Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Prolog

Matanya terpaku melihat corak rekaan bentuk baju pengantin yang ditayangkan oleh sebuah butik pengantin. Di dalam kepalanya sudahpun terbayang akan dirinya mengenakan pakaian pengantin tersebut ketika dia bernikah suatu hari nanti.

Kini matanya tertancap pula pada harga yang dikenakan oleh sehelai pakaian tersebut. Terbuntang bebola matanya melihat harga tersebut.

"Rm 1 juta ringgit? Mak ai, toyol hijau pun tak mampu beli baju ni. Mahal tahap bapak perdana menteri sungguh," gumam Ayla. Musnah terus angan-anganya hendak mengenakan pakaian pegantin yang telah berjaya menarik minatnya.

Dia mengelengkan kepalanya sambil menghembuskan nafas berat. "Haih kau ni Ayla Mikayla, berangan nak pakai baju ni buat apa? Calon suami pun tak ada, berangan nak kahwin pula."

Dengan hati yang berat dia melangkah pergi. Tidak sanggup dia hendak melihat pakaian itu lagi. Nanti makin jauh fikiranya menerawang pergi.

Ting!

Bunyi notifikasi daripada telefon jenama Nokia berjaya menarik perhatianya. Terus tanganya menyelongkar beg silang kecil yang selalu dia bawa ketika pergi berjalan.

"Hish! Mana pula kau ni baby bucuk. Meh sini come to mama," omel Ayla sambil mencari telefon Nokianya.

Apabila tanganya menyentuh objek yang tidak asing baginya, terus dia menarik keluar objek tersebut.

"Found you!" kata Ayla teruja. Dia terus membuka telefon kesayanganya. Baru sahaja telefon itu menyala, secara tiba-tiba....

Gedebuk!

"Auch!" punggung Ayla selamat mencium lantai simin deretan kedai. Berkerut-kerut dahinya.

Dia meraba sekelilingnya mencari telefonya. Berkerut hairan apabila dia tidak merasai objek kecil tersebut.

Melilau mata Ayla memandang kearah sekelilingnya sebelum dia terpandang kearah jalan tar. Telefonya selamat mendarat di atas jalan tar tersebut.

Baru sahaja dia hendak bangun mendapatkan telefon kesayanganya, sebuah kereta meluncur laju lalu melanggar telefonya sehingga hancur berkecai.

Tergamam dia setelah melihat telefonya itu telahpun hancur berkecai tidak boleh diselamatkan lagi. "Allahuakbar! My baby bucuk!"

"Inalillah for your baby," ucap seseorang dari arah tepinya.

Mencerlung mata Ayla memandang kearah jejaka disebelahnya. Mamag ni yang langgar dia!

"Hei encik! Apa masalah encik hah? Sesuka hati encik je langgar anak dara orang!" amuk Ayla kegeraman.

"Who? Me? Bukan kau ke yang langgar aku?" dingin tutur bicara jejaka tersebut.

"Sorry sikit eh. Encik yang langgar saya lepastu encik sendiri yang salahkan saya. Dasar jantan tak reti mengaku bersalah. Tu, my baby bucuk Nokia tu siapa nak ganti?" tanya Ayla bengang apabila dia yang dituduh melanggar mamag asing ini.

Pandai pula orang luar negara bertutur dalam  bahasa kebangsaan Malaysia. Bangga sekejap.

"Eh minah ni! That's not my fault. Kau punya telefon ganti sendirilah. Aku tak bersalah dalam hal ni," jejaka itu menayangkan muka minta penumbuk.

Kalau dalam cerita karton mahupun anime, pasti matanya sudah berapi dengan telinga berasap menunggu larva meletus. Mamat ni memang dah layak kena tendang sampai ke galaxy!

"Tu, kau punya baby bucuk masyam tu jangan lupa gali kubur eh. Lepastu tanam arwah bernama Nokia tu," kata jejaka itu sinis sambil berlalu pergi.

"Dasar beruk hijau tua!" jerit Ayla membuat langkah jejaka itu terhenti.

Terus dia menoleh memandanv kearah Ayla dengan riaksi tidak percaya. "Ulang balik budak. Apa kau panggil aku? Beruk hijau tua?"

"Ya! Muka mengalahkan atok segala beruk! Perangai pun macam beruk terlepas dari hutan! Dah lah tak reti nak minta maaf, cau macam tu je!"

"Sekarang ni aku perangai macam beruk ke kau budak? Tak tahu malu ke apa kau ni?" tertahan-tahan nada jejaka itu menahan amarah.

"Ada aku kisah? Sekarang ni kau ganti balik telefon aku sebelum penumbuk aku ni kau makan," ugut Ayla sambil menunjukkan penumbuk kecilnya.

Tergelak sinis jejaka itu dibuatnya apabila melihat penumbuk Ayla. "Kau nak tumbuk aku dengan tangan kecil kau ni? Heh! Takkan sakit pun...."

Tidak sempat jejaka itu hendak menghabiskan ayatnya, tangan Ayla pantas menumbuk tulang pipi jejaka itu sehingga menyebabkan dia terdorong ke tepi beberapa inci.

Pipinya yang terasa kebas dipegang. Riaksi tidak percaya dia lemparkan kearah Ayla. Budak ni makan apa selama ni?

"Jangan cabar aku beruk hijau tua!" amuk Ayla. Kepalan buku limanya tidak dilepaskan. Bila-bila masa sahaja penumbuk kedua bakal dilayangkan.

Jejaka tersebut berdecit kegeraman. Dia terus bangkit lalu melangkah pergi meninggalkan Ayla yang dianggap gila olehnya.

Dasar budak terlepas dari tanjung rambutan," gumam jejaka tersebut perlahan sambil melangkah pergi.

Melopong Ayla dibuatnya apabila dirinya ditinggalkan bergitu sahaja. giginya dikertip kuat.

"Cik," tegur seseorang dari arah berlakangnya.

Terus Ayla memusingkan tubuh menghadap seorang lagi jejaka yang pandang kearahnya sambil tersengih-sengih ketakutan.

"Kau nak apa? Nak kena tumbuk juga ke?" tanya Ayla kasar.

"B..., bukan cik. Saya ni kawan lelaki yang cik tumbuk tadi," kata jejaka tersebut membuatkan Ayla menayangkan wajah cemberut.

"So?"

Jejaka itu mengeluarkan cek lalu menulis sesuatu di atas kepingan cek tersebut. Setelah selesai, dia menghulurkan kepingan cek itu kearah Ayla.

"Apa benda ni? Jampi serampah?" tanya Ayla berjaga-jaga.

"Cik tak kenal cek ke?" tanya jejaka itu kehairanan.

"Kau nak aku cek apa? Aku tak ada barang yang tertinggal. Beli barang pun tak," kata Ayla meluat. Tangan disilangkan didadanya. Mengarut betul mamat ni.

Terpejam mata jejaka tersebut. Masya Allah, bengap sungguh minah ni! "Bukan cek barang tertinggal tu cik. Ni cek duit."

"Hah? Buat apa saya nak cek duit saya? Saya tahulah tengah hujung bulan. Tengah pokai ni," kata Ayla sambil mengerutkan dahinya. Pelik-pelik jelah mamat ni.

Mengucap panjang jejaka di hadapan Ayla dibuatnya. "Eh cik, better cik ambil je duit ni. Saya ada kerja nak buat."

"Duit? Dah kenapa pula kau nak bagi aku duit? Aku bukanya pengemis." Ayla memandang kearah jejaka tersebut besar kecil besar kecil sahaja.

"Ambil duit ni. Anggap sebagai ganti rugi telefon kau yang dah selamat sampai ke rahmatullah tu. Pergi beli telefon yang lagi cangih. Jangan beli telefon zaman purba tu."

"Tapi bukan kau yang bersalah. Kawan kau yang tak guna tu bersalah. Kenapa kau pula yang kena ganti rugi?" soal Ayla kehairanan.

"Astarfirullahalazim. Minah, kau ambillah cepat. Aku ada kerja ni. Nak cepat," desak jejaka tersebut.

Ragu-ragu Ayla hendak mengambil cek tersebut. Apabila cek bertukar tangan, jejaka itu terus meminta diri untuk pergi.

Pucat lesu wajah Ayla apabila melihat jumlah wang yang tetera. "RM 5 juta? Mamat tu kerja apa? Kaya benor."

Ayla terdiam seketika sebelum bahunya dijongket. "Dah rezeki jangan ditolak."

•••

"Where's you go Idlan?" tanya sahabatnya dingin.

Idlan memutarkan bebola matanya. "Selesaikan masalah kau dengan perempuan tadi. Perangai dia tadi, uish! Boleh kena darah tinggi aku ni dibuatnya."

"Heh! Perempuan tu terlepas daripada tanjung rambutan agaknya. Sebab tu perangai dia macam...," jejaka itu membuat jari  dipusingkan di tepi kepalanya.

"Tak baik kau Zayyan. Nanti silap haribulan kau kahwin dengan perempuan tu baru tahu."

Meremang bulu roma Zayyan Mikaiel tatkala Idlan berkata sebergitu. "Boleh terbalik bumi ni karang."

"Abang!" pintu pejabat Zayyan dihempas dari luar.

Mengucap panjang dua orang jejaka itu dibuatnya tatkala mereka dikejutkan oleh seorang perempuan yang secara tiba-tiba menerjah masuk kedalam pejabat Zayyan tanpa memberi salam.

Berkerut dahu Zayyan melihat adiknya berada di sini. "Zalikha Maisara? Apahal kau ada dekat sini?"

"Hish abang ni. Adik nak datang sini pun tak boleh. Betul tak Abang Idlan?" Zalikha memandang tepat kearah wajah sahabat abangnya. Senyuman penuh makna dia tayangkan.

Idlan bangun secara mengejut. "Aaa..., bro, aku baru teringat yang aku dah janji dengan sepupu aku kita orang nak makan Nasi Padang. Aku cau dulu eh!"

Pantas Idlan mengangkat kaki pergi dari pejabat sahabatnya. Dia tak nak jadi orang tengah. Biarlah adik-beradik itu yang selesaikan sendiri.

"Dlan, kau nak pergi mana?" tanya Rafiq, salah seorang sahabat Zayyan selain Idlan ketika berselisih denganya.

"Rafiq? Apa kau...," bagaikan dapat mengagak soalan yang akan diajukkan oleh Idlan, Rafiq pantas mencelah.

"Kau lupa ke buat-buat lupa? Kau baik terbalik kau tu suruh aku jadi bodygourd Cik Zalikha," kata Rafiq sambil menyeluk kedua-dua belah tanganya kedalam blazer miliknya.

"So kaulah yang hantar kekasih hati kau ke sini?" tanya Idlan sambil tersenyum penuh makna.

"Kekasih hati aku? Siapa?" Rafiq menyengetkan sedikit kepalanya.

"Alah-alah. Kura-kura dalam perahu, pura-pura tak tahu pula. Cik Zalikha kesayangan kau tu," usik Idlan.

Kecil mata Rafiq memandang kearah Idlan. Memang minta kena sepak ni. "Banyaklah kau punya kekasih hati. Dia tu yang mengada minta aku hantar dia dekat office abang dia."

"Oh..., demi buah hati tercinta, laitan api sanggup kau redah."

"Mengarut kau ni Idlan. Dahlah. Aku nak jumpa bos kesayangan kau tu. Tata...," kata Rafiq lalu meninggalkan Idlan.

"Euw! Lambat lagi dia nak jadi bos kesayangan aku. Mati hidup balik pun aku tak sanggup," kata Idlan geli-gelaman. Simpang malaikat 44!

•••

Bantalnya di gigit geram. Geram dengan kejadian yang berlaku sebentar tadi.

Batrisya yang sudah mendengar cerita sahabatnya itu hanya mampu mengelengkan kepala sahaja. Ada-ada jelah kawan dia seorang ini.

Tetapi ada satu perkara yang dia musykil. "Ayla, betul ke dia yang langgar ke? Setahu aku, kau yang suka jalan tak pandang depan bila main phone."

Perbuatan Ayla terhenti. Ya, memang salah dia sebab jalan tak pandang depan tadi. Tetapi mamat tu dua kali lima je. Dah nampak dia dekat depan, nak juga langgar. Dah syok dengan dia ke apa?

"Betullah dia yang langgar aku."

Kecil mata Bayrisya melihat Ayla ketika itu. Macam tipu je.

"Lantak kaulah Ayla." Batrisya menghembuskan nafas berat.

"Kau tak faham Bat. Phone tu dari zaman moyang kepada moyang kepada tok moyang aku."

"Hah! Ye ye aku tahu kau nak cakap apa. Moyang kepada moyang kepada tok moyang bagi dekat nenek moyang kau. Kemudian nenek moyang kau bagi dekat anak lelaki sulung dia iaitu tok yang kau. Tok yang kau bagi phone tu dekat nenek kau. Kemudian phone tu jatuh ke tangan mak kau and then kau pewaris phone Nokia tu."

Berbelit lidah Batrisya menuturkan ayat tersebut.

"Tak sangka rupanya dalam diam kau tahu pasal keturunan phone tu ya," kata Ayla sambil menyapu air mata palsu.

"Dah kau cerita pasal phone Nokia tu setiap hari. Sampai muak aku dengar," wajah meluat Batrisya tayangkan.

"Bat, nanti teman aku cari phone baru eh. Aku tak tahu tentang phone ni semua," pinta Ayla sambil menayangkan wajah minta simpati.

"Haish! Yelah Ayla oi...."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro