BAB 7
BAM!
Rayyan yang sedang mencari fail di kabinet terkejut dengan bunyi dentuman itu. Pantas dia menoleh ke belakang. Memandang ke muka pintu bilik pejabatnya itu, figura si isteri menyapa pandangannya. Satu keluhan kecil dilepaskan. Apalah salah pintu bilik pejabatnya itu. Asyik dibuka kasar saja.
"Hubby..." Arya masuk bersama Aidan di dalam dukungannya. Terus mendekati si suami yang berdiri di hadapan kabinet setinggi lapan kaki itu.
"Kenapa lambat? Habis kelas pukul berapa? Friel datang ambil kau pukul berapa?" soal Rayyan. Dia tidak dapat menjemput isterinya dari kampus hari ini kerana ada hal penting tadi. Jadi, dia suruh Zaryan sahaja.
"Kawan hubby singgah pet shop sekejap. Beli apa entah. Saya tak tahulah. Lepastu, jalan sesak. Tu lambat," jelas Arya.
Rayyan angguk kecil. Tubuh dipusing. Dia kembali membelek fail-fail yang tersusun di kabinet. Mencari fail-fail penting untuk dibawa ke mesyuarat sebentar lagi.
"Hubby..." Meleret suara Arya memanggil suaminya. Hujung kot kerja suaminya ditarik-tarik manja.
"Dah kenapa ni?" Rayyan menyoal pelik. Mana tidak pelik, bibir isterinya mengukir senyuman lebar nak sampai telinga dah. Pasti ada sesuatu.
"Mulai esok, saya cuti. Seminggu," ujar Arya. Senyuman masih tidak lekang dari bibirnya.
Rayyan angguk faham. "Jadi? Takkan sebab dah mula cuti, sampai mengada gini?" soalnya. Dua buah fail ditarik dan dicampak ke atas meja kerjanya. Kemudian, Aidan diambil daripada isterinya. Dikucup lembut kedua pipi anaknya itu.
Senyum di bibir Arya perlahan-lahan memudar. Wajah Rayyan dipandangnya dengan wajah tidak puas hati. "Hubby lupa ke?" soalnya seraya berpeluk tubuh.
Kening Rayyan berkerut. "Lupa apa?"
Mendengar soalan suaminya, Arya mendengus kecil. "Minggu lepas kan saya ada bagitahu hubby, nak pergi Cameron Highland."
Rayyan terdiam sejenak. Cameron Highland? Beberapa saat kemudian, dia tepuk dahi sendiri.
"Hubby kata akan kosongkan jadual untuk bawa saya bercuti." Arya mengingatkan lagi.
Rayyan hela nafas perlahan. Sebelah tangan Arya dicapai. "Sorry. Aku terlupa." Dikucup lembut belakang tangan isterinya itu, tanda memohon maaf.
"Sekarang dah ingatkan? Boleh bawa saya bercuti ke Cameron kan?" soal Arya, memandang wajah suaminya tidak lepas.
Rayyan tidak terus menjawab. Pasu bunga kecil di hujung meja kerjanya direnung bagai mahu tembus. Bagaimana dia mahu jelaskan kepada isterinya ya? Disebabkan dia terlupa tentang itu, dia tidak kosongkan jadual kerjanya.
"Hubby?"
Rayyan tarik nafas panjang, kemudian dihela. "Lain kali boleh kita pergi sana? Jadual aku penuh sampai hujung bulan nanti," ujarnya, merenung wajah isterinya.
Raut wajah Arya agak berubah apabila mendengar kata-kata suaminya. "Malam tu hubby kata nak kosongkan jadual kerja." Matanya mula berkaca.
"Iya. Tapi sebab aku lupa, jadi aku pun tak kosongkan jadual kerja aku," jelas Rayyan. Rasa serba salah menyerbu diri. Lagi-lagi melihat kedua mata isterinya berair.
Arya diam. Menunduk menekur lantai, bibirnya diketap. Cuba halang tangisannya daripada pecah.
“Arya...” Rayyan pegang dagu Arya, lantas didongakkan wajah isterinya itu.
"Tak apalah." Sejurus itu, Arya ambil Aidan daripada Rayyan. Pusing tubuh, dia terus berlalu menuju ke bilik mini yang ada di dalam pejabat suaminya itu.
Rayyan raup wajahnya dengan tapak tangan. Baru dia nak atur langkah mengejar isterinya, telefon di atas meja kerjanya berdering kuat. Pantas dia capai, menyambut panggilan yang masuk itu.
"Meeting lagi 10 minit."
"Hmm. Kejap lagi aku datang. Cau." Tidak menunggu balasan si pemanggil, dia letak telefon. Kemudian, bergegas dia menuju ke bilik yang dimasuki oleh isterinya tadi.
Kuak daun pintu, telinganya sayup-sayup disapa oleh bunyi tangisan. Rayyan pejam mata sejenak. Pasti isterinya menangis. Ya Allah, rasa bersalah pula. Satu keluhan berat dilepaskan sebelum mata dibuka semula.
"Arya..." Masuk ke dalam bilik itu, dia menghampiri katil di mana isterinya sedang duduk.
Terkejut dengan kehadiran Rayyan di bilik itu, Arya pantas mengelap pipinya yang basah dengan air mata itu menggunakan tapak tangan. Dia cuba berlagak tenang.
"Aku minta maaf dah buat kau menangis," ujar Rayyan. Tubuh Arya terus ditarik ke dalam pelukannya.
Arya hanya diam. Tidak membalas langsung pelukan suaminya.
"Mi dispiace, bambina." Rayyan kucup pula ubun-ubun isterinya. Selepas beberapa minit, pelukan dileraikan. Kedua tapak tangannya dilekapkan pada pipi Arya. "Aku atur semula jadual aku. Bagi aku masa sehari dua ni. Boleh?"
Arya hela nafas perlahan. "Tak apalah. Lupakan jelah pasal tu. Saya tak nak susahkan hubby," ujarnya. Bukan berlakon semata-mata nak meraih simpati. Memang dia tak nak susahkan suaminya. Lelaki itu bekerja keras pun untuk dia dan Aidan.
"Arya..."
"Saya okay. Lain kali je." Arya ukir senyum segaris. Cuba meyakinkan suaminya bahawa dia benar-benar okay.
"Betul ni?" soal Rayyan, inginkan kepastian. Dia lihat wajah kecewa isterinya tadi. Dia juga dengar tangisan isterinya itu. Bagaimana dia mahu percaya bahawa isterinya itu okay.
Arya angguk.
Rayyan hela nafas perlahan. Buat kesekian kalinya, tubuh isterinya dipeluk. "Aku minta maaf."
"Tak apa. Hubby tak salah." Arya balas pelukan suaminya.
Rayyan kucup lembut pipi isterinya sebelum meleraikan pelukan. "Aku keluar dulu ya. Aku ada meeting sekejap lagi. Habis meeting nanti, aku bawa kau dengan Aidan pergi jalan-jalan. Okay?"
Arya berdeham kecil. "Saya pun nak turun bawah sekejap. Nak makan kat kafe."
"Okay. Take care. Ti'amo, bambina." Rayyan berdiri tegak. Ubun-ubun Arya diusap lembut sebelum dia keluar dari bilik itu.
*****
JUS tembikai yang berbaki di dalam gelasnya dihabiskan. Kemudian, ditolak gelas dan pinggan yang hanya tinggal sisa makanan itu ke tengah meja. Tisu ditarik, lalu dilap mulut dan tangan.
"Okay, dah siap. Jom balik." Arya tolak kerusinya ke belakang, dan bangun. Aidan yang duduk di dalam kerusi kanak-kanak diangkat keluar. Kemudian, langkah diatur ke kaunter bayaran.
"Berapa?" Dia menyoal gadis yang menjaga kaunter bayaran itu.
"RM10.50 je kak."
Arya angguk kecil. Seluk beg silangnya, dompet ditarik keluar. Baru dia nak buka dompet, tiba-tiba ada seseorang meletakkan duit di atas meja kaunter itu.
"I paid for her."
Mendengar suara garau yang berkata itu, kepala Arya terus menoleh ke sisi. Tidak berkelip matanya melihat lelaki yang berdiri di sebelahnya itu.
"Kenapa pandang I macam tu? Muka I ada macam muka hantu ke?"
Soalan yang diajukan itu buat Arya tersedar. Dia berdeham kecil. "Sorry," ucapnya lalu tersengih seperti kerang busuk.
"It's okay," balas lelaki itu bersama senyuman tipis. Kemudian, dia terus berlalu meninggalkan Arya selepas mengambil wang baki daripada penjaga kaunter.
"Eh, awak! Tunggu!" Arya pantas mengejar lelaki yang sudah keluar dari restoran itu.
Lelaki itu hentikan langkah, dan menoleh ke arah Arya. Keningnya terjongket sebelah. "Ya, kenapa?"
"Err, saya bayar balik duit awak tadi," ujar Arya, lantas mengeluarkan sekeping not 10 dan sekeping not 1 daripada dompetnya.
"Tak payah. I belanja je tadi," ujar lelaki itu, menolak duit yang dihulurkan.
Arya pandang wajah lelaki di hadapannya itu. Kemudian dia pandang duit di tangannya.
"I belanja. Simpan duit tu."
Arya hela nafas perlahan. Duit di tangannya dimasukkan semula ke dalam dompet.
"You ada nak ke mana-mana ke? I boleh tolong hantarkan," ujar lelaki itu, menawarkan bantuan.
Arya geleng. "Saya nak balik pejabat suami saya terus. Risau dia mencari pula."
"I hantarkanlah kalau macam tu."
"Eh tak apa. Susahkan awak je. Tadi dah belanja saya. Ni nak hantar saya pula. Saya boleh tunggu teksi je. Atau tempah Grab." Arya menolak lembut.
"Tak apa. Tak susah. Lagipun panas ni. Kesian kat anak you tu kalau nak menunggu teksi atau Grab."
Arya mendongak, memandang langit. Matahari tengah tegak kat atas. Memang tengah panas terik ni. Kemudian, dia pandang Aidan pula. Dahi anaknya itu sudah mula berpeluh. "Hmm, yalah." Akhirnya dia setuju.
"Jom. Kereta I kat sana tu je."
Arya angguk kecil. Kaki mula mengatur langkah, mengikut lelaki di hadapannya itu menuju ke kereta.
"Memang tak ada nak pergi mana-mana ke?"
Arya yang sedang memakai tali pinggang keselamatan menoleh ke sebelah. Perlahan, kepala digeleng.
"Okay." Lelaki itu mula hidupkan enjin kereta. Tidak lama kemudian, keretanya mula bergerak keluar dari kotak parkir.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro