Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BABYGIRL : discussion about wedding

KELIHATAN seorang wanita separuh usia dan juga suaminya menyisip teh diawal pagi .

" Saya ingat nak panggil kedua anak kita tu datang ke mari "

Ujar puan kim memulakan perbualan . Tuan kim taeho meletakkan semula surat khabar yang diambil tadi keatas meja .

" Untuk apa ? " Soalnya seraya memandang wajah cantik isteri nya .

" Bincang soal perkahwinan taeyong dengan Lisa . Kalau boleh saya nak kahwin kan mereka berdua secepat yang mungkin " ujarnya dengan harapan . Tuan kim tersenyum kecil.

" Saya ikut awak je . Lagipun saya nak taeyong bahagia dan lupakan bekas kekasihnya yang dulu . "

Ujar tuan kim sedia tahu bahawa anaknya yang bongsu itu telahpun kehilangan kekasih waktu ketika dahulu .
Namun mereka masih tidak tahu punca dari kematian wang yiren dan mengambil tidak endah soal itu kerana itu adalah hal yang sudah lepas .

" About taehyung ? "

Tuan kim terjongket kening .

" Anak sulung kita tu keras hati . Awak ingat senang ke nak jodohkan dia dengan mana -mana perempuan ? " Ujar tuan kim seraya mengelengkan kepala . Entah dari siapa lah perangai dingin anaknya tu ikut , hingga sekarang masih lagi tiada buah hati .

" Haih , kita ni dah dimamah usia . Saya nak juga merasa ada cucu macam orang lain "

Keluh puan kim . Keinginannya untuk menjadi nenek membuak-buak . Biarlah sebelum menutup mata dia ingin merasa ada cucu . Umur mereka bukannya muda lagi , bila-bila masa sahaja akan mati .

Tuan kim terdiam . Ada betulnya juga tu , mereka bukanlah mahu mendesak anak untuk berkahwin , tapi memandangkan anak mereka terlalu lama membujang jadi apa salahnya kalau dijodohkan sahaja ?

Lagipula tiada istilah 'tak suka' . lepas berkahwin nanti timbul lah tu perasaan suka tu dengan sendiri . Bak kata pepatah orang tua -tua berkata " bercinta selepas kahwin itu manis "



🍪🍪🍪

kemeja berlengan disising hingga siku . Dia mengenakan kemeja hitam didalam dan kot berwarna hijau lumut .

Manakala Jihyo hanya memakai baju berwarna putih berlengan pendek .

Walaupun gayanya simpel namun masih lagi kelihatan cantik .

" Kita nak pergi mana ? " Soal Jihyo dimuka pintu .lama dia berdiam diri sedari tadi .

Taehyung menoleh , senyuman terukir .

" Rumah mak mertua kau "

Jihyo terkelu .

Eh ?

" Bila masa saya ada mak mertua ?"

Taehyung memutar biji matanya keatas. 
" Nanti kau taulah , kajja "

Tangan kecil Jihyo diraih , tanpa membantah Jihyo hanya menuruti sahaja langkah kim taehyung seperti anak itik mengikut ibunya .

T B C

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro