BAB 7
MEREKA meletuskan tawa bersama-sama. Tergeleng-geleng kepala wanita itu mendengar cerita daripada Tengku Hayyan tentang bagaimana pertemuannya dengan seorang perempuan yang berperwatakan kasar. Lucu juga apabila dapat tahu Hayyan sanggup rosakkan superbike kesayangannya hanya kerana mahu berjumpa dengan Jina di bengkel. Aduhai, entah berapa kos yang habis dek kerana baiki motorsikal setiap minggu.
Rina menyedut jus tembikai yang cuma tinggal separuh buat seketika. Sakit tekaknya asyik ketawa daripada tadi. Kemudian dia kembali memandang Hayyan yang sedang mengelap bibirnya yang sedikit comot dengan kain napkin di atas meja.
"You bersusah payah pikat perempuan yang berpewatakan boyish. Dan selepas tu you tinggalkan dia macam itu aje semalam? Tak rasa menyesal ke?" Rina bertanya dengan nada nakal.
Namun Hayyan menjongket bahu.
"Entah. I pun tak tahu perasaan I yang sekarang. Kalau I tak buat... you tahu apa pandangan orang nantikan?"
Rina mengangguk kemudian bersuara.
"Tapi sejujurnya, I kesiankan Jina. Daripada cerita you, I dah boleh bayangkan betapa hancurnya hati dia malam semalam. Perempuan ni paling sensitif bila orang yang dia sayang kutuk mukanya hodoh. Inikan pula you bandingkan dia dengan zombi."
"Dia pun bandingkan jambang I dengan bulu ketiak mak cik dia." Kata Hayyan penuh geram, ejekan Jina masih lagi panas ditelinganya.
Rina sedikit terkejut. Baru tika ini dia menyedari dibawah dagu lelaki itu licin serupa baru lepas cukur. Patutlah dia rasa lelaki itu lebih kacak daripada sebelum ini. Bila tiada jambang, barulah elok sedikit penampilan lelaki itu.
"Seriously? Oh, patutlah muka you nampak bersih semacam hari ini. I pun pelik kenapa Tengku Hayyan nampak kacak daripada hari yang sebelum-sebelumnya. Rupanya I baru perasaan you dah buang jambang. Elok juga taste Jina tu."
Hayyan hanya menjeling malas.
"You tak terfikir untuk jumpa dia balik ke? Minta maaf tentang semalam?" Soal Rina lagi.
Terjuih bibir Hayyan mendengar soalan itu. Hendak tergelak pun ada. Apa Rina dah gila? Kalau dia muncul di hadapan Jina sekarang, sudah tentu selipar jamban masuk ke mulutnya sekarang.
"Jumpa? You nak I kena tendang dekat muka pula ke? Jina tu kalau dah benci dengan seseorang, dia memang takkan boleh tengok muka orang yang dia benci tu lalu depan matanya." Jawab Hayyan sambil mendatar.
"Penakut juga you ni, kan?" Kata Rina dengan senyuman.
"I tak takut dia, tapi dia yang menakutkan." Balas Hayyan, serius.
Terbelahak wanita itu mendengarnya. Ada-ada sahaja jawapan soalan Hayyan ni...
"Tapi macam mana kalau Jina datang kepada you semula? You tetap nak buang dia?"
Hanya terdiam, matanya jauh merenung.
"Macam yang I cakap. I tak tahu, Rina. I buat semua ni bersebab. Dan hanya you sahaja yang tahu apa sebabnya. I tersekat dan tak mampu untuk keluar daripada kepompong family I sendiri. Apa lagi yang I mampu buat?"
Rina menghela nafas perlahan.
"Yeah, I faham. Buatlah apa yang you nak buat. Hanya you sendiri yang tahu sebabnya. Dan I tak berhak masuk campur. I kan cuma keluarga susuan you aje..." kata Rina, kemudian menyambung lagi.
"But! Macam mana kalau Jina dapat tahu hal yang sebenar? Tidak ke dia lagi kecewa daripada sekarang. I dah boleh bayangkan betapa sakitnya hati dia bila dapat tahu yang..." Belum sempat Rina menghabiskan kata-katanya, deringan telefon mencelah mematikan perbualan mereka.
Hayyan tunduk melihat telefon canggihnya yang bergetar di atas meja. Melihat nama 'Papa' muncul di skrin, lekas dia menjawab panggilan.
"Hello, ya pa. Hayyan ada dekat restoran dengan Rina. Kenapa? Oh, mereka dah sampai. Okay, I will be right there soon." Katanya, lantas memutuskan talian.
"Why?" Tanya Rina, sedikit terkejut.
"I kena balik sekarang. Terima kasih temankan I makan hari ni, Rina. Nanti I call you back." Jawab Hayyan, kelam-kabut bangkit daripada tempat duduknya.
"But, Wait Hayyan...." Rina cuba memanggil, tetapi Hayyan sudah pun melangkah pergi, meninggalkan Rina sendirian di meja.
JAM sudah pun menunjukkan pukul 1 pagi, ketika Jina terlentang di atas katil, tubuhnya seakan terbenam dalam mimpi yang dalam. Mulutnya ternganga, dan bunyi dengkuran yang kuat bergema memenuhi ruang bilik. Setiap hembusan nafasnya bagaikan dentuman yang memecah sunyi malam. Keayuannya hilang begitu saja ketika lena, seakan tiada lagi siapa yang peduli.
"KHROOOOKKKK...." panjang bunyi dengkurannya, seakan menghalang segala kedamaian yang ada. Namun, apalah peduli, yang penting tidurnya lena. Sementara itu, di kejauhan, melodi lagu I Am Me yang berlagu riang memecah keheningan. Nada dering telefon bergetar kuat, memanggil Jina yang terbuai dalam mimpinya.
I want, I want, I want
I want you.
Muah! Muah! Muah! Muah!
Tanpa sebarang niat untuk bangun, dia mengeliat malas, matanya perlahan-lahan dibuka.
"Siapa pulak yang call pagi-pagi buta ni?" gumam Jina, sambil kepalanya yang tidak gatal digaru dengan jari yang lemah. Malas untuk menjawab, tangannya meraba-raba ke ruang kosong di sebelah, mencari telefon yang masih bergetar dalam kesunyian malam. Telefon dicapai, dan matanya mengecil sebaik melihat skrin yang bersinar dalam gelap. 'Unknown number.'
"Scammer apa buat kerja pagi-pagi buta macam ni? Aduhai..." kata Jina tanpa berfikir panjang, terus menolak panggilan itu. Malas nak melayan. Telefon itu dicampak semula ke tepi, dan dia kembali memeluk mimpi, berharap dapat melupakan gangguan itu. Namun, tidak lama kemudian, telefon itu kembali berdering. Ditolak lagi. Deringannya terus berulang, berdegung di telinga Jina, dan kali ini dia biarkan saja hingga berhenti sendiri.
"Berhenti pun." desisnya, sambil menarik selimut rapat-rapat ke dada. Kelopak mata kembali ditutup, dan dia cuba untuk kembali ke dalam pelukan mimpi yang menenangkan.
Namun, tiba-tiba ada keluhan yang rendah menyusuri telinganya. Katil terasa seolah-olah berat, seakan ada sesuatu yang sedang duduk di atasnya. Kening Jina berkerut. Perlahan-lahan, matanya dibuka, dan tubuhnya terkejut. Di hadapannya, seorang lelaki misteri berdiri, membelek telefon yang baru saja dia tolak.
"Haih... kalau aku hempuk telefon ni ke kepala dia, sah-sah jadi kes bunuh." Gumam lelaki itu, ada geram dalam nadanya.
Kelopak mata Jina membulat besar. Sedar yang semua ini bukan mimpi, terus Jina lompat turun daripada katil.
"Ma... Macam mana..."suara Jina tergagap, jantungnya berdegup kencang. Lelaki itu dengan tenangnya menunjuk ke arah telefon yang tidak dijawab tadi.
"Susah sangat ke kau nak jawab?" Soal lelaki itu sambil menunjuk panggilan yang tak diangkat kepada Jina.
"Macam mana kau boleh masuk? Dalam bilik aku pulak tu? Nek Piahhhh!!! Ada pencur... ermm!" Jina menjerit, tetapi sebelum dia sempat mengeluarkan suara lebih keras, lelaki itu cepat-cepat menekup mulutnya. Dengan kasar, dia menolak tubuh Jina rapat ke pintu almari. Mata Jina membulat apabila bertentang dengan anak mata lelaki itu yang berwarna merah, seperti memerangkap jiwanya dalam tatapan yang aneh.
"Boleh tak kalau setiap kali kita berjumpa jangan menjerit?" bisiknya, dengan nada yang seolah-olah sudah biasa menghadap ketakutan orang lain.
Jina hanya mampu membebel dalam keadaan mulutnya masih ditutup oleh tangan lelaki itu.
"Ma hem ma ham ahum mam jerim halau hau elalu huncul memgejuh." bebel Jina dalam keadaan mulutnya yang masih ditekup.
"Kau cakap apa?" Lelaki itu melepaskan tangannya, dan Jina pun menghela nafas panjang.
"Macam mana aku tak jerit kalau kau selalu muncul mengejut? Lain kali bagi salam!" Herdik Jina dalam suara perlahan. Bimbang jika Nek Piah terjaga gara-gara mendengar suaranya bercakap.
Lelaki itu tersenyum menyenget.
"Aku takkan muncul mengejut kalau kau angkat panggilan aku tadi." jawabnya tanpa rasa bersalah.
Jina meraut wajah yang serabut. Sesekali anak mata sempat melirik ke arah jam di dinding. Ya Tuhan, pagi-pagi buta dia datang rumah aku.
"Kau tak ada jam ke? Sekarang dah pukul 1 tau! Pukul 1! Waktu ni manusia seharusnya tidur melainkan dia adalah hantu ataupun kongkang! Tahu kongkang?!" bentak Jina, dengan nada tidak puas hati.
Lelaki itu menggelengkan kepala, seolah-olah tidak memahami perkataan 'kongkang'.
"Dah agak."
"Tak kisahlah aku hantu ataupun kongkang, tapi sepatutnya kau jawab panggilan aku. Tak ingat ke yang kau ada berhutang dengan aku huh?" lelaki itu tetap berkeras.
"Ya pun, esok pun bolehkan?"
"I don't think so. Sebab kau cekap dalam melarikan diri." Katanya dengan tersenyum. Kemudian, lelaki itu melangkah ke arah meja solek yang berada di sebelah kanan bilik. Buat macam rumah sendiri pula. Satu persatu bingkai gambar di atas meja itu dipandang. Namun, gambar Jina sedang memakai uniform kadet polis dengan muka polos juga yang diambil buat tatapan.
Tersenyum-senyum lelaki itu melihatnya. Dalam hati entah apa yang dikutuk tentang gambar itu pun tidak tahu.
Jina merengus geram. Lantas, dia melangkah ke arah lelaki itu. Bingkai gambar dirampas lalu diletakkan semula ke tempat asal.
"Jangan usik barang sesuka hati boleh tak? Boleh tak bagitahu sahaja apa niat kau datang ke sini?" Herdik Jina.
Lelaki itu memeluk tubuh, menyandarkan pinggang pada bucu meja, dan menatap Jina dengan penuh minat.
"Aku nak tolong kau."
Kening Jina berkerut tidak faham. Sejak bila pula dia ada minta pertolongan?
"Tolong apa pula ni?"
"Tentang rancangan kau nak balas dendam dekat Tengku Hayyan." jawab lelaki itu, sambil mendekati Jina dengan langkah perlahan.
"Percayalah, aku adalah orang yang paling sesuai untuk kau minta tolong sebab aku..." dia berhenti sejenak, membusungkan dada seakan ingin memperkenalkan diri.
"Seseorang yang boleh tunaikan setiap kejahatan yang kau nak." Sambungnya. Tubuh kembali ditegakkan. Dia memandang Jina, melemparkan senyuman penuh makna, sementara Jina hanya mampu merenungnya, terkeliru.
Jina masih lagi sesat. Tidak faham apa yang lelaki itu maksudnya. Tunaikan setiap kejahatan? Jin ke mamat ni? Omel Jina di dalam hati sambil anak mata merenung lelaki itu daripada atas sehingga ke bawah.
"Betul ke kau boleh buat apa-apa saja?" Dalam tak percaya, nak juga mencuba.
Makin panjang lelaki itu tersenyum. Gembira apabila melihat reaksi Jina seolah-olah berminat dengan tawarannya.
"Ya, apa-apa sahaja. Janji jahat. Lagi seronok kalau berserta dendam sekali." Ujarnya sambil setapak demi setapak dia melangkah mendekati Jina.
"Tapi..." Dia berhenti sebaik sahaja berdiri betul-betul di hadapan wanita itu.
"Cuma untuk tiga hajat sahaja."
Wah. Betul-betul dah serupa cerita Jin Aladin yang aku tengok dekat pawagam tahun lepas dengan Jihan. Tapi pelik. Aku tak gosok apa-apa teko emas pun sehingga lelaki misteri ini boleh muncul. Siap tunaikan hajat jahat pulak tu! Macam terbalik aje. Mesti mamat ni dibuang oleh sekumpulan Jin baik sehingga dia tersakiti! Getus Jina di dalam hati.
"Aku boleh dengar apa yang kau kutuk." Celah lelaki itu dengan muka serius.
Jina tersengih. Boleh dengarlah pulak!
"Tapi betul ke kau ni tak main-main? aku tengok cerita Disney, selalunya jin Aladin tu tunaikan tiga syarat baik. Kenapa kau nak tunaikan tiga hajat jahat pulak?" Soal Jina, ingin tahu.
"Jawapan yang senang, sebab tak semua dalam dunia ni, perlu dibalas dengan kebaikan. Dan lagi satu, aku bukan jin. Aku Azel." Katanya.
"Azel?" Ulang Jina.
Lelaki itu mengangguk kepala. Sekarang, baru dia tahu nama lelaki itu yang sebenarnya. Azel. Eh, eh... tiba-tiba rasa macam berada dalam kisah magika pula.
"Nama kau pula?" Soal Azel, giliran Jina pula untuk memperkenalkan diri kepadanya.
"Nama aku..."
Tok! Tok! Tok!
Jina tersentak saat pintu biliknya diketuk seseorang dari luar. Aduh, matilah aku! Pasti Nek Piah dah terjaga. Jina mula gelabah. Mahunya mati terkejut orang tua tu nanti kalau dapat tahu ada lelaki tak dikenali dalam bilik aku.
"Almari!" Jerit Jina perlahan. Itu sahaja idea yang muncul pada kotak fikirannya sekarang.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro