+31+
"So macam mana kat Amerika? Seronok?" Hoshi memandang gadis itu lalu tersenyum manis, dia memandang laman belakang rumahnya dengan lama, sudah banyak yang berubah sejak dia sambung belajar di Amerika.
Omma dan appa berserta noonanya masih sibuk mengemas barang. Terlebih bawa barang katakan.
"Best tapi tak segempak kat Korea ni hah" jawab jejaka itu lalu menghirup secawan kopi yang baru disediakan oleh Shinyoung.
"Apa khabar Soonyoung?" Soal Hoshi sudah lama dia tidak berjumpa dengan abang kembarnya itu.
"Masih sama semakin sihat perangai dia tak berubah pun" jawab Shinyoung lalu memandang Hoshi, dia mengetap bibir hatinya masib berdegup kencang apabila berjumpa dengan jejaka itu walaupun mereka sudah 4 tahun mereka tidak berhubung perasannya masih sama terhadap jejaka itu.
Cuma dia tak berani hendak luahkan.
"Tapi... doktor kata dia semakin pulih" sambung gadis itu lalu tersenyum manis.
"Iye? Woahh macam mana boleh jadi macam tu?" Shinyoung mengangkat bahu, tiba-tiba wajah Sunghyun yang selalu bergaduh dengan Soonyoung berlayar di otaknya.
"Mungkin sebab babysitter dia" Hoshi mengangkat kening.
"Siapa babysitter dia?" Soal jejaka itu lalu kopi yang berada di dalam cawannya disisip perlahan, ommanya ada cerita yang Soonyoung dijaga oleh babysitter bukannya nurse. Tak sangka ada yang sanggup nak jaga lelaki dewasa berperangai kanak-kanak itu.
"Yoo Sunghyun" tib-tiba cawan di pegangan jejaka itu terlepas selepas mendengar nama itu.
"Yah Hoshi!! Ish cuai la nasib baik tak pecah" segera Shinyoung menggapai cawan itu nasib baik tidak terjatuh kerana mendarat di atas rumput.
"S-siapa?"
"Hmm? Siapa apa?" Shinyoung menatap Hoshi dengan hairan.
"Siapa nama babysitter Soonyoung tu?" Soal Hoshi sekali lagi dengan nada yang sengaja dikawal.
"Yoo Sunghyun, kau kenal ke?" Hoshi menggeleng perlahan.
"Ermm t-tak, jadi tak nak ambil Soonyoung ke?"
"Tak payah kejap lagi dia sampai babysitter dia hantarkan" Hoshi terdiam, jantungnya berdegup dengan laju apabila mendengar nama gadis itu.
"A-aku masuk dulu" pamit Hoshi lalu berlari masuk ke dalam rumah.
Shinyoung memandang Hoshi dengan curiga.
"Ada benda tak kena ni"
+++
"Soonyoung, jangan la muram macam ni" pujuk Sunghyun sambil memandang jejaka itu yang masih dengan linangan air matanya.
Selepas sahaja dirinya disoal siasat oleh Wonwoo belum sempat dia nak jawab dirinya dah kena tarik oleh gadis itu katanya familynya sudah pulang dan kini berada di rumah.
Nasib baik Sunghyung sudah mengemas barang Soonyoung awal-awal lagi kalau tak mesti kelam kabut jadinya.
"Hiks Soonyoung tak sempat nak ucapkan selamat tinggal kat Seventeen hyung!! Noona ni main tarik je!!" Sunghyun mengusap bejolannya sesekalia dia mendengar ayat sendu dari Soonyoung.
Inilah akibatnya bila cari pasal dengan Lee Jihoon, benjol bertingkat kau dahi dia dikerjakan jangan macam-macam. Kecil-kecil cili padi si Jihoon tu.
"Rindu Jihoon hyung hiks!"
"Alah nantikan boleh jumpa dia lagi!! Kau dah ada nombor dia kan? Nanti ajak la lepak kat rumah kau pula asyik rumah aku je yang jadi mangsa" ujar Sunghyun ayat yang terakhir sengaja dia perlahankan sedikit bagi jejaka itu tidak dengar kalau dengar buat naya je menangis lagi teruk mamat tu.
"Habistu noona?" Soonyoung memandang gadis itu sambil mengelap air matanya.
"Apa?"
"Noona pula macam mana? Nanti kita rindu noona" lirih Soonyoung makin deras la air matanya mengalir.
Sunghyun memberhentikan keretanya di tepi jalan lantas dia memeluk Soonyoung.
"Shh.. jangan risau kalau rindu macam biasa datang rumah aku ok? Takpun tunggu aku bagi kad kahwin kat kau" Sunghyun menepuk belakang jejaka itu untuk menenangkannya.
"Betul ke noona nak kahwin dengan Namjoon hyung?" Sunghyun tersenyum nipis.
"Kalau ada jodoh kitaorang kahwin la" hidung Soonyoung dicuit perlahan.
"Kalau takde jodoh? Noona kahwin dengan kita" Sunghyun terdiam mendengar apa yang dikatakan oleh jejaka itu.
"Tch gila" Sunghyun ketawa perlahan lalu dia kembali memutarkan stereng keretanya meneruskan perjalanan mereka.
"Kita series ni" Soonyoung memeluk tubuh, bibir dimuncungkan tanda merajuk.
Sunghyun melirik jejaka itu seketika, dipegang dadanya lama jantungnya yang berdegup kencang membuatkan dia dilema.
'Kita tengok la macam mana nanti' bisik hati Sunghyun.
Sampai sahaja mereka di rumah agam milik keluarga Kwon, jejaka itu terus keluar dari perut kereta dan berlari sehingga dia tiba di depan pintu lalu dia pun menjerit memanggil familynya.
"Omma!! Appa!! Hyung!! Soonyoung dah balik!!" Jerit Soonyoung riang lalu masuk ke dalam rumah.
"Haish budak bertuah ni" Sunghyun menggelengkan kepalanya, usai sahaja dia mengunci kereta belum sempat dia ingin masuk ke dalam kediaman itu tiba-tiba dia terdengar namanya disebut dari belakang.
"S-sunghyun??" Gadis itu menoleh kebelakang, kelihatan seorang jejaka yang wajahnya hampir serupa dengan Soonyoung sedang memandangnya tak percaya.
"Mwo? Apa semua ni? K-kau siapa?!" Soal Sunghyun takut, selangkah dia kebelakang selangkah juga jejaka itu kehadapan.
"Hey takkan tak ingat? Waktu kita sekolah menengah, masa saya bagi payung kat awak? Remember?" Gadis itu menggeleng laju, tak dia pasti bukan jejaka itu dia pasti!!
"Tak mungkin!! Itu Soonyoung la!!" Jejaka itu ketawa perlahan seperti menyindir Sunghyun. Dia memegang tangan Sunghyun lalu membisikkan sesuatu.
"No, i'm your first love" Sunghyun tergamam, jejaka itu menjarakkan dirinya dan Sunghyun.
"Btw nice to meet you, awak tak banyak berubah always kasar and comel" jatung Sunghyun berdegup laju, dia tau ini bukan perasaan yang baik, hatinya bukan rasa berbunga mendengar pujian dari jejaka itu tetapi ketakutan.
"Hoshi hyung!!" Jerit Soonyoung lalu berlari memeluk jejaka itu.
"Eh Soonyoung!!" Jejaka itu membalas pelukan Soonyoung dan tersenyum manis.
"Soonyoung tak banyak berubah la!! Kenapa pipi makin tembam ni?" Hoshi menarik pipi Soonyoung habis menjerit sakit jejaka itu dibuatnya.
"Sakitlah!!" Dipukul tangan nakal Hoshi lalu dijeling.
"Eh buat apa tercegat kat situ? Meh la masuk" pelawa Pn.Kwon.
"Noona!! Jom masuk!!" Ajak Soonyoung lalu memeluk lengan gadis itu.
"Ahh n-nae" Sunghyun mengekori jejaka itu sedikitpun dia tidak memandang Hoshi dibelakang.
Hoshi yang hanya memerhatikan perlakuan pasangan itu hanya tersenyum pasrah lalu turut masuk ke dalam rumah.
__________
Sorry lambat update, amacam? Cliche tak? HSHSHSHSHSHS hmmm
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro