Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

AAP!: 12

Assalammualaikum, sorry lambat! Don't forget to read, vote and comments ❤️Thank you!

| Edit version: 13122022 |







BUNYI tapak kasut memenuhi ruangan pejabat yang tadi bising kini senyap. Masing-masing mula kembali ke tempat sendiri dan menyambung kerja. Rania terkebil-kebil memandang rakan-rakan sekerjanya. Macam mana dia boleh ada dekat sini? Of course dia curi-curi masuk. Dia bosan jadi dia datanglah sini.

''Hai Ilman!''

Semua mata mula tertumpu ke arah Rania. Tak percaya. Rania hanya mengendahkan semua pandangan tersebut dan memandang Ilman kembali. Senyuman lebar diukir di bibirnya. 

Kelihatan raut wajah Ilman bertukar tegang. Rahangnya diketap geram. Terkebil-kebil Rania melihatnya. Dahlah tak faham dengan situasi sekarang, kini dua kali ganda tak faham dengan perubahan Ilman.

''Who's Ilman?'' tanya Ilman mendatar. Dia menyinsing lengan kemejanya hingga ke siku. Rambut yang terjuntai di dahi diselak ke belakang. Renungan tajam dihadiahkan kepada Rania.

''Siapa Ilman?''

Ilman menyoal sekali lagi.

"Awaklah Ilman. Nama sendiri takkan lupa kut. Amnesia ke?'' balas Rania selamba. Pada masa yang sama, dia juga blur dengan soalan Ilman. Semua kelihatan terkejut mendengar jawapan dari mulutnya. Kenapa dengan semua orang hari ini? Tak faham kuasa tiga.

''Tak reti berdiri ke? Aku yang bos ni pun berdiri, kau yang kuli duduk pula.'' Terasa terhina pula Rania apabila perkataan bos dan kuli itu  sengaja ditekan. Tahulah Ilman itu pangkat tinggi tapi tak payahlah nak berlagak sangat. Ingin sahaja membalas macam itu tapi Rania masih sedar lagi kedudukannya dengan Ilman.

Rania bangun dari duduk dan menunduk hormat. Ikutkan sahaja kemahuan Ilman. Wajahnya ditekur ke lantai. Segan apabila dia menjadi tumpuan orang ramai.

"Rania Maisarah, masuk bilik saya sekarang!''

Gerun pula Rania melihat wajah tegang Ilman. Dia menarik nafas dalam-dalam untuk tenangkan diri. Kakinya mula menapak ke bilik Ilman sebelum berhenti seketika di depan pintu, Sekali lagi, dia tarik nafas lalu menghembuskannya. Perlahan-lahan tombol pintu itu dipulas. Harap tak jadi apa-apalah.



























HELMET yang berada di kepala dibukanya dan diletakkan seketika di atas motor. Selesai sahaja mengunci motor, dia melangkah ke tempat lokernya. Izyan mencari kunci di dalam beg sebelum membawa keluar. Dia membuka loker tersebut dan helmet diletakkan di dalamnya. Baru sahaja ingin melangkah, dia berhenti sekejap.

"Kau tahu tak Rania tu kena marah kaw-kaw dengan bos. Aku tak tahulah apa nasib dia sekarang."

''Aku dengar citer, dia biadap dengan bos.''

Izyan mengepalkan penumbuk sehingga menimbulkan urat-urat di tangannya. Tanpa membuang masa, terus dia berlari menuju ke bahagian pejabat. Tangga menjadi pilihannya sekarang. Dia menolak lalu menutup kembali pintu kaca itu kasar sehingga menarik perhatian pekerja yang lain.

''Mana Rania?" soal Izyan kepada salah seorang pekerja Ilman. Mungkin Personal Assistant Ilman. Dia bukan rapat pun dengan pekerja yang bekerja di bahagian sini. Kalau dia gantikan Ilman sekalipun, dia main pilih je orang untuk membantunya.

"Dia ada dekat bilik bos. Tapi, bos tak bagi sesiapa masuk," balasnya seperti takut-takut. Izyan mencebik bibir ke depan. Apa yang nak ditakutkan sangat pun tak tahulah.

"Ada nampak muka aku kesah?"

Pejabat Ilman dituju. Tanpa memberi salam, dia melangkah masuk ke dalam. Empat pasang mata terus memandangnya terkejut. Izyan berjalan mendekati Rania dan berdiri di sebelahnya. Riak selamba masih kekal di wajahnya.

"Apa awak buat dekat sini?'' tanya Rania, berbisik. Kerutan di dahinya menunjukkan dia betul-betul pelik dengan kehadiran Izyan secara tiba-tiba. Izyan hanya mengangkat bahu. Malas nak jawab.

"Sangat biadap ye masuk bilik orang tanpa ketuk dan beri salam dulu. Adab mana adab? Mak bapak tak ajar?" celah Ilman yang sedari tadi hanya diam. Dia berpeluk tubuh dan merenung tajam dua orang di depannya.

''Mak bapak aku, mak bapak kau jugak," balas Izyan selamba. Dia membalas renungan tajam abangnya. Tak takut langsung. Ilman berdeham seketika.

"Kau boleh dibuang kerja sebab biadap dengan bos. Aku bagi peluang sekali lagi. Kalau aku dengar kau sebut nama aku tanpa Tuan di depan, aku akan buang kau terus. Muktamad.'' Ilman menghadiahkan senyuman sinis. Tangan Rania digenggam erat menahan perasaan marah yang akan meletus bila-bila masa sahaja lagi.

''Tapi awak tak boleh buat macam tu. Dah nama awak Ilman, takkan nak panggil Izyan pulak!" Walaupun hati tengah mendidih panas, mulut lancang sahaja membalas. Rania mengetap bibir geram.

"Kau buta ke rabun? Aku ni bos kau. Kau tu just pekerja je. Sedar sikit.'' Penuh berlagak Ilman menjawab. Perkataan pekerja sengaja ditekan kuat. 

Langkah Izyan terhenti dari mendekati Ilman apabila lengannya dipegang Rania. Ingin sahaja dia melayangkan penumbuk di muka Ilman itu. Dia memandang wajah Rania sekejap. Keluhan berat dilepaskan lalu mengalihkan pandangan ke sisi.

"Ei Ilman! Kau..."

"Tuan Ilman. Not Ilman. I'm your boss!" Tegas suara Ilman membidas. Rania yang berdiri di sebelahnya dipandang seketika. Badannya dirapatkan sikit dengan Rania.

"Kau pergi buat kerja kau. Aku nak cakap sikit dengan dia," bisik Izyan, perlahan. Walaupun pelik, Rania tetap mengganguk kepala akur dengan arahan Izyan. Dia melangkah keluar dari bilik itu dan menuju ke bahagian penghantaran barang dan surat.

"Apa masalah kau ni? Berlagak sangat sampai nak hina pekerjaan orang. Kau ingat kau tu perfect?" sembur Izyan. Peduli apa kalau Ilman nak marah pun. Dah melampau sangat sampai nak hina pekerjaan orang.

"Kau terasa ke, Izyan Izuddin? Itulah, papa suruh jadi CEO macam aku... kau tak nak. Kononnya nak hidup macam orang sederhana. Gaji pun banyak." Penuh sinis Ilman membalas. Rugi sangat adiknya itu menolak tuah yang datang bergolek. Dada Izyan naik turun menahan marah. Jelas terlihat di tangannya, urat-urat mula menimbul.

"Tak. Langsung tak terasa pun. Aku bersyukur sangat aku tak terima tawaran papa. Kalau tak, mungkin aku akan ikut jejak langkah kau. Sombong, bongkak dan berlagak," balas Izyan mendatar. Terukir senyuman sinis di tepi bibirnya apabila melihat perubahan wajah Ilman.

"Oh ya before aku lupa, jangan tengking atau sakitkan hati Rania lagi. Jangan cakap aku tak bagi amaran," sambung Izyan sebelum berjalan keluar dari bilik Ilman. Langkahnya terhenti apabila lengan dia dipegang Ilman. Menahannya dari keluar.

"Siapa dia pada kau?"

Izyan diam.

"She's my favourite person. And my girl."


























SELESAI sahaja menghantar surat di sebuah rumah, dia berhenti sekejap di tepi jalan. Keluhan berat terus dilepaskan. Wajah Rania sedari tadi muram. Dia betul-betul terasa dengan kata-kata yang dilontarkan oleh Ilman. Hina sangat ke kerja posmen ini?

"Dasar manusia berlagak. Ikutkan hati yang tengah panas ni, nak je aku berhenti. Lepas berhenti, aku bakar pejabat dia. Kalau bernasib baik, dengan kau sekali terbakar dalam tu. Lepas tu, menjerit-jerit minta tolong. Ah, padan muka kau," bebel Rania  sendirian. Siap membuka mimik muka lagi. 

Tiba-tiba kedengaran bunyi gelak yang sangat kuat. Terus merinding bulu romanya. Dahlah dia berhenti dekat tepi hutan.

Itulah, niat tak baik!

"Amboi, geram sangat tu sampai nak bakar-bakar pejabat orang."

Kepalanya terus menoleh ke belakang memandang empunya suara itu. Manusia rupanya. Rania menghadiahkan senyuman nipis kepada lelaki yang berdiri di sebelahnya. Cubalah beri salam dulu. Ini tak, tiba-tiba sergah macam itu.

"Awak posmen? Jarang jumpa perempuan yang jadi posmen."

"Eh taklah. Saya ni bomba. Cuma itulah, pili air tertinggal pula," sindir Rania selamba. Dan tak lama lepas itu, kedengaran lelaki itu ketawa kuat. Dia ada buat lawak ke?

"So lucky siapa yang dapat awak. Lawak tak hambar langsung," balasnya setelah ketawa reda. Tangannya naik ke muka lalu mengelap hujung mata. Rania mencebik bibir ke depan sambil menjulingkan mata ke atas.

"Awak tak nak saya?" tanya Rania sambil menjongket kening. Lelaki itu berdeham seketika dan membetulkan topinya. Rania masih menunggu jawapan dari lelaki itu.

"Tak nak. Saya tunggu someone," balasnya. Rania mengganguk-angguk kepala kagum dengan kesetiaan lelaki yang berdiri di tepinya. Bertuah siapa yang dapat dia.

"Oh ya, lupa nak perkenalkan diri. Saya, Zharif Iman."

















TBC

Teruskan menyokong AAP! 💘

| read, vote and comments |

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro