AAP!: 8
Hai and assalammualaikum, new chapter is done!
Enjoy your reading!
| Edit version: 08022022 |
"RANIA!"
Rania yang sedang bermain handphonenya pantas berpusing ke belakang menghadap tuan punya suara yang memanggilnya. Wajah tegang Izyan dipandangnya hairan. Apahal pula mamat mata biru ni?
"Kenapa muka marah-marah ni? Awak okey?" tanya Rania pelik. Izyan memandangnya sebelum merengus perlahan. Kunci motor dibawa keluar dari poket.
''Kau nak naik ke tak? Kau ingat aku grab ke?"
Terhinjut bahu Rania apabila mendengar kata-kata Izyan yang nadanya sudah naik seoktaf. Wajah cemberut sengaja ditayangkan kepada Izyan. Rania mula melompat naik ke atas motor lalu sengaja menolak tubuh Izyan ke depan. Padan muka!
"Awak tunggu apa lagi? Awak ingat saya siapa nak kena tunggu awak gerak?" soal Rania kasar. Sengaja dia membalas balik kata-kata Izyan itu.
''You're my girl.''
Mendengar bicara Izyan itu, membuatkan Rania terpinga-pinga di atas motor. Izyan menjeling sekilas wajah blur Rania melalui cermin motornya. Senyuman diukir seketika sebelum riak wajahnya berubah serius.
''Nah, I'm joking,'' kata Izyan sebelum enjin motosikalnya dihidupkan. Dengan lafaz bismilah, motosikal miliknya meluncur laju di atas jalan raya. Sedar akan kebisuan Rania yang secara tiba-tiba, Izyan cuba memancing perhatian gadis itu.
"Kau nak makan tak?" soal Izyan memecahkan kesunyian. Rania menggelengkan kepala sebelum kembali memandang ke arah lain.
''Nak makan ke tak?"
Sekali lagi Rania menggeleng kepala. Dia mengetap bibir sambil mencerna kata-kata Izyan yang berlegar di fikirannya. Haih, serabut!
''Woi, jawablah!" bentak Izyan geram. Dia dah tanya dua kali, mana tak bengangnya. Rania memusingkan kepala ke depan lalu memukul belakang badan Izyan dengan kuat. Lantas Izyan melepaskan jeritan nyaringnya.
''Tak nampak ke saya geleng? Tu maksudnya taklah,'' balas Rania dengan nada yang sudah naik seoktaf. Geram!
''Memang aku ada mata dekat belakang pun,'' sindir Izyan tanpa pedulikan perasaan geram Rania waktu itu. Eloklah, dua-dua keras kepala dan tak nak kalah.
SELEPAS sahaja menghantar Rania ke II POS, Izyan terus beredar meninggalkannya keseorangan. Plan untuk makan tengah hari terbatal apabila mereka berdua tidak berhenti bertengkar. Malas nak gaduh lagi, dia suruh Izyan hantarkannya di HQ terus.
Boleh dia sambung kerja!
20 minit dia ambil masa untuk menuju ke tempat kediaman milik pelanggan, akhirnya Rania sampai juga. Mulutnya terlopong luas melihat kawasan luas yang menghiasi pemandangannya. Pergh, rumah macam istana bhai!
Loceng yang disediakan ditekan beberapa kali. Alahai, ini leceh nak tunggu! Harap sahaja rumah besar, tapi telinga kecil. Kelihatan seorang wanita tua berjalan mendekati Rania yang sedang bersandar di pagar besar.
"Ye, ada yang boleh saya bantu?" soal wanita tua itu. Rania menghadiahkan senyuman sambil menggelengkan kepala.
"Eh tak! Saya cuma nak hantar parcel ni je. Er, ni rumah Tuan Ilman Imtiyaz bin Tan Sri Haji Akmal?" Rania membaca nama penuh tuan kepunyaan parcell yang tertulis di atasnya. Beberapa saat kemudian, terbuntang mata Rania apabila tersedar nama yang disebutnya.
"Mak cik, ini rumah Tuan Ilman Imtiyaz yang CEO pejabat pos tu ke?" soal Rania sambil memandang wanita tua di depannya. Wanita tua itu hanya menggangukan kepala.
"Kenapa dia tak datang ye, mak cik? Saya tak nampak batang hidung dia pun," kata Rania pelik.
"Panggil Mak Qi je. Tuan Ilman dia demam hari ini. Itulah dia tak dapat datang. Anak ni nak melawat ke? Jomlah masuk ke dalam," pelawa Mak Qi sambil melemparkan senyuman. Rania hanya membuntuti langkah Mak Qi dari belakang. Matanya tak lepas memandang ruangan di sekelilingnya.
Ya Allah, lawanya!
"Anak ni nama siapa?" tanya Mak Qi lembut. Mak Qi memperkemaskan tudungnya yang terselak akibat ditiup angin kuat.
"Nama saya Rania Maisarah. Mak Qi boleh panggil saya Rania je," balas Rania sambil tersenyum. Langkahnya terhenti apabila mereka berdua tiba di hadapan pintu utama.
Besar gila! Ini baru pintu, belum lagi masuk ke dalam rumah. Patutlah Tuan Ilman itu bawa kereta BMW. Kalau macam itu, nak kahwin dengan Tuan Ilmanlah. Dahlah kaya, lepas itu hensem pula!
Hiks hiks!
Pintu utama dibuka sebelum seorang wanita keluar memandang Rania dan Mak Qi silih ganti. Wanita itu terkebil-kebil memandang Rania.
"Siapa ni Mak Qi?" soal wanita itu pelik. Rania hanya menghadiahkan senyuman manis. Namun di dalam hati, berdegup kencang dia nak menghadap mak kepada bosnya.
"Oh, so maknanya Rania posmenlah kan? Bahaya tau tak kalau perempuan jadi
posmen. Tak apalah, meh masuk," pelawa wanita itu atau pun lebih mesra dipanggil Aunty Amani.
"Ilman demam. Tengah rehat dalam bilik. Rania nak tengok dia ke? Kalau nak tengok, pergilah," ujar Puan Amani sambil tersenyum. Rania menggangukan kepala sebelum menghayunkan melangkah ke bilik bosnya.
Matanya tak lepas memandang setiap gambar yang berada di atas almari atau pun di
dinding. Seorang lelaki yang wajahnya mirip dengan Tuan Ilman menarik perhatian Rania. Dia melangkah mendekati gambar itu sebelum menyentuhnya penuh berhati-hati.
"Muka sebijik. Wow, kembar dia pun mata biru. Handsome!" puji Rania sambil matanya tak lepas memandang gambar itu. Terdetik di hatinya ingin berjumpa dengan kembar Tuan Ilman.
Gambar itu diletakkan kembali di tempat asal. Bilik Tuan Ilman ditujunya sebelum mengetuk pintu beberapa kali. Kedengaran suara serak-serak basah menyuruh dia masuk. Tombol pintu dipulas sebelum melangkah masuk ke dalam bilik Tuan Ilman.
Mulutnya terlopong luas melihat setiap sudut di bilik Tuan Ilman. Kemas, cantik dan unik!
Jarang bilik lelaki kemas macam ini!
Tuan Ilman yang terbaring lesu dia pandang seketika. Tanpa menunggu lama, dia melangkah ke tandas lalu mengisi air di dalam bekas. Kain berwarna biru diambil dari laci Tuan Ilman lalu merendamkan ke dalam bekas yang berisi air itu. Rania duduk di kerusi yang terletak bersebelahan dengan katil Tuan Ilman.
"Panasnya!" ujar Rania sebelum mengangkat kembali tangannya. Kain yang telah direndamkan diambilnya sebelum meletakkan di atas dahi Ilman. Dia mengelap muka, tangan dan kaki Tuan Ilman dengan berhati-hati.
Ilman membuka matanya sebelum menjerit kuat. Muka Rania yang betul-betul berada di depannya buatkan dia terkejut. Badan Ilman di sandarkan di katil dengan bantuan Rania.
"Kau buat apa dekat sini? Macam mana kau boleh tahu rumah aku dekat sini? Kau curi-curi masuk eh?" soal Ilman dingin. Dia menjeling Rania dengan tajam. Anti betul dia dengan Rania.
"Hey, bersyukur sikit eh saya datang melawat bos. Saya datang sini cuma nak hantar parcell je. Lepas tu, boleh pula terjumpa mak mentua," balas Rania selamba. Ilman hanya menjulingkan mata mendengar balasan Rania.
"Dah habis melawatkan? Dah keluar. Aku tak suka orang luar masuk bilik aku," halau Ilman dingin. Rania menayangkan muka selamba sebelum menyentuh barang-barang milik Ilman.
"Jangan sentuhlah! Eee aku cakap jangan sentuh!" Dengan langkah yang lemah, dia menarik Rania keluar dari bilik sebelum menolak tubuh genit itu sehingga terjatuh. Rania mengaduh perlahan sambil menggosok lengannya.
"Tak reti bersyukur punya lelaki! Kalau macam nilah, dah lama tau saya berhenti!" tengking Rania kuat. Matanya menikam wajah Tuan Ilman. Parcel yang berada di tangannya dicampak ke muka Tuan Ilman.
"Memang aku nak pun kau berhenti. Tak ada siapa suruh kau kerja dekat tempat aku. So, kau boleh berambus!" ujar Ilman sinis. Dia menutup pintu dengan kuat sehingga menarik perhatian Puan Amani dan Mak Qi yang berada di ruang tamu.
Rania mengetap bibir geram melihat perangai sombong Ilman itu. Dahlah sombong, bongkak and kerek pula itu! Dia melangkah turun ke ruang tamu dengan geram yang membuak-buak di hati. Matanya meliau ke sekeliling mencari Puan Amani.
"Eh Rania, nak balik dah ke? Meh makan dengan kami," pelawa Puan Amani sambil tersenyum. Ya Allah baiknya aunty ni! Bukan macam anak dia. Murah senyuman pula itu, anak dia kerek gila!
"Tak apalah aunty. Rania kena sambung hantar barang. Apa pula kata orangkan posmen lambat hantar. Sorry kacau aunty," kata Rania sambil menyalam tangan Puan Amani. Kepalanya diusap lembut berkali-kali.
"Nanti datang lagi tau. Mana tahu ada rezeki boleh jumpa dengan kembar Ilman," ujar Puan Amani. Rania hanya menggangukan kepala sebelum melangkah keluar dari rumah agam itu. Keluhan halus terbit dari mulutnya.
Mungkin dia kena fikir 10 kali kot untuk datang lagi. Memang taklah nak hadap muka bosnya yang kerek itu!
Helmet dicapai sebelum dipakaikan di kepala. Enjin dihidupkan lalu motosikalnya menyusur laju di atas jalan raya. Jam di tangan dia kerling seketika. Baru pukul 2 petang, awal lagi.
20 minit berada di atas jalan raya, akhirnya Rania sampai di tempat kerja. Helmet dibuka lalu diletakkan di loker miliknya. Loker Izyan yang berada di sebelahnya dipandang seketika. Mana pula mamat ini pergi? Macam tak berusik pun. Ah, lantaklah! Bukan hal dia nak menyibuk.
Rania melangkah keluar lalu menuju ke bilik khas untuk parcel. Seorang lelaki tiba-tiba merempuh bahu Rania sehinggakan dirinya hampir tersembam ke tanah.
"Hey, rabun ke? Ke mata kau tu letak dekat planet Marikh, hah!" bentak Rania sambil mengepalkan buku limanya. Kepala dipusingkan ke belakang sebelum matanya membulat. Dia berlari ke arah Izyan yang sudah terkulai lemah di atas tanah.
"Izyan, bangun!" Rania menggoncangkan tubuh Izyan dengan kuat. Gelabah Rania dibuatnya apabila melihat Izyan yang masih tidak sedarkan diri itu.
Rania pantas berdiri dan menolong Izyan bangun. Tangan Izyan di letakkan di lehernya lalu dia menolong Izyan berdiri. Muka Izyan yang putih melepak bertukar merah. Terasa haba sisi Rania apabila badannya berada dekat dengan Izyan. Tombol pintu bilik rawatan dipulas sebelum membawa Izyan masuk ke dalamnya.
Mak aih, panas gila!
Rania membaringkan Izyan di atas katil sebelum melangkah ke dalam bilik air. Bekas kaca yang kosong diambil lalu air diisikan ke dalamnya. Pintu almari dibuka sebelum tangannya lincah mencari tuala kecil.
Oh yes, jumpa!
Tuala itu direndamkan ke dalam bekas kaca beberapa saat sebelum meletakkan di atas dahi Izyan. Satu lagi tuala kecil digunakan untuk mengelap bahagian badan Izyan yang lain bagi mengurangkan panas.
Hari ini sahaja sudah dua orang yang demam dijaganya. Seorang lagi itu tak reti berterima kasih. Harap yang ni retilah ye ucap terima kasih itu. Wajah Izyan yang sedang nyenyak tidur dia pandang lama.
Hensem!
Rania bangkit dari duduk untuk keluar menyelesaikan kerjanya yang tergendala. Namun, tangan Rania sempat dipaut dari belakang membuatkan langkahnya terhenti. Kepalanya dipusingkan ke belakang sebelum terkelu melihat Izyan yang sedang terbaring sambil memegang tangannya.
"Just sit here and look at me like that, my girl."
TBC
Teruskan menyokong AAP! ❤️✨
| read, vote and comments |
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro