PROLOG
NOTA AWAL : Assalamualaikum. Cerita ini adalah kisah Muhammad Daiyan, watak yang pernah minat Yaya dalam BGMI Raya. Bakal terbit dalam bentuk novel sempena PBAKL 2022. Jadi, saya hanya akan update beberapa bab awal saja untuk bacaan di Wattpad. Selebihnya, boleh dapatkan dalam versi novel nanti. Terima kasih.
Love,
CtNorLiana ❤️🐰
____________________________________________________
KERETA HILANG KAWALAN SEBELUM TERJATUH KE DALAM GAUNG DAN TERBAKAR.
Sebuah kereta jenis Honda bernombor plat VHE 8597 ditemui di dalam sebuah gaung dengan kedalaman 10 meter. Mayat seorang lelaki ditemui rentung di dalam kereta.
Telefon bimbit yang dipegang terus terlepas daripada tangan. Wajah Encik Arshad dan Puan Uyaina dipandang dengan mata yang berair.
"Tak. Bukan... Bukan suami Kayla..." Mikayla menafikan. Dia tidak percaya suaminya yang terlibat dalam kemalangan ngeri itu. Walaupun dia tahu kereta itu memang kereta yang dipandu oleh Daiyan, tetapi dia tidak mahu percaya. Tidak mungkin suaminya!
Puan Uyaina bingkas bangun dan beralih duduk di sebelah Mikayla. Bahu anaknya itu digosok perlahan. "Kita tak tahu ni berita sahih ataupun tak. Kita tunggu. Kalau ada panggilan daripada polis atau bomba yang terlibat dalam operasi."
Mikayla ketap bibir. Sungguh dia rasa tidak tenang ketika itu. Risau, takut, sedih dan macam-macam lagi dia rasa.
Bunyi deringan panjang daripada telefon bimbitnya yang berada di hujung kaki buat tubuh Mikayla tegak. Encik Arshad pantas mengambil telefon bimbit yang berdering itu apabila tiada tanda Mikayla mahu mengambilnya. Panggilan terus dijawab tanpa melihat nama atau nombor si pemanggil.
"Siapa bang?" Puan Uyaina terus menyoal setelah suaminya menamatkan panggilan.
"Polis. Jom bersiap. Kita pergi balai." Sejurus itu, Encik Arshad bangun.
"Kayla, jom. Kita ke balai ya. Sabar. Doa yang baik-baik." Puan Uyaina memujuk si anak.
"Macam... Macam mana kalau..." Mikayla tak dapat teruskan ayat. Semakin lebat air matanya mengalir. Allah... Dugaan apa lagi yang Engkau berikan...
"Kita pergi balai dulu. Okay? Mama ambilkan tudung dengan beg Kayla." Puan Uyaina kucup lembut dahi Mikayla sebelum dia berlalu meninggalkan ruang tamu.
Hilang saja kelibat mama dan papanya, esakan Mikayla semakin menjadi-jadi. Telefon bimbitnya dicapai. Gambar yang menjadi wallpaper skrin direnung. Gambar dia dan Daiyan ketika mereka berbulan madu ke Cameron Highland.
"Iyan..." Bergetar suara Mikayla menyebut nama suaminya. Jarinya sentuh pada wajah Daiyan.
"Jangan... Jangan tinggalkan I..." Rintih Mikayla. Telefon bimbit dibawa rapat ke dada. Dipeluk. Membayangkan dia memeluk Daiyan.
Ya Allah, jangan uji... Dia tidak kuat...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro