AAP!: 7
Hai and assalammuaikum, new chapter is done!
Enjoy your reading!
| Edit version: 07022022 |
PANG!
Terteleng kepala Izyan dibuatnya apabila tapak tangan Rania melekat di muka. Pergh, dia ajak kahwin je pun kena penampar ke?
"Alamak! Ya Allah, sorry sorry. Tadi ada something hinggap dekat pipi awak. Itu sebab saya tampar. Oh, awak cakap apa tadi? Awak nak kahwin? Wah, congrats!"
Izyan mengetap bibirnya sambil memandang muka Rania. Ini dikira reject secara halus ke? Rania mengerut dahi apabila melihat Izyan yang diam membisu.
"Asal? Sakit ke? Alololo! Meh saya tiup." Rania berjalan mendekati Izyan sebelum menjengketkan kakinya. Mulut dimuncungkan lalu dia meniup pipi Izyan dengan lembut. Badan Izyan bagaikan terkena renjatan elektrik. Hanya berdiri kaku sambil mata birunya memerhatikan Rania.
Rania mendongakkan kepala sebelum mata hitamnya dia bertemu dengan mata biru Izyan. Dia menolak bahu Izyan kasar sehinggakan jatuh terlentang. Mulut Rania terlopong luas melihat keadaan Izyan yang agak 'teruk' itu.
"Awak! Sumpah saya tak sengaja. Sorry sorry," ucap Rania gelabah., Dia segera menghampiri Izyan lalu menolong lelaki itu bangun. Izyan menjeling Rania dengan tajam. Nasib kawasan ni lengang. Kalau tak mahu setahun dia malu.
"Dah tak payahlah! Sakit tahu tak? Hish!" rungut Izyan kasar sebelum menepis tangan Rania. Dia membersihkan kotoran di lengannya sambil menjeling Rania sekilas. Mulut Rania dimuncungkan ke depan apabila pertolongannya ditolak mentah-mentah.
"Yang sakit awak, bukan saya. So, padan muka! Now, cepat tukar baju awak. Kalau tak, mungkin saya terperangkap dekat mall ni. Cepat!" Dua plastik beg jenama Uniqlo dihulurkan kepada Izyan. Tercengang Izyan mendengar kata-kata Rania yang selamba itu.
Ilman yang baru sahaja masuk ke dalam mall mengambil nafas seketika. Puas dia cari Izyan, tapi tak jumpa pula. Matanya meliau mencari Izyan dan Rania di sekitarnya. Manalah diorang pergi ni? Bahu dia tiba-tiba ditepuk dari arah belakang.
"Bismillah, assalammualaikum jodoh!"
Terkejut Ilman dibuatnya apabila melihat seorang gadis yang berada di depannya. Bibir mungil gadis tersebut mengukir senyuman manis. Gadis itu melambai-lambaikan tangan di depan muka Ilman.
"Jodoh, kenapa jodoh pandang saya macam tu? Oh by the way, nama saya Kyla. Sebutan dia Kaila tau! Kalau jodoh sebut Kila, pagi esok jangan terkejut kalau ada ramai orang depan rumah jodoh. Bukan ada orang meninggal, tapi ada rombongan datang meminang," kata gadis di depannya atau lebih dikenali sebagai Kyla dengan selamba. Dia membuat peace sambil tersenyum lebar.
"Apa kau cakap? Jodoh? Nama aku..."
Belum sempat Ilman menghabiskan ayat dia, jari Kyla diletakkan di bibir merah Ilman. Kyla menggelengkan kepala sebelum melangkah pergi. Sempat dia kenyitkan mata ke arah Ilman.
''Gila punya perempuan.''
IZYAN mengorak langkah menuju ke pintu keluar mall dengan hati yang mendidih panas. Rambut palsu kepunyaan Rania dibetulkan bagi kemas. Skirt yang berwarna pink itu dia pandang seketika.
Sumpah gila!
"Awak pakai sekarang. Alah kejap je. Kalau saya pakai macam ni, orang senang cam saya. So, langkah selamat, awak kena tolong saya. Alah, just pakai blouse and skirt ni lepas tu pakai rambut palsu saya. Ha jangan lupa spek mata. Sebab selalu saya pakai spek mata kalau rakam. So subscribers saya dah tahu," beritahu Rania sambil tersenyum lebar.
Izyan membuntangkan mata seluas-luasnya. Kepala digeleng beberapa kali. Rania mengeluh halus melihat Izyan yang membantah sekeras-kerasnya.
"Maknanya awak nak saya mati disebabkan kena kerumun dengan peminat-peminat saya? Sampai hati awak! Awak tak rasa bersalah ke kalau surat khabar, berita keluar artikel pasal saya? Seorang youtuber mati disebabkan peminat-peminatnya berkerumun disekelilingnya sehingga dia tidak boleh bernafas," kata Rania dengan nada lirih. Dia menekur ke lantai sambil jarinya mengelap 'air mata' palsu yang berada di pipi.
Izyan memandang Rania seketika sebelum mengeluh halus. Dia menghampiri Rania sebelum memegang bahu gadis itu. Rania mengangkat kepala sebelum mata biru Izyan bertembung dengan mata hazelnya.
"Okay fine, I'll help you."
Izyan mengetuk dahi dengan kuat. Rasa menyesal pula dia pergi tolong minah sewel itu. Langkah dilajukan sebelum badannya dirempuh oleh seseorang sehingga menyebabkan dia jatuh terduduk. Skirt yang terbuka sedikit pantas ditutup.
"Cik okay? Nak saya bawa pergi hospital? Lagi pun cik ni lawalah!"
Izyan mengangkat kepala sebelum mata birunya membulat. Dia pantas berdiri menghadap lelaki di depannya. Terkejut bukan main lagi dia apabila melihat Ilman berada di depannya.
Dah kenapa pula abang dia ada dekat sini?
"Abang!" jerit Izyan lantang dengan nada yang sengaja dilembutkan. Dia membuat muka comel sambil mengerdipkan mata. Pantas tubuh Ilman dipeluknya erat.
Hampir sahaja terlepas ketawa Izyan seraya melihat wajah terkejut abangnya. Dia meneruskan lakonannya.
"Astaghfirullahalazim, nak lari dari minah tu, jumpa pula yang pondan. Eh lepaskan aku gila!" rungut Ilman geram. Tubuh Izyan ditolak kasar agar menjauhinya.
"Abang! Apa ni peluk peluk orang! Tahu tak doce! Doce! Kita ni bukan mahram tahu tak? Tapi badan abang best! Saya nak peluk lagi," jerit Izyan sebelum berlari anak ke arah Izyan. Ilman
pantas mengelak dari dipeluk oleh 'pondan'. Tubuh Izyan yang tak stabil itu jatuh terlentang di atas lantai.
Auch!
Izyan pantas berdiri di depan Ilman sebelum dada abangnya dipukul kuat. Air mata palsu mengalir laju di pipi.
"Gila betullah pondan ni!" kutuk Ilman sebelum mengorak langkah menuju ke pintu keluar. Jelingan tajam diberikan kepada Izyan. Izyan menghela nafas lega. Ingat dia tak rimas ke pakai baju perempuan ni?
Rimas gila!
MATA Rania meliau memerhatikan sekeliling sebelum menghela nafas lega. Dia mengorak langkah dengan berhati-hati sambil melemparkan pandangan ke sekelilingnya. Rania berlari anak menuju ke pintu keluar mall. Finally, dia bebas!
Dia berjalan dengan lenggang seakan-akan tiada apa yang berlaku. Telinganya seperti mendengar ada orang memanggil nama dia. Haish, takkan lah dia orang still boleh kenal lagi? Rania mengendahkan sahaj sebelum berjalan dengan pantas menuju ke motor Izyan.
"Rania Maisarah binti Haji Ahmad!"
Langkahnya terhenti apabila mendengar nama penuh dia disebut. Suarai tu macam pernah dia dengar. Tapi dekat mana ye?
"Ya Allah, Sarah! I miss you!"
Tubuh genitnya dipeluk oleh seorang lelaki tua. Otaknya bagaikan tidak berfungsi seketika. Seakan-akan pelukan lelaki tua ini menenangkan. Dengan perlahan-perlahan, pelukan dileraikan oleh lelaki tua di depannya. Lelaki tua itu mengukir senyuman lebar.
"Daddy rindu sangat dengan Sarah."
Daddy?
Daddy?
Lelaki tuai ni cakap daddy? Bila masa aku ada sugar daddy ini!
Panggilan itu tiba-tiba terlintas di fikirannya. Terbuntang mata Rania apabila sudah teringat susuk tubuh lelaki tua ini. Dia pantas mengundur langkah ke belakang menjauhi lelaki tua tersebut.
"Seingat saya, daddy saya terperangkap dekat toilet waktu sambut anniversary diorang yang ke-30. Cakap sekejap je nak pergi toilet, last last tak muncul dah. Daebak! Mungkin dia pun turut tersekat dalam lubang jamban tu," balas Rania sinis. Wajah 'daddy' di depannya terus bertukar warna merah. Mungkin marah dengan kata-kata dia. Ah, kisah apa dia!
"Pak cik tak nak cakap apa apa ke? Saya nak balik ni. Don't waste my time, stupid," kata Rania sambil menghadiahkan senyuman sinis. Melihat lelaki tua itu hanya diam membisu, membuatkan Rania merengus geram. Dia menjeling 'daddy' sebelum berjalan meninggalkan lelaki tua itu.
Panas ye hati dia ini!
"Rania Maisarah!"
Langkah Rania terhenti apabila mendengar seseorang memanggil namanya. Dia memejamkan mata seketika sebelum mencelikkannya. Badan dipusingkan ke belakang sebelum menghamburkan gelak besarnya.
''Pft!"
Raut wajah Izyan terus berubah cemberut apabila melihat Rania masih lagi tidak berhenti ketawa. Dia memandang pakaian di badannya sebelum merengus kasar. Setelah puas ketawa, Rania menarik nafas dalam-dalam lalu menghembuskannya.
''Puas gelak?"
Rania tersengih seraya mendengar sindiran Izyan. Dia mengangkat kedua belah tangan paras bahu tanda mengalah. Izyan mengeluh halus sebelum tersedar sesuatu.
"Rania, kau pergi tunggu aku dekat motor dulu. Aku rasa ada orang follow kita. Aku tak nak kau cedera. So tunggu aku dekat situ. Jangan pergi mana-mana. Tunggu aku!" pesan Izyan sambil memandang anak mata Rania. Bibirnya mengukir senyuman lalu mengorak langkah menuju ke suatu tempat.
ILMAN membongkokkan badan agar senang untuk dia lihat adiknya dengan Rania. Keningnya terjongket hairan apabila melihat hanya Rania sahaja yang ada. Bahunya tiba-tiba ditarik kasar dari belakang.
"Kau buat apa dekat sini Ilman? Follow aku dari office lagi. Kau sebenarnya nak apa?" tanya Izyan dingin sambil mencengkam koler baju kemeja Ilman. Mata birunya menikam anak mata Ilman.
"Aku cuma nak tahu perempuan tu nak apa dari kau. Apa motif dia rapat dengan kau? Dia nak harta je kan? Come onlah, aku dah jumpa dah semua perempuan jenis macam Rania tu. Dasar nak kikis harta!"
Buk!
Terjatuh Ilman dibuatnya apabila tumbukan yang diberikan oleh kembar dia sendiri . Muka Izyan yang tegang itu dia pandang. Bibirnya mengukir senyuman sinis. Dia pantas berdiri menghadap Izyan.
"Don't judge the book by it's cover. Kau tak kenal dia. Jangan cakap macam kau dah rapat dengan dia. Jaga mulut kau, Ilman!" jerkah Izyan kuat. Dia menggenggam penumbuknya erat. Tajam mata dia memandang wajah kembarnya.
"Kau backup budak perempuan tu kenapa? Kau pun tak kenal dialah, bro. Kau suka dia? Kau tak pernah berkasar macam ni tau. Come on Izyan, mana prinsip kau? Jangan jadi lemah," balas Ilman sambil menayangkan muka tegang. Wajah Izyan turut berubah tegang mendengar kata-kata Ilman.
"Kau jenis yang tak suka dekat orang tu tapi kau nak tahu juga perkembangan dia. Yes, it's you bro!" bengang Izyan sambil menundingkan jari ke arah Ilman. Izyan berjalan mendekati Ilman sebelum membisikkan sesuatu.
"Stay away from Rania. Kalau aku tahu kau apa-apa kan my girl, siap kau. I will protect her... from you!"
TBC
Teruskan menyokong AAP! ❤️✨
| read, vote and comments |
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro