Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 6

"HOW?"

Rayyan yang baru selesai menjawab panggilan seseorang di telefon bimbitnya menoleh, memandang gerangan yang menyoal. Satu keluhan kecil dilepaskan. "Memang betul tekaan aku. Dalam coklat tu ada something," ujarnya, meletakkan telefon bimbitnya di sebelah komputer. Punggung dilabuhkan di atas kerusi pejabatnya. Dia sudah hantar baki coklat yang dimakan Arya semalam ke makmal. Kerana dia rasa ada sesuatu yang dicampurkan di dalam coklat itu. Yang menyebabkan tingkah isterinya jadi lain macam.

"Apa motif dia buat bini kau macam tu? Bukan dia dapat apa pun. Kau juga yang untung. Tengok tu, kat leher tu ada cap mohor. Tak lama Aidan dapat adiklah tu," ujar Rafiq seraya tergelak besar.

Rayyan terus membaling pen di tangannya ke arah Rafiq. "Kau jangan nak menipu. Mana ada apa-apa kat leher aku. Aku tak buat apa pun semalam. Bodoh!" hamburnya, memberi satu jelingan tajam kepada Rafiq.

Rafiq berhenti gelak. Pen yang jatuh ke atas ribanya itu diambil lalu dipusingkan dengan jari. "Dia dah lama menduda kan? Dekat rantai yang dia bagi bini kau tu pun ada something. Mungkin, dia nak puaskan nafsu dia dengan berimaginasikan bini kau. Kau faham maksud aku kan?"

Rayyan renung skrin komputer di hadapannya bagai mahu tembus mendengar kata-kata Rafiq. Ya, itu juga yang dia fikirkan. Menjijikkan!

"Jadi, kau nak buat apa sekarang ni? Nak biar je ke?" soal Rafiq, merenung tepat ke wajah Rayyan.

Rayyan hela nafas berat. "Dia family aku. Aku sayang dia macam mana aku sayang Daniel. Kalau boleh, aku nak pulihkan kembali hubungan kami macam dulu. Aku tak nak gaduh dengan dia."

"Dendam kalau dah berputik dalam diri seseorang, susah nak buang tau. Selagi tak terbalas dendam tu, selagi tu dia tak puas hati. Mula-mula dia guna cara halus gini. Akan datang, kita tak tahu apa lagi dia akan buat. Pada anak bini kau terutamanya," ujar Rafiq.

"Masalahnya dia berdendam dengan aku atas kesalahan yang aku tak buat," bidas Rayyan.

"Dia peduli apa pasal tu. Dia tetap letakkan kesalahan tu pada kau atas apa yang berlaku pada keluarga dia," balas Rafiq pula.

Rayyan hela nafas kasar. Wajahnya diraup dengan tapak tangan. Serabut.

"Bertindak segera Ray. Sebelum apa-apa yang lebih teruk berlaku pada family kau. Masa tu, nak menyesal dah terlambat." Bangun daripada duduk, Rafiq atur langkah ke arah pintu dan keluar dari bilik pejabat Rayyan itu.

Rayyan sekadar hantar pemergian lelaki itu dengan pandangan sepasang mata birunya. Sebaik pintu bilik pejabatnya itu kembali tertutup, satu keluhan berat dilepaskannya.

*****

ARYA yang duduk di atas sebuah kerusi tersenyum kecil melihat anak lelakinya, Aidan seronok bermain bersama seekor arnab putih di halaman rumah itu. Hari ini, dia tiada kelas. Jadi, dia duduk di rumah saja, meluangkan masa bersama Aidan. Mahu ikut suaminya ke tempat kerja pun malas. Bukannya ada benda boleh buat di pejabat suaminya itu. Sekurangnya di rumah, dia bebas buat apa-apa.

Sedang dia ralit memerhati Aidan, tiba-tiba pendengarannya disapa oleh bunyi deruman enjin kenderaan. Menoleh, pandangan dihalakan ke arah pagar rumah itu. Disangkakan suaminya sudah pulang kerja. Tetapi melihat sebuah Hummer hitam yang berhenti di luar pagar rumah itu, dahinya berkerut halus. Siapa ni? Tak pernah dia nampak mana-mana sahabat suaminya membawa kenderaan sebegitu. Kereta biasa je selalunya.

Arya statik sahaja di tempatnya, dengan mata yang tidak lepas memandang ke arah Hummer hitam itu. Menunggu jika ada sesiapa yang keluar. Lima minit berlalu, tiada mana-mana pintu Hummer yang dibuka. Namun, dia perasan tingkap bahagian penumpang belakang seperti turun sedikit. Baru Arya hendak angkat punggung daripada kerusi, kenderaan itu terus berlalu pergi. Arya dilanda rasa pelik. Siapa ya gerangan di dalam Hummer hitam itu? Kenapa berhenti di hadapan rumah suaminya itu?

Membiarkan Aidan yang sedang leka bermain, Arya beranikan diri untuk ke pintu pagar. Sebuah pintu kecil di bahagian kanan pagar dibuka, lalu dia keluar. Bebola mata melilau memandang sekeliling, mencari kelibat Hummer hitam tadi. Namun tidak kelihatan langsung. Laju betul hilangnya.

Pin pin!

Bunyi hon nyaring itu menyentakkan Arya. Berpaling, kelibat sebuah kereta berwarna royal blue menyapa pandangannya. Kereta itu berhenti benar-benar di hadapan pagar.

“Arya? Kau kenapa tercegat kat luar pagar ni?” Rayyan yang baru keluar daripada perut kereta mengajukan soalan kepada isterinya. Pelik. Apa isterinya buat?

Hubby...” Arya mendekati Rayyan.  Dicapai tangan kanan lelaki itu lalu dikucup lembut.

“Kau buat apa? Aidan mana?” Rayyan ajukan lagi soalan. Wajah Arya direnung menanti jawapan.

“Aidan tengah main kat halaman tu. Hubby, tadi kan ada sebuah Hummer berhenti kat depan ni." Tidak menyabar, Arya terus bercerita kepada Rayyan.

Tingkah Rayyan yang sedang melonggarkan tali leher terhenti di saat mendengar ayat isterinya. Dahinya berkerut halus. “Hummer?”

“Iya. Hummer warna hitam. Saya tak tahu siapa. Kawan-kawan hubby tak ada yang pakai Hummer kan? Saya tunggu, tak ada siapa yang keluar. Tapi, saya perasan tingkap belakang turun sikit. Saya baru nak bangun, tiba-tiba Hummer tu pergi terus. Tak puas hati, tu saya keluar. Tak ada dah Hummer tu. Laju betul hilang,” ujar Arya panjang lebar.

Mendengarkan cerita Arya, Rayyan terus melilaukan pandangan ke sekeliling cuba mencari kenderaan yang dimaksudkan oleh isterinya. Namun tiada. Tidak berkata apa, tubuh Arya terus ditarik ke dalam pelukannya. Bibirnya berlabuh di dahi si isteri. Lama.

Hubby?” Arya terpinga-pinga sendiri.

“Lepas ni, jangan berani-berani keluar dari pagar rumah ni walaupun satu sentimeter tanpa aku,” ujar Rayyan, menjarakkan bibirnya daripada dahi Arya.

“Kenapa?” Kening Arya berkerut.

“Dengar je cakap aku. Demi keselamatan kau dan Aidan.”

Arya terdiam. Dia rasa mahu menyoal lagi. Tetapi melihat wajah serius Rayyan, dia batalkan niat. Takut membuat lelaki itu marah. 

“Dah, jom masuk.”

Arya akur apabila tangannya ditarik oleh Rayyan untuk masuk ke dalam. Mereka menuju ke halaman di mana Aidan sedang bermain. Rayyan terus mengangkat tubuh Aidan. Kemudian, mereka tiga beranak menuju ke pintu utama.

"Boleh tolong buatkan aku air?" pinta Rayyan, sebaik dia labuhkan punggung di atas sofa. Aidan didudukkan di ribanya.

"Boleh. Tunggu sekejap ya." Arya bergegas meninggalkan ruang tamu itu.

Pemergian isterinya dihantar dengan pandangan. Hilang kelibatnya, Rayyan pantas keluarkan telefon bimbit daripada poket seluar. Buka log panggilan, nombor seseorang didail.

Lima saat...

Sepuluh saat...

"Yo, what's up?" Suara Zaryan menyoal di hujung talian.

“Tak payah nak what's up dengan aku. Kau kat mana? Kau tak buat kerja ke?” soal Rayyan, serius. Skrin televisyen yang gelap di hadapannya itu dipandang bagai nak tembus.

"Eh, aku buat kerjalah!" Zaryan menafikan tuduhan Rayyan.

"Okay. Update kat aku untuk hari ni," arah Rayyan. Telefon dialih ke telinga kiri. Posisi duduk Aidan di ribanya dibetulkan. Dibiarkan sahaja anaknya itu bermain dengan tali lehernya.

"Nak update apa? Anak bini kau okay je kat rumah tu." Mudah Zaryan menjawab.

"Ada sesiapa datang rumah aku?" Rayyan menyoal lagi.

"Tak ada."

Mendengar jawapan Zaryan, buat Rayyan ketap gigi menahan geram.

"Ray? Hoi, mana kau?"

"Friel, aku tolak separuh gaji kau." Noktahkan ayat, panggilan dimatikan. Telefon bimbit dicampak ke atas sofa sebelahnya.

"Hubby, ni airnya." Arya yang baru masuk ke ruang tamu itu menghulurkan sebuah mug kepada suaminya.

"Thanks," ucap Rayyan, menyambut huluran isterinya. Baru dia nak cicip air di dalam mug itu, telefon bimbitnya berdering nyaring. Rayyan kerling skrin yang berkelip-kelip itu. Dia mendengus kecil apabila melihat nama pemanggil.

"Kenapa hubby tak angkat call?" Arya menyoal pelik.

"Tak penting." Mudah Rayyan menjawab. Air di dalam mug yang berasap tipis itu dicicip perlahan.

Ting!

Bunyi ringkas itu menandakan ada mesej baru masuk di telefonnya. Rayyan berdecit kecil. Hulur Aidan kepada Arya, lalu telefon bimbit di sebelahnya itu dicapai. Mesej yang baru dia terima itu dibuka.

Friel 🦝
Woi, kenapa kau nak tolak gaji aku? Aku elok jaga anak bini kau tahu tak! Berpanas berhujan kat luar tu!

Jari Rayyan lincah menyentuh skrin telefon, menaip sesuatu untuk membalas mesej Zaryan.

Send!

Tidak lama selepas dia hantar mesej kepada Zaryan, panggilan pula masuk daripada nombor lelaki itu. Sentuh simbol hijau, lantas telefon dilekapkan ke telinga.

“Rayyan Louise!” Suara Zaryan sedikit menjerit di hujung talian.

“Kau apa hal jerit kat aku? Nak rasa kena belasah ke?” soal Rayyan. Sambung mencicip minumannya.

“Jangan tolak gaji aku! Aku buat kerja tahu tak!” hambur Zaryan di hujung talian.

"Jangan nak tipu aku. Kalau kau memang betul buat kerja, kau tahu ada orang datang rumah aku tadi," ujar Rayyan.

"Sorry lah. Aku balik cepat tadi sebab aku nak terberak! Takkan kau nak suruh aku berak tepi jalan tu!" balas Zaryan, tidak mahu kalah.

"Tu masalah kau. Bukan masalah aku." Selamba Rayyan menjawab.

"Woi!"

"Kau tak ikut waktu kerja yang aku tetapkan. Dengan sedikit kecuaian kau, boleh ancam nyawa anak bini aku. Jadi, tak salah aku tolak gaji kau. Cau." Sejurus itu, panggilan dimatikan. Mod senyap dihidupkan kerana dia tahu Zaryan pasti akan menelefonnya lagi kerana tidak puas hati. Telefon dicampak ke atas meja kopi.

“Kenapa hubby?” Arya yang sejak tadi menjadi pemerhati dan pendengar di sebelah Rayyan menyoal.

Rayyan menoleh ke sisi. “Tak ada apa." Bibirnya senyum segaris. Kepala Arya diusap lembut dengan tapak tangannya.

"Apa maksud hubby ancam nyawa anak bini tu? Ada orang bermusuh dengan hubby ke?" Lagi soalan diajukan oleh Arya.

Rayyan hela nafas perlahan. Bahu Arya dipaut. Bibirnya singgah seketika di tepi dahi Arya.

"Don't worry, bambina. No matter what happens, I will protect you and Aidan."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro