Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 2

JAM tepat menandakan pukul 6 petang. Bengkel sudah siap dikemas. Peralatan semua disimpan ke tempat yang selamat. Setelah bengkel motosikal dikunci, dia dan Jihan berjalan menuju ke tempat parkir. Sekilas Jina menunduk memandang jam yang mengelilingi pergelangan tangan. Kalau nak diikutkan masa, dia perlu bersiap cepat. Yalah, nak makeup lagi, nak pakai baju lawan lagi. Semua itu mengambil masa hampir sejam!

Dia tidak mahu buat Tengku Hayyan menunggu lama.

"Jihan! Bolelahlah bagi aku pinjam barang makeup dengan baju kau. Tak lama pun. Aku janji nanti aku pulangkan dengan baik." Rayu Jina buat sekian kalinya. Daripada tadi dia memujuk Jihan tetapi wanita itu tetap berkeras tidak membenarkan dia untuk meminjam. Katanya, Jina sering merosakkan baju kesukaannya. Barang yang diberi pinjam selaku tak dijaga dengan baik.

"Aku tak nak percayakan kau kali ni! Kau ada duit kan? Belilah!" Balas Jihan.

Jina merengus perlahan.

"Alaa... aku bukan pakai selalu pun baju cantik macam tu. Kalau aku pakai pun, pakai sekali aje. Baik aku pinjam baju kau! Bolehlah Jihan!" Rungut Jina dengan tayang muka comelnya. Mata dikelip berkali-kali sambil bibir mencebik serupa minta penampar.

"Ish, kau ni... baju aku yang cantik-cantik semua dah rosak disebabkan kau tahu tak? Kau ingat tak pakaian mahal yang aku bagi kau pinjam dahulu tu? Apa dah jadi? Koyak rabak kau kerjakan!" Jihan mula mengungkit kembali kisah beberapa tahun yang lalu. Bak kata orang, kisah dahulu biar dijadikan sejarah. Ha, memang sejarah pun! Satu-satunya baju mahal yang dia beli menggunakan duit tabung ayamnya hancur begitu sahaja pabila diserahkan ke tangan Jina.

Siapa sahaja takkan trauma untuk beri peluang kedua? Jikalau terkoyak sedikit tak mengapa, ini baju dah serupa tarzan celah mana mahu diperbetulkan? Bagi orang tukang jahit pun dia boleh pitam kalau tengok!

Jina gigit bibir. Dia sendiri tak nafikan itu memang kesalahan daripadanya. Tapi nak buat macam mana? Kebetulan, pada hari itu dia dikejar anjing liar. Nak tak nak, kena buka langkah besar untuk pecut! Mana tak koyak? Tapi dia tetap bayar ganti rugi. Bukannya lepas tangan seperti orang yang tak tahu rasa bersalah.

"Eh aku ganti kut duit baju tu!" Jina sama mengungkit.

"Memanglah kau ganti. Tapi baju tu susah nak dapat!"

"Alaa... Jihan. Aku janji, kali ni memang betul-betul janji yang aku akan jaga baju kau elok-elok. Aku akan pastikan dari hujung baju sampai hujung lengan baju tu bersih tanpa ada satu pun kekotoran yang melekat." Ujar Jina menabur janji sambil mengangkat sebelah tangan. Dia betul-betul perlukan baju daripada Jihan. Apa-apa pun, dia takkan sesekali mengulangi kesilapan yang sama. Bak kata orang, buang yang keruh ambil yang jernih.

Eh, ya ke?

Langkah Jihan berhenti sebaik sahaja tiba di motorsikalnya. Jina juga turut memberhentikan langkah. Dia memandang Jihan dengan penuh harapan. Mengharap agar jawapan yang bakal keluar daripada mulut wanita itu adalah 'setuju'.

Jihan mengeluh kecil. Mata dipejam sesaat. Kalau ulang kata tidak sekalipun, Jina akan terus-menerus memujuknya sampai ke esok pagi. Tidak pun, dia akan ikut balik rumah sehingga dapat jawapan setuju.

"Fine.Aku bagi kau pinjam." Pasrah jawapan Jihan tika ini. Nampak benar dia terpaksa mengalah.

"Yes!" Sedangkan Jina bersorak gembira. Siap melompat lagi.

"Tapi..." Jihan bersuara seakan ada lagi bicara yang belum dihabiskan. Lantas Jina pandang wajah Jihan yang serius itu. Telinga dipasang luas-luas. Sedia mendengar apa syarat sekalipun yang keluar, janji dia dapat pinjam pakaian.

"Kalau kau rosakkan baju yang aku akan bagi sekejap nanti, aku tak nak kau ganti dengan duit. Tapi aku nak kau cari baju yang sama dengan baju tu dan harga pun sama! Aku tak nak baju bundle! Faham?!" Keras si Jihan memberi amaran. Wow, dah serupa along pinjaman duit pula gayanya.

Jina mendabik penuh bersungguh-sungguh. Dia yakin, kali ini dia akan jaga pakaian Jihan sebaik-baiknya. Takkan ada celahan yang terkoyak bahkan kotoran bakteria sekalipun yang tertinggal. Kalau ada, dia akan tendang bakteria itu jauh-jauh.

"Faham, Cik Puteri! Aku janji aku akan jaga elok-elok! Terima kasih sangat-sangat Jihan! Kaulah sahabat aku!" Tak tunggu lama, tubuh Jihan terus dipeluk erat bagai tak nak lepas. Gembira sungguh! Hanya Jihan sajalah satu-satunya rakan baik yang memahaminya. Dia bersyukur dapat mengenali Jihan. Tempat sewa baju bergerak khas buatnya.








SEGELAS air putih diletakkan di atas meja. Tengku Hayyan hanya membalas dengan senyuman tanda terima kasih kepada pekerja restoran itu. Sudah dua gelas air dia minum, tetapi kelibat Jina masih lagi belum muncul. Sekilas jam di dinding restoran dipandang, hampir pukul 9:30 malam. Janji mereka ingin ada di sini pukul 9. Haih, ke mana Jina pergi lama sangat?

Tengku Hayyan menongkat dagu sambil mengeluh.

"Lambatnya..." keluhnya sambil mencapai gelas air putih lalu diteguk. Boleh kembung perut kalau begini. Ini pun dah buncit sedikit kerana minum air kosong banyak sangat.

"Sorry lambat you. I really really minta sorry!" Rayu Jina dengan tercungap-cungap akibat penat berlari mengejar masa. Bahasa inggeris pun berterabur entah ke mana. Dia betul-betul tak sengaja untuk datang lewat. Tanpa menunggu pelawaan daripada Tengku Hayyan, Jina terus melabuh punggung di hadapan lelaki itu.

PURHHH!!

Tersembur air putih yang diminum sebaik sahaja Tengku Hayyan memandang wanita itu. Ingatkan Zombie mana tiba-tiba muncul!

Solekan wanita itu benar-benar hodoh sekali. Eyeshadow warna hijau, kening bukan main lebat lagi! Gincu merah menyala. Tambah pula dengan peluh dimuka membuatkan foundation di muka menjadi bercapuk. Istighfar Tengku Hayyan dibibir. Tatkala menyedari ada mata-mata yang memandang aneh kepada Jina membuatkan dia menjadi malu lalu berpaling wajah ke lain.

"Kenapa you sampai tersembur? Cantik sangat ke I malam ni?" Soal Jina, tersimpul malu sambil dia acah-acah membetulkan tudung.

"Why you pakai macam tu?" Soal Tengku Hayyan tanpa memandang Jina.

"Lah? Dah you suruh I pakai cantik-cantik, jadi I pakailah macam ni." Kata Jina. Takkan dah nyanyuk kut mamat ni?

"I suruh you be beautiful not beast!" Sindir Tengku Hayyan dengan nada separuh berbisik. Tidak mahu orang sekeliling mereka mendengar. Jina yang mendengarnya serta-merta terdiam, kaku. Tiba-tiba hatinya terasa sakit saat dirinya digelar 'beast' oleh seseorang yang dia cinta. Rasa seperti hatinya direnyuk dengan kasar.

"You... You cakap I..."

"I malu tau. Kalau I tahu you pakai macam ni dekat tempat mewah. I takkan terfikir langsung untuk jemput you datang ke sini! Macam mana kalau ada reporter dekat sini? Macam mana kalau dia nampak orang macam you dating dengan I? Apa I nak kena jawab dengan mereka nanti? You nak satu Malaysia tahu I bercinta dengan muka badut huh?" Bertubi-tubi sindiran keluar daripada mulut Tengku Hayyan tanpa sedar mata Jina sudah mula berkaca.

Tengku Hayyan merengus geram. Apalah nasib dia harus melayan kerenah Jina. Dan disaat pandangan teralih ke tepi, dia lihat beberapa pelanggan di situ sudah ketawa melihat solekan teman wanitanya. Makin bertambah rasa malu bercampur geram. Terpaksa dia tebalkan wajah.

"I... I tak sangka you sanggup cakap I macam tu hanya kerana pemakaian I." Suara Jina kedengaran bergetar menahan sedih.

"What? You ingat I seorang yang boleh terima semua benda? Kot iya pun you tak berapa nak cantik, sekurang-kurangnya jangan conteng muka jadi makin buruk!"

"I pakai macam ni untuk you!" Tekan Jina, serentak kedua belah tangannya menghentak meja menunjukkan rasa tidak puas hati.

"Untuk I? Hei I tak suruh pun you berubah sebab I tahu minah tomboy macam you tak reti berfesyen. I bercinta dengan you pun sebab I rasa kesian. Kalau you tak malu dengan diri you, sekurang-kurangnya you kena jaga muka I!" herdik Tengku Hayyan.

Kemudian, dia mendengus. Kepala digeleng. Dia tidak boleh meneruskan hubungan dalam situasi ini.

"I rasa kita patut putus. Now, I nak you keluar daripada restoran ni. Dan sebelum tu, I nak you cakap kuat-kuat biar semua orang dengar yang you orang gaji I. Please, jaga nama baik Tengku Hayyan."

Jina kerap bibir. Sifat angkuh lelaki itu benar-benar mencabar kesabarannya. Tanpa sedar, kedua-dua belah tangan sudah mencengkam kain baju dengan kuat. Bergetar menahan amarah. Namun, sebaik mungkin Jina cuba untuk bertahan agar tidak menunjukkan sifat buruk dihadapan semua orang.

Perlahan-lahan dia bangkit dari kerusi. Berdiri di hadapan Tengku Hayyan dengan pandangan kecewa. Sekilas Jina mengerling ke setiap pelanggan yang memerhatikannya. Seperti tertanya-tanya siapakah dia kepada Tengku Hayyan.

"Cepat, bagitau diaorang yang you orang gaji I." Bisik Tengku Hayyan.

Jina menarik nafas dalam-dalam lalu hembus. Kelopak mata dipejam buat sementara. Setelah beberapa minit, baru dia membuka mulut dan mengukir senyuman penuh palsu.

"Maaf. Saya sebenarnya... Orang gaji Teng... Tengku Hayyan. Saya cuma nak bagitahu yang... saya dah kemas barang-barang dekat rumah Tengku untuk... untuk..." Jina gagap. Tangannya bergetar. Kemarahannya hampir ke kemuncak. Sabar Jina, sabar!

"Untuk..."

"Faster! I malu!"

"Untuk you bersiap sedia kembali ke alam barzakh! Hiyaa!"

Terus dia menendang Tengku Hayyan hingga terpelanting ke tepi. Skirt baju terbelah dua. Mujur dia memakai seluar di dalam. Nampaknya, sekali lagi pakaian milik Jihan rosak. Maafkan aku Jihan, aku tak boleh nak tahan! Mamat ni memang lapar tendangan kaki aku!Bisik hati Jina.

Dengan nafas turun naik, dia melangkah ke arah Tengku Hayyan yang terbaring di atas lantai. Memegang perut yang terasa senak. Tendangan wanita itu bukan boleh dibuat main. Boleh jatuh peranakan!

Sesuana bertukar riuh. Tak sangka bakal berlaku pergaduhan seperti ini. Ada yang siap mengeluarkan telefon merakam situasi yang terjadi.

"Kau ingat kau anak Tengku aku takut nak pukul kau huh? Dasar jantan tak guna!" Beg sandang dilempar ke wajah Tengku Hayyan.

"Aduh!" Dia mengaduh sakit. Laju tangannya naik melekap pada wajahnya.

"Kau tu handsome sangat ke nak kutuk pemakaian aku?! Jambang acah-acah Mat Salleh kau tu pun dah serupa bulu ketiak mak cik aku, kau tahu tak?!!" Ejek Jina. Sengaja dia jerit kuat-kuat, biar semua orang dalam restoran ini tahu jambang lelaki itu macam apa. Bukannya kacak sangat pun!

Tengku Hayyan tergamam. Dia menyentuh jambangnya yang sedikit panjang. Bulu ketiak wanita itu samakan? Tak guna! Tengku Hayyan ketap bibir.

"You dah melampau Jina!"

"Kesah pulak aku huh? Aku pun tak hingin nak ada teman lelaki macam kau! Tak guna! Tak guna! Lelaki tak guna!" Sekali lagi beg sandang dihempas ke muka Tengku Hayyan berkali-kali. Bila dah rasa puas, baru dia melangkah menuju ke pintu keluar dengan lankag menderu amarah.

Eh kejap! Dia terlupa hendak buat sesuatu. Lantas Jina kembali menuju ke arah meja makan mereka. Gelas air putih di capai lalu disimbah ke arah Tengku Hayyan. Tepat mengena muka lelaki itu. Habis basah kot mahal yang dipakainya.

Ha, baru lengkap!

Bibir Jina mengherot jahat. Puas hati melihat lelaki itu basah kuyup.

"Tak bestlah kalau tak buat macam drama, kan?" sinis Jina dengan tersenyum menyenget. Kemudian, dia kembali menyambung langkah pergi daripada situ. Meninggalkan Tengku Hayyan yang masih terduduk di atas lantai tanpa rasa bersalah. Tak pedulikan lagi dengan mata-mata yang memandang ke arahnya saat menuju ke pintu keluar.

Tatkala Tengku Hayyan sudah merengus geram. Wajah yang basah dilap dengan lengan kot mahalnya. Turun naik nafas dia memandang Jina yang terus berlalu tanpa berpaling ke belakang. Bibir mengetap geram.

Dah curah air selepas itu terus lari? Heh, nasib baik dia tak bawa pengawal peribadinya sekali hari ini. Kalau tidak, memang teruk nasib perempuan itu.

Kepala Tengku Hayyan terangguk-angguk penuh angkuh sambil dia bangun semula. "Tak apa, aku lepaskan kau kali ni..."

Dia melepaskan satu nafas. Dan saat kepala berpaling ke kiri, terlihat bayangan diri sendiri terpantul pada cermin kaca yang bersih berkilat di sana. Jambang yang sengaja dibiarkan tumbuh pada bawah dagunya diusap-usap. Entah mengapa ejekan Jina tadi serupa sumpahan yang sengaja membuatkan otaknya terngiang-ngiang daripada tadi.

"Betul ke macam bulu ketiak mak cik dia?" Tengku Hayyan tertanya-tanya. Kalau benar, sekarang juga dia mahu cari Barber Shop terdekat.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro