Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

AAP!: 2

Assalammuaalaikum and hai. New chapter is done.

Enjoy your reading!

| Edit version: 25012022 |








RANIA khusyuk melihat dirinya di hadapan cermin. Tubuhnya digerak-gerakkan sambil berangan menjadi model. Cantik betullah dia ini. Untung siapa yang dapat dia.

"Meow meow!"

Dia menunduk sedikit kepalanya ke bawah sebelum berdecit perlahan. Kucing peliharaannya, Koko asyik mengiau sahaja dari tadi. Koko berjalan mendekatinya lalu duduk betul-betul bawah kain Rania.

"Hei, Koko! Kau ni pervert sangat apahal? Pergilah cari kucing! Aku ni manusia bukan kucing macam kau." Rania mengangkat Koko dan mengusap kepalanya lembut. Dia berjalan ke arah katil lalu meletakkan Koko di atasnya.

Gatal nak mamp*s!

"Meow meow!"

"Apa kau? Kau nak ajak aku kahwin ke? Sorry, aku masih straight lagi,"
kata Rania sambil memasukkan borang-borang yang penting ke dalam
fail. Koko masih lagi tak berhenti mengiau sejak dari tadi.

"Nia!"

Jeritan Mia yang nyaring itu menyebabkan Rania terkejut sehingga terpijak ekor Koko. Koko menjerit kuat lalu berlari keluar dari bilik. Sumpah dia tak sengaja!

"Mia, tengok Koko dah merajuk dengan aku. Semua salah kau!" tuduh Rania sambil menunding jari ke arah Mia. Tercengang Mia seraya mendengar kata-kata Rania itu.

"By the way, seriouslah kau nak jadi posmen? Kau rasa kau diterima ke? Kau perempuan kot! Agak-agaklah diorang nak terima!"

Posmen?

Ye, dua hari lepas Rania ada ternampak sehelai risalah berdekatan dengan tempat kerja lamanya. Gaji pun boleh tahan. Cukuplah untuk dia yang bujang ini.

"Apa? Kau ingat perempuan tak boleh jadi posmen ke? Takkan semua nak harapkan lelaki je. Perempuan pun boleh buatlah! Come on, ni Rania Maisarah. Takkan ada perkataan 'tak' dalam kamus hidup aku!" Rambutnya diselak ke belakang bagi meyakinkan Mia.

"Memanglah. Tapi, orang yang nak interview kau tu percaya ke dengan kemampuan kau?"

Rania merengus kasar seraya mendengar kata-kata Mia. Apahal minah ini macam pandang rendah dengan aku.

"Kau kenapa Mia? Supportlah aku," bengang Rania. Dia menyinsingkan lengan bajunya ke siku dan berura-ura mendekati Mia.

"Ah, sorry! Okay-okay, aku support kau," balas Mia sebelum berlari keluar dari bilik Rania. Malas nak bergaduh dengan Rania, baik dia larikan diri dulu.

"Ceh!"
























KAKINYA dihayunkan menuju ke meja makan yang terletak di sebuah sudut yang berdekatan dengan ruang tamu. Kelihatan kelibat mama dan papanya.

"Eh, lama ke tunggu? Sorrylah adik terlelap tadi," tegur Izyan sambil menghadiahkan senyuman kepada mereka berdua. Papanya menepuk kerusi di sebelah, menyuruh dia mengambil tempat di sebelah papa.

"Pa, mana Ilman? Tak nampak pun batang hidung dia?" tanya Izyan sebelum menyuapkan mi di dalam mulutnya. Sebelah tangan kanan menompang kepalanya sambil mengunyah mi tersebut. Erm, sedapnya!

"Kembar kamu tu demam. Dia tak larat nak pergi office. So, hari ni Izyan uruskan office ye. Papa dengar ada orang nak interview," balas papanya, Encik Akmal. Izyan hanya menggagukkan kepala sebelum menyuapkan mi ke dalam mulutnya. Dia mengerling sekilas jam di dinding. Ada baki lagi 15 minit.

"Yow!" Ilman, abang kembarnya menyapa dari belakang menyebabkan Izyan tersedak. Habis terbatuk-batuk Izyan dibuatnya.

"Ilman! Apa kamu ni? Mati kang Izyan ni baru tahu!" Puan Amani menjengilkan mata kepadanya anak keduanya.

Uhuk! Uhuk!

Terbatuk-batuk Izyan apabila mendengar kata-kata mamanya. Ya Allah, mama doakan dia mati cepat ke? Sejurus selesai makan, Izyan meletakkan pinggan dan membasuhnya sebelum kembali ke meja.

"Okaylah, Izyan pergi dulu." Izyan menghampiri mama dan papanya lalu menyalami kedua tangan ibu bapanya. Dia melangkah keluar dari pintu utama lalu masuk ke dalam kereta Myvi berwarna putih yang bersebelahan dengan kereta Audi dan BMW.

Bukan mama dan papanya tak paksa guna kereta mewah, tapi disebabkan dia jenis yang humble dan tak suka menunjuk, dia beli Myvi. Habis satu malam tu kena bebel dengan mama.

Fuh!

Bunyi deruman enjin memenuhi kawasan lapang itu. Perlahan-lahan tayar keretanya menyusur ke atas jalan raya. Haih, baru dia nak melepak di rumah.


































BADANNYA disandarkan di sebuah kerusi sambi memejam mata bagi menunggu orang yang ingin bekerja dengannya. Beberapa minit kemudian, Izyan merengus kasar apabila tidak nampak kelibat yang ditunggu-tunggunya.

Bunyi ketukan di pintu membuatkan matanya terbuka kembali. Seorang gadis yang memakai baju kurung berwarna baby blue beserta shawl berwarna dark blue melangkah masuk. Terpegun seketika Izyan melihatnya.

Cantik!

Gadis itu menghampiri meja Izyan dan mula duduk di kerusi yang disediakan. Izyan mengecilkan mata sebelum mulutnya terlopong luas. Patutlah macam kenal!

Dia!

Perempuan yang dia jumpa berkemban itu!

'Apa dia buat dekat sini?' getus hati Izyan. Bunyi dehaman menyentakkan lamunan Izyan. Jangan cakap perempuan ini nak...

"Saya nak jadi posmen!"

Terdiam Izyan seraya mendengar kata-kata perempuan itu sebelum menghamburkan ketawa besar. Sempat Izyan mencuri-curi pandang wajah perempuan itu yang sudah berubah cemberut.

"Rasa macam biadap pula cakap macam tu tiba-tiba. By the way, my name is Rania Maisarah. You can call me Rania."

Izyan mengganguk-angguk kepala sebelum meminta resume milik Rania. Dengan pantas, Rania memberikan resumenya.

"Biar betul awak nak jadi posmen ni? Saya ingat awak akan kerja dekat dalam office."  Kali ini suara dan riak muka Izyan berubah serius. Namun gelaknya masih tersisa dalam diam.

Rania mencebik.

"Oi, stoplah gelak! Kenapa nak perlekehkan kemampuan perempuan? Awak ingat lelaki je boleh jadi posmen? Berlambak je saya nampak perempuan jadi posmen," hambur Rania sambil menghentak meja dengan kuat. Terkebil-kebil Izyan melihat tindakan berani Rania itu.

First shoot dia bagi!

"Alah, bos... please bagi saya jadi posmen. Saya janji saya akan buat betul betul! Saya nak buktikan yang perempuan pun boleh jadi posmen. Please."

Izyan hanya membiarkan kata-kata Rania berlalu pergi. Tangannya menyelak helaian resume itu dengan muka berkerut. Izyan mengangkat kepala dan memandang wajah Rania.

"Kalau saya tak nak?" duga Izyan selamba. Dia menyandarkan badan di kerusi sambil menyilangkan kedua belah tangan.

Rania mencebik sambil mengutuk bosnya di dalam hati. Dia tak percaya dekat aku ke apa? Ingat dia ini perempuan lemah ke?

"Kalau bos tak nak, saya bunuh diri!" Mata Rania ralit mencari barang di atas meja bosnya. Sudu yang berada dalam bekas pensel diambilnya. Sudu pun sudulah.

"Bos nampak ni? Sudu ni pun boleh je jadi senjata bunuh diri! Saya boleh je!" ugut Rania sambil menunjukkan sudu di depan mata Izyan. Tebalnya muka kau, Rania!

Izyan terkebil-kebil memandang Rania sebelum mengalihkan pandangan. Hampir sahaja terlepas ketawanya daripada bibir. Nak gelak, nanti ada yang tak puas hati lagi.

"Bos gelak apa? Bos tak percaya saya ke?" tanya Rania dengan nada yang dah naik seoktaf. Melihat kebisuan Izyan, Rania pantas berlari keluar dari bilik lalu menuju ke tempat kolam renang. Izyan pantas berdiri dan mengejar langkah Rania.

"Bos betul tak nak bagi saya kerja kan?"

Rania mengundurkan langkahnya sehingga ke tebing kolam. Dia berura-ura untuk terjun ke dalam kolam. Izyan pantas mendekati Rania namun dia terlebih dahulu menerjun ke dalam kolam renang.

Bedebush!

Izyan masih menunggu Rania keluar dari kolam dengan sabar. Mustahil Rania berani untuk melakukan kerja gila macam itu.

Buih buih yang timbul di kolam membuatkan Izyan cuak. Dia menghampiri tebing kolam itu sebelum sepasang tangan menarik kakinya masuk ke dalam kolam.

Bush!

Izyan termegah-megah mencari nafas sebelum menstabilkan dirinya. Dia mengerling tajam Rania yang sedang tersengih kepadanya.

"Eh basah ke? Padan muka!" Air kolam terpercik ke muka Izyan disebabkan tingkah laku Rania yang sengaja menepuk air kolam itu. Jelinga tajam diberikan kepada Rania namun gadis itu hanya terkekeh ketawa tanpa rasa gerun.

"Peace no war!"














TBC

Teruskan menyokong AAP! ❤️✨

| read, vote and comments |

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro