Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

AAP!: 16

Hai, new chapter is done!

Enjoy your reading!

| 150223 |







ILMAN menghayunkan langkah menuju ke pejabat yang tidak jauh dengan tempat letak kereta. Dia sibuk menyinsing baju hingga ke siku dan tanpa sedar dia terlanggar bahu seseorang. Langkah Ilman terus terhenti dan badan dipusingkan ke belakang untuk melihat gerangan yang dilanggarnya tanpa sengaja. Akibat pelanggaran itu, orang tersebut telah jatuh terduduk di atas jalan tar.

''Sorry,'' ucap Ilman sepatah. Tangannya diangkat lalu menggaru-garu kepala keliru tak tahu nak buat apa lagi. Jelas kedengaran dengusan meluncur keluar daripada bibir orang tersebut. Ilman mengerut kening dan menunggu dengan sabar untuk melihat wajah orang yang dilanggarnya. Mata biru Ilman membulat setelah melihat wajah gerangan tersebut.

''Hei, buta ke?"

Rania angkat kepala ke atas sebelum terkelu seketika apabila matanya bertembung dengan mata biru Ilman. Cepat-cepat dia bangun lalu menunduk badan berkali-kali sebagai tanda minta maaf dan hormat. Tak sangka pula orang yang dimaki Rania itu bos dia sendiri yang terpacak di depannya.

Ya Allah Rania, kau nak mati ke cakap macam itu!

''Nah, it's okay. Sorry langgar awak."

Rania mengganguk kepala sambil menghadiahkan senyuman kepada Ilman. Suasana antara mereka berdua kini senyap sunyi. Dia menjeling Ilman yang sedang asyik memandang telefon dengan ekor mata. Salah ke kalau dia beredar? Tak apa kut kalau dia pergi. Tanpa menunggu lama, Rania ambil keputusan untuk meninggalkan Ilman.

''Wait, awak dah breakfast ke belum?"

Langkah Rania terhenti seraya mendengar kata-kata Ilman lalu dia pusingkan badan ke belakang. Terukir senyuman lebar di bibirnya. Pembetulan, senyuman awkward.

''Nope, I don't like breakfast!" jawab Rania dengan nada ceria sambil menggeleng kepala. Tubuh Ilman mengeras dan dirinya tergamam apabila mendengar kata-kata yang meluncur keluar dari bibir Rania. Reaksi dan kata-kata Rania membuatkan dia teringat dekat arwah tunangnya. Pada masa yang sama juga, kenangan antara Ilman dan arwah tunangnya menyapa memori dia.

''You!"

Ilman menopang dagunya di atas meja dengan kedua belah tangan sambil anak mata biru merenung redup wajah tunang kesayangannya. Tak lepas pandangan dia daripada wajah tunangnya dan beberapa saat kemudian baru dia mengalih ke arah lain apabila muka Safirah telah berubah merah. Ilman tergelak kecil melihat ekpresi tunangya yang malu-malu kucing.

''Ish, janganlah pandang macam tu. Malu,'' kata Safirah sambil menekup mukanya dengan kedua belah tangan bagi mengelakkan diri bertentang mata dengan Ilman. Lagi dia malu, lagi kuat Ilman mengusiknya. Geram!

''Whylah tunang saya ni pemalu sangat? Pandang je alahai,'' balas Ilman dengan nada lembut. Dia tergelak kecil seraya melihat ekspresi Safirah yang mengembung kedua belah pipinya. Dan terletus ketawa mereka berdua setelah beberapa saat.

''You nak breakfast?"

''Nope, I don't like breakfast!"

Safirah menjawab dengan ceria sambil menggeleng kepala berkali-kali. Kali jni Ilman pula mengembung pipinya dan lantas menarik tudung Safirah ke belakang. Dia menjuihkan bibir ke depan dan mula membebel tentang betapa pentingnya sarapan pagi dekat Safirah.

''Bos?"

''Moshi moshi!"

''Woi!"

Rania mula resah apabila Ilman dari tadi merenungnya seperti nak tembus dinding. Namun dirinya terkelu seraya terlihat anak mata biru Ilman mula berkaca-kaca. Tangan kanan diangkat lalu dibawa ke kepala dan menggaru-garunya. Apa patut dia buat? Kenapa pula Ilman tiba-tiba menangis ini?

''Tuan, kenapa nangis? Saya ada buat salah ke?''

Ilman tersentak mendengar soalan Rania lalu dia membawa tangan ke mata. Lantas dia mengelap air matanya sebelum tersedar sesuatu Mata birunya memandang lama tangan kanan sambil otak cuba mencerna apa yang berlaku. Dah kenapa pula tiba-tiba dia menangis ini?

Ilman berdeham dan pura-pura membetulkan tali lehernya seketika. Anak mata Rania dipandang lama sebelum menggeleng kepala. Dan tanpa menunggu lama, Ilman terus menghayunkan langkah menuju ke pejabatnya.

Terkebil-kebil Rania pada waktu itu dan dia hanya melihat langkah Ilman sehingga bayang lelaki itu hilang di matanya. Dia masih lagi tak faham dengan apa yang terjadi. Keluhan berat dilepaskan dan dia terus melangkah ke bahagian tempat parcel-parcel berada. Malas nak beratkan otak dengan berfikir benda itu.






































PARCEL yang berada di atas meja diletakkan di dalam beg yang disediakan khas untuk menyimpan dan meletakkannya. Dan diikuti dengan parcel seterusnya sehingga tiada lagi yang tertinggal di atas meja. Dia mengeliat kecil bagi merenggangkan dan melegakan otot-otot yang kejang.

''Hello?"

Tersentak Rania dibuatnya apabila ditegur secara tiba-tiba dari arah belakang. Dia pusingkan ke belakang bagi melihat tuan punya badan. Dia menghadiahkan senyuman kepada lelaki di depannya. Anak mata Rania tertancap pada beg kertas yang dipegang lelaki itu. Kembang kempis hidung Rania apabila bau makanan menerobos lubang hidungnya.

''Ouh, nah.'' Sedar dengan pandangannya, lelaki itu pantas menghulurkan beg kertas kepada Rania. Terkebil-kebil Rania memandang beg itu dan lelaki tersebut silih ganti. Dah kenapa tiba-tiba bagi dia ini? Telinga Rania menangkap bunyi asing yang tiba-tiba muncul dan tak tahu dari arah mana.

Kriuk kriuk!

Berubah terus wajah Rania bila bunyi asing itu datang dari perutnya. Kedua belah pipi terasa panas lantas dia mengibas-ngibas menggunakan tangan. Dia mengetap bibir erat sambil melemparkan pandangan ke arah lain. Ya Allah, malunya dia!

''By the way, siapa bagi?" tanya Rania sambil mengerut keningnya. Dia membuka beg itu lalu benda pertama yang dilihat ialah bekas makanan yang berisikan pancake. Terdapat juga air coffee yang dibeli dari Starbucks. Aroma coffee dan pancake betul-betul menguji nafsu makannya.

''Erm, saya tak tahu,'' balas lelaki itu. Rania mengecilkan mata dan merenung tajam apabila lelaki itu mula menayangkan sikap aneh. Dari raut wajahnya pun Rania dah tahu bahawa lelaki itu menipu. Senyuman sinis terukir di bibir sambil sengaja mendekatkan diri dengan lelaki tersebut.

''Erm janganlah dekat-dekat. Tak elok,'' ujar lelaki itu sambil menekur wajah ke jalan tar. Perlahan-lahan dia mengundur ke belakang untuk mencipta ruang antara Rania dengannya. Hampir terlepas ketawa Rania namun dia berjaya menahan. Alahai, comel betul perangai.

''Tuan Ilman yang bagi tu.''

Dia salah dengar ke?

Beg kertas diangkat lalu dia memandang lama bersama dengan pelbagai soalan yang bermain-main di mindanya. Ucapan terima kasih diungkapkan kepada lelaki itu dan Rania berikan senyuman lebarnya. Tak lama kemudian, lelaki tersebut mula beredar meninggalkan Rania keseorangan.

Tak ada angin tak ada ribut, tiba-tiba sahaja Ilman bagi makanan dan minuman kepadanya. Alhamdulillah, tak payah dia keluarkan duit untuk makanan tengah hari nanti. Beg tersebut disangkut di pergelangan tangan lalu dia mencapai telefonnya yang berada di dalam poket. Nama Izyan dicari dan lantas dia menghubunginya.

''Hello?"

''Hai, awak dekat mana? Jom breakfast."

''Okay, kau tunggu dekat pondok AB. Nanti aku datang."


























SETELAH 20 minit menunggu, kelibat Izyan akhirnya muncul di depan mata Rania. Pakaian Izyan kali ini nampak simple tetapi cukup mencairkan hati perempuan yang lain. Dengan hanya memakai t-shirt berwarna biru dan dipadankan dengan seluar slack berwarna hitam. Tak dilupakan juga dengan topi kesayangannya. Walaupun tak pernah menunjukkan wajahnya tanpa mask, Rania tahu yang Izyan pasti hensem.

Macam mana?

Tengoklah abang kembar dia yang memang hensem gila.

''Tahulah aku hensem tak payah pandang macam tak pernah jumpa orang hensem,'' tegur Izyan selamba. Dia melabuhkan punggung di hadapan Rania lalu duduk bersila dengan sopan. Mendengar kata-kata Izyan, Rania menggulingkan bebola mata ke atas menyampah dengan sikap angkat bakul sendiri Izyan itu.

''By the way, bukan kau tak suka breakfast ke?" tanya Izyan pelik. Hampir lima bulan jugalah dia berkawan dengan Rania, jadi separuh tentang gadis itu dia telah tahu. Bekas pancake dibuka dan serta-merta aroma terbang merata tempat. Bekas kecil yang berisikan caramel dan chocolate turut dibuka. Dia meletakkan pinggan di depan Rania dan juga dirinya.

''Memanglah. Tapi dah orang bagi, takkan nak buang pulak, kan?" balas Rania sambil tangan memotong kepingan pancake itu dengan pisau. Rajin betul Ilman menyediakan segala peralatan untuk makan.

Izyan hanya angguk kepala sambil menyuapkan pancake yang dipotong kecil ke dalam mulut. Dia turut membantu Rania memotong pancake lalu menuangkan sedikit caramel di atasnya. Senyuman nipis terukir di bibir apabila melihat Rania yang sedang makan dengan penuh selera.

''By the way aku tak kerja hari ni. Sebab aku malas. Ilman pun buat tak tahu je, heh. Tadi ada sorang perempuan ni dia macam miang-miang do...''

Terhenti percakapan Izyan bila melihat Rania yang tengah termenung jauh. Dengar ke tak dengar itu dia bercerita. Izyan petik jari beberapa kali di hadapan Rania dan beberapa saat barulah Rania kembali ke realiti.

''Kau dah kenapa?" tanya Izyan pelik. Rania hanya geleng kepala dan melakarkan senyuman nipis di bibirnya. Dia menguis pinggan yang kosong dengan jari.

''Awak."

''What?"

''Awak."

''What do you want?"

''Awak!"

Izyan menarik nafas dalam-dalam lalu menghembuskannya. Dia angkat kepala dan pantas merenung Rania dengan sabar. Dia menayang wajah bengis namun Izyan tahu bahawa Rania tak takut dengan pandangan tajamnya. Seperti yang dia fikir, Rania tersengih menampakkan barisan gigi putih yang tersusun cantik.

''Awak, kenapa Ilman tu nampak terkejut sangat bila saya cakap saya tak suka breakfast?" Terhenti suapan yang terakhir Izyan bila mendengar soalan yang meluncur keluar dari bibir Rania. Keningnya bercantum hairan.

''Kau jumpa dia ke?"

''Aah, dia yang bagi pancake ni."

''Ouh."

''And lagi satu, tiba-tiba je dia nangis waktu saya cakap macam tu."

Izyan terkebil-kebil memandang raut wajah keliru Rania dan cuba menghadam kata-katanya. Kenapa pula Ilman nak menangis? Dialah paling jarang dan susah sangat untuk tunjukkan perasaan. Tak kisahlah dengan sesiapa pun.

''Kau biar betul? Ilman tu asyik tayang poker face je tau,'' bidas Izyan sambil menggeleng-geleng kepala menafikan kata-kata Rania. Kali terakhir dia melihat abangnya menangis pun waktu 'kejadian' perit itu. Dan beberapa minggu barulah semangat Ilman pulih sedikit demi sedikit.

''Betul. Buat apa saya nak tipu,'' balas Rania geram. Benci betul orang tak percaya kata-katanya. Muka dia ini nampak penipu ke?

''Kau cakap macam mana dekat dia?"

Rania buat kembali ekspresi yang sama seperti tadi dan dia mengerut dahi apabila melihat Izyan terdiam secara tiba-tiba dan raut wajahnya jelas menayang wajah tergamam. Sedar rasa diperhatikan, Izyan berdeham perlahan dan mengganguk-angguk kepala. Dalam diam, dia mengukir senyuman tawar.

''Dia nampak bayangan arwah tunang dia dekat diri kau."

What?

Terlopong mulut Rania mendengar bicara Izyan. Wajah serius Izyan menunjukkan dia sesekali tidak menipu. Kenyataan Izyan yang mengatakan Ilman telah bertunang betul-betul mengejutkan dirinya. Ingat tak ada hati langsung dengan perempuan.

''Wow, ingat dia gay...''

Lantas Izyan menghadiahkan jelingan tajam kepada Rania. Dia hanya tersengih sambil memohon maaf. Tetapi serius, ingat Ilman itu memang single sejak dari dahulu. Tengoklah macam mana dinginnya kembar Izyan itu.

''Dia dah bertunang 3 or 4 tahun lepas I guess? And arwah tunang dia classmates kitorang waktu SMK dulu,'' sambung Izyan. Dia menukar posisi menghadap ke arah kawasan pokok-pokok bagi menghilangkan rasa sedih yang bertandang di hati. Kepala diangkat memandang ke arah awan-awan yang terbentuk cantik.

''Boleh saya tahu kenapa arwah meninggal?"

Rania ambil tempat di sebelah Izyan lalu dia melabuhkan punggung di situ. Dia turut pandang ke arah langit. Izyan menoleh kepala ke tepi dan memandang Rania lama.

''Tak payahlah tahu. Kau bukan sesiapa pun dalam hidup dia,'' balas Izyan selamba tanpa menghiraukan perasaan Rania. Memang betul pun apa yang dia kata. Rania hanya orang luar dan kemungkinan abangnya pun tak suka dengan gadis itu.

''So, saya penting tak dalam hidup awak?"

Kepala Rania ditoleh ke arah Izyan dan mata terkelip-kelip memandangnya. Sengaja menguji Izyan dengan soalan-soalan macam itu. Izyan hanya diam dan tak membalas apa-apa. 5 minit berlalu, masih lagi tiada balasan yang meluncur keluar dari bibir Izyan.

''Nope, but you're my girl."

































TBC

Teruskan menyokong AAP! 💘

| read, vote and comments |

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro