PROLOG
~Wanna see my magic?~
HANYA PUBLISH PROLOG DAHULU. BAB SETERUSNYA AKAN MENYUSUL SELEPAS TAMATNYA MR PIRATE.
*********
"Jina...” Suara lelaki itu menyeru lembut nama wanita yang duduk di hadapannya. Berpakaian dress biru, wajahnya juga bersolek manis. Untuk pertama kalinya, dia lihat Jina secantik ini. Dahulu, dia hanya nampak Jina sebagai wanita polos. Tak pandai nak bergaya. Gaya Jina juga dulu tak ubah seperti ‘tomboy'. Itulah salah satu sebab dia meninggalkan Jina selain disebabkan pangkat dan darjat mereka.
Dan dia juga tak menyangka, Jina sudi menemaninya makan malam di restoran mewah ini buat kali kedua. Kenapa kedua? Kerana yang pertama, dia telah memutuskan hubungan mereka di sini. Dan kini, mereka bertemu semula di restoran yang sama. Meja yang sama. Suasana di restoran ini juga tak berubah, penuh dengan pasangan romantis dan keluarga kaya.
"Jina!"
"Huh?!" Jina sedikit tersentak. Lamunannya serta-merta terhenti. Terpinga-pinga dia pandang sekeliling. Serupa baru tersedar daripada mimpi, dia kini berada di restoran bersama 'lelaki tak guna' yang memutuskan hubungan mereka tempoh hari. Dia sendiri tak tahu mengapa dia patut berada di sini.
Jina berdehem membetulkan suara. Posisi duduk juga dibetulkan menghadap Tengku Hayyan yang berada di hadapan, memerhatikannya dengan pandangan penuh tanda tanya.
"Are you okay Jina?"
"Yes. You... ada cakap apa-apa ke tadi? I tak berapa nak dengar. Termengelamun."
"Oh, tak apa. I cuma nak cakap,minta maaf aje dengan you sebab putuskan hubungan kita. I tak ada niat pun nak buat you patah hati. Sebab tu I ajak you datang ke sini sekali lagi untuk betulkan segalanya." Ujar Tengku Hayyan, bersusun betul ayatnya. Suara pun lembut. Tak ubah seperti suara buaya jantan keparat dekat luar sana!
Sedangkan Jina menjuling anak mata ke atas dengan mimik muka menyampah. Entah mengapa, kali ini kata-kata manis lelaki itu tidak lagi menyentuh hatinya.
"I dah putus dengan dia."
"Ha, memang padanlah dengan muka kau! Dasar tak sedar diri! Aku ni kalau boleh bukan nak buat kau putus cinta aje, putus kepala pun aku nak! Tapi nasib baik aku masih ada akal fikiran, tak macam kau! Bahlol!!!" Jerit Jina sepuas-puasnya. Geram! Rasa sesak sangat di dada saat dia menahan semua rasa kebenciannya terhadap Tengku Hayyan sebelum ini. Hendak sahaja dia mencapai air panas yang berada di atas meja lalu disimbah sahaja ke muka lelaki itu. Biar melecur! Tapi apakan daya, dia tak seberani itu ingin menengking Tengku Hayyan di tempat umum sebegini.
Tanpa sedar, semua itu cuma bayangan di fikirannya sahaja. Susana di meja masih lagi suram. Jina termenung sekali lagi.
"You memang kuat termenung ek sejak kebelakangan ni?" Tengku Hayyan menegur tatkala melihat Jina tak berkutik daripada tadi. Seriau pula lihat Jina tenung dia lama-lama serupa hantu mahu melapah manusia.
Bahu Jina sedikit terhinjut akibat tersentak. Lamunan serta-merta mati begitu sahaja. Jina buat-buat menyengih sambil kening digaru.
"Sorry, I serabut sikit."
"Apa yang you fikirkan sampai serabut?" Soal Tengku Hayyan, nada suaranya kedengaran mendatar dan lembut.
Fikir nak bunuh kau susah sangat! Haih, kalau aku cakap macam itu, tak pasal-pasal bodyguard dia grip tangan aku awal-awal. Bisik Jina di dalam hati. Sempat anak matanya melirik ke arah dua orang pengawal berpakaian serba hitam yang berdiri di belakang Tengku Hayyan.
Fuh, badan ketak-ketak! Kecut perut Jina hendak cari nahas di dalam restoran ini. Kalau kena siku tu, mahunya bibir herot seminggu!
Kemudian, Jina menarik nafas lalu dihembus keluar dengan perlahan. Cuba untuk bertenang dan kawal emosi. Bibir mengoyak senyuman penuh paksaan.
"Kenapa you tiba-tiba ajak I keluar makan dekat restoran ni?" Tanya Jina, dalam banyak-banyak restoran dalam dunia ini, kenapa harus restoran sama juga yang Hayyan pilih? Sengaja nak dia ingat tentang kajian tempoh hari ke bagaimana?
"Why? You tak suka tempat ni sebab ada kisah buruk tentang hubungan kita ke?"
"No!" Bidas Jina sekeras-kerasnya. Buat apa dia nak benci tempat ini pula? Tak ada makna!
"Atau... you risau lelaki pelik tu jealous? Apa yang ada pada dia sampai buat you takut nak jumpa I?"Tengku Hayyan meneka lagi. Kali ini kening Jina berkerut. Tak faham dengan maksud lelaki itu cuba sampaikan.
Lelaki pelik? Adakah dia ingin maksudkan Azel? Entah mengapa tiba-tiba hati Jina terasa panas. Rasa nak bangun sahaja dari kerusi dan terus lempang wajah Tengku Hayyan. Tapi dia masih sedar, dia kini berada di sebuah restoran mewah. Dia tak boleh tunjukkan perangi biadapnya yang sebelum ini.
"Lelaki pelik?" Jina buat-buat tak faham.
Tengku Hayyan angguk kepala.
"Yeah, lelaki pelik mata merah gelap tu. Dia nampak menakutkan. I selalu nampak dia kerap ikut you ke mana-mana. Siapa dia? Kenapa mata dia pelik? Dia hantu ke manusia?"
"Perlu ke you tahu siapa dia?"
"Betul juga. I tak perlu tahu pun latar belakang lelaki yang tak penting macam dia. Tapi I cuma risaukan tentang you, Jina. Lelaki tu nampak macam bukan orang sebarangan. I takut dia apa-apakan you."
Jina menjuih bibir.
"Sejak bila pula you ambil kisah tentang I?"
"Eh, tentulah I ambil kisah tentang you, Jina. Because you are my love, dear. I takkan senang-senang biarkan you berkawan dengan orang macam dia. Tapi tak apa, salah I juga sebab tinggalkan you sebelum ni sampaikan you boleh berkawan dengan orang sebarangan. But after this, I will make sure... you hanya berkawan dengan orang berpangkat sahaja macam I. Sebab I rasa..." Tengku Hayyan bangun dari kerusi. Dia mengatur beberapa langkah mendekati Jina.
Jina sudah terkulat-kulat memikirkan apa yang lelaki itu ingin lakukan. Sekilas, dia pandang sekeliling. Dia lihat ada mata-mata yang memerhati ke arah mereka berdua dengan tersenyum-senyum.
Ah, sudah! Apa yang Tengku Hayyan nak buat ni? Jina semakin tak keruan. Tatkala anak mata Jina tidak sengaja mengerling ke luar cermin kaca yang besar dan luas, tertancap sepasang mata merah gelap itu merenung ke arah mereka dengan pandangan begitu tajam.
Jina jeda buat seketika. Mata berkelip-kelip cuba memproses apa yang baru dilihat sekejap tadi. Sampaikan tak sedar, Tengku Hayyan sudah melutut di sebelah.
Bagaikan pelesit si dia menghilang, terpinga-pinga Jina mencari sepasang mata merah yang tadinya berdiri disebalik cermin luar restoran itu. Tidak sempat Jina mahu bangun, tiba-tiba dagunya terasa ditarik lembut memandang wajah Tengku Hayyan yang tersenyum lebar.
"Pandang muka I Jina." Arah Tengku Hayyan. Serius.
Jina terdiam sejenak.
"You... You nak buat apa ni?"
"I rasa I nak jadikan you isteri I. I tak nak sia-siakan wanita seperti you lagi. I mengaku, I bodoh sebab tinggalkan you. Jadi, sudi tak kalau you jadi isteri..."
Kotak cincin dibuka.
KEBABOOM!!
“OI MAK KAU PETIR!!!" latah Tengku Hayyan, terkejut dek mendengar dentuman guruh yang sangat kuat. Sekelip mata, lampu restoran itu terpadam. Suasana menjadi gelap. Semua orang menjadi resah. Namun, pekerja disitu tetap menasihati pelanggan agar bertenang sementara mereka membetulkan suiz.
Tak sampai beberapa minit, lampu restoran kembali cerah. Pandangan menjadi jelas semula, Jina toleh ke arah cermin besar. Rintik-rintik hujan mula jatuh ke melekat di kaca. Dia pasti, ada maksud disebalik hujan yang turun secara tiba-tiba. Entah mengapa, wajah Azel yang terlintas difikirannya saat ini.
Jina tiba-tiba rasa tak sedap hati. Kenapa tiba-tiba sahaja dia rasa perasaan pelik ini?
"Wait? Cincin I!"
Suara Tengku Hayyan mengalihkan perhatian Jina. Lelaki itu seperti rusuh akan sesuatu tatkala melihat kotak cincin yang kosong. Macam orang gila lelaki itu mencari cincin itu di atas lantai, manalah tahu jika dia tak sengaja tercicir semasa terkejut mendengar guruh tadi.
"Mana cincin aku? Ergh, aku beli mahal tahu tak?! Tak guna!" Dengus Tengku Hayyan, geram.
Jina telan air liur. Kesat. Rasa-rasanya... dia tahu ke mana cincin itu pergi. Tapi kenapa? Kenapa dia buat semua ini? Fikiran Jina diselubungi bermacam-macam tanda tanya. Yang pasti, semua jawapan itu cuma ada pada lelaki itu sendiri. Dia harus cari jawapan itu sekarang!
Lantas, Jina bangun daripada kerusi. Beg tangannya turut dicapai. Kepala sedikit menunduk memandang Tengku Hayyan yang masih tercari-cari cincin mahalnya di bawah meja.
"Maaf, Hayyan. I kena pergi sekarang!"
"Wait, Jina!"
Tuk!
Tak sempat hendak bangun mengejar langkah Jina yang terus berlari keluar daripada restoran, tanpa semena-mena belakang kepalanya terhantuk ke meja dengan kuat. Tengku Hayyan mengaduh sakit. Sebelah tangan menggosok-gosok belakang kepala yang mula terasa benjol.
"Aduh, kenapa banyak malang sangat aku sejak kebelakangan ni..." gumam Tengku Hayyan sendirian.
"Tuan tak apa-apa?" Tegur pengawalnya yang daripada tadi cuma berdiri tercegat di tepi kerusi. Bukannya nak tolong cari cincin itu bersama!
Tengku Hayyan ketap bibir.
"Soalan apa kau tanya aku tu? Kepala aku dah benjol tahu tak? Tolonglah cari cincin diamond aku sama-sama!" Herdiknya, geram.
"Ba... baik, Tuan." Kelam-kabut dua orang pengawal itu ikut tunduk ke lantai mencari objek kecil yang bersinar-sinar. Tak pedulikan mata-mata yang memandang pelik ke arah mereka. Bahkan, pekerja restoran itu juga hanya buat kerja masing-masing.
Aduhai, ke manalah cincin itu terpelanting agaknya?
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro