AAP!: 3
Hai and assalammualaikum, new chapter is ✅
So yeah, enjoy your reading.
| Edit version: 26012022 |
RANIA berjalan mundar mandir di depan almari sambil mengetuk dahi beberapa kali. Sekarang ini, dia diterima atau tak? Cubalah bagi jawapan spesifik sikit.
''Dah lebih seminggu ni, aku diterima ke tak? Memang aku duduk rumah duit turun dari langit pun," rungut Rania geram. Dia dah bosan dah ini asyik terperap dalam rumah.
Tersentak Rania dibuatnya apabila mendengar lagu kegemarannya bergema. Dia menyeluk ke dalam poket lalu mengambil telefonnya. Tertera nombor yang tidak dikenali menghiasi pandangan Rania.
"Hello?"
"Awak diterima bekerja di sini sebagai posmen. Mulai sekarang, panggil saya Ilman. Awak boleh start hari ni ye."
Belum sempat Rania ingin bertanya lagi, lelaki semalam yang bernama Ilman telah menutup dahulu panggilan. Aih, macam itu sahaja dia bagi tahu? Tapi, baguslah dia dah dapat kerja sekarang.
"Mia, aku dah dapat kerja!'' jerit Rania dengan kuat. Dia berlari menuju ke bilik Mia lalu melangkah masuk dengan selamba. Mia yang sedang tidur itu dia kejut dengan kasar.
Tak bangun!
"Mia, aku dah dapat kerja ni! Kau tak excited ke?"
''Hurm."
Rania mengetap bibir geram sebelum memanjat ke atas katil Mia. Lantas dia melompat-lompat bagi menyedarkan kawannya itu. Eh tolong ye bangun!
''Mia, jangan sampai aku keluar dating dengan boyfriend kau. Aku belanja gaji pertama aku untuk dia,'' ugut Rania keras. Mendengar kata-kata Rania yang agak kasar itu, Mia pantas bangun lalu menolak Rania menjauhinya.
"Bangun pun!"
Mia mendengus kasar apabila mendengar sindiran Rania. Yelah, dah kena ugut macam itu siapa je tak bangun? Nak belanja boyfriend dia makan, oh memang makan penumbuklah jawabnya.
PAKAIANNYA diperkemaskan dahulu sebelum mengorak langkah untuk masuk ke dalam bangunan di depannya. Namun langkah Rania terhenti apabila mendengar seseorang memanggil namanya.
"Hai!"
Kedua belah kening dikerutkan pelik. Macam mana salah seorang posmen dekat sini boleh tahu nama dia? Stalker?
"Oh by the way, nama aku Izyan Izuddin." Lelaki yang bernama Izyan iitu memperkenalkan dirinya. Rania mengganguk-angguk kepala sebelum meminta izin untuk beredar. Namun Izyan menghalang langkahnya terlebih dahulu.
"Biar aku tunjuk loker kau. Kau pun belum tahu lagi kan selok belok syarikat ni. So, let's go!" ujar Izyan sambil menarik lengan Rania dengan lembut. Setibanya sampai di tempat terletaknya loker, dia melepaskan lengan Rania.
"Ni loker kau. Kalau ada apa-apa, just ask me. Tak payah nak menggatal sangat. Apa-apa, cari aku je.
'Suka hati akulah,' gumam Rania sambil mencebikkan bibir. Why not dia cari jodoh sekalikan? Lagi pun ramai lelaki hensem jadi posmen.
"Izyan!"
Pandangan Rania dihalakan kepada orang yang memanggil nama Izyan. Lelaki itu terkebil-kebil memandang Rania atas bawah.
"Budak baru?"
Rania hanya membalas kata-kata lelaki itu dengan mengganguk kepala. Dia menghadiahkan senyuman kepada lelaki tersebut.
"Aku Syamil." Lelaki yang bernama Syamil itu memperkenalkan diri. Mereka berdua membalas senyuman sebelum kedengaran bunyi dehaman yang kuat.
"Tukar baju ni. Lepas tu jumpa aku dekat tempat parking motor. 5 minit
je aku bagi." T-shirt yang berwarna merah dihulurkan kepada Rania sebelum melangkah pergi. Nada suara Izyan seakan-akan dingin.
"Good luck pretty!" ucap Syamil sambil melambai-lambaikan tangannya kepada Rania. Dia melangkah pergi meninggalkan Rania keseorangan.
"Huh, pretty?"
IZYAN duduk di atas motor sambil menunggu Rania. Apahal lama sangat minah ini bersiap? Dia bersiap ke buat tandas? Dahlah dia tak suka menunggu orang.
"Hai awak!"
Rania memberikan senyuman manis kepada Izyan. Dia pantas menjauhkan diri daripada Izyan lalu memeluk tubuhnya. Jelingan tajam dihadiahkan kepada Izyan apabila matanya masih lagi tidak beralih dari memandang tubuh Rania atas bawah.
"Hei, pervert!" ujar Rania sambil mengacukan penumbuknya di depan mata Izyan. Pantang betul Rania kalau lelaki mula pandang macam itu.
"Aku nak pastikan kau tutup semuanya. Nanti kang tak pasal pasal jadi macam hari tu. Boleh pula keluar sambil berkemban," balas Izyan selamba. Rania terkebil-kebil memandang Izyan sebelum mulutnya terlopong luas.
Posmen itu Izyan?
Wajah Rania mula bertukar rona. Dia memalingkan wajahnya daripada Izyan. Dia langsung tak sedar yang posmen itu Izyan. Malu tak payah cakaplah!
"Tahu pun malu."
Rania menayangkan muka menyampah. Kata-kata Izyan ini ada sahaja menyakitkan hatinya! Cubalah sekali-sekala cakap benda yang sweet sweet.
Eh?
"Ah, tak kisahlah! Now saya nak buat kerja saya. Bye," kata Rania sambil mengenyitkan matanya. Baru sahaja ingin berjalan menuju ke motornya, Izyan terlebih dahulu menarik beg sandang Rania bagi menghalangnya untuk terus melangkah.
Mata Rania terkebil-kebil memandang Izyan. Lidahnya kelu untuk berkata apabila sepasang anak mata biru itu menikam anak matanya. Baru dia perasan warna mata Izyan yang cantik itu.
"Kau tak tahu apa apa lagi, so jangan nak berlagak pandai." Senyuman sinis terukir di bibirnya. Beg sandang Rania dilepaskan menyebabkan dia jatuh terduduk.
Tch, tak guna!
Rania pantas berdiri sambil mencerun tajam ke arah Izyan. Mamat ini memang tak guna! Siapa jadi bini dia, memang kesian gila! Dasar suami yang mulut tak ada insuran. Lepas itu suka tayangkan senyuman sinis.
Eeee!
"Kau tak payah nak kutuk aku dalam hatilah. By the way, aku rasa kau dah tahu prosedur penghantaran parcel ni. Aku nak warning dengan kau, jangan sesekali buka parcel orang," ujar Izyan dengan tegas.
"I know," balas Rania acuh tak acuh. Dia malas nak dengar bebelan Izyan lebih lama lagi. Lelaki bebel ini lagi sakit, fuh!
"Okaylah, saya chaw dulu!" Rania pantas mengambil kunci motor lalu memasukkan ke dalam lubang sebelum memusingkannya. Bibirnya mula melakarkan senyuman seraya mendengar bunyi enjin motosikal telah dihidupkan.
Oh yeah!
Rania memakai helmet di kepalanya sebelum melompat naik di atas motor. Dia menggengam pemegangnya erat. Senyuman dihadiahkan kepada Izyan sebelum memecut laju di atas jalan raya.
Izyan hanya memerhatikan langkah Rania sehingga kelibat gadis itu hilang pada pandangannya. Matanya terus membulat seraya teringat suatu perkara.
'Rania tu ada lesen ke tak?' desis Izyan cuak. Dia pantas memakai helmetnya lalu menghidupkan enjin motosikalnya.
Tanpa menunggu lagi, Izyan pantas mengejar Rania dari arah belakang. Selang beberapa minit, dia ternampak susuk tubuh Rania yang berada di suatu sudut. Terbuntang matanya apabila melihat keadaan Rania ketika itu.
"Astaghfirullahalazim, Rania!"
TBC
Teruskan menyokong AAP! ❤️✨
| read, vote and comments |
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro