Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

+20+

Author POV

Usai sahaja mereka berdua selesai makan tengah hari, Sunghyun dan Soonyoung mula meminta restu— eh eh salah pula, meminta diri untuk pulang.

Soonyoung dengan muka baharunya, masam je setiap masa sebab tak dapat bermalam tapi tak jadi lepas Sunghyun bagi jelingan maut kat dia.

Sunghyun dan Soonyoung berhenti di hadapan pintu rumah keluarga Yoo itu.

"Kitaorang pergi dulu ye omma, appa, hyung -_-" Sunghyun menjeling abangnya yang dari tadi buat muka macam jamban tersumbat.

"Nanti jangan buat bukan-bukan ye kalau dah tak tahan sangat kahwin jelas terus" sindir abang Sunghyun dengan sinis.

"Sebelum cakap macam tu kat orang, tanya diri sendiri! Bila nak kahwin?! Omma dengan appa nak cucu tu!!" Balas Sunghyun lagi pedas.

Dia terus menarik lengan Soonyoung masuk ke dalam perut kereta untuk beredar sebelum abangnya mengamuk.

"YOO SUNGHYUN!"

+++

"Noona, lepas ni kita nak pergi mana?" Soal Soonyoung apabila hampir nak dekat 20 minit diorang diam dalam kereta.

"Balik rumah" jawab Sunghyun.

"Alah Soonyoung tak nak balik! Bosan jom la jalan-jalan" Soonyoung mengoncang lengan Sunghyun kuat.

"Eh!! Berhenti la woi!! Accident kang!!" Ujar Sunghyun panik, hampir sahaja di melanggar kereta disebelahnya tadi.

"Kita takkan berhenti sampai noona kata nak pergi tempat lain!!" Makin menjadi-jadi goncangan itu.

"Ish yelah!! Lepasni kita pergi taman!! Puas?!" Sunghyun mencerlung Soonyoung tajam.

"Suka!!" Soonyoung memberhentikan goncangannya lalu duduk dengan riang tapi sopan.

Sampai sahaja mereka di taman, Soonyoung la orang yang pertama keluar dari kereta manakala Sunghyun mengeluh perlahan, ingatkan boleh la lepas balik ni nak tidur tapi ada pula yang menggedik nak jalan-jalan.

"Noona jom la!!" Soonyoung menghampiri Sunghyun yang bersandar di kerusi sambil menutup mata.

"Kau jelah yang pergi, aku malas la" Sunghyun menampar tangan Soonyoung yang tiba-tiba merayap kat mukanya itu.

"Tangan kau tu boleh tak jangan gatal sangat?" Soonyoung tersengih.

Idea nakal mula menerjah pada otaknya.

"Jom la noona~~" Soonyoung mula mencucuk pipi gadis itu, lama kelamaan itu membuatkan Sunghyun menjadi rimas.

"EII SYAITON JANGAN CUCUK PIPI AKU LA!!" Hambur Sunghyun berang.

Soonyoung menarik jarinya, air matanya mula bertakung. Bibir dicebik, bila-bila masa sahaja Soonyoung bakal mengeluarkan suara emasnya itu.

'Noona dah tak sayang Soonyoung.. hiks (_)' monolog Soonyoung sedih.

Dengan pasrah lagi menyerah, Soonyoung berjalan ke taman seorang diri meninggalkan Sunghyun yang masih berada di dalam kereta.

Merajuk la pula mamat tu.

Sunghyun membuka sedikit matanya apabila perasan suasana tiba-tiba menjadi sunyi.

"Blah pun" Sunghyun kembali menutup matanya, nak rehat. Kejap lagi dia keluar la.

Kring. Kring.

Dia merengus geram, diambil telefon pintar disebelahnya dengan kasar. Geram apabila ada yang mengganggunya nak berehat.

"Hello?" Dengan mata yang masih tertutup, dia mengangkat call itu.

//hello. Sunghyun?//

Mata Sunghyun terbuka luas, apa mimpi omma Soonyoung call dia tengah hari buta ni?

"Ye mak cik, kenapa call ni?" Sunghyun membetulkan duduknya sesekali dia memandang di luar tingkap cuba mencari kelibat Soonyoung tetapi tiada.

Dia mula panik.

//mak cik saja call, nak tanya Soonyoung macam mana? Ok tak?//

"Ok!! Dia ok je!!" Balas Sunghyun laju, segera dia keluar dari kereta cuba mencari Soonyoung.

''Mana pula mamat gedik ni?!" Bisik hati Sunghyuj cemas.

//ouh, ok la boleh passkan kat Soonyoung? Mak cik nak cakap dengan dia sikit//

Hampir tercarut Sunghyun apabila mak cik Kwon nak bercakap dengan anak dia. Masalahnya anak dia dah hilang!!

"ermm mak cik kalau Sunghyun call mak cik balik boleh? Soonyoung buat hal la sekarang ni" jelas Sunghyun sambil matanya tak lepas memandang setiap orang yang lalu lalang di taman itu.

Tiba-tiba matanya tertancap pada pasangan ini, macam ku kenal diorang berdua itu.

//hah yelah, nanti call mak cik balik, bye//

"Bye!" Sunghyun menyimpan telefonnya lalu berlari ke arah pasangan itu.

"Soonyoung!!" Dia menarik lengan lelaki itu, memang betul tekaannya yang itu ialah Soonyoung yang sedang makan gula-gula kapas.

Soonyoung yang tadi terkaku mula sedar dari lamunannya, dia merentap balik lengannya dari Sunghyun.

"Noona nak apa?" Soal Soonyoung dingin.

"Jom balik!" Arah Sunghyun tegas lalu menarik lengan Soonyoung sekali lagi.

"Tak nak!! Soonyoung tak nak balik!!" Soonyoung menarik lengannya kembali.

"Jangan nak mengada la, jom balik!" Sunghyun memeluk diri dengan mukanya yang series.

"Tak. Nak" Soonyoung menyebut ayat itu satu persatu lalu makan gula-gula kapas miliknya.

"Ehem! Kalau dia tak nak balik maksudnya dia tak nak! Tak faham bahasa ke?" Kata gadis di sebelah Soonyoung yang dari tadi mendiamkan diri.

Sunghyun menjeling gadis itu.

''Minah mall ni lagi' bisik hati Sunghyun dengan jelik.

"Maafkan saya, miss Jihyo right? Apa hak awak nak halang?" Soal Sunghyun dengan sinis.

"Sepatutnya, aku yang patut tanya kau. Apa hak kau nak arahkan dia itu ini?" Jihyo menolak bahu Sunghyun.

Sunghyun mula rasa tercabar. Jangan macam-macam ek kat sekolah dulu dia banyak kali bergaduh dengan lelaki setakat Jihyo ni baru jentik sikit dah melayang.

Belum sempat Sunghyun ingin membalas, Soonyoung terlebih dahulu memotong.

"Noona ni babysitter kita! Ish suka hati je tolak bahu noona kita hmmph! Lempang kang!" Marah Soonyoung pada Jihyo.

Kedua-dua gadis itu tergamam. Tiba-tiba je backup orang tadi merajuk.

"W-what? Eh tadi Soonyoung kata nak ikut Jihyo" kata Jihyo keliru.

"Tak jadi nak ikut! Kita nak ikut Sunghyun noona je" Soonyoung menarik lengan Sunghyun pergi meninggalkan Jihyo yang ternganga.

"Bluwerrk padan muka" sempat lagi Sunghyun menjelir lidah pada gadis berambut pendek itu.

"Kurang ajar! Kalau bukan disebabkan adik Soonyoung tu benda ni takkan jadi macam ni la" Jihyo menolak rambutnya kebelakang lalu pergi dengan tidak puas hati.

Tiba sahaja mereka berdua di kereta, Soonyoung melepaskan lengan Sunghyun dengan muka dinginnya. Dah start dah merajuknya tu.

"Dah kenapa buat muka macam tu?" Dahinya berkerut, pelik dengan perangai mamat ni.

Tanpa menjawab soalan Sunghyun, dia terus masuk ke dalam kereta. Makin berkerut dahi Sunghyun.

"Merajuk la tu" Sunghyun menggulingkan biji matanya keatas lalu masuk ke dalam perut kereta.

Merajuk si Soonyoung tu dia tak layan sampai la mereka tiba di apartment.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro