BAB 3
AIDAN yang sudah lena itu direnung. Pipi si kecil itu dielus dengan jarinya. Melihat wajah Aidan sejuk sedikit kemarahannya kepada Rayyan. Mulut Aidan yang memuncung kecil itu membuatkan Arya senyum segaris. Wajah Aidan saling tidak tumpah seperti wajah Rayyan. Cumanya Rayyan tidak comel. Dia handsome je. Hehe.
"Ibu ada kerja lagi kat bawah. Aidan tidur je. Nanti ibu siap, ibu naik teman Aidan ya," ujar Arya kepada si kecil yang pastinya tidak mengerti apa-apa itu. Dikucup lembut pipi montel Aidan.
Setelah itu, Arya bangun daripada baringnya dan turun daripada katil. Selimut dibetulkan. Seperti kebiasaan, dia akan memasang audio bacaan ayat suci Al-quran jika meninggalkan anaknya sendirian di bilik. Moga-moga dilindungi daripada sebarang gangguan.
Langkah dibawa keluar dari bilik itu. Anak tangga dipijak satu persatu turun ke bawah. Banyak kerjanya yang belum selesai di dapur. Selesai makan malam tadi, Aidan merengek. Terpaksalah dia menangguhkan dulu kerja mengemas dapur kerana mahu memujuk si anak.
Tiba di tingkat bawah, Arya terus menuju ke dapur. Sesusuk tubuh yang berdiri di hadapan peti sejuk itu diperhati dengan dahi berkerut. "Daniel?"
Daniel yang baru saja mengeluarkan sekotak susu coklat jenama Dutch Lady menoleh apabila namanya diseru. Melihat Arya yang berdiri di pintu masuk ke dapur itu, dia terus membatu.
"Awak buat apa kat dapur? Bukan dah masuk bilik ke tadi?" soal Arya seraya melangkah ke arah sebuah meja yang berada di tengah ruang dapur itu. Gelas dicapai daripada raknya. Dia kemudian melangkah ke arah peti sejuk.
Melihat Arya menghampirinya, Daniel telan liurnya. Kakinya seperti melekat dilantai dan tubuhnya kaku seperti patung cendana. Masih lagi berdiri di hadapan peti sejuk yang masih terbuka pintunya itu. Walaupun Arya tidak pernah memarahinya, tetapi dia jadi takut pula kepada kakak iparnya itu.
Arya jongket kening memandang adik iparnya. "Awak dah kenapa tegak macam tugu ni? Nampak hantu?"
Daniel laju menggeleng kepala menjawab soalan yang diajukan oleh Arya. Dia tersengih menayang gigi.
"Dah tu, sana sikit boleh tak? Saya nak ambil air," ujar Arya mendatar. Melihat wajah Daniel itu teringat pula dengan wajah suaminya. Mahu saja ditumbuk-tumbuk saja wajah handsome itu. Nasib dia masih waras.
Mendengar kata-kata Arya, dengan pantas Daniel berganjak. Dia berdiri satu meter jauh daripada Arya sambil tangan masih lagi memegang kotak air coklat Dutch Lady yang diambilnya tadi. Mata memerhati saja ke arah si kakak ipar.
Tidak menghiraukan pandangan daripada Daniel, Arya terus mencapai sebotol air oren daripada peti sejuk. Bersama botol air oren itu, dia melangkah ke bahagian hujung kabinet dapur yang menempatkan dua buah kerusi kaunter. Salah satunya dijadikan alas punggungnya. Dibuka penutup botol jus oren itu lalu dituang isinya ke dalam gelas yang dipegangnya. Setelah itu, terus diminum jus oren di dalam gelasnya itu sehingga habis. Lega.
Usai meneguk hampir dua gelas jus oren, Arya bangun semula daripada kerusi dan menuju ke peti sejuk. "Yang awak tercegat je kenapa? Nak minum ke tak nak air tu? Kalau tak nak, simpan semula," ujarnya ketika membuka pintu peti sejuk.
Daniel bagaikan baru tersedar daripada mimpi. Terpinga-pinga. Wajah Arya dipandang bergilir dengan air kotak di tangannya.
"Daniel Louise, awak dengar ke tak apa saya cakap? Nak minum ke tak nak?" soal Arya dengan suara yang sedikit garang.
"Err, tak. Tak jadi. Hehe." Sejurus itu, Daniel meletakkan semula air kotak Dutch Lady itu ke dalam peti sejuk. Gelas di tangannya diletakkan semula di tempat asalnya.
"Dah, keluar sana. Saya nak kemas dapur ni," ujar Arya lantas melangkah ke satu sudut untuk mengambil penyapu bersama penyodok.
Daniel tidak tunggu lama. Bergegas dia keluar dari dapur. Meremang bulu romanya ketika itu. Seperti berhadapan dengan seekor harimau.
Sebaik kelibat Daniel menghilang, Arya jongket bahu sendiri. Pelik jelah tingkah adik iparnya pada malam itu. Malas mahu memikirkan tentang Daniel, dia memulakan kerja mengemas dapur itu.
"Arya..."
Arya yang sedang menyapu lantai dapur angkat sejenak wajahnya apabila namanya dipanggil. Melihat Rayyan yang masuk ke dapur itu, dia meneruskan kembali kerjanya. Buat-buat tak nampak.
"Kenapa dengan Dan?" soal Rayyan, memulakan perbualan. Dia yang baru turun ke tingkat bawah tadi pelik melihat adiknya melangkah laju keluar dari dapur. Takkan kena marah dengan Arya kot. Tak pernah lagi Arya memarahi adiknya itu.
Arya jongket bahu menjawab soalan yang diajukan. Dia kembali membuat halnya tanpa melihat lagi ke arah suaminya itu. Bukan ingin derhaka, cuma dia masih mogok.
Rayyan yang berdiri bersama tangan yang berpeluk tubuh hela nafas perlahan. Terasa sunyi pula harinya apabila Arya langsung tidak bercakap dengannya. Rindu mahu mendengar isterinya itu membebel.
"Aku ada benda nak bincang dengan kau," ujar Rayyan seraya menarik sebuah kerusi berhadapan kabinet dapur.
Arya senyap. Buat-buat tak dengar.
Melihat kebisuan isterinya, Rayyan bangun semula daripada duduknya. Arya dihampiri. "My bambina..."
Pergerakan Arya terhenti apabila mendengar perkataan bambina yang diungkapkan oleh Rayyan. Tanpa sedar, hujung bibirnya ternaik sedikit. Beberapa saat kemudian, dia geleng kecil. Jangan kalah, jangan kalah.
"Memang nak mogok dengan aku sampai lepas raya ke ni?" soal Rayyan lantas mencapai penyapu yang dipegang oleh Arya.
Arya tidak menjawab. Mencerlung matanya memandang wajah si suami. Bibirnya diketap geram.
"Say something," arah Rayyan. Bibir Arya dicuit manja.
Arya laju memalingkan wajahnya. No, no, no! Dia takkan bercakap dengan Rayyan walaupun sepatah!
Rayyan mula garu pelipisnya sendiri. Bagaimana lagi mahu memujuk Arya? Ego isterinya itu tidak boleh bawa bincang. Beberapa saat berfikir, idea nakal muncul. Rayyan tarik senyum. "Hmm, memang konfem ni tak nak bercakap dengan aku?"
Arya pandang wajah Rayyan. Satu jelingan tajam diberikan.
"Okaylah kalau macam tu. Aku baru cadang nak ajak balik kampung kau. Tapi... It's okay. Kita puasa sini jelah." Sejurus berkata sebegitu, Rayyan memusingkan tubuh. Langkah diatur ke arah peti sejuk.
Riak wajah Arya berubah sedikit. Rayyan yang sudah menjauh darinya dipandang. "Hubby!"
Mendengar suara Arya menjerit memanggilnya, bibir Rayyan ukir senyum. Namun panggilan daripada Arya sengaja tidak dihiraukan. Langkah diteruskan sehingga tiba di hadapan peti sejuk. Baru saja dia mahu membuka pintu peti sejuk, tangannya ditarik kasar.
"Betul ke ni nak balik kampung saya?" soal Arya lalu memusingkan tubuh Rayyan untuk menghadapnya. Kedua tangan Rayyan dipegang. Riak wajahnya sedikit teruja.
"Balik kampung? Bila masa aku cakap nak balik kampung kau?" soal Rayyan. Sebelah keningnya diangkat.
"Tadi hubby cakap. Betul ke ni?"
"Tak ada. Tipu je." Selamba Rayyan menjawab. Tangannya ditarik. Sejurus itu, pintu peti sejuk dibuka. Setin air nescafe dicapai.
"Hubby, tak lawaklah," bentak Arya bersama muncung di bibir.
"Aku tak cakap pun lawak." Mendatar Rayyan menjawab. Tin minuman yang sudah kosong dibuang ke dalam bakul sampah.
"Hubby..." Wajah Arya sudah mendung.
"Pergilah sambung kerja kau. Aku nak naik." Usai berkata sebegitu, Rayyan berura mahu keluar dari dapur itu.
Arya hanya memandang dari tempatnya berdiri. Matanya mula berkaca. Beberapa saat kemudian, air matanya gugur. Paiti Rayyan buat dia sebegitu.
Niat Rayyan yang mahu keluar dari dapur itu terbatal apabila bunyi sesuatu menyapa gegendang telinga. Kepalanya berpaling. Terkedu dia seketika apabila melihat Arya sudah terduduk di hadapan kabinet dapur itu sambil menangis. Bergegas dia melangkah ke arah isterinya itu.
"Arya... Hei, kenapa menangis ni?" soal Rayyan seraya memaut bahu si isteri.
Arya tidak menjawab soalan yang diajukan. Wajahnya terus disembam pada celah lutut. Tangisannya dihamburkan di situ.
Melihat isterinya berkeadaan sebegitu, Rayyan hela nafas perlahan. Tubuh Arya ditarik ke dalam pelukannya. "Syyhh... Aku gurau jelah." Diurut lembut belakang badan Arya, cuba menenangkan wanita itu.
Semakin kuat Arya menangis apabila dipujuk sebegitu. Kedua tangannya memeluk erat pinggang Rayyan. Wajahnya disembam pula pada dada lelaki itu.
"Kita balik kampung kau. Okay? Takmo menangis gini." Lembut Rayyan memujuk. Dia jarang melihat Arya menangis sebegitu teruk. Entah jarang atau tidak pernah. Setakat menangis buat-buat tu pernahlah. Tetapi ni, lain macam menangisnya.
Tangisan Arya berhenti seketika. Pelukan dilonggarkan. Wajahnya mendongak sedikit. "Betul? Tak tipu?" soalnya dengan suara agak serak.
"Tak. Betul. Dah, bangun."
Arya akur. Dengan bantuan daripada Rayyan, dia berdiri semula.
"Janganlah menangis," ujar Rayyan seraya menyeka sisa air mata di pipi isterinya itu.
"Hubby tu..." Arya buat muncung di bibir.
"Yalah, salah aku. Tulah, siapa suruh mogok cakap. Tahu tak aku rindu nak dengar mulut ni celoteh." Rayyan cubit manja bibir Arya.
Arya tergelak kecil. Tangan Rayyan dikucup lembut. "Sorry..."
"Hmm... Jom, ada benda nak bincang." Rayyan menarik tangan Arya menuju ke meja yang berada di tengah dapur itu. Kerusi ditarik lalu dipaksa isterinya untuk duduk di situ. Dia kemudiannya mengambil tempat di sebelah isterinya itu.
"Apanya hubby nak bincang tu?" soal Arya. Dagunya ditopang dengan tangan kiri. Tepat matanya memandang wajah Rayyan.
"Pasal balik kampung tu," ujar Rayyan. Terpaksa akur dengan kehendak isterinya. Jika tidak, sampai ke raya nanti Arya tidak bercakap dengannya. Sendulah harinya tanpa suara wanita itu.
"Ya, kenapa? Bila kita boleh balik sana? Lusa dah puasa kan?"
"Esok petang kita gerak. 15 awal puasa je, kat kampung kau. Selebihnya, puasa kat sini. Faham?" jelas Rayyan.
"Kenapa macam tu pulak?" Arya mula tayang wajah tidak puas hati. Hilang sudah wajah terujanya tadi.
"Habis tu? Kau nak macam mana?" Rayyan kerut kening.
"Saya nak beraya kat sana sekali," ujar Arya.
"No. Raya kat sini. Jangan nak melebih. Bagi betis, nak peha. Puk karang." Rayyan memberikan satu jelingan tajam kepada isterinya.
"Mana boleh. Tak adil!" bidas Arya. Meja ditepuk kuat.
"Apa tak adil? Mana yang tak adilnya?" soal Rayyan.
"Tak adillah sebab..." Arya mati kata. Isi dalam pipinya digigit perlahan.
"Sebab apa? Hmm? Tak ada, keputusan aku muktamad. Kalau kau bantah juga, tak payah balik terus. Tahu?"
Arya berdecit kecil. "Yalah bos."
"Good. Dah, aku nak naik." Sejurus itu Rayyan bangun daripada kerusinya.
"Hubby..."
Langkah yang baru diatur itu terhenti. Rayyan berpaling sedikit. "Apa lagi?"
Arya tidak menjawab. Dia bangun daripada kerusinya dan menghampiri Rayyan. Kedua tangannya diangkat lalu diletakkan di leher Rayyan.
"Kenapa ni?" Rayyan buat muka pelik. Agak-agak ler kalau nak menggoda pun. Kat dapur tu.
"Mekasyeh sudi ikut permintaan saya nak balik kampung. Lebiu." Arya jengket sedikit kakinya. Dikucup sekilas bibir suaminya itu.
Rayyan terkebil-kebil sendiri. Okay. Bukan Arya kalau tak buat benda yang bukan-bukan. Bak kata Rafiq, isterinya bukan kaleng-kaleng.
"Hubby, dengar ke tak apa saya cakap?" soal Arya apabila melihat Rayyan tidak memberikan apa-apa reaksi.
Rayyan yang seperti baru tersedar daripada mimpi berdehem kecil. "Dengar."
"Habis tu, balaslah lebiu saya tu."
Rayyan tarik nafas sebelum dihela perlahan. Kedua belah pipi Arya ditekap dengan tapak tangannya. "Ti'amo, bambina." Puncak hidung Arya menjadi tempat bibirnya singgah. Hanya untuk beberapa saat saja.
Arya sudah tersenyum lebar diperlakukan sebegitu. Syuke!
"Dah, aku naik dulu. Siap kemas dapur, naik terus. Tidur. Faham?"
"Baik bos!" Arya buat tabik hormat sambil tersenyum.
Rayyan geleng kepala. Diusap lembut kepala Arya sebelum dia berlalu keluar dari dapur itu. Haih, macam manalah dia tidak jatuh cinta dengan isterinya itu. Comel teramat.
Arya hanya melihat susuk tubuh suaminya pergi. Sebaik kelibat lelaki itu tidak lagi kelihatan, dia kembali menyambung kerjanya tadi. Senyuman tidak lekang daripada terukir di bibir.
Balik kampung! Yeah!
----
1781 words
[15/04/2021]
Assalamualaikum. Nah, chapter yang tak berapa nak seronok. Terlebih words pula. Fikir tak nak lebih 1.5k. tapi dah terlebih. Jadi, satu part jelah. Karang melalut sampai 2/3k words pula dah. 😂
Happy reading guys. Acaner puasa? Okay ke tu? 😆
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro