Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 8

"ARYA..."

Tingkah Arya yang sedang menyusun pinggan di atas rak terhenti tatkala mendengar namanya dipanggil. Menoleh sedikit ke belakang, dahinya berkerut halus melihat suaminya masuk ke dapur itu dalam keadaan tergesa-gesa. "Hubby, kenapa nampak kelam-kabut sangat ni?"

“Arya, aku nak keluar. Ada hal,” ujar Rayyan, mengatur langkah mendekati si isteri yang berdiri di hadapan sinki.

“Pergi mana? Lama ke?” soal Arya, memandang wajah suaminya. Tangan yang basah itu dilap pada tuala kecil tepi sinki.

Office. Ada masalah sikit. Tak pasti lama ke tak. Tapi, aku dah suruh Abby datang sini untuk teman kau. Daniel ikut aku.”

Arya mengangguk kecil mendengar penjelasan daripada suaminya. Tangan kanan lelaki itu terus dicapai lalu dibawa ke bibir. Dikucup hormat.

"Aku minta maaf tau. Hari cuti, tapi tak ada masa untuk kau dan Aidan. I'm really sorry. Habis kerja, aku balik terus. Kita keluar. Okay?" Rayyan usap lembut kepala isterinya. Rasa bersalah. Hari ni, hari minggu. Hari dia berehat di rumah, luang masa dengan isteri dan anak. Dia baru saja merancang mahu bawa keluarga kecilnya itu berjalan-jalan selepas Zuhur nanti. Tiba-tiba dapat panggilan ada sesuatu berlaku di bangunan pejabatnya.

"Tak apa. Hubby uruskan kerja hubby dulu," balas Arya bersama senyuman tipis.

Rayyan hela nafas kecil. “Jaga diri kat rumah. Apa-apa hal, call aku terus. Faham?” Pesanan dititipkan.

“Baik hubby. You too.” Arya jengket kakinya. Bawah dagu Rayyan dikucup manja.

Rayyan senyum segaris. Dahi Arya menjadi tempat bibirnya singgah. Kemudian, dia mendekati pula Aidan yang sedang duduk di dalam kerusi khasnya. Leka anaknya itu bermain dengan mainan di tangan.

My boy, daddy nak keluar sekejap ya. Teman ibu. Jangan nakal-nakal daddy tak ada ni,” ujar Rayyan kepada si kecil itu.

Didi...” Aidan angkat kedua tangannya minta didukung.

Not now, sayang. Daddy nak cepat ni. Balik nanti, daddy dukung, daddy main dengan Aidan. Okay? Love you.” Rayyan kucup lembut pipi montel Aidan. Kemudian, bergegas dia melangkah keluar dari dapur itu.

Arya hantar pemergian suaminya dengan pandangan. Sebaik kelibat suaminya tidak lagi kelihatan, dia sambung semula kerjanya yang tergantung tadi. Selesai susun pinggan, lap kabinet dapur. Lepas tu sapu lantai pula. Sambil itu, dia bernyanyi. Batang penyapu dibuatnya seperti mikrofon. Aidan tergelak kecil melihat telatah ibunya itu.

Tiba-tiba, kedengaran bunyi hempasan pintu. Terus nyanyian Arya berhenti. Matanya terkebil-kebil.

"Siapa?" Agak kurang cerdik apabila dia menyoal anaknya yang tidak tahu apa-apa itu. Mahu menjengah, malas. Mungkin Rayyan yang masuk kerana ada tertinggal barang. Atau pun Abby sudah datang. Arya sambung semula aktivitinya. Menyapu sambil menyanyi.

Bunyi deringan kuat telefon bimbitnya yang berada di atas meja di tengah ruang dapur itu membuat Arya tersentak. Bergerak menghampiri meja, lalu telefon bimbitnya itu dicapai. Melihat nama yang tertera pada skrin telefon, keningnya berkerut. Diterpa rasa pelik. Rayyan telefon? Kenapa hendak kena telefon pula. Bukannya dia tidak dengar pun kalau Rayyan memanggilnya. Melihat tiada tanda panggilan itu akan berhenti, Arya leretkan simbol hijau pada skrin itu ke kanan. Kemudian, telefon bimbit dilekapkan ke telinga.

"Hello hubby. Ada apa..." Belum sempat ayatnya habis, jeritan Rayyan menyapa sistem pendengarannya.

“Arya!”

Dahi Arya berkerut halus. “Ya hubby... Kenapa jerit-jerit ni?”

“Kau kat dapur lagi ke?” Rayyan menyoal.

“Iya. Tengah menyapu. Kenapa? Hubby kat mana? Kat bilik ya? Tadi saya ada dengar bunyi pintu. Hubby ada tertinggal barang ke?” Bertalu-talu soalan keluar daripada mulut Arya.

“Arya, dengar cakap aku baik-baik. Kau angkat Aidan. Lepastu, masuk dalam stor dekat dengan tandas dapur tu. Kunci pintu.” Rayyan keluarkan arahan.

Huh? Tapi ke...”

“Buat apa aku suruh ni, Arya Safiyya! Now!” Tegas Rayyan di hujung talian.

Arya terkebil-kebil sendiri. Entah kenapa, dia mula rasa tidak sedap hati. "Okay." Tidak buang masa, dia terus angkat tubuh kecil Aidan keluar daripada kerusi khasnya.

“Duduk dalam stor tu sampai aku balik!”

“Baik hubby...” Tanpa mematikan panggilan, Arya berjalan laju menuju ke stor yang dimaksudkan oleh Rayyan.

Bang!

Bunyi tembakan yang tiba-tiba itu, buat langkah Arya mati serta-merta. Apakah?

One step you move, you and your son will die.”

Arya terkedu mendengar ayat itu. Liur ditelan. Jantungnya mula berdegup di luar rentak normalnya. Aidan yang didukung mula merengek kecil. Mungkin takut dan terkejut.

Ya Allah, dia tidak kisah jika apa-apa terjadi pada dirinya. Tetapi bukan anaknya.

*****

TANPA mematikan enjin, Rayyan bergegas keluar dari keretanya. Laju sepasang kakinya berlari menuju ke arah pintu utama rumahnya itu. Kasut di kaki kelam-kabut ditanggalkan. Masuk ke dalam rumah, terus dia meluru ke dapur. Jantungnya terasa seperti berhenti berdegup tatkala melihat ruang dapur rumahnya yang berselerak itu. Dan, ada sisa-sisa darah di atas lantai.

"Arya! Aidan!" Nama isteri dan anaknya dijerit. Rayyan berlari menuju ke arah stor. Pintu stor dikuak kasar. Bebola matanya melilau memandang sekeliling bilik stor yang gelap itu, mencari kelibat isteri dan anaknya. Tiada.
Keluar dari dapur, dia naik pula ke tingkat dua rumah itu. Satu persatu bilik diterjahnya. Tidak kelihatan juga kelibat isteri dan anaknya.

Rayyan raup wajahnya dengan kedua tapak tangan. "Argh!!!" Jeritan garaunya bergema di setiap pelusuk rumah agam itu. Tubuhnya perlahan-lahan melorot jatuh.

"Ray..." Daniel yang baru naik ke tingkat dua rumah itu meluru ke arah abangnya.

Rafiq dan Zaryan yang berdiri di hujung tangga saling berpandangan sebelum mereka turut mendekati Rayyan.

"Ray..." Rafiq tepuk lembut bahu Rayyan, cuba menenangkan lelaki itu.

"Bini aku... Anak aku..." Rayyan merintih. Bahunya terhinjut. Teresak-esak dia menangis.

"Iya. Kita akan cari bini dengan anak kau," ujar Rafiq.

Rayyan pejam rapat matanya. Kedua tangannya mula mengepal penumbuk. Kau dah melampau, Diego!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro