus kasar. Aisy dan Qowiy memang sengaja mengenakannya!
"Aku minta maaf!" Kata-kata itu dilontar kuat.
Qowiy dan Aisy serentak menggeleng. "Too bad, kuat sangat. Perlahan sikit."
Bakal ketua pengawas itu mengetap lapisan bawah bibir. Pada masa yang sama, dia bagaikan dapat merasa pergerakan lipas yang mula merayap ke dalam kawasan seluar. Automatik bulu romanya menegak. Geli!
"Aku minta maaf..." Mendayu-dayu saja suaranya kedengaran. Aisy dan Qowiy tersenyum puas seraya mengangguk. Dia mula menghentikan rakaman.
"Qowiy... tolong aku Qowiy... Lipas tu dah masuk seluar..." Wajah Qowiy dipandang meminta belas. Lelaki itu sajalah harapannya saat ini. Takkan nak minta tolong Aisy pula.
Kelopak mata Qowiy terbuntang luas.
"Hah? Masuk dalam seluar? Habis tu kau nak aku buat apa? Tolong kutipkan? Eee tak nak aku!" Laju saja Qowiy menggeleng enggan. Gila ke apa?
Aisy sudah penat menahan tawa sedari tadi. Sakit perutnya melihat muka merah Iffat yang seperti hendak menangis di situ juga tatkala permintaannya tidak dipenuhi.
Kini pandangan mata Iffat singgah pula pada Aisy. Tersedarkan hal itu, terus mati tawanya.
"Aisy tolong..." Iffat merayu.
"Woi, gila ke? Aku perempuanlah! Aku tak kira. Qowiy, kau kasi settle Si Iffat ni. Aku balik dulu. Bye!"
Langkahnya bergerak pantas meninggalkan Iffat dan Qowiy di kawasan koridor.
Qowiy pula tak sempat menahan. Dia mengeluh berat. Kalau tak mengenangkan sifat perikemanusiaan yang masih bersisa, sudah lama ditinggalkan musuhnya ini. Jelingan tajam dihadiahkan buat Iffat. Kalau adik Badrul ini cari pasal lagi, siaplah. Dia akan daftarkan masuk sekolah juvana terus.
❥︎❥︎❥︎
Alhamdulillah... setelah sekian lama tak update. Sebulan ada ke? Hahah saya tak tahu hshsh. 😂
Ada ke yang rindu Qowiy? Iffat? Aisy? Badrul? 😃
Aye tak tahulah kalau korang rasa chapter ni hambar. Sebab saya rasa macam tu huhu. Maaf keyh? Maklumlah, tak reti buat comeback AHAHAHA 😌
Btw saya tak janji boleh keep update mcm selalu. Tpi korang jgnlah buang dlm library pulak hehe. 😚
Terima kasih kpd semua yg sudi menunggu. Enjoy reading! Love you 3000 ❤️❤️❤️
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro