4
seminggu sejak pekara tersebut berlaku. aku masih belum pulih daripada kesakitan dalaman yg aku lalui.
dengan cepatnya, dia pergi begitu sahaja ;
tanpa sempat mengucapkan selamat tinggal kepadaku
hari itu merupakan hari pertama kami berdua sebagai pasangan kekasih, dan jugak hari terakhir kami berdua sebagai pasangan kekasih.
" yah kau "
kolar baju aku dicengkam sebaik sahaja aku ditolak kasar ke arah dinding di sebelah loker pelajar.
" kenapa kau masih hidup?! "
" kenapa kau masih datang ke sekolah?! "
" kau tak malu ke dengan apa yg kau dah buat ?! "
" pembunuh ! "
" kalau kau tak bawak haechan ke seberang jalan, ni semua takkan berlaku! haechan mesti masih hidup sekarang! "
aku memandang wajah pelajar perempuan ini.
Bae Jiyeon .
mata aku mula berair apabila aku melihat wajahnya yg sembap dan matanya yg turut mula berair.
perempuan ini, merupakan seorang pelajar yg mengejar cinta mendiang haechan sejak sekolah rendah lagi. tetapi mendiang haechan terlampau buta untuk menyedari semua itu.
" jiyeon-ah , bukan kehendak aku untuk dia pergi meninggalkan kita semua. kau fikir cuma kau seorang saja yg sedih? aku pun sedih jugak. jiyeon. itu merupakan hari pertama buat kami berdua dan apa lagi yg lebih menyakitkan selain melihat orang yg kau sayang mati di depan mata kau sendiri? "
tanpa aku sangka, air mata aku mengalir deras. begitu jugak dengan bae jiyeon.
" aku cintakan dia, hani "
" aku pun cintakan dia, jiyeon. aku faham perasaan kau "
jiyeon mengetap bibirnya dan menundukkan kepalanya. perlahan-lahan aku mengalihkan tangannya daripada kolar uniform aku.
aku masih berhati perut, jadi aku mengambil keputusan untuk memeluk jiyeon. aku faham apa yg dia alami sekarang ini.
lalu aku melepaskan pelukan dan beredar daripada sana.
pelajar-pelajar yg memandang kami berdua kembali melakukan kerja mereka sendiri.
syukurlah, taehyung berada di sisi aku untuk memujuk dan memberi motivasi kepada aku
==
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro