part 1
Cast:
-Byun Baekhyun
- Park Chanyeol
"Baik kau bagi duit kau sekarang!" kolar baju Baekhyun ditarik kasar. Baekhyun menggeleng dengan arahan Kai yang menyuruhnya menyerahkan semua duit poket yang dia ada. Masalahnya Baekhyun sangat memerlukan duit tersebut untuk keperluannya.
Kim Jong In,merupakan kingka di sekolah. Semua pelajar takut dengannya dan sememangnya pangkat kingka yang disandang oleh Kai menyebabkan pelajar pelajar yang lemah seperti Baekhyun selalu saja kena buli.
"Aku betul betul takde duit sekarang,"tipu Baekhyun.
"Tipu!" laju Kai merentap beg galas Baekhyun. Beg Baekhyun dibuka dan semua isi dalamnya dikeluarkan. Habis bersepah buku dan alat alat tulis Baekhyun di atas lantai. Tajam mata Kai mengesan beberapa helai not won yang terselit di sebalik timbunan buku tersebut. Terus Kai ambil duit tersebut.
"Aku dah agak dah,kau tipu aku!" Kai berdecit. Laju penumbuknya mendarat pada pipi Baekhyun.
"Kai,jangan ambik duit tu. Aku betul betul perlukan duit tu,"rayu Baekhyun cuba mendapatkan balik duitnya. Kai menolak tubuh Baekhyun jatuh terlentang ke atas lantai.
"Kai....apa kau buat ni!"satu suara garau terus menghentikan tindakan Kai. Kai mengalihkan pandangan ke arah pemilik suara tersebut yang tiba tiba saja muncul.
"Omg,Capang Man datang untuk selamatkan rakyat dia lah," ejek Kai sambil tergelak kecil.
"Bagi balik duit budak tu,"
"Puii,meluat aku dengan kau ni Park Chanyeol. Tak payah tunjuk nak jadi hero lah wei" Kai meludahkan air liur di hadapan Chanyeol.
Chanyeol hanya beriak selamba melangkah ke arah Kai. Dia rampas duit milik Baekhyun dari tangan Kai. Kai ingin menumbuk wajah Chanyeol. Namun laju Chanyeol mengelak. Ketika itu juga Chanyeol angkat lututnya dan henjut perut Kai ke atas. Satu tumbukan balas dilayangkan pada wajah Kai.
"Shit! Kau tunggu nanti anak Park. Aku belasah kau cukup cukup lepas ni. Sial!" kata Kai terus angkat kaki dah blah. Dasar penakut.
"Ermm....ni duit kau," Chanyeol hulurkan duit tersebut semula kepada Baekhyun.
"Gamawo sebab kau dah tolong aku," Baekhyun tundukkan sedikit tubuhnya sebagai tanda terima kasih kepada Chanyeol.
"Kau ok tak ni?" soal Chanyeol.
"Aku ok. Kena pukul sikit je ni!" Baekhyun senyum lebar,cuba menyembunyikan kesakitannya. Gila tak sakit kena tumbuk.
"Oklah. Aku pergi dulu,ada hal sikit,"
"Jap...nama kau apa?"soal Baekhyun. Adalah jugak dia jumpa Chanyeol sebelum ni tapi mereka tak beberapa kenal sebab tak sekelas.
"Park Chanyeol dari kelas 5-B,"
* * * *
"Auchh!" Baekhyun sapu sedikit ubat luka pada tepi bibirnya yang lebam.
"Nasib baik ada si Chanyeol datang selamatkan aku. Kalau tak,habis semua duit untuk aku bayar yuran sekolah tu kena rembat dengan Kai," monolog Baekhyun,rasa bersyukur sebab nasibnya tak malang hari ni.
"Kelas 5-B. Bukan ke tu kelas si hitam tu. Patutlah Kai kenal Chanyeol," bisik Baekhyun.
* * * *
"Ok semua,hari ni kelas kita akan menerima seorang pelajar baru yang dinaikkan dari kelas 5-B berdasarkan result exam pertengahan tahun yang lepas. Saya harap kamu dapat menerima kehadiran pelajar baru kelas kita ni," kata Mrs.Song.
Baekhyun sedang ralit bermain dengan pensilnya. Pengumuman dari Mrs.Song di hadapan dia buat tak endah je.
"Ok Chanyeol,kamu boleh masuk sekarang," arah Mrs.Song pada Chanyeol yang masih berada di luar kelas.
"Nilah pelajar baru kita,"
Chanyeol melangkah masuk ke dalam kelas tersebut sambil diiringi oleh Mrs.Song. Pelajar pelajar perempuan siap bersorak lagi sebab Chanyeol ni tergolong antara top 5 pelajar lelaki paling kacak di sekolah. Femes jugak tu.
"Ok Chanyeol,sila perkenalkan diri kamu,"
"Annyeonghaseyo,nama saya Park Chanyeol. Panggil je Chanyeol. Saya harap kehadiran saya di sini dapat diterima oleh kamu semua. Sila beri tunduk ajar," Chanyeol tundukkan sedikit tubuhnya.
Baekhyun yang melihat Chanyeol di hadapan terus terbeliak biji mata. Macam jodoh pulak. Semalam Chanyeol dah tolong selamatkan dia and now dia satu kelas dengan Chanyeol. Huhuhuhu!
"Chanyeol kamu boleh duduk di tempat kosong di sebelah Baekhyun," arah Mrs.Song.
"Nae!" Chanyeol terus berjalan ke arah meja yang paling belakang;tempat Baekhyun duduk.
"Hi!" ucap Chanyeol sambil tarik kerusi di sebelah meja Baekhyun.
"Tak sangka kan kita jumpa lagi," Chanyeol labuhkan punggungnya di atas kerusi tersebut.
"Hahahaha,errmmm selamat datang ke kelas 5-A," balas Baekhyun dengan senyuman. Sebagai tanda pengenalan,dia berjabat tangan dengan Chanyeol.
* * * *
"Haish,ramai orang hari ni. Aku nak beli makanan pun tak dapat,"keluh Chanyeol sambil menongkat tangan pada dagunya. Barisan di kaunter pembelian masih panjang dan sesak.
"Aku ada bawa bekal ni. Kalau kau tak kesah,kau makanlah sandwich aku ni," Baekhyun menolak bekas makanannya yang masih berisi 4 keping sandwich pada Chanyeol.
"Wahh,terima kasih wei. Aku betul betul lapar ni," Chanyeol tersenyum lebar. Dia gosok kepala Baekhyun sampai berserabai rambut Baekhyun dibuatnya. Dia ambil sekeping sandwich dan masukkan ke dalam mulutnya.
"Sedaplah sandwich ni! Kau buat sendiri ke?" puji Chanyeol.
"Ha'ah!"
"Ermmm,aku nak satu lagi boleh tak?"
"Yahh,ambil lah. Aku tahu kau lapar,"
Memang nampak lapar pun Si Chanyeol ni. Dua keping sandwich Baekhyun dia habiskan. Kenyang sampai sendawa kecil Chanyeol dibuatnya. Nak dibandingkan dengan sandwich yang mak cik kantin jual,sandwich yang Baekhyun buat lagi sedap.
"Kenyangnya! Thanks tau sebab bagi aku sandwich tadi. Sedap! Esok,kau bawak lagi tau sandwich untuk aku," kata Chanyeol sambil gosok perutnya. Yahh ni dah ngada ngada nampak.
"Yelah!" dalam hati Baekhyun,bukan main bersorak lagi sebab kena puji dengan Chanyeol. Haish,beta tak kuat~
"Baek,ada habuk roti kat bibir kau,"kata Chanyeol.
"Hah? Mana?"Baekhyun terus sapu mulutnya.
"Ada lagi tu. Kau salah sapu tempat lain. Kat sini lah," Chanyeol sapu habuk roti yang melekat di tepi bibir Baekhyun dengan necktienya sendiri. Alahai,sweetnya diorang ni~
"Yahh,asal sapu dengan necktie kau? Tengok,dah kotor necktie kau tu,"
"Takpe! Sikit je ni. Rehat dah nak habis ni. Jom masuk kelas," Chanyeol bangun dari kerusi. Dia tarik tangan Baekhyun supaya berjalan beriringan dengannya. Bukan main berdebar lagi jantung Baekhyun bila sangaf dekat Chanyeol.
"Baek,kenapa tangan kau rasa sejuk ni?"
"Ehh,takde apalah!"
Baekhyun cuak.
* * * *
Tingg!
Ringtone mesej pada telefon Baekhyun berbunyi. Tertera simbol chat whatsapp dari satu nombor yang tak dikenali.
"Sape ni?" Baekhyun garu kepalanya.
+0680009000
Wei,blh x kau listkn
muka surat hw addmath
yg Mr.Wong tu suruh buat🙏
Aku lupa td nk
catat
Jap,ni spe😰?
Ni akulh,Chanyeol
Whut? Mn
kau dpt nombor
aku?
Adalh.
Now,cept listkn
muka surat hw addmath
tu
Ylh.
Muka surat 103-106.
Tu je yg kena buat
Thanks😘💕
Wc
"Dia bagi emoji 💕 pada aku. Wahh,happynya," teriak Baekhyun sambil peluk telefonnya. Gembira tu,terus supp naik ke atas. Terus Baekhyun save nombor Chanyeol dalam contactnya.
"Hah,baru aku ingat. Chanyeol suruh aku bawa sandwich untuk dia esok. So,aku kena bangun awal lah ni nak buat sandwich tu. Takpe,untuk Chanyeol,"
* * * *
"Chanyeol,saya ada buatkan chocolate cake ni untuk awak tau. Awak rasalah. Penat tau saya buat ni," Yora;peminat Chanyeol yang paling fanatik dengan Chanyeol tu tergedik gedik bagi kek pada Chanyeol.
"Terima kasih. Susah susahkan awak je," Chanyeol buka kotak kecil saiz kecil yang Yora bagi tu. Ada sepotong chocolate cake dalamnya.
"Biar saya suapkan,"
"Ahh,takpe!"
"Alah,tak payah malu malu," Yora calitkan sedikit kek pada sudu dan suapkan pada Chanyeol. Segan jugak Chanyeol dibuatnya.
"Sedap tak?"
"Sedap,pandai awak buat," angguk Chanyeol. Baekhyun yang melihat kemesraan Yora dan Chanyeol mencebik. Menyampah. Baru je Baekhyun nak bagi sandwich yang dia buat tu pada Chanyeol. Tapi nampaknya,Si Yora gedik kuasa 2 tu terlebih dulu rembat peluangnya. Sial.
Tanpa berkata apa pun,Baekhyun keluarkan bekas makanannya dari laci meja dan keluar dari kelas. Chanyeol? Ahh tinggalkan je. Bukan happy lagi dia dok layan si Yora tu.
* * * *
"Haisy,bazir je aku buat sandwich ni. Last last aku sendiri kena makan," Baekhyun mengeluh sambil pandang sandwich sandwich dalam bekas tu. Dia buat 10 keping sandwich semata mata untuk bagi Chanyeol makan. Nampaknya,hajat tak kesampaian.
2 keping sandwich pun dah buat Baekhyun kenyang. So yang lebih lapan keping lagi tu,
"Buang jelah. Kalau simpan pun basi,"Baekhyun pergi ke tong sampah. Satu persatu dia buang sandwich tu.
" Yahh,asal kau buang makanan tu? Membazirlah kau ni,"datang satu tangan menahan tangan Baekhyun.
"Chanyeol,"biji mata Baekhyun tak berkeli. Sejak bila mamat ni muncul.
"Aku dah kenyang and takde orang nak habiskan sandwich ni. So,aku buang jelah," balas Baekhyun.
"Tak payah buang! Aku akan habiskannya,"
"Tapi...."
Laju Chanyeol rampas bekas makanan dari tangan Baekhyun. Dia menuju ke meja,duduk dan makan semua sandwich tu sampai habis.
Baekhyun yang memerhatikan Chanyeol tersenyum lebar.
* * * *
Sambil berjalan,Baekhyun payungkan mukanya dengan buku sebab tak bagi cahaya matahari kena wajahnya. Burnlah kulit Byun Baekhyun yang pololes ni nanti. Cuaca panas sangat. Baekhyun pula memang hari hari jalan kaki balik rumah memandangkan rumahnya tak beberapa jauh dari sekolah.
"Pinn!" seseorang datang hon Baekhyun dengan motor dari belakang.
"Opocot mak kau hijau!" bukan main melatah lagi Baekhyun sebab terkejut. Bila Baekhyun berpaling belakang,nampak Chanyeol sedang tergelak padanya.
"Hahahaha!"
"Terkejut aku kau tau tak!" marah Baekhyun sambil tarik telinga Chanyeol.
"Sorry! Sorry! Jom aku hantar kau balik rumah," pelawa Chanyeol.
"Tak payahlah. Rumah aku dekat je. Aku tak nak menyusahkan kau," balas Baekhyun.
"Naik jelah. Aku ikhlas nak tolong ni,"
"Emm...yelah! Yelah," kalau Baekhyun tolak,memang rugilah. Hari ni hari sangat bertuah bagi Baekhyun sebab dapat naik motor sekali dengan Chanyeol.
Baekhyun panjat motor Chanyeol dan duduk di belakang Chanyeol. Fuyooo,yini pertama kali Baekhyun dapat merasa naik superbike.
"Peluk pinggang aku ketat ketat tau. Aku tak nak kau jatuh nanti sebab moto ni laju sikit," arah Chanyeol. Dia gapai kedua dua belah tangan Baekhyun dan letakkan pada pinggangnya. Baekhyun peluk pinggang Chanyeol kemas seperti yang Chanyeol suruh. Superbike tersebut bergerak dengan sangat laju.
"Chanyeol-ah......" Baekhyun daratkan kepalanya pada belakang tubuh Chanyeol. Bau perfume yang Chanyeol pakai meruap masuk ke dalam rongga hidungnya. Harum! Buat Baekhyun terbuai seketika.
"Saranghaeyo Park Chanyeol," bisik Baekhyun perlahan. Dia tahu Chanyeol takan dengar sebab bunyi enjin motor superbike Chanyeol gema gema.
* * * *
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro