+14+
Tok! Tok! Tok!
"Lee Jihoon buka pintu ni!!" Jerit aku kuat eh lantak la jiran nak kata apa dia bawa lari Soonyoung tau.
Aku suruh hantar Soonyoung kat rumah aku boleh pula dia ajak Soonyoung bermalam kat rumah dia nak kena ni.
"LEE JIHOON ANAK LEE KELUAR LA WOI EII SEBELUM AKU TEN—
Tiba-tiba pintu rumah itu terbuka.
"Nak apa?" Aku menutup mulut aku apabila melihat Jihoon memandang aku tidak puas hati.
"Soonyoung mana?! Aku dah suruh hantar dia kat rumah aku kan?!" Marah aku tetapi Jihoon hanya memberi pandangan pelik.
"Aku dah hantar dia la!!" Kata Jihoon.
"Eh kau jangan nak kencingkan aku ek mana ada dia kat rumah!!"
"Iye aku dah hantar dia!! Dia mana ada kat rumah aku!!"
"Masalahnya dia takde kat rumah aku!! Meh sini aku tunjuk" Aku menarik lengan Jihoon pergi ke rumah aku.
Sampai sahaja rumah aku, aku melepaskan pegangannya.
"Cuba kau tengok kat rumah aku mana ada si Soonyoung tu!" Kata aku marah bercampur risau.
Gila tak risau anak orang tu.
Kalau omma tahu aku tak jaga Soonyoung dengan betul masak aku kena cincang halus oleh omma.
Jihoon memasuki rumah aku manakala aku hanya berdiri di luar acah menghirup udara yang sejuk gila namatey ni.
Jihoon datang kepadaku lalu mengetuk kepala aku.
"Adoi!! Pahal kau ketuk kepala aku ni?!" Aku mengusap kepala aku yang terasa berbisa.
"Masa kau masuk rumah kau buka lampu tak?" Soal Jihoon seperti menahan geram.
Pahal lelaki ni?
Nak berak ke? HHAHAHAHAHAHAHAHA ok stahp Sunghyun bukan masa yang sesuai untuk gelak.
"Tak sebab aku kalut tak jumpa Soonyoung sebab selalunya kalau aku balik dia jerit tau" kata aku.
"PABO! DIA ADA JE KAT ATAS SOFA TENGAH TIDUR!!" Marah Jihoon.
Memang berhak la dia marah aku dan maki aku semua tu sebab aku tak check betul-betul.
Siapa suruh acah cakap nak ajak Soonyoung bermalam kat rumah tak pasal-pasal aku tertuduh dia.
"Haish kau ni kan disebabkan kau la aku rasa mengantuk gila dan esok aku kerja!!" Jihoon menarik rambut aku.
Tapi aku redho je kena tarik sebab dia bukannya tarik kuat mana pun.
Dasar lembik.
"Aku tahu kau tengah kutuk aku Yoo Sunghyun" aku menjuihkan bibir pura-pura tak dengar.
"Sorry sebab aku tuduh kau tiba-tiba" aku melibas rambut aku acah ego tinggi melangit.
"Hah yelah kau buat hal lagi macam ni sumpah aku tarik rambut kau sampai botak" ugut Jihoon lalu beredar balik ke rumahnya.
Macam mana dia tahu aku kutuk dia lembik ni? Waduhh misteri betul.
Aku menutup pintu dan kunci selepas itu, aku membuka kasut nike aku lalu dicampak dengan selamba.
Aku memandang Soonyoung yang lena tidur di atas sofa. Wajahnya kelihatan polos dan cara dia tidur ni tak ubah macam seorang lelaki dewasa.
"Soonyoung bangun" aku menggoncang perlahan bahu Soonyoung.
"Ermmm" Soonyoung memgeliat kecil tetapi tetap tidak dapat membangunkan Soonyoung.
"Woi bangu—WARGH" aku terjerit apabila Soonyoung tiba-tiba menarik aku masuk ke dalam dakapannya.
WOI JANGAN LA MACAM NI AKU STILL DENGAN NAMJOON WOI
"Senyap dan tidur je" kata Soonyoung dengan mata yang masih terpejam.
Aku terkaku.
Kenapa cara dia cakap tu macam dia memang lelaki dewasa yang matang? Mana Soonyoung yang gedik tu woi?!
"S-soonyoung l-lepas...." aku meronta perlahan tetapi Soonyoung makin kuatkan pelukannya.
TOLONG LA WOI AKU JUST NAK TUKAR BAJU JE T^T
Tiba-tiba Soonyoung menyanyi kecil seperti ingin mendodoikan aku siap tepuk lengan aku lagi.
FIKIR LAWAK KE?! AKU PANTANG TAU BILA ADA ORANG DODOIKAN AKU!! NANTI AKU TERUS TIDUR!!
Mata aku mula kuyu dan lama kelamaan aku semakin dibuai mimpi.
Dan aku baru teringat yang Soonyoung merupakan first love aku di sekolah dahulu.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro