Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Dreamer:One shot story contest

Livius x Ayumu

infinitius_dreamer

Warning! Contained spoiler for Soredemo Sekai wa Utsukushii

Kelihatan dari jauh jelaga hitam berterbangan memenuhi seluruh ruang angkasa Lustrous Kingdom. Api yang marak semakin liar menjilat segala harta benda yang menjadi mangsanya. Jeritan panik dan cemas bergema di kawasan tersebut. Ramai manusia cuba menyelamatkan diri mereka daripada malapetaka yang menimpa mereka sekarang.

"Tangkap dan bunuh mereka! Jangan biarkan seorang pun hidup!" arah komander tentera yang menjadi punca huru-hara tersebut.

"Baik, tuan!" sahut anggota tenteranya dengan penuh tegas.

"Jangan! Jangan apa-apakan dia!" rayu seorang lelaki kepada salah seorang tentera tersebut. Di lengannya terdapat seorang wanita. Pedang tersigap kemas di hadapan leher wanita tersebut, menanti untuk merobek leher sang wanita. Matanya pula mengalirkan air mata, jelas menunjukkan ketakutan.

"Maaf lah, tapi aku cuma mengikut arahan" tanpa rasa bersalah, tentera tersebut terus mengelar leher wanita tersebut. Cecair merah pekat mencurah-curah keluar dengan deras. Mulutnya juga membatukkan darah. Kedua mata lelaki tersebut membulat menyaksikan kejadian sadis yang menimpa wanita yang amat dicintainya sepenuh hati.

"K-kau! Kau tak guna! Aku akan bunuh kau!" lelaki tersebut terus sahaja menyerang tentera tersebut secara melulu. Penumbuknya mengeluarkan api marak, bersiap sedia untuk menumbuk wajah tentera tersebut.

Namun sayang, belum sempat penumbuknya mengena, dirinya telah rebah dahulu dek sedas peluru yang menembusi tubuhnya dari belakang.

"Lain kali hati-hati. Kau kena ingat, mereka ni bukan lah manusia biasa..." ujar seorang lagi tentera kepada rakannya yang hampir terkena tumbukan berapi tersebut.

"A-aku tahu lah! Dah, jom blah!" lelaki malang tersebut hanya mengepal penumbuknya dengan sangat erat. Tubuhnya hanya mampu kaku. Matanya tertancap pada wanita kesayangannya, mata wanita tersebut telah tertutup rapat. Tahu lah dia bahawa dia sudah tidak bernyawa.

"Mi-Mika...maafkan abang...hiks... Abang gagal lindungi Mika..."ucapnya dengan nafas yang tersekat. Air matanya jatuh ke tanah, berasa putus asa dengan hidupnya.

'Sesiapa... Tolonglah bela nasib untuk kami...' pintanya dalam hati sebelum menutup mata untuk selamanya.

"Huh...huh...tolong lah! Cepat! Cepat!" seorang gadis bersurai biru langit dan beriris senada dengannya sedang memecut menuju ke destinasinya. Kerudung biru tua miliknya berterbangan selari dengan kelajuan langkahnya.

"Huh...huh...Sei...Mika..." matanya memandang dengan sayu, melihatkan dua tubuh yang sangat dikenalinya itu kaku tanpa nyawa. Bukan itu sahaja, berpuluh-puluh mayat bergelimpangan di kawasan tersebut dengan penuh tragis. Dia mengepal penumbuknya seerat-eratnya. Amarah mula bergelodak dalam jiwanya.

"Sun King...!" Gadis tersebut berlari sepantas kilat sambil menyumpah nama yang bagaikan racun dalam dirinya. Tujuannya hanya satu, memburu si raja kerajaan matahari itu dan menamatkan riwayatnya.

Hutan yang gelap diredah begitu sahaja, mana-mana tentera yang bertembung dengannya dibunuh dengan sekali libasan pedangnya. Kini, dia akhirnya tiba di kawasan kem tentera Sun Kingdom.

"Hoi! Kau siapa, hah?!" sergah beberapa orang tentera yang bertugas sebagai pengawal. Gadis tersebut hanya menunduk diam, tidak membalas menyebabkan tentera tersebut kehairanan. Secara perlahan, gadis tersebut mula mengangkat wajahnya, menampakkan irisnya yang telah berubah kepada hijau menyala.

"Jinx: Telekinesia" dengan sekelip mata, seluruh tentera tersebut melayang jauh dari tempat tersebut. Kekecohan yang berlaku menyebabkan tentera lain yang sedang berehat di dalam khemah segera berlari keluar untuk menentang.

"Hati-hati! Dia ni bukan manusia biasa! Jangan biar dia--"

"Jinx: Hipnotisma" secara tiba-tiba, beberapa orang tentera yang cuba menyerangnya tadi terhenti, sebaliknya mereka menyerang rakan-rakannya yang lain.

"Apa kena dengan kau ni?! Hoi, berhenti lah!"

"Jangan macam ni, weyh. Kita ni kawan baik kan? Eek! J-jangan!"

Jeritan tentera di luar menyebabkan seseorang yang berada di khemah induk keluar menjenguk. Tak lupa pedangnya disingkap kemas di pinggang demi bersiap sedia.

"Hoo~ nampaknya kita ada tetamu yang tak diundang~" suara penuh nada hina nan keji itu terus menarik perhatian sang gadis itu. Wajahnya ditatap dengan tajam.

"Sun King..." perkataan itu diucapkannya dengan penuh benci dan meluat. Berbeza dengan Livius, dia hanya memandang dengan senyuman jahat di bibirnya.

"Akhirnya kita bersua juga, Ayumu... Ketua pertama organisasi SAVIOUR yang baru sahaja aku hancurkan tadi..." kata-kata yang diucapkan oleh Livius itu menyebabkan bibir gadis itu, Ayumu diketap rapat.

"Jinx: Enhance" Ayumu membisikkan perkataan tersebut sambil menghunus pedangnya ke arah Livius. Livius juga mengeluarkan pedangnya daripada sarung, bersiap sedia untuk berlawan. Suasana menjadi sangat tegang, masing-masing mula memasang kekuda.

"Sun King, aku akan pastikan kau menyesal!" sepantas kilat, Ayumu menyerang Livius. Dengan sigap, Livius menahan libasan pedang Ayumu. Pipinya sedikit tergores dek libasan pedang Ayumu yang sememangnya pantas. Livius menyerang balas diikuti dengan Ayumu. Mereka mula bermain pedang untuk beberapa lama. Ayumu merenung ke dalam mata Livius dengan iris hijaunya.

'Aku takkan kalah dengan kau! Tak de siapa yang boleh halang aku! ' kedengaran isi hati Livius bergema di fikiran Ayumu. Renungannya bertambah tajam lalu tanpa sebarang amaran, Ayumu menyepak tubuh Livius dari sisi. Livius memegang dadanya yang diserang secara mengejut itu. Lautan amarahnya semakin membara.

"Hargh!" Livius melibas pedangnya dengan penuh agresif, mengejutkan Ayumu yang tidak sempat bersedia. Kini Livius pula yang terus menerus menyerangnya walau Ayumu sempat menepis semua serangannya. Mata musuh di hadapannya ini direnung sedalam-dalamnya.

"Shiela!" Livius yang pada ketika itu masih berumur 9 tahun berlari menuju ke arah insan yang amat dicintainya. Wanita yang berumur dalam lingkungan 30-an itu hanya tersenyum manis ke arahnya. Rambut kuning keemasannya yang panjang mengurai hingga ke betis beralun lembut ditiup angin dipadankan pula gaun putihnya, menampakkan wanita tersebut begitu cantik dan indah untuk ditatap.

"Livi, kamu dah semakin besar. Cuba lah bergaul dengan kawan-kawan kamu" ucap wanita itu dengan penuh kasih sayang sambil membelai rambut Livius.

"Saya tak perlukan orang lain, cukup lah Shiela dalam hidup saya!" kata-kata Livius itu membuatkan wanita bernama Shiela itu tersenyum haru lalu mendekatkan dahinya pada dahi Livius.

#####

"Sh-Shiela!!!" jeritan Livius kedengaran di seluruh istana apabila dia melihat sekujur tubuh dibasahi darah terlentang di hadapannya.

"Shiela! Shiela! Jangan tinggalkan saya! Shiela!" air mata mengalir dengan deras sambil dia menggoncangkan tubuh kaku itu. Penuh rasa putus asa, tiada siapa yang mempedulikan tangisan budak kecil itu.

#####

"L-Livi--"Bardwin cuba memujuk Livius.

"Senyap, Bard" namun kata-kata Bardwin merangkap pak ciknya dipotong begitu sahaja. Livius memandang Bardwin dengan tajam. Mata kelamnya langsung tidak menunjukkan sebarang sinar.

"Siapkan tentera, aku akan tunjukkan kepada dunia siapa yang sepatutnya berkuasa.." ucap Livius dengan seringai di mukanya. Bardwin bungkam, tiada kata yang dapat disampaikan kepada Livius. Anak saudaranya kini telah tenggelam dalam kegelapan dan kedukaan.

Sebaik sahaja memori Livius habis diputarkan di fikirannya, Ayumu melompat ke belakang beberapa kali untuk menjauhi Livius. Yang mengejutkan, dia mencacakkan pedangnya ke tanah. Livius hanya mengangkat kening kanannya hairan, namun seringai tetap terukir.

"Apa ni? Dah menyerah kalah, Ayumu? Tak seronok betul kau ni" Livius cuba memancing emosi Ayumu. Ayumu pula hanya menghela nafas sebelum membuka mulut. Iris hijaunya mula berubah menjadi biru langit semula.

"Aku tak nak lawan kau, Sun King" ucapan daripada mulutnya membuatkan Livius semakin hairan.

"Kenapa? Kau pandang rendah pada aku sebab aku hanya lah budak?" Livius memandang tajam ke arah Ayumu namun dijawab dengan gelengan.

"Kau tak perlu teruskan jalan hidup kau yang begini, Sun King. Walaupun kau dah terjerumus ke dalam kegelapan, kau masih ada peluang untuk berubah."Kerutan di dahi Livius semakin jelas kelihatan. Napmka sangat ucapan Ayumu itu menjengkelkan untuk dirinya.

"Kau diam lah! Kau tak tau apa-apa pasal aku!" protes Livius lalu melibas Ayumu dengan pedang miliknya. Ayumu pula dengan sigap mengelak serangan tersebut lalu melompat ke belakang sekali lagi.

"Aku cakap sebab aku tahu apa yang aku buat. Walaupun tangan kau dah dicemari dengan darah beribu nyawa, selagi kau percaya bahawa sinar kehidupan kau masih ada, selagi tu kau ada harapan untuk berubah! Aku--"

"Diam lah!" Livius melompat ke arah Ayumu, bersiap sedia untuk melibas pedangnya. Ayumu pula dengan beraninya mencengkam leher Livius dengan kuat sehingga dia rebah ke tanah. Cengkaman tangan Ayumu masih tidak dilepaskan daripada lehernya. Mata Ayumu merenung mata Livius sedalam-dalamnya.

"Dengar cakap aku, Livi!" Nama tersebut mengejutkan Livius. Nama yang sudah lama tidak disebut, yang sering digunakan oleh insan tercintanya

"Kau fikir Shiela akan gembira ke dengan apa yang kau buat sekarang?!" matanya membulat mendengar nama yang sudah lama tidak didengarinya itu.

"Kau masih muda, Livi! Walaupun kau menderita, balas dendam bukan caranya. Kau takkan tenang sepanjang hayat kau! Kau boleh ubah takdir kau! Kau cuma perlukan seseorang untuk berada di sisi kau sepanjang masa!" Ayumu memarahi Livius yang nampaknya tak faham-faham bahasa itu. 

Dia hanya ingin mengubah fikiran kelam musuhnya itu. Memikirkan bahawa dia hampir membunuh seorang budak yang hanya tenggelam dalam emosinya sahaja tidak sanggup. Baginya, musuh di hadapan matanya itu hanya perlu diberi peluang kedua.

Livius terdiam seribu bahasa. Kata-kata Ayumu itu benar-benar menyentakkan hatinya. Perlahan-lahan Ayumu melepaskan cengkamannya pada leher Livius lalu bangkit. Dia menghulurkan tangan kepada Livius untuk membantunya bangun. Dengan penuh ragu, Livius menyambut hulurannya. 

Sebaik sahaja dia bangun, Ayumu mengalihkan pandangannya ke arah lain. Dia merenung markas rahsia organisasinya yang telah hancur dimamah api itu. Livius yang perasan tentang perkara itu mula membuka mulut.

"Kalau kau tak nak maafkan aku, aku faham. Mustahil untuk kau maafkan semudah itu." ucap Livius sambil menundukkan kepala. Egonya yang tinggi melangit selama ini akhirnya direndahkan. Diakui segala rasa bersalah yang ditanggungnya selama ini. Ayumu menjeling sedikit ke arah Livius lalu tersenyum sedikit.

"Aku akan maafkan kau, tapi bukan sekarang. Memang akan ambil masa yang lama, tapi aku akan berusaha untuk maafkan kesalahan besar kau tu." terbeliak mata Livius mendengarnya. Dengan segera kepalanya diangkat. Kelihatan wajah Ayumu yang tersenyum penuh makna kepadanya.

"Lagipun..." secara tiba-tiba, dahi Livius dijentik kuat.

"Aww! Apahal kau ni?!" marah Livius ditambah bengang kerana dipermainkan.

"Kalau kau nak minta apa-apa pertolongan, minta je lah. Aku akan berusaha untuk tolong kau" sekali lagi ucapan Ayumu itu membuatkan Livius terharu.

"Kenapa? Kenapa kau baik sangat dengan aku? Setelah apa yang aku buat selama ni?" Ayumu merenung ke arah lautan yang terbentang luas tidak jauh daripada tempat mereka bertempur tadi.

"Kadang-kadang, apa yang diperlukan oleh seseorang hanya lah peluang kedua. Kalau buat jahat tetap dibalas jahat, jadi kitar dendam itu takkan pernah habis. Malah, mungkin seseorang yang telah lakukan kesalahan itu ingin berubah, tapi berakhir dengan penyesalan. Aku nak elak perkara macam tu terjadi dan menguasai dunia je" terdiam Livius mendengar kata-kata tersebut. Sebegitu sekali besarnya hati gadis di hadapannya ini untuk memberinya peluang?

"Apapun Livi, aku pasti ini bukan lah pertemuan kita yang terakhir. Baik kau berangkat sekarang, kapal perang kau pun dah sampai. Kau nak catat kejadian yang berlaku ni pun aku tak kisah, cuma jangan sebut pasal aku. Ok, selamat tinggal" Ayumu segera membuka langkah untuk berpatah balik ke arah hutan.

"T-tunggu!" belum sempat dia memanggil, gadis itu telah menghilang daripada pandangannya. Dia berpaling memandang sinar mentari yang baru shaja terbit di hadapannya. 

'Terima kasih, Ayumu...'

END

Mak oii panjang nak mati cerita ni 😅. Apapun, one shot ni spoiler untuk SSWU wahahahaha! Kenapa Ayumu buat macam tu? Sebab malas nak pikir jalan cerita bertema aksi lain, ada jugak yang buat tema mafia, polis dengan spy ni. Soooo, ini pun kira action juga lah~ Well readers SSWU telah didedahkan dengan kemunculan watak misteri iaitu Ayumu muehehehe, kuasa Ayumu dan hubungan antara Livius dengan Ayumu. Apa kaitan dengan SSWU? Hang pikir lah sendiri pandai-pandai ahh nak kaitkan.😂😂😂Jaa, matta nee~!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro