Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

AAP!: 14

Hai and assalammualaikum, new chapter is done! Heh, sorry lambat.

Btw, good luck yang ambil Spm esok! <3

Enjoy your reading!

| 01032022 |



















IZYAN berlari-lari di atas treadmill yang berada di dalam bilik gimnasium. Bilik tersebut terletak di tingkat 3 yang merupakan ruang untuk senaman. Airpods yang disumbat di telinga membuatkan dia larut dalam dunianya sendiri.

Hari ini, malas pula dia nak kerja.

Peluh mula merintik di dahinya. Helaian rambut yang jatuh di dahi diselak ke belakang. Apple watch yang dipakai di tangan dikerling sekilas sebelum lariannya semakin lama semakin perlahan. Wajah Rania tiba-tiba terlintas di fikiran menyebabkan Izyan hampir tersadung di atas treadmill itu.

Tap! Tap!

Bunyi derapan tapak kaki seseorang menarik perhatian Izyan. Dia menoleh ke belakang sebelum menayang muka menyampah. Ilman yang sedang menumbuk punching bag itu dipandang lama.

''Kau join ke nanti?"

Ilman berjalan ke tempat elliptical trainer yang terletak bersebelahan dengan treadmill yang adiknya tengah pakai. Dia naik di atas elliptical trainer itu lalu mula mengayuhnya.

''Tengoklah dulu. Kalau rajin, joinlah.''

Kayuhannya terus terhenti apabila mendengar balasan Izyan. Dia menoleh kepala ke arah Izyan sambil mengetap bibir. Tajam mata Ilman memandang adiknya itu.

''Ke kau join sebab Rania?" tuduh Ilman sambil memeluk tubuhnya. Izyan menggengam buku lima bagi menahan geram yang membuak-buak di hati.

"Kau ni dah kenapa? Sikit-sikit kaitkan Rania. Dia tak ada kaitan pun antara kita berdua!" bentak Izyan geram. Sakit pula hati dia dengan perangai Ilman ini.

"Yes, memang. Tapi, siapa je tak suspicious kalau kau yang memang tak pernah join tiba-tiba join. Setiap tahun aku ajak kau tapi kau tolak! Sebab dialah, kan?" balas Ilman sambil mengukir senyuman sinis.

Izyan menarik nafas dalam-dalam sebelum menghembuskannya. Dia turun dari treadmill itu lalu mengorak langkah keluar dari bilik gym. Namun, langkahnya terhenti seketika lalu dia menoleh ke belakang memandang Ilman.

"If I say... yes?"

















TANGAN kirinya menanda 'right' di kotak yang disediakan di kertas tersebut. Bibirnya bernyanyi kecil sambil kepala mengikut irama lagu tersebut. Parcel-parcel disemak satu persatu.

Selesai sahaja menyiapkan kerjanya, Rania pantas meninggalkan tempat tersebut lalu menghayunkan langkah ke tempat counter untuk menghantar parcel. Lagi pun, tujuan utama dia pergi ke sana adalah untuk lepak dengan Farisha!

Susuk tubuh lelaki yang tengah berbicara dengan Farisha seperti Rania kenal. Dia lantas melajukan langkahnya sebelum senyuman lebar terukir di bibir mungilnya.

"Hai Zharif!" tegur Rania ramah. Dia melambai-lambai tangan kepada Zharif. Rasa macam dah lama tak jumpa Zharif. Lagi pun, lelaki itu sibuk dengan kerjanya.

"Apa awak buat dekat sini?"

Alah, bodohnya soalan kau, Rania!

"I don't think you're blind, Rania Maisarah," balas Zharif selamba. Dia menulis sesuatu di atas kertas sebelum memberi kembali kepada Farisha. Rania menjuihkan bibir sambil memutar kedua belah mata ke atas.

"Rania, awak busy ke? Saya nak ajak awak jalan-jalan."

Bersinar-sinar mata Rania seraya mendengar kata-kata Zharif. Dengan laju dia mengangguk kepala tanda setuju. Wajah Rania terus berubah apabila teringat janjinya untuk makan tengah hari bersama dengan Farisha.

"Eh tak apalah. Korang keluar jelah. Lagi pun aku puasa do, Rania. Just go," celah Farisha seperti tahu-tahu Rania sedang memikirkannya. Dia melakarkan senyuman lebar bagi meyakinkan Rania.

"Are you sure?" tanya Rania sambil menjongket kening sebelah kanan. Farisha mengganguk kepala laju sebelum menolak Rania keluar dari ruang tersebut. Lagi lama Rania dekat situ, lagi susah dia untuk meraih keyakinan kawannya.

Haih!

Rania merengus kasar apabila dihalau macam itu sahaja. Kedengaran jelas di telinga Rania yang Zharif tengah gelakkannya. Dia menjeling Zharif dengan tajam.

"Ups, sorry," ucap Zharif sambil menundukkan badannya tanda minta maaf. Dia mengalihkan pandangan ke arah lain sambil tergelak kecil.

"Hei, dahlah! Apa yang lawak sangat huh," herdik Rania bengang. Dia mencengkak pinggang sambil menayangkan wajah bengis. Apa yang lawak sangat pun tak tahulah.

"Okay-okay. Serious sorry," ucap Zharif sekali lagi tetapi kini dengan nada yang serius. Tidak lagi kedengaran gelaknya yang merdu itu.

Rania mengembung pipinya sambil menjeling tajam Zharif yang berdiri di sebelah. Mereka berdua berjalan beriringan ke sebuah taman yang berdekatan dengan II POS. Rania ternampak sebuah kerusi batu yang kosong dan mengajak Zharif duduk di situ.

Kebetulan pula kerusi itu menghadap ke tasik. Sangat tenang untuk melepak di sana.

"By the way, awak tak nak kenalkan saya dengan your special girl ke?" tanya Rania sambil tersengih. Tetapi lain pula reaksi yang diberikan Zharif. Tubuh Zharif mengeras seakan-akan tergamam mendengar soalannya.

"Oh, haha boleh je. But unfortunately, I've lost her."

Kini tubuh Rania pula mengeras mendengar balasan Zharif. Dia menoleh ke tepi dan jelas kelihatan wajah Zharif yang berubah muram. Pada masa yang sama, terpancar wajah keliru di muka Rania. Tak faham dengan kata-kata Zharif.

"What do you mean?"

"I don't know where to find her, Rania."

Zharif menunduk kepala memandang lantai simen sambil mengeluh berat.

''Hah? Dia tinggal dekat mana?" soal Rania sambil menyilang kedua belah tangan. Keliru dia dengan jawapan Zharif. Seakan-akan lelaki itu cuba mengelak untuk menjawab soalannya.

''She said she lived in French,'' balas Zharif dengan nada lirih. Rania pantas bangkit dari duduk lalu memandang Zharif tajam. Kedua belah tangan disilangkan di dada.

''And then? Dah tu pergilah sana. Awak ingat dengan murung macam ni... awak boleh dapat dia balik ke?"

Zharif mengeluh berat.

''Damn, like I thought, you don't understand,'' balas Zharif sambil mengeluh lagi. Rania menggengam buku lima erat sebelum menumbuk botol plastik yang berada di atas meja. Kuat tak kuat, terpelanting jauh jugalah botol itu.

Terkebil-kebil Zharif melihat Rania yang sedang merenungnya tajam. Macam cari nahas pula untuk menegur tindakan Rania. Tak pasal-pasal dia yang jadi mangsa tumbukan Rania.

''I don't care. If you truly man and love her so much, you should find her until your last breath,'' ujar Rania dengan tegas. Wajah bengis ditayangkan kepada Zharif. Kalau Zharif bagi lagi jawapan mengarut, memang ini kali terakhir dia tunjuk muka dekat depan Rania.

''What's her name?"

''Hah?"

Rania mendengus kasar sambil mengepal buku lima. Dia melabuhkan punggung di kerusi dan sengaja merapatkan tubuhnya dengan Zharif. Senyuman sinis dilakarkan di bibir. Seperti memberi amaran untuk berterus terang. Zharif dengan gelabah terus berdiri lalu menjauhkan diri daripada Rania.

''Tell me, who's the girl?"

Sekali lagi Rania menyoal. Tetapi dengan nada yang lembut pula. Senyuman lebar tak lekang di bibirnya. Anak mata tak lepas memandang wajah Zharif.

''Kenapa awak nak tahu sangat? Bukan awak kenal pun!"

Rania mengangkat kedua belah bahu.

''Adeline Safiya.''





TBC

Teruskan menyokong AAP! 💘

| read, vote and comments |

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro