AAP! 13
Assalammualaikum... hai? New chapter is done!
Enjoy your reading!
| Edit version: 15022022 |
BARANG-BARANG yang sudah dibungkus dengan bubble wrap dipandang sekilas. Peluh yang merintik di dahi dilap menggunakan tuala kecil yang sentiasa dibawa ke mana-mana. Rania mengipas dirinya dengan menggunakan tangan bagi mengurangkan rasa panas yang menyelumbungi diri.
Bila lama-lama jadi posmen ini, baru Rania sedar bukan senang untuk bekerja sebagai rider. Baru sekejap tadi dia kena maki dengan customer seraya menghantar parcel. Panas-panas terik ini lagi. Itu belum sebut pasal hujan.
''Huwargh, banyak lagi!" rungut Rania kuat. Rasa nak menangis dia apabila melihat semua parcel tersebut. Bagi kerja macam nak tercabut tulang belakangnya.
Nafas ditarik dalam-dalam sebelum Rania mencapai kunci motornya dan masukkan ke tempat kunci tersebut. Selesai sahaja menghidupkan enjin motosikal, dengan lafaz bismillah dia menekan pedal dan motornya mula meluncur di atas jalan tar. Sempat dia memandang kiri dan kanan bagi memastikan tiada kereta ketika dia hendak membelok.
Tanpa sedar, ada sebuah kereta berwarna hitam sedang meluncur laju ke arah Rania. Mata Rania terbuntang luas dan cuba mengelak dari dilanggar. Malangnya semua berlaku sekelip mata. Dia dirempuh dari tepi sehingga badannya tergolek di atas jalan.
Empunya kereta tersebut keluar sekejap dan hanya melihat Rania dari jauh tanpa menghantar bantuan. Perlahan-lahan lelaki itu kembali masuk ke dalam kereta dan deruman enjin jelas kedengaran di telinga Rania. Ketika itu juga, kepala Rania mula berdenyut-denyut.
''Ya Allah, Cik!''
HANYA senyuman yang terlakar di bibirnya seraya melihat wajah manis seorang doktor perempuan pada awal-awal dia mencelik mata. Doktor yang bernama Linda itu cepat-cepat menerpa ke arah Rania apabila melihatnya seakan-akan untuk bangkit. Doktor Linda membantu Rania menyandar ke kepala katil.
''Siapa yang tolong hantar saya tadi, doktor?'' soal Rania ingin tahu. Baru sahaja Doktor Linda mahu menjawab pertanyaannya, pintu bilik terkuak luas dari luar secara tiba-tiba. Terjengul wajah Izyan dan Ilman yang lengkap berpakaian formal. Dua-dua memakai kemaja beserta kot berwarna kelabu dan biru pekat.
''Ya Allah, kenapa boleh accident ni?'' tanya Ilman cemas sebelum berjalan mendapatkan Rania. Helaian rambut yang menutup jahitan dahinya diselak lembut. Tubuh Rania automatik keras dan terus lupa hasratnya untuk memarahi Ilman.
Izyan mengetap bibir bawah menahan geram, melihat adegan 'romantik' di depan mata. Tanpa mempedulikan doktor dan jururawat perempuan tersebut, dia menapak ke arah Rania dan Ilman. Abangnya ditolak kasar sebelum melutut di hadapan Rania. Sehelai sapu tangan dikeluarkan dari kocek seluarnya. Pipi dan dahi Rania dibelek dan disentuh lembut menggunakan sapu tangan.
'Dia tak ada kecederaan seriuskan, doktor?'' tanya Izyan, risau. Dahi Rania berkerut apabila melihat kebisuan Doktor Linda. Dia memusingkan kepala memandang Izyan yang berdiri di sebelah sebelum mengganguk-angguk kepala perlahan. Rupa-rupanya tergugat dengan kembar tersebut. Ceh!
''Aku nak bayar. Kau tunggu dekat luar sekejap,'' arah Izyan sebelum berjalan meninggalkan Rania yang terpinga-pinga. Dia menjeling ke arah tepi seraya terasa kehadiran seseorang.
Ilman berdiri tegak di sebelah sambil membetulkan tali leher yang sudah longgar itu. Rania hanya membiarkan Ilman sendirian lalu melangkah keluar dari bilik wad tersebut. Kakinya dihayunkan menuju ke sebuah kerusi yang terletak jauh dari orang ramai.
''Macam mana kau boleh accident?'' tanya Ilman dari arah belakang. Terkejut jugalah Rania dibuatnya apabila tiba-tiba disoal macam itu. Jelingan tajam dihadiahkan kepada Ilman. Tanpa mengendahkan Rania, selamba sahaja Ilman duduk di sebelah gadis itu.
''Tuan Ilman, boleh tak awak duduk jauh dari saya?'' pinta Rania sambil mengetap bibir bawah. Dia mengesot sedikit ke tepi bagi mencipta jarak antaranya dengan Ilman. Sengaja juga dia tekankan perkataan 'Tuan Ilman'.
''Tuan Ilman buat apa dekat sini? Bukan selalu busy ke?'' Rania menjeling ke arah sebelah untuk melihat perubahan wajah Ilman. Malangnya, kalau dah nama Ilman itu tetap Ilman. Tak ada perasaan langsung!
''Panggil aku Ilman je,'' balas Ilman dengan nada mendatar. Irisnya fokus melihat orang ramai lalu-lalang di perkarangan hospital. Rania terus menoleh ke sebelah sambil menggaru telinga.
Dia salah dengar ke?
Rasanya dia tak pekak lagi.
"Awak ni complicated tau tak? Hari tu punya ugut nak buang kerja kalau panggil Ilman je," ungkit Rania, geram. Ilman pura-pura tidak mendengar dan sengaja mencapai telefon lalu membuka aplikasi PUBG. Ini membuatkan lagi hati Rania mendidih panas apabila melihat Ilman yang selamba sahaja bermain PUBG.
''Rania,'' panggil Izyan dari arah belakang. Melihat Rania tidak menyahut panggilannya, membuatkan dia mengambil keputusan untuk pergi sendiri ke tempat Ilman dan Rania. Kakinya laju menghayun ke arah mereka berdua yang sedang duduk sebelah-menyebelah itu. Hati Izyan begitu geram melihat situasi yang berlaku di depan mata. Bukan cemburu, tetapi tak suka!
"Jom balik," tegur Izyan mendatar seraya sampai di kerusi yang Rania duduk. Wajah abang kembarnya langsung tidak pandang. Rania hanya mengganguk kepala sebelum bangkit dari duduk. Baru sahaja ingin melangkah, lengan dia dipegang seseorang dari belakang. Membulat mata Rania melihat tangan Ilman memegang kemas lengannya.
''Biar aku hantar dia balik. Dia mesti trauma nak naik motor,'' kata Ilman senada. Riak selamba masih dikekalkan di wajahnya. Sekelip mata, muka Izyan berubah tegang dan cuba merentap lengan Rania dari pegangan Ilman. Namun, Ilman lebih pantas menarik lengan Rania sehingga gadis itu terdorong ke belakangnya.
''Masalahnya, aku boleh hantar dia. Kau tak payah sibuklah!'' balas Izyan dengan nada naik seoktaf. Orang ramai mula memandang mereka bertiga. Rania dah gelisah melihat pandangan orang sekeliling. Ilman hanya buat tak peduli dengan orang di sekitarnya. Wajah angkuh dan sombong ditayangkan.
"Dahlah! Korang berdua tak payah menyusahkan diri untuk hantar saya balik. Saya nak continue kerja saya. Lagi pun, luka sikit je," balas Rania sambil memandang Izyan dan Ilman. Senyuman manis dilakarkan di bibir mungilnya.
Melihat kebisuan kembar itu, Rania terus berjalan meninggalkan mereka berdua. Diorang nak gaduh, silakan. Dia malas nak masuk campur.
Mata Rania pantas menangkap kelibat seseorang yang sangat dikenalinya. Tanpa menunggu lagi, laju dia berlari ke arah orang tersebut dan menghadiahkan senyuman manis.
"Hai Zharif Iman!" sapa Rania teruja. Wajahnya begitu jelas menunjukkan dia gembira dengan pertemuan yang tidak dijangka ini. Lambaiannya dibalas balik bersama dengan senyuman.
"Hai! Eh wait...." Selangkah demi selangkah Zharif mula mendekati Rania dan ingin menyelak rambut yang menutup lukanya. Namun, tangan Zharif ditahan oleh Ilman bagi mengelakkan dia menyentuh Rania. Izyan pula menarik Rania berdiri di sisi lalu memeluk bahu gadis itu. Terkejut Rania dan Zharif melihat tindakan Izyan dan Ilman itu.
"She's mine!" Serentak Izyan dan Ilman berkata. Rania terpinga-pinga mendengar bicara mereka berdua itu. Dah kenapa tiba-tiba cakap 'she's mine!'
"Saya rasa awak berdua salah faham ni. Saya bukan nak rampas dia. Sebab sekarang saya pun tengah tunggu someone special tau! Sorry," terang Zharif sambil menggosok-gosok lehernya. Tak lupa juga, perkataan special itu ditekan kuat.
Mendengar balasan Zharif, laju Rania berpaling ke arah Izyan dan Ilman. Jelingan tajam dihadiahkan kepada mereka berdua. Suka hati je tuduh orang bukan-bukan.
"Okaylah Zharif, saya dah lapar. Balik dulu tau. Bye!" Tangan dilambai-lambai ke arah Zharif sebelum melangkah ke motosikalnya. Tanpa menunggu Izyan dan Ilman, Rania menghidupkan motosikal kesayangannya dan terus menuju ke sebuah kedai mamak yang berdekatan.
"Wey Rania, tunggulah!"
"Pale hotak dia pergi macam tu je!"
MOTOSIKALNYA diletakkan di tempat motor yang disediakan. Helmet di kepala dibuka lalu melangkah masuk ke dalam kedai mamak itu. Namun, langkah Rania terhenti apabila lengannya terasa dipegang sesuatu. Ilman yang sedang mengambil nafas itu dipandang pelik.
"Huh... huh. Ya Allah penatnya lari semata-mata kejar kau," rungut Ilman dengan nafas yang termengah-mengah. Wajah Ilman dipandang terkejut setelah mendengar kata-katanya.
"Dah kenapa kejar saya?" tanya Rania pelik. Lengan yang berada dalam pegangan Ilman cuba dileraikan. Beberapa kali mencuba, akhirnya Rania mengalah jua. Ilman dengan keras kepala dia itu langsung tak boleh dipisah!
"Aku nak pastikan kau betul-betul selamat. Kau baru lepas accident, pastu merayau!" Dagu Rania ditolak kasar sehinggakan badan dia terdorong ke belakang. Geram di hati bertimpa-timpa apabila melihat langkah Ilman yang selamba masuk ke dalam kedai itu.
Wajah Rania cemberut ketika sampai di meja yang diduduki Ilman. Kerusi di hadapan Ilman ditarik kasar lalu melabuhkan punggung di atasnya. Geram dia dengan Ilman hari ini!
"Kenapa sini? Mehlah aku recommend satu restaurant ni," ujar Ilman lalu mengeluarkan telefonnya dari poket. Dahlah kotor, makanan entah bersih entah tidaknya.
"Tak payah. Penat Rania bawak sampai sini, and then kau nak tukar pula," sampuk Izyan selamba. Dia mengambil tempat di sebelah Rania dan melabuhkan punggung di atas kerusi. Mereka berdua berlawan mata antara satu sama lain.
"Dah! Kalau rasa nak makan dekat tempat lain, dipersilakan keluar. Saya still nak makan dekat sini," celah Rania bagi menarik perhatian kembar itu. Tak habis-habis bergaduh. Dah bosan dia menghadap situasi macam ini.
"Ane! Nak roti tisu satu!" jerit Rania kuat sambil tangan sebelah kanan diangkat tinggi. Pekerja itu hanya mengganguk kepala dan menunjukkan simbol 'okey'. Tercengang Izyan dan Ilman dibuatnya melihat perangai selamba Rania.
"Okay, yang ni nak makan apa?" tanya pekerja tersebut kepada Izyan dan Ilman. Mereka berdua berpandangan sesama sendiri sebelum menyebut menu yang sama. Baru Rania sedar, dari tadi lagi Izyan langsung tidak membuka masknya.
"Izyan, awak nak makan macam mana?" soal Rania sambil memandang Izyan. Izyan terdiam sekejap sebelum menghadiahkan senyuman. Memanglah Rania tak nampak, tetapi mata Izyan yang mula mengecil itu menunjukkan dia sedang tersenyum.
"Roti tisu sampai!" Baru sahaja ingin bangun dari duduk, Izyan terlebih dahulu memintasnya dan menolong mengambil roti tisu yang panjang itu. Tanpa sedar, Ilman juga turut berdiri, ingin membantu Rania namun dimatikan niatnya.
"Nah!"
Roti tisu diberikan kepada Rania dan mengucapkan terima kasih. Ilman yang duduk di hadapan mereka berdua, hanya diam dan mendengar sahaja perbualan Izyan dan Rania. Wajahnya yang bertukar muram cepat-cepat dikembalikan kepada yang asal.
TBC
Teruskan menyokong AAP! 💘
| read, vote and comments |
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro