AAP!: 15
Hai, new chapter is done!
Enjoy your reading!
| 25032022 |
IZYAN menulis sesuatu di atas sehelai kertas sambil kedua belah telinganya mendengar lagu yang dipasang. Sepanjang menulis bibirnya tak berhenti-henti mengukir senyuman. Perkataan-perkataan disusun dengan teliti bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. Risau kalau satu hari nanti akan ada pergaduhan antara hubungan mereka berdua hanya disebabkan ayatnya yang tak teratur.
''My...''
''Woi!"
Terhinjut kedua belah bahu Izyan seraya disergah dari arah belakang. Cepat-cepat dia terbalikkan kertas itu lalu menindihkan dengan sebuah buku. Kepala ditolehkan ke arah belakang dan dengan pantas riak wajahnya berubah.
''Tak payahlah buat muka macam tu," kata Ilman sambil melabuhkan punggung di atas sebuah sofa yang berdekatan dengan mejanya. Izyan mengguling kedua belah mata menunjukkan dia betul-betul menyampah dengan kehadiran abang kembarnya,
''Sorrylah sebab aku asyik buat kau annoying dengan aku. Aku cuma tak nak adik aku terjebak dengan orang yang salah je.''
Mendidih darah Izyan apabila mendengar kata-kata yang diucapkan dari bibir Ilman. Faham sangat dengan ayat abangnya itu. Siapa lagi abang dia suka bicarakan selain Rania Maisarah?
''Nah, I know what you tried to said. But, she do nothing to me, bro!'' jerkah Izyan sambil matanya membulat memandang Ilman. Bengang apabila topik gadis itu tiba-tiba dibangkitkan setiap kali mereka berdua duduk sekali.
''Aik, aku tak cakap apa-apa pun,'' balas Ilman selamba. Dia menjeling Izyan dengan ekor mata sebelum mengeluh berat. Sensitif betul adik dia seorang ini apabila topik atau nama Rania dibangkitkan.
''Okaylah, jangan lupa inform aku kalau kau dah confirm nak ikut,'' pesan Ilman sambil menepuk-nepuk bahu Izyan. Dia mengorak langkah keluar dari bilik Izyan lalu menuju ke ruang tamu. Izyan hanya memerhati dalam diam sehingga bayang abangnya tidak kelihatan lagi. Serba salah pula dia kerana telah menaikkan suara sedangkan Ilman hanya bertanya sahaja.
RANIA menghayunkan langkah kembali menuju ke II POS setelah keluar dengan Zharif sejam yang lalu. Dirinya khusyuk memandang telefon dan tanpa sengaja Rania telah melanggar seseorang menyebabkan dia hampir terjatuh di atas jalan tar.
''Ya Allah, sorry-sorry. My fault,'' ucap Rania sambil menunduk-nunduk kepalanya dengan gelabah. Memang salah dia pun sebab bermain dengan telefon. Tiba-tiba Rania ternampak sepucuk sampul surat yang betul-betul berada di depannya. Dia menunduk badan seketika lantas mencapai surat tersebut.
''Nah, awak punya.'' Surat tersebut disuakan kembali kepada lelaki di depannya. Rasa macam umur lelaki itu dalam lingkungan 17 hingga 18 tahun. Rania hanya diam sambil memerhati tingkah laku lelaki itu sebelum menanyakan sesuatu.
''Adik nak sambung belajar ke?"
Rania perasan wajah lelaki tersebut berubah namun pantas dia menghadiahkan senyuman kepadanya. Belum sempat Rania ingin membuka mulut, lelaki itu terlebih dahulu memotong.
''Akak kerja sini ke?"
Rania mengganguk kepala.
''Nama awak apa?"
''Izuan Hakimi.''
Sekali lagi dia mengganguk kepala. Mata Rania dapat menangkap riak wajah Izuan yang muram walaupun telah disembunyikan dengan senyuman kacaknya. Mungkin Izuan ada masalah atau pun cuba untuk larikan diri daripada masalah? Rania tak tahu.
''Awak ada problem ke?" Penuh berhati-hati Rania menyoal budak lelaki di depannya ini. Tak naklah dianggap menyibuk walaupun perasaan ingin tahu dia tinggi. Jelas di mata Rania menunjukkan riak muka Izuan seperti tergamam mendengar soalannya.
''I lost her.''
Terkelu Rania selepas mendengar balasan daripada Izuan. Melihat kebisuan perempuan di depan Izuan, tanpa menunggu lagi dia terus menghayunkan langkah untuk beredar. Tak perlu untuk Izuan menagih simpati terhadap orang luar.
Namun Rania terlebih dahulu menahan langkah Izuan dengan mendepakan kedua belah tangannya. Dia menayang wajah serius kepada Izuan sebelum menurunkan kedua belah tangannya ke bawah. Tersedar dengan tindakannya yang mungkin telah melebihi limit.
''Erm, tak apalah. Sorry paksa,'' ucap Rania sambil menunduk kepala dengan perasaan serba salah. Mesti Izuan fikir bukan-bukan tentang dirinya yang sibuk jaga tepi kain orang.
''No need. By the way, apa nama akak?" Giliran Izuan pula menyoal Rania. Tak salah untuk dia beramah-mesra dengan orang luar. Lagi pun, perempuan di depan Izuan ini bukanlah miang macam kawan-kawan di sekolahnya.
''Me?"
Izuan mengganguk kepala.
''Rania Maisarah. Wanna drink or eat something? Jom pergi café."
Izuan berjeda sekejap sebelum mengganguk kepala. Melihat balasan positif yang diberikan Izuan, terukir senyuman lebar di bibir Rania. Lantas mereka berjalan beriringan sambil berborak kosong menuju ke kafe yang terletak berdekatan bahagian tempat letak motosikal.
Tiba sahaja di kafe, mereka berdua mengambil tempat di suatu sudut yang agak jauh dengan orang ramai. Selesai mengambil order, Rania berdeham perlahan menyebabkan Izuan yang sedang termenung itu kembali ke alam nyata.
''Okay, kalau rasa tak kisah... cerita dekat akak,'' kata Rania sambil menyilang kedua belah tangan. Dia membantu pekerja lelaki itu menyusun air dan makanan yang kami pesan. Usai sahaja pekerja tersebut menghidangkan menu kami berdua, dia meminta izin untuk beredar. Rania hanya angguk kepala dan memberikan senyuman manisnya kepada pekerja itu.
''Cuba awak pujuk dia elok-elok. Larikan diri bukan selesaikan masalah pun,'' ujar Rania lalu mencapai makanannya dan lantas menyuapkan ke dalam mulut. Dia mengunyah perlahan sambil memandang wajah muram Izuan. Complicatednya orang bercinta ini,
''Saya tak larikan diri pun. Pengorbanan saya langsung dia tak pandang. When my fault has revealed, she blamed me for everything and started to hate me. She dumped me in her life. What should I do? I'm willing to let her go if that's the best choice.''
Rania terdiam seraya mendengar luahan Izuan lalu dia melepaskan nafas panjang. Ayat yang ingin dilontarkan disusun baik-baik agar tidak menyakiti hati Izuan. Dia tarik nafas panjang-panjang dan menghembuskannya.
''Okay, listen. Kalau itu yang terbaik, akak tak boleh cakap apa-apalah. But, cuba awak tak payah contact dia for a while. Bagi dia masa untuk bertenang,'' balas Rania dengan berhati-hati. Tak naklah kata-katanya melukakan lagi hati Izuan yang memang tengah rapuh itu. Kenapa orang yang dekat dengannya semua mengalami masalah percintaan ini?
''It's okay. Kalau itu yang terbaik, biar saya lepaskan dia. Let her find the true happiness."
Sekali lagi bicara Izuan berjaya menyentapkan Rania yang sedang makan. Ada sahaja kata-katanya dibidas Izuan dengan lancar. Ini kalau berdebat dengan Izuan, rasanya boleh kalah terus. Pinggan yang kosong ditolak ke hadapan setelah selesai makan.
''By the way, saya nak balik dah. Makanan ini akak bungkus and bagi jelah siapa-siapa pun,'' ucap Izuan dan lantas dia bangkit dari duduk. Ucapan salam diberikan lalu sepucuk surat dihulurkan kepada Rania.
''Akak tolong hantarkan ye,'' pesan Izuan sebelum menghayunkan langkah keluar dari kafe. Langkah Izuan diperhatikan Rania sehingga bayang lelaki itu mula hilang di matanya. Lantas anak matanya mula turun ke bawah memandang makanan Izuan yang langsung tak diusik oleh tuan badan. Membazirnya.
BUKU-BUKU yang berselerak di rak buku disusun kemas dan adakalanya dia menyapu habuk dengan pembersih habuk. Bingkai gambar yang terselit antara buku dan majalah terjatuh ke bawah. Kepalanya ditunduk ke arah bawah dan tangan ingin mencapai bingkai gambar tersebut sebelum terhenti. Tergamam dirinya apabila melihat wajah orang yang paling dia sayang sedang tersenyum manis sambil membuat peace di dalam gambar itu.
Ilman tersenyum nipis sambil melabuhkan punggung di atas lantai beralaskan karpet yang berwarna kelabu. Gambar tersebut diusap-usap lembut lalu memejamkan matanya sekejap bagi menahan rasa sakit yang bertandang di hati.
Rindu nak lepak lagi dengan 'dia' dan Izyan.
''Cantik tak gambar ni? I suruh orang tu buatkan. Nah, you simpanlah. Mana tahu you rindukan I ke one day.''
Dia tersenyum tawar.
''Ilman, look at me!"
''Ilman!"
''Ilman yang hensem lepas tu comel pulak tu.''
Makin lebar senyuman Ilman apabila bayangan gadis kesayangannya menari-nari di minda. Suara lunak dan merdu gadis itu terngiang-ngiang di telinganya. Namun semuanya hilang dan digantikan dengan satu suara yang lama tak didengarinya. Kedua belah lutut dipeluk erat lalu wajah disembamkan di situ.
''Kak Safirah... dia dah meninggal dunia.''
Tubuh Ilman mengeras dan terkaku seraya mendengar khabar buruk daripada adik tunangnya. Kedua belah lutut terasa lembik dan akhirnya dia jatuh terduduk akibat tak mampu mengawal kestabilan diri. Seluruh wajah Ilman berubah pucat dan bibirnya tergetar-getar ingin menafikan kata-kata adik tunangnya.
Ilman angkat kepala lalu menyandarkan badan di rak buku. Mata birunya masih lagi terpejam dan tanpa sedar air mata mencurah-curah turun di pipi. Hingus mula mengalir turun dan Ilman hanya biarkan sahaja.
Dia cuma rindukan tunangnya.
TBC
Teruskan menyokong AAP! 💘
| read, vote and comments |
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro