Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 5

"ARYA?"

Arya yang berada di sebelah Daniel memandang ke arah gerangan yang menyebut namanya. Ulas bibirnya terus mengukir senyum. "Hubby..." Melangkah ke arah Rayyan, terus dipeluk tubuh tegap itu tanpa menghiraukan manusia lain yang ada di situ.

"Kau okay tak?" Rayyan longgarkan pelukan. Tubuh isterinya dipandang atas bawah. Begitu juga dengan Aidan yang didukung wanita itu.

"Saya okay. Kenapa?" Arya kerut dahi dengan tingkah suaminya. Dia pandang dirinya sendiri. Ada yang pelik ke?

"Kau dari mana? Kenapa aku pergi kampus kau tak ada?" soal Rayyan, merenung ke dalam anak mata isterinya.

"Saya pergi makan tadi dengan Aidan. Saya balik awal hari ni. Saya ada call hubby nak minta datang ambil, tapi hubby tak angkat. Tapi lepas tu, ada seorang lelaki ni datang. Dia kata, dia kawan hubby. Hubby suruh dia ambil saya sebab hubby busy. Kebetulan dia ada kerja area situ. Dia nampak saya kat bus stop, so dia ambil saya terus," jelas Arya panjang lebar.

Rayyan tersentak apabila isterinya berkata sebegitu. Kawan? Lelaki? "KK?" tebaknya.

"Taklah. Takkan saya tak kenal KK pula. Ni lain. Saya pun tak pernah nampak dia kalau time hubby ada bawa kawan-kawan hubby ke rumah."

"Siapa nama dia?" Lagi soalan diajukan oleh Rayyan.

"Err, saya lupa tanyalah. Dia ambil saya, lepastu pergi taska ambil Aidan. Lepastu dia bawa kami pergi makan."

"Kenapa aku call kau tak dapat?" soal Rayyan.

"Eh, kenapa tak dapat?" Arya kerut dahi. Poket blousenya diseluk. Lalu telefon bimbit dikeluarkan. "Lah, fon saya termati. Bateri habis kot. Sorry."

Rayyan mengeluh kecil. Tubuh Arya kembali dipeluknya. Ubun-ubun isterinya itu dikucup lembut. Aidan turut dikucup sayang. Mujur tidak berlaku apa-apa yang buruk kepada isteri dan anaknya itu.

"Kenapa hubby? Hubby nampak risau," ujar Arya, mendongak memandang suaminya.

Rayyan geleng kepalanya perlahan. Buat kesekian kalinya, dia kucup ubun-ubun Arya sebelum pelukan dileraikan. "Pergi masuk bilik sana. Rehat dengan Aidan."

Arya angguk, akur. Dia terus mengatur langkah menuju ke arah bilik yang berada di dalam bilik pejabat suaminya itu.

Rayyan hantar pemergian isteri dan anaknya itu dengan pandangan. Sebaik pintu bilik yang dituju dua beranak itu tertutup semula, dia terus memandang Rafiq, Zaryan dan Daniel bergilir.

"Apa benda ni?" soal Rafiq. Keliru dengan apa yang sedang berlaku.

"Kau ada suruh orang ambil bini kau?" Zaryan pula menyoal.

Rayyan geleng menjawab soalan Zaryan. "Aku tak pernah suruh sesiapa ambil anak bini aku. Lagipun, kawan aku siapa je selain korang? Dan Arya kenal korang semua. Ni, dia sendiri tak tahu siapa nama lelaki yang ambil dia. Tak pernah jumpa."

"Dan, kau boleh check CCTV area kampus Arya?" Rafiq menyoal Daniel.

"Err, aku tak berapa pandailah sangat kalau bab tu."

"Cuba," arah Rafiq. Bahu Daniel ditepuk lembut.

Daniel tarik nafas panjang sebelum dihela perlahan. Komputer riba di atas meja kopi ditarik ke arahnya. "Kalau tak boleh macam mana?" soalnya, memandang Rafiq dengan wajah serba salah.

"Aku yakin kau boleh," balas Rafiq, memberi semangat.

Daniel angguk kecil. Jemarinya mula bergerak di atas papan kekunci komputer riba, melakukan kerjanya. Rafiq, Rayyan dan Zaryan hanya menjadi pemerhati.

"Jam berapa punya nak tengok?" soal Daniel, memandang Rayyan di sebelah kanannya.

"Dua lebih."

Daniel angguk. Dia kembali menumpukan perhatian pada skrin komputer riba. "Err, kenapa rakaman CCTV ni macam kena cut?"

Rayyan kerut dahi mendengar soalan Daniel. Dia memandang skrin komputer riba. Melihat rakaman CCTV di sekitar kawasan bus stop kampus Arya. Dia nampak isterinya duduk di bus stop sambil melambai ke arah sebuah kereta yang lalu di hadapan bus stop itu. Pasti kawan-kawan wanita itu. Setelah itu, kelihatan Arya sedang memegang telefon bimbit. Kemudian, wanita itu bangun, meninjau ke arah jalan raya. Dan...

Hitam?

Sesaat kemudian, rakaman CCTV bersambung. Namun, sudah tiada Arya di bus stop itu.

Rayyan tidak puas hati. Dia lihat semula rakaman CCTV itu daripada mula. Sambil itu dia lihat masa yang tertera di bahagian atas sebelah kanan. Ketika Arya bangun dari duduknya, masa yang tertera 14.17.27 PM. Kemudian, hitam. Dan rakaman CCTV bersambung pada masa 14.25.17 PM. Lapan minit rakaman yang dipotong.

"Pelik ni," komen Rafiq.

"CCTV lain pun sama ke?" soal Zaryan.

"Sekejap, aku cuba tengok CCTV lain yang berdekatan dengan bus stop tu." Daniel kembali membuat kerjanya. Beberapa minit kemudian, dia mengeluh kecil. "Semua sama. Bahagian yang dipotong tu pada masa yang sama."

Rayyan renung skrin komputer riba bagai mahu tembus. Apa semua ni? Apa yang sedang terjadi?

"Hubby, saya lupa nak bagitahu."

Suara Arya memaksa Rayyan menoleh kepala. Keningnya berkerut memandang Arya yang menjengulkan kepalanya di sebalik bukaan pintu biliknya itu.

"Muka kawan hubby tu, saya tengok ada iras muka hubby."

Sebaris ayat yang keluar daripada mulut Arya, buat Rayyan terkedu.

"Tapi hubby hensem lagi dari dia. Hehe. Bye!" Sambung Arya sebelum dia masuk semula ke dalam biliknya.

Rayyan diam tidak berkutik di tempatnya. Kata-kata Arya masih terngiang-ngiang di telinganya. Lelaki. Iras muka dia.

"Ray, aku rasa aku tahu siapa punya kerja ni," ujar Rafiq, menepuk bahu Rayyan.

Rayyan menoleh ke arah Rafiq. Dia tarik nafas panjang, sebelum dihela perlahan. Ya, dia pun boleh agak kerja siapa.

*****

USAI menyiapkan kerjanya yang terakhir malam itu, Rayyan tutup komputer riba dan mengemas segala fail dan kertas yang bersepah di atas meja kerjanya itu. Setelah itu, dia bangun daripada duduknya. Dia mengeliat kecil, mahu menghilangkan rasa sakit dan sengal pada badan dek kerana terlalu lama duduk. Yalah, dari selepas makan malam sehingga sekarang jam 11.50. Rasa nak patah pinggang.

Telefon bimbit di sebelah komputer riba dicapai, kemudian dia melangkah ke arah pintu. Keluar dari bilik kerjanya itu, dia terus menuju ke bilik tidur. Ingat nak minum, tapi malas nak turun. Tidur jelah.

Masuk ke dalam bilik, dilihatnya Arya masih belum tidur. Sedang duduk di sofa bersama tablet di tangan.

"Kenapa tak tidur lagi?" soal Rayyan, merapatkan daun pintu.

Bebola mata Arya yang tadinya khusyuk memandang skrin tablet beralih ke arah suara tersebut. Bibirnya terus ukir senyum apabila melihat Rayyan di dalam bilik itu. Dia bingkas bangun dan menapak ke arah Rayyan yang berdiri di hadapan almari. "Hubby..."

Rayyan yang sedang memilih baju tidur mengerling ke arah Arya yang sedang merangkul tubuhnya. "Kenapa tak tidur? Dah lewat ni. Esokkan ada kelas."

"Tunggu hubby," balas Arya seraya tersenyum.

Kening Rayyan terjongket. "Tunggu aku?"

Arya angguk. Dia bergerak ke hadapan Rayyan. Lalu tubuh lelaki itu dipeluk. Wajahnya disembam ke dada lelaki itu. Dihidu bau tubuh suaminya itu sedalamnya.

Rayyan agak pelik dengan perilaku isterinya malam itu. Namun dia hanya membiarkan.

"Hubby..." Suara Arya agak manja memanggil suaminya.

"Hmm..." Sahut Rayyan dengan deheman.

Arya dongak wajahnya. "Saya rindu hubby..." ujarnya, merenung ke dalam anak mata suaminya.

Rayyan balas renungan isterinya. Dahinya berkerut halus. Isterinya, seperti ada yang tidak kena.

"Hubby..."

Rayyan tersentak apabila dia rasa tangan Arya sudah menyusup masuk ke dalam bajunya. Pantas dia tarik keluar tangan wanita itu. "Arya, kau kenapa ni?"

"Saya nak hubby..." ujar Arya. Kembali melakukan hal yang sama kepada suaminya.

Rayyan tangkap kemas kedua tangan Arya. "What's wrong with you?"

"Nothing. I just..."

"Kau minum apa sebelum aku masuk bilik ni tadi?" soal Rayyan, tajam memandang wajah isterinya. Dia tidak menolak jika wanita itu mahu minta nafkahnya yang satu itu, tetapi dia rasa ada sesuatu yang tidak kena dengan isterinya itu.

"Tak ada. Saya cuma makan coklat je," balas Arya.

"Coklat apa? Dapat dari mana?" soal Rayyan.

Arya tidak menjawab. Hanya jarinya menunjuk ke arah meja solek.

Rayyan tidak tunggu lama. Dia bergerak ke meja solek. Lantas dia capai plastik coklat di atas meja itu. Masih ada baki coklat di dalamnya. Dicium baunya, tiada yang pelik. Coklat biasa je ni.

"Hubby..."

Rayyan terkejut dek kerana pelukan Arya di belakang tubuhnya. Plastik coklat di tangannya diletakkan semula ke atas meja solek. Kemudian, dia pusing tubuh menghadap isterinya. "Tidur ya?" Rambut wanita itu dielus lembut.

"Saya nak hubby..." ujar Arya, melingkar kedua tangannya di leher Rayyan.

Rayyan hela nafas perlahan. Baru saja dia mahu memeluk tubuh isterinya itu, dia terperasan ada seutas rantai baru di leher isterinya itu. Rayyan pegang rantai tersebut. Ada loket bertatahkan permata. Rantai bila ni? Dia tidak pernah beli rantai itu untuk isterinya.

"Mana kau dapat rantai ni?" Tidak mahu sesakkan fikiran, Rayyan menyoal isterinya.

"Kawan hubby bagi." Ringkas Arya menjawab.

Rayyan ketap gigi. Tidak berkata apa, dia terus buka rantai tersebut daripada leher Arya.

"Hubby, kenapa..."

"Aku simpan rantai ni. Kau tak boleh pakai. Faham?"

"Tapi ke..."

"Jangan banyak tanya! Dengar je cakap aku!" Tegas Rayyan.

Arya tersentak apabila dijerkah sebegitu oleh suaminya. "Hubby... Marah saya?" soalnya dengan mata yang mula berkaca.

Rayyan raup wajahnya dengan tapak tangan. Bibirnya terkumat-kamit beristighfar, cuba tenangkan diri. Setelah itu, dia pandang semula wajah isterinya.

"Sorry." Tubuh Arya ditarik ke dalam pelukannya. Belakang tubuh wanita itu diusap lembut. Selepas beberapa minit, dia rungkaikan pelukan. "Lepas ni, jangan terima apa-apa barang daripada orang lain. Okay?"

"Hmm... Tapi rantai tu cantik," ujar Arya lirih. Hilang sejenak mood manjanya tadi.

Rayyan hela nafas perlahan. "Nanti aku belikan rantai baru. Yang lagi lawa daripada tu. Boleh?"

Arya pandang suaminya. "Janji?"

"Iya sayang. Aku janji. Rantai ni, aku pegang. Okay?"

Arya angguk kecil. Dia kembali memeluk tubuh suaminya.

Rayyan hanya membiarkan. Rantai di tangannya disimpan ke dalam laci meja solek. Bersama dengan plastik coklat yang dimakan isterinya tadi.

'You are disgusting, Diego.'

----
Saya pun tak tahu apa saya tulis. Baca jelah 💆🏻‍♀️

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro