Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

AAP!: 4

Hai and assalammualaikum, new chapter is done. Don't forget to vote and comments.

Enjoy your reading!

| Edit version: 27012022 |











IZYAN memanggil Rania beberapa kali tetapi dibuat tak endah je dengan panggilan itu. Seekor ayam tiba-tiba melintas sebelum memandang Rania selamba. Motornya tak dapat dikawal akhirnya merempuh reban ayam yang berada di kawasan perumahan.

Buk!

Dahi Izyan berkerut seraya mendengar pelbagai bunyi. Mulutnya terlopong luas melihat reban ayam yang tadi cantik kini musnah akibat rempuhan Rania. Izyan yang melihat keadaan Rania menghamburkan gelak besarnya.

Mana taknya, dengan tertonggeng dekat atas bumbung reban ayam. Yang buatkan dia tak tahan gelak ialah melihat seekor ayam elok duduk atas badan Rania sambil menayangkan muka selamba.

"Awak gelak apa? Tolonglah!" bengang Rania sambil mencerun tajam. Menyesal pula dia buat tak endah je dengan panggilan Izyan.

"Macam mana kau boleh musnahkan reban ayam dua tingkat ni? Gila ganas!" Izyan menurunkan ayam yang berada di atas badan Rania lalu diletakkan ke bawah. Dia membantu Rania bangun.

''Salah ayam tulah!" hambur Rania sambil menunjukkan ke arah seekor ayam. Izyan menggeleng kepala melihat perangai tak semenggah Rania. Salah dia sendiri tapi boleh pula salahkan ayam yang tak tahu apa-apa itu.

"Woi, kau buat apa dengan reban ayam aku? Sini kau!"

Izyan dan Rania berpandangan seketika sebelum ditariknya tangan Rania membuntuti lariannya. Mak cik tadi mengejar langkah mereka berdua sambil membawa kualinya sekali.

"Naik cepat!" arah Izyan sambil memandang mak cik itu. Cuak juga apabila dia melihat kuali besar yang dibawa mak cik itu. Rania pantas  melompat naik ke atas motor sebelum Izyan memecut laju meninggalkan mak cik itu.

''Mak cik, jaga ayam elok-elok!"

Prang!

Perlahan-lahan Rania memusingkan badan ke arah belakang sebelum anak matanya mula membulat. Terkejut Rania apabila melihat kuali besar yang dibaling mak cik itu menyebabkan kehancuran sebuah gerai.

Bapak ganas!

''Kau ni suka cari gaduhlah. Haih,'' rungut Izyan sambil mengerling Rania melalui cermin motornya. Pertama kali dia jumpa perempuan macam Rania ini.

"Ah sakitlah, gila!"

Terjerit kuat Izyan dibuatnya apabila Rania mula memukul dia dengan kasar. Dahlah pukul kuat nak mamp*s.  Dia sengaja melajukan kelajuan motosikalnya ke tahap maksimum.

"Woi, tak payahlah bawak laju laju! Nak mati awal ke, hah? Kalau awak nak mati awal, awak mati sorang. Saya tak nak!" jerit Rania lantang. Dia memukul lagi belakang badan Izyan kuat.

Hah, amik kau!

''Aduh aduh, sakitlah gila!" rungut Izyan sambil menghentikan motosikalnya di tepi jalan. Kalau teruskan ini, mahunya mereka berdua accident nanti.

''Turun!"

"Tak nak!"

"Aku cakap turun!"

Mata Izyan dijengilkan kepada Rania yang menayangkan wajah selamba.
Kecil-kecil makan apa ni sampai degil gila? Rania menggelengkan kepala sambil menjelir lidah.

"Assalammualaikum, dik. Gaduh apa ni? Jangan gaduh lama-lama. Biasalah hubungan suami isteri. Ada pasang surutnya," tegur seorang pak cik dari belakang. Mata Izyan dan Rania membulat mendengar kata-kata pak cik itu.

"Eh tapi pak cik, kami bukan..." Belum sempat Izyan ingin menjelaskan perkara yang betul, Rania terlebih dahulu memintas.

"Betullah tu abang. Tak elok gaduh lama-lama. Dah, jom balik abang. Okaylah pak cik, kami minta diri dulu. Bye!" Tangan Izyan dicapainya lalu menggengam erat. Rania menghadiahkan senyuman kepada pak cik di depannya.

"Jomlah balik ayang. Saya lapar ni!" rengek Rania manja. Izyan mengetap bibir geram melihat perangai Rania ini. Dia pantas menghidupkan enjin motor lalu memulakan perjalanan menuju ke klinik.

Tak pasal-pasal dia jadi grab tak berayar pula hari ini.

























ILMAN membuka pintu almarinya lalu mencari baju kemeja berwarna putih. Baju kemeja disarungkan di badan sambil menyanyi kecil. Dia berjalan ke arah cermin lalu menyikat rambutnya kemas. Beg-beg yang ingin dibawa ke office dicapai sebelum turun ke ruang tamu.

"Ma, Ilman pergi dulu tau!" Belum sempat Ilman melangkah keluar, mamanya menegur dari belakang. Dia pusing menghadap mamanya.

"Eh tak nak sarapan ke? Hari ni mama masak favourite food Ilman. Rugi kalau tak makan," ajak Puan Amani. Kepala Ilman digelengkan. Dia banyak kerja dekat office, nak uruskan meeting lagi.

"Sorry, I have to go now. I love you!" Pipi Puan Amani dikucupnya sebelum menyalam tangan mamanya. Dia memeluk mama erat sebelum melangkah menuju ke kereta.

Ilman segera masuk ke dalam kereta BMW lalu menghidupkan enjin. Dia mengerling jam di tangan. Masa berbaki 20 minit lagi sebelum meeting bermula. Tayar keretanya perlahan-lahan mula meninggalkan kawasan perumahan dan mula menyusur ke jalan raya.

Bunyi ringtone telefon bergema di dalam keretanya. Dia melihat nama pemanggil sebelum mengangkat panggilan. Apa adiknya nak ini?

"Ilman! Tolong ambil beg warna dark blue dalam loker 41. Thank you and  I love you!" Belum sempat Ilman membalas, adiknya dah matikan panggilan. Ewah ewah dia ni!

Setelah 5 minit berada atas jalan raya, akhirnya sampai juga di office. Ilman melangkah ke arah tempat loker posmen dahulu. Dia mencari nombor loker 41 beberapa saat. Okay dah jumpa!

Beg yang berwarna dark blue diambilnya sebelum membuka zip. Matanya membulat melihat isi di dalam beg. Kenapa pula ada pad dalam ini?

"Bos?"

Lamunan Ilman terhenti apabila mendengar namanya dipanggil. Dia memusing badan ke belakang sebelum menyorokkan pad di belakang tubuhnya. Tak pasal-pasal dia dituduh pervert pula.

''Apa bos buat dekat sini?" tanya pekerjanya yang bernama Haziq. Pelik juga dia apabila melihat kehadiran bosnya dia di sini.

''Kenapa? Tak boleh ke?" tanya Ilman sinis. Haziq yang sedang meletakkan barangnya di dalam loker  terhenti seraya mendengar pertanyaan Ilman.

''Tak, cuma..."

"Cakap dekat member awak, suruh diorang tunggu dekat meeting room. 10 minit lagi saya sampai."

Selesai sahaja memberitahu, Ilman terus beredar meninggalkan Haziq sendirian. Dia perlu bersiap untuk menghadiri meeting yang akan dihadiri sekejap lagi.

















BAJU posmen berwarna merah itu dihulurkan kepada Rania. Terkebil-kebil Rania memandang Izyan, meminta penjelasannya. Dia berdecit perlahan sebelum menjentik dahi dengan kuat.

"Kau sedar tak kau langgar ayam tadi? And then kau nak join meeting dengan bau busuk macam ni? Pergi tukar sekarang!" arah Izyan sambil mencekak pinggangnya. Bengang dengan perangai Rania yang suka persoalkan itu.

Rania menghentak kaki berkali-kali tanda protes sebelum melangkah menuju ke
tandas. Selesai membersihkan diri, Rania keluar dari tandas dan berjalan ke tempat loker. Bajunya yang berbau telur ayam itu dimasukkan ke dalam beg plastik lalu diletakkan di dalam loker.

"Rania!"

Badan Rania dipusingkan belakang bagi memandang  empunya suara yang memanggilnya. Kelihatan Syamel sedang berjalan menghampiri dia.

"Sekarang kita ada meeting. Bos nak jumpa semua posmen. Jom!" ujar Syamel sambil melakar senyuman. Rania hanya mengganguk kepala sebelum menyuruh Syamel pergi dulu. Malas dia nak berjalan dengan mamat playboy itu.

"Bye sweetie!"

Rania hanya tersenyum sehingga bayang Syamel hilang di matanya. Dia menjulingkan kedua belah mata ke atas. Rania turut mengikut langkah Syamel dari arah belakang.

Setibanya di office, anak mata Rania menangkap figura lelaki semalam. Dia berjalan menghampiri lelaki itu lalu mencuit bahunya.

"Eh kau siapa?" soal lelaki itu lantang. Terangkat kedua belah bahu Rania pada waktu itu. Tiba-tiba sahaja kena tengking, siapa je tak terkejut?

"Saya Rania. Satu satunya posmen perempuan yang awak ambil. Thank you sebab..." Belum sempat Rania menghabiskan ayat, lelaki itu sudah memintas dahulu.

"Bila masa aku ambil kau jadi posmen? Tak pernah-pernah pula perempuan jadi posmen. Kau keluar sekarang!" halau lelaki tersebut sambil menunjukkan pintu keluar. Rania pantas menekup kedua belah telinganya menggunakan tangan.

"Hei, awak yang ambil saya kerja. Lepas tu cakap tak ambil. Mereng ke, hah? Ke awak lupa nak makan ubat?" soal Rania geram. Wajahnya cuba dikawal tenang. Disebabkan sekarang ini Rania memerlukan kerja, jadi dia perlu beradab sedikit.

"Gila berani budak tu cakap dengan bos macam tu!"

"Selamba siot dia menjawab!"

Rania hanya membiarkan mereka semua berbisik sesama sendiri tentang dirinya. Rasa malu dan sakit hatinya perlu diutamakan. Ingat dia apa mainan ke nak malukan macam itu?

"Kau... masuk bilik aku sekarang!"

















TBC

Teruskan menyokong AAP! ❤️✨

| read, vote and comments |

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro