Bab 1
“CIK JINA JOHARI!" nama panjang wanita itu di laung kuat. Bunyi ekzos motorsikal yang dipulas kuat menenggelamkan suaranya. Suasana dibengkel itu serupa nak pecah sudah. Seorang sedang bertukang, seorang seorang lagi sibuk menguji kekuatan bunyi ekzos. Begitu membingitkan telinga.
"CIK JINA JOHARI BINTI MOHAMAD JOHAN!!!" Sekali lagi lelaki itu menyebut nama itu. Kali ini dengan menjerit pula. Kalau tak dengar juga, tak tahulah nak kata apa.
Jihan yang sedang membetulkan tayar motorsikal terus mengalihkan pandangan ke arah lelaki yang memegang sejambak bunga itu. Tak perasan pula ada pelanggan datang. Tak silap tadi, dia dengar lelaki itu panggil nama Jina. Kemudian, dia menoleh ke arah Jina yang sedang memulas enjin motorsikal berkali-kali.
Vroomm! Vroomm!
Kali ini bunyi ekzos itu tidak terlalu kuat setelah Jina membetulkannya. Dia tersenyum. Siap juga.
"Woi, Jinazah!" Panggil Jihan menggunakan nama samaran Jina.
"Ya, Jihan kenapa?" Sambut Jina. Dia memandang rakannya.
Wanita itu memuncungkan bibir, menunjuk ke arah lelaki yang memegang sejambak bunga itu.
"Brader tu panggil kau!"
"Oh ya ke? Sorry, tak dengar. Test enjin tadi." Jina tersengih. Dia melangkah ke arah lelaki itu. Sesekali dia mengelap wajahnya yang berlumuran minyak menggunakan belakang tangan. Nampaklah bersih sikit daripada comot seperti kucing baru jatuh longkang.
"Ya, Encik ada apa?" Soal Jina. Dia mendekat.
"Awak ke Jina Johari?" Soalan berbalas soalan. Sekadar mahu memastikan
Jina angguk kepala mengiyakannya.
"Ha, sayalah tu. Kenapa? Ada barang untuk saya ke?"
"Lain macam taste Tengku..." desis lelaki itu sambil menunduk memandang bunga yang dipegang. Macam tak percaya pun ada kiriman bunga ini untuk perempuan bengkel.
Jina mengetap bibir geram. Dia fikir aku pekak ke apa? Lantas, sejambak bunga ditangan lelaki itu terus dirampas dengan kasar. Lelaki itu sedikit terkejut.
"Apa kau cakap?!" Jina merenung dengan tajam.
Tertelan air liur lelaki itu dibuatnya. Lihat pada gaya Jina, dia tahu wanita itu bukan seperti wanita biasa yang lemah-lembut. Bekerja pula dibengkel motorsikal. Langsung tak nampak dimana ‘keperempuanan’ kalau tak disebabkan wajahnya sahaja yang nampak comel.
"Garangnya!"
"Kau ingat lelaki taste dia semua sama ke? Kau tu memang jantan kurap! Nak perempuan lembut aje! Tumbuk kang!" Jina acah-acah ingin menumbuk, nasib baik dia di tempat kerja. Kalau tak, dah lama mamat ni kena belasah secukup rasa. Pecah muka. Sengaja Jina mengacah-acah ingin melayang penumbuk ke muka lelaki itu, tahu pula nak mengelak.
"Ma...maaf."
"Siapa yang bagi ni?!" Soal Jina masih lagi dalam antonasi marah. Bunga mawar ditunjuk.
Lelaki itu mengerut kening. "Haih, marah bukan main tadi ingatkan dah tahu siapa yang bagi?"
"Memang aku tahu pun siapa yang bagi, tapi aku nak dengar nama dia sekali lagi!"
"Oh, macam tu pun ada ke?" Pelik benar perangai perempuan ini. Detiknya di dalam hati.
"Adalah! Siapa yang bagi?!"
"Tengku Hayyan..." Jawab lelaki itu perlahan.
Jina mengerut kening. Dia mendekatkan jarak. Suara perlahan mengalahkan perempuan ayu!
"Apa dia? Tak dengar, cakap kuat sikit." Desak Jina.
"Tengku Hayyan!"
"Apa dia?" Jina buat-buat tak dengar.
Lelaki itu tarik nafas dalam-dalam. Kesabaran di dalam hatinya sudah semakin tipis. Kalau ada speaker memang dia akan pasang ditepi telinga perempuan ini. Pekak mengalahkan badak berendam dalam air!
"TENGKU HAYYAN BIN TENGKU MOHAMAD WAHAI CIK JINA JOHARI BINTI JOHAN!" Jawab lelaki itu dengan lebih bersemangat berserta nama panjang wanita itu. Hambik kau! nak sangat jerit kuat-kuatkan?
Jina tersenyum puas. Ini barulah betul...
"Sekarang kau tahukan siapa yang bagi bunga ni? Encik Tengku a.k.a my future husband. Tengok! Lelaki kaya minat aku tau? Kau hado huh?" Berlagak sekali Jina berkata-kata. Bukan senang nak dapat boyfriend kaya jadi kenalah bangga. Tak gitu?
Tatkala lelaki itu tayang muka mengejek.
"Eleh... syok sendiri. Tahu-tahu nanti jadi perempuan simpanan aje." Ejeknya.
Membeliak biji mata Jina mendengar sindiran itu. Berani dia cakap aku perempuan simpanan? Jina mengetap bibir.
"Kurang ajar!" Baru sahaja Jina ingin mengetuk kepala lelaki itu menggunakan spanar, lelaki itu terlebih dahulu membuka langkah seribu beredar daripada bengkelnya. Kecil besar kecil besar sahaja dia memandang lelaki si penghantar bunga itu. Kalau aku dapat kau, mati kau aku kerjakan! Loji kumbahan tempat kau akan aku campak nanti! Omel Jina di dalam hati penuh amarah.
Jina mendengus geram. Dia menjeling. Kemudian, melangkah ke arah motorsikal Yamaha lalu melabuh punggung di atasnya. Sejambak bunga mawar dipandang sambil bibir tersenyum-senyum manis. Sekeping kad yang terselit di celahan bunga itu dicapai.
“I want to meet you tonight. Be beautiful for me, okay?❤️."
-T.K
"Oh, so sweet bagi bunga..." Jina mencium bau bunga mawar itu. Harum. Walaupun cuma bau plastik. Haih... boleh cair aku kalau macam ni tiap-tiap hari. Jina tersenyum seperti kerang busuk.
"Lama-kelamaan nanti rasanya bengkel ni dah jadi kedai bunga agaknya." Ejek Jihan, sengaja dia menyindir. Di sudut meja kaunter mereka dah penuh dengan bunga mawar dari si Tengku Hayyan itu. Ada yang sudah layu, tapi Jina masih lagi setia menyimpannya. Mabuk cintalah katakan. Benda dah busuk pun, dikatakan wangi lagi!
"Eh, bagus apa? Nampaklah jugak kewanitaan kita dekat situkan bila ada bunga?"
"Tapi masalahnya tempat ni dah macam kebun bunga. Pelanggan pun confuse nak repair motor ke nak repair hati yang tersakiti?" Ejek Jihan.
"Cakap ajelah kau cemburu!"
Terjuih bibir Jihan apabila dikatakan cemburu. Excuse me?
"Aku cemburu?" Jihan menunding jari ke mukanya sendiri. Ceh! Dia berdecik. Tiada masanya dia ingin cemburu dengan kekasih hati si Jina. Cuma dia agak risau, jika Jina dipermainkan. Dia tahu, Jina bukan seorang yang pernah bercinta. Tengku Hayyan adalah cinta pertamanya. Itupun, Tengku Hayyan yang mengejar Jina bagai nak gila. Jika tidak, mana mahunya hubungan ini terjalin.
Jihan bangun mendekati Jina. Dia melabuh punggung disebelah rakannya. Sejambak bunga mawar ditangan Jina diambil. Dia membelek.
"Kau rasa... Tengku Hayyan tu memang sukakan kau ke?" Soal Jihan. Dia memandang Jina.
"Apa punya soalan kau ni? Dah dia try aku, mestilah dia betul-betul sukakan aku." Jawab Jina, selamba.
Jihan geleng kepala. Takkan semudah itu?
"Tak semestinya dia goda kau tanda dia suka. Lagipun, Tengku Hayyan tu terlalu kayalah. Takkanlah senang dia sukakan kau? Kau pun... tak adalah cantik mana."
"Apa kau cakap?" Lengan Jihan disiku. Sampai hati kata kawan sendiri tak cantik!
"Yalah, aku jujur. Kau tak adalah cantik mana pun sampai si Tengku Hayyan nak tergilakan kau. Comel tu adalah sikit. Tapi kau faham-faham ajelah taste orang kaya ni macam mana? Body lawa, sama pangkat, dan mesti orang-orang ternama punya! Jaranglah aku dengar orang kaya kahwin dengan orang macam kita. Kalau setakat novel tu berlambaklah. Tapi realitinya tak seindah macam yang kau sangka."
"Alahai kau ni jiwanglah! Aku tahulah macam mana nak jaga diri. Aku pasti Tengku Hayyan tu betul-betul sukakan aku. Kau tengok ni." Jina manayang kad ditangannya.
"Dia ajak aku keluar malam ni. Siap suruh aku pakai cantik-cantik lagi! Kau rasa... dia nak buat apa?" Soal Jina dengan bibir menyengih.
"Pergi mana? Takkan kau pergi seorang? Ish, bahayalah..." Jihan mula kerisauan.
"Bahaya apanya? Dia Tengku Kut? Takkan nak buat benda tak elok? Sudah tentu nama dia yang tercalar nanti."
"Tak semestinya. Diaorang tu ada banyak cara nak tutup kesalahan." Kata Jihan.
Jina cebik bibir sambil jongket bahu. Entah. Dia tak rasa Tengku Hayyan orangnya sejahat itu. Kalau dia jahat pun, dia akan jahat dengan orang yang salah.
"Ah, tak kesahlah. Aku pandai jaga diri. Kawan kau ni pandai berlawan, jangan risau. Tapi sekarang ni yang aku risau, aku nak pakai baju apa? Kau tahulah baju-baju aku macam manakan? Tak ada yang cantik. Tapi baju kau..." Jina mula merapat. Lengan kanan Jihan dicucuk-cucuk dengan jari-jemarinya. Gaya-gaya nak minta pinjam sesuatu memang manja semacam. Jihan pula sudah mengeluh. Kenal sangat dengan perangai kawannya yang seorang ini.
Selagi tak dapat pinjam, selagi itulah dia akan terus jadi pacat terkena garam.
"Boleh tak kalau aku pinjam salah satu baju kau? Please..." rayu Jina dengan mengerdip mata berkali-kali.
"Aku nak sambung repair motor. Kejap lagi tuan punya badan nak datang kutip." Kata Jihan, buat-buat tak dengar apa yang Jina minta tadi. Lantas, dia terus bangun menuju ke arah motorsikal RXZ dan sambung membaikinya.
Jina mencebik bibir. Kaki dihentak ke lantai menunjukkan provokasi.
"Jihan!"
"Diamlah kau! Aku banyak kerja ni!"
Aduh, payahlah begini jika Jihan tidak beri kerjasama. Bukannya dia tidak mahu tempah baju, tapi harga sewa terlalu mahal. Nak pakai sehari aje pun.
Bahkan tiada orang lain yang Jina boleh minta pinjam baju selain Jihan. Saiz mereka sama. Kalau ada pun, neneknya. Takkan mahu pergi dinner pakai kain batik?!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro