Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAD[AR]: 03

Qowiy termenung pasrah tatkala pandangannya jatuh pada pintu bilik disiplin yang sudah siap berpagar dan berkunci. Tanda guru disiplinnya, Cikgu Halimah tiada lagi di dalam bilik kerja yang terletak bersebelahan dengan pejabat sekolah. Penumbuk digenggam kuat. Wajah Aisy yang menjadi penyampai terlayar di ruang mata. Gadis itu memang sengaja cari pasal!

Dia kembali mengatur langkah mendapatkan Badrul di susur gajah menuju ke surau. Aisy masih di situ sedang rancak berbual dengan Badrul. Qowiy semakin bengang.

"Weh perempuan! Kau sengaja nak kenakan aku, kan? Tak guna!" tempelak Qowiy seraya meluru laju ke arah Aisy.

"Hei, hei! Kau buat apa ni Qowiy?" Hampir-hampir saja gadis itu ingin ditolak, namun Badrul sempat menahan Qowiy daripada meneruskan niatnya.

Aisy yang agak terkejut dengan apa yang berlaku pantas mengundur beberapa tapak. Tak sangka Qowiy boleh bertindak sebegitu agresif. Warna mukanya tak payah cakaplah, habis berubah pucat.

"Tak... saya tak tipu! Betul, Cikgu Halimah memang suruh saya panggil awak tadi," tegas Aisy. Berusaha mempertahankan dirinya.

Nafas Qowiy sudah turun naik menahan amarah. Renungannya masih lekat pada Aisy. Kalau tak kerana Badrul, sudah lama penumbuknya hinggap di wajah itu. Dia paling pantang apabila ditipu.

"Oh, habis tu kau nak cakap siapa yang tipu? Cikgu?" bentak Qowiy lagi.

"Dahlah Qowiy... cuba sabar. Jangan terus menuduh. Tak elok." Badrul mengambil langkah memujuk. Bahu Qowiy dipegang kuat. Dia arif sangat dengan perangai Qowiy yang panas baran itu. Tatkala api sedang marak, air sajalah yang mampu memadamkannya.

"Mungkin cikgu tunggu awak dah lama, tapi awak tak sampai lagi. Sebab itu cikgu balik dulu. Lagipun sekarang dah nak pukul tiga petang. Mestilah cikgu nak balik awal," terang Aisy satu persatu.

Qowiy terdiam lama. Lidahnya juga kelu untuk melawan. Ada betulnya juga kata-kata Aisy tadi. Tetapi selagi namanya Badrul Qowiy, mana pernah dia mengaku kalah. Ego setinggi langit ketujuh mengatasi segala-galanya.

"Semua ini sebab kau tahu tak? Kalau kau tak bagitahu nama kelas kau tadi, aku mesti dapat jumpa cikgulah!" Pelajar itu masih teguh dengan pendiriannya dalam menegakkan benang yang basah. Badrul menepuk dahi sendiri. Ya Allah Qowiy! Sampai macam itu sekali dia nak menang?

Aisy menarik nafas dalam. Nampaknya, Qowiy memang sengaja menguji kesabarannya. Udara dihirup sedalam mungkin. Cuba untuk menenangkan diri sendiri di hadapan lelaki yang langsung tak reti menerima kebenaran.

"Kalau awak tak puas hati sekalipun, tak payahlah reka sebab yang tak logik. Saya perkenalkan diri tak ambil masa 10 saat pun. Jangan jadikan orang lain sasaran sedangkan diri sendiri yang patut dipersalahkan, Badrul Qowiy!"

Buat pertama kalinya, ada gadis yang berani bermain api. Qowiy pantas mengangkat kepala, menjadikan pandangannya setentang dengan mata jernih milik Aisy. Lama mereka berkeadaan begitu sehinggakan Badrul juga sudah tidak senang duduk.

"I see... kau masih sama. Tetap nak menang," gumam Qowiy dengan nada perlahan.

Aisy mengulum senyum. "Kalau ya pun kenapa? Tak puas hati ke... Owen?" Satu-satunya panggilan keramat terhadap Qowiy kembali meniti di bibir setelah sekian lama.

Qowiy lantas mengetap gigi. Geram. Gadis di hadapannya ini belum berubah sepenuhnya. Buktinya, gelaran Owen itu masih disebut-sebut walaupun sudah acap kali dilarang.

"Kau memang sengaja nak sakitkan hati aku, kan?" Bengang soalan itu keluar daripada ulas bibir Qowiy.

Aisy melepaskan tawa yang sedari tadi ditahan. Geli hatinya dengan tingkah Qowiy.

"Win-win situation. Kau pun dah buat benda yang sama dekat aku tadi." Aisy memulangkan paku buah keras bersama senyuman sinis. Qowiy mendengus kasar. Sebab itulah dia tak suka dengan Aisy. Jika Badrul adalah penggera, maka Aisy adalah suisnya. Orang yang pertama nampak salahnya.

"Dahlah. Aku malas nak layan kau." Suaranya juga berubah kendur. Wajah Badrul di sebelah dipandang. Mengajak untuk pulang.

"Last warning, tolonglah berhenti panggil aku Owen. Annoying tahu tak?" Qowiy menitip pesan sebelum berlalu meninggalkan gadis itu sendirian.

Aisy menghantar pemergian mereka bersama senyuman lebar. Akhirnya dapat juga dia bertentang empat mata semula dengan Qowiy. Terima kasih Tuhan! Semoga ini menjadi pemula untuk sesuatu yang lebih baik nanti. Amin... itu harapnya.

𖣔𖣔𖣔

Badrul tak henti-henti menjeling Qowiy di sebelah. Seiring kakinya diayun di atas tar jalan, seiring itu juga tanda tanya dan andaian bermain di benak fikiran. Apa hubungan Qowiy dengan Aisy? Mereka pernah berjumpa ke? Hendak saja soalan itu dilontarkan kepada Qowiy. Tak apalah, mungkin sekarang bukan masa yang sesuai.

"Kau dah kenapa jeling-jeling aku? Nak makan penumbuk ke?" Baru saja Badrul mematikan niat untuk menyoal, Qowiy terlebih dahulu membuka peluang. Lagipun Qowiy sedia tahu apa yang Badrul fikirkan. Tak lain tak bukan pasti berkait rapat dengan hal tadi.

"Huish, janganlah macam itu kawan. Aku cuma nak tanya. Kau dah kenal lama ke dengan budak Aisy tu?" Akhirnya, tanda tanya itu dikeluarkan juga. Badrul bukannya seperti perempuan yang asyik memendam dalam persahabatan. Cara Badrul, apa saja yang tak kena akan segera dicari jawapan.

"Dia itu kawan lama aku." Mendatar saja nadanya menerangkan. Sejujurnya Qowiy sendiri malas hendak berbicara lebih lanjut. Baginya, perkara yang dah berlalu tak perlu dikenang.

"Oh... kawan lama. Kawan je? Tak ada ehem ehem?" tanya Badrul lagi.

Langkah Qowiy termati. Sejenak Badrul dipandang bersama kening yang sedia berkerut.

"Maksud kau?" Sungguh Qowiy tak mengerti.

"Kau orang tak bercinta ke dulu?" Shoot! Qowiy tergelak kuat.

"Woi! Apa ni? Agak-agaklah pun. Aku nak bercinta dengan Si Aisy tu? Huh, minta simpang! Kau tak tahu dulu dia macam mana. Sama setan je dengan aku." Sisa tawanya dihabiskan dan langkahnya kembali disambung. Badrul sekadar tersenyum nipis. Malu dengan pertanyaan sendiri.

"Bukan main seronok kau berborak dengan dia depan surau tadi. Cakap pasal apa je?" soal Qowiy pula, tak lama selepas masing-masing senyap meneruskan perjalanan.

"Pasal kerja disiplin," jawab Badrul ringkas.

"Kalau dia ada kerja disiplin dengan kau, kenapa aku tak pernah nampak kau orang berdua jumpa pun selama ini?" Teringin juga dia nak tahu.

"Macam ni... pengawaskan ada banyak biro. Aku pegang biro disiplin, Aisy pula pegang biro BADAR. Untuk kem fardu ain ini saja biro kami bekerjasama," terangnya lagi.

Qowiy mencebik bibir. "Boleh pula betina tu pegang biro BADAK. Tak layak langsung!"

Badrul di sebelah tertawa geli hati. Qowiy inikan... memang tak sah kalau tak betul.

"Biro BADAR weh, bukan BADAK! Kau jangan buat malu aku eh. Kawan kau ini bakal ketua pengawas tau." Badrul memberi peringatan. Yalah, kalau Qowiy tersilap sebut mana nak diletak mukanya nanti? Dahlah satu sekolah tahu hanya dia yang berkawan dengan Badrul Qowiy.

"Hek eleh, tak habis-habis nak promote gelaran ketua pengawas kau tu. Entah dapat entah tidak," sakat Qowiy. Terus mati tawa Badrul jadinya. Wajah rakannya itu ditatap lama.

Bagaikan dapat mengagak apa yang akan berlaku, Qowiy pantas berlari sekuat hati meninggalkan rakan pengawasnya. Badrul lantas mengejar dari arah belakang.

"Kau memang nak kena!" Jeritan Badrul bergema kuat di sepanjang lorong itu.

"Hahahahaha tak dapat, tak dapat!" Qowiy berpaling seketika sambil menjelir lidah.

"Kurang ajar eh kau! Kau tunggu esok... kau tunggu. Jangan harap aku nak bagi kau lepas pagar sekolah." Si pengawas dah mula buka kaunter mengugut. Qowiy lantas memperlahankan larian.

"Alah... Bad! Jangan buat aku macam ni...," lirih suara itu meminta belas.

"Hah, padan muka kau! Cari pasal lagi dengan aku, kan?" Sekelip mata, kolar baju putih Qowiy sudah berada di dalam genggaman. Muka rakannya itu dihadap lalu tanpa banyak soal terus saja jentikan berbisa dihadiahkan, tepat mengena dahi luas itu.

"Sakitlah gila!" marah Qowiy sambil menekup dahi menahan pedih. Badrul tersenyum puas. Heh, ini Badrul Aminlah! Silap besar kalau nak main-main.

Diksi Ilmu

BADAR: singkatan untuk Badan Dakwah dan Rohani yang bertanggungjawab menguruskan hal berkaitan keagamaan di sekolah, asrama atau dalam suatu institusi.

︎❥︎❥︎❥︎

Heyyooo I'm back! Yuhuuuu~ 😜

Maaf tau sebab dah lama tak update. Hehe tengah nak ambil mood sebenarnya.

Insya-Allah saya akan cuba untuk buat yang terbaik. Selepas ini tukar schedule tau. Update BAD[AR] waktu malam hehe.😉

Thank you so much dekat korang sebab sudi menunggu! Huhu ai is terharu tau! 🥰

So, how's today chapter? Best tak? Enjoy! 😚❤

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro