Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

AAP!: 10

Hai and assalammualaikum, new chapter is done!

Enjoy your reading!

| Edit version: 10022022 |







LELAKI itu mengangkat pisau tinggi, ingin menikam tubuh Rania. Rania menutup matanya  berserah kepada takdir. Satu saat, terasa tiada apa-apa yang menyentuh tubuhnya. Kelopak mata dibuka perlahan-lahan sebelum terkejut dengan kehadiran Izyan secara tiba-tiba.

Izyan memegang lengan lelaki itu bagi menahannya dari menikam Rania. Dia memandang Rania seketika. Lelaki itu menarik lengannya ke belakang. Izyan memberi sepenuh perhatian kepada lelaki di depannya. Kalau tak focus, nyawa dia dengan Rania mungkin terancam.

Izyan mengerling jam sekilas lalu melihat kembali tempat yang Rania tunggu tadi. Terbuntang matanya melihat ketiadaan gadis itu. Matanya meliar mencari Rania di sekeliling. Retinanya ternampak Rania ditarik masuk ke dalam rumah oleh seorang lelaki. Ingin sahaja dia berlari mendapatkan Rania, tetapi dipujuk hati agar bertenang dan jangan bertindak mengikut perasaan.

Dia berfikir sejenak cara untuk menyelamatkan Rania tanpa lelaki itu sedar. Usai sahaja merancang plan, dia berjalan laju menuju ke rumah lelaki itu. Sempat dibeleknya mangga yang digunakan untuk kunci. Telinganya menangkap bunyi bising dan pertelingkahan dari dalam rumah. Izyan terus berlari ke belakang rumah untuk memecah masuk ke dalam.

Pintu yang berada di depannya disepak kuat sehingga terbuka. Terus dia berlari ke tempat mereka berdua. Matanya menangkap pisau yang berada di tangan penjahat tersebut. Izyan pantas memegang lengan lelaki itu menahannya dari ingin menikam Rania.

"Don't touch my girl, fu** boy!" tempik Izyan lantang lalu dia menumbuk muka lelaki itu sehingga badannya terdorong ke belakang. Tiba-tiba lagu fu** boy kedengaran memberhentikan seketika pergelutan antara Izyan dan penjahat tersebut.

"I want to be a fu** boy!"

Handphone bergetar di dalam poket seluar Rania. Izyan, Rania dan lelaki itu saling berpandangan. Rania segera mengeluarkan handphonenya lalu menekan simbol berwarna merah. Dia tersengih sambil membuat peace.

Buk!

Izyan mengambil peluang menumbuk muka lelaki itu yang seakan terleka seketika.
Lelaki itu berdesis perlahan lalu berlari ke arah Izyan. Rania pantas merakam pergaduhan melalui telefon bimbitnya.

"Rania, jangan rakam!"

"Eh biarlah, boleh jadi kenangan!"

Izyan menggeleng kepala sambil membuntangkan mata. Kenangan kepala hotak dia!

"Go Izyan, go! You can do it, brother!" Rania berdiri lantas bersorak kuat. Niat dia murni tau. Dia hanya nak bagi semangat kepada Izyan je. Tak salah.

Izyan sempat menjeling Rania tajam sebelum kembali fokus. Dia pantas mengelak semua serangan musuh. Setiap kali ada peluang, dia akan gunakan sebaik mungkin. Lelaki itu seakan penat bergelut dengan dirinya.

Izyan tersenyum sinis sebelum menyepak belakang lutut lelaki itu sehingga terjatuh ke lantai. Dengan peluang yang ada, Izyan menarik tangan Rania mengikut langkahnya ke luar rumah. 

"Fuh, selamat!" ucap Rania sambil tercungap-cungap mengambil nafas. Dia memandang Izyan yang sedang merenungnya tajam. Di hatinya, tidak ada perasaan gentar langsung. Okey tipu.

"Boleh tak sehari kau jangan buat aku risau dekat kau?"

Izyan menarik kedua bahu Rania supaya menghadap ke arahnya. Dia meletakkan kedua belah tangan di bahu Rania. Gadis itu hanya berdiri statik sambil menunduk ke bawah. Izyan mengeluh berat.

"Look at me, Rania Maisarah." Rania terpaksa mengangkat kepala. Matanya bertemu dengan mata biru kepunyaan Izyan. Dia suka warna mata Izyan. Tenang.

"Kalau aku tak ada macam mana? Tak ada di sisi kau. Siapa yang akan selamatkan kau? Kau tu dahlah careless." Rania sudah tercebik-cebik ingin menangis apabila mendengar kata-kata Izyan. Entah kenapa tiba-tiba dia menjadi sensitif.

"Hey girl, don't cry. Okay-okay, aku minta maaf. Muka kau dahlah buruk, ni nangis lagilah buruk." Terselit kutukan di sebalik kata-kata Izyan. Laju tangan Rania menampar lengan Izyan.

Geram!

"Okeylah, aku nak balik. Take care!" Baru sahaja dia ingin melangkah, lengannya ditarik dari belakang. Izyan memandang Rania dengan pelik.

"Luka awak," ujar Rania sambil menunjukan garisan yang agak panjang dan dalam. Tanpa menunggu balasan Izyan, Rania terus menarik tangan Izyan lalu membawanya ke motor milik Rania. Dia mengeluarkan kotak first-aid yang berada di dalam beg.

"Duduk atas motor ni."

Izyan hanya mengikut sahaja arahan dari Rania. Botol ubat untuk mencuci luka dikeluarkan dan diletakkan di sebelah Izyan. Kapas diambil lalu Rania menuangkan sedikit ubat di atasnya. Mata Izyan tak lepas memandang wajah tekun Rania.

Nampak comel pulak.

"Kau dulu doktor ke?"

Tangan Rania serta-merta terhenti dari membersihkan luka di lengan Izyan. Soalan yang terbit dari bibir lelaki itu berjaya memerangkapkan Rania. Dia melemparkan senyuman nipis.

"Aah, tapi sekejap je," balas Rania sambil menyambung kembali membersihkan luka Izyan. Izyan mengganguk-angguk kepala tanpa mengeluarkan sebarang bunyi. Patutlah nampak macam mahir dalam bab-bab ini.

"Kenapa kau tak jadi je doktor? Asal jadi posmen?" Rania menutup mata sejenak sebelum membukanya. Dia memandang Izyan tajam. Kapas yang berada di tangan Rania dicampak ke tanah membuatkan Izyan tersentak.

"Suka hati sayalah! Yang awak busybody apahal?" Sejurus berkata, Rania terus menarik Izyan agar bangun dari duduk. Dia memakai helmet lalu menghidupkan enjin. Tanpa mempedulikan Izyan, Rania terus membawa motornya menyusur ke jalan raya. Izyan hanya diam sambil memerhati Rania sehingga bayangnya hilang di mata.

Dia ada salah cakap ke?
























ENJIN motosikal dimatikan lalu dia turun dari motor. Rambutnya yang terjuntai di dahi diselak ke belakang. Nama Rania yang tertera di telefonnya dikerling sekilas. Keluhan berat terbit dari mulutnya. Hampir 10 kali kali dia call Rania tetapi langsung tak dijawab. Izyan menggengam telefon miliknya erat.

"Assalammualaikum, mama oh mama!" Izyan menyandarkan badan di dinding sementara menunggu mamanya membuka pintu. Senyuman tidak lokek di bibirnya setiap kali terpandang dengan orang.

Pintu utama dibuka secara tiba-tiba menyebabkan Izyan terdorong ke belakang. Dia berpusing 180° darjah menghadap mamanya. Tangan mamanya terus disalam dan dicium lama. Rindu.

"Ya Allah budak ni. Macamlah tak jumpa mama dah. Jom masuk." Puan Imani menggosok kepala Izyan lembut sambil kepala tergeleng-geleng dengan perangai anak bongsunya itu. Manja tak kena tempat!

Sejurus menutup pintu, dia menarik mamanya ke ruang tamu. Langkah Izyan terhenti apabila melihat kehadiran abang kembarnya, Ilman. Dia merengus perlahan.

"Adik pergi dapur kejap. Nak minum air. Haus tiba-tiba." Sejurus berkata, dia terus menapak ke dapur. Peti ais ditujunya lalu dibuka. Botol air dikeluarkan lalu dituang di dalam sebuah gelas. Penuh kemas dan berhati-hati dia menuang. Dia bukan jenis yang suka tengok benda bersepah dan kemas. Rimas!

"Mama nak ajak budak tu dinner dekat sini. Rindulah dekat dia. Ilman pergilah kerja sekejap. Suruh dia datang sini. Budak tu baik kot. Mama suka." Izyan menyandarkan badan di sebalik dinding untuk mendengar perbualan antara Ilman dan mamanya. Berlegar-legar soalan di fikirannya mengenai budak perempuan itu.

"Ma, buat apa ajak dia lagi? Dia tu mengada ma! Dahlah gedik, mengada pula tu. Mama tahu ke niat dia? Mana tahu dia nak kikis duit kita," bidas Ilman lantang. Dia menyilang kedua belah tangan di dada. Entah apa kelebihan yang ada pada perempuan itu sampaikan mamanya boleh ajak dia makan sekali.

Crazy! You know crazy?

Tanpa menunggu lama, Izyan terus melangkah ke ruang tamu. Kehadiran dia menyebabkan perbualan antara mamanya dengan Ilman terhenti. Masing-masing menumpukan perhatian ke arahnya. Ilman mengambil gelas yang berisi air sirap lalu diteguk perlahan.

"Budak perempuan mana pulak ni? Semua perempuan mama cakap baik," ujar Izyan sambil mencebikkan bibir. Mata birunya berlawan dengan mata biru Ilman. Masing-masing tak nak mengalah.

"Okeylah, adik masuk bilik dulu. Duduk sini rasa macam panas gila. Ada setan kot," ujar
Izyan meminta izin kepada mamanya. Terselit juga sindiran di dalam ayatnya. Ilman menghantar langkah Izyan sehingga hilang di bebola matanya.

"Ma, tengok anak mama tu!" adu Ilman tak puas hati. Bibir diketap rapat geram dengan perangai Izyan. Kalau dulu dia dengan Izyan terlampau rapat, kini terasa seperti ada jurang di antara dia dan adiknya.

Ini semua salah Rania Maisarah itu!




















RANIA meneliti buku rekod yang tertulis senarai parcel dan parcel-parcel di almari bersilih ganti. Tangannya lincah menandakan simbol 'right' di atas buku tersebut. Sesekali keluhan meluncur keluar dari mulutnya. Sepatutnya dia tak perlu nak marah-marah Izyan disebabkan hal remeh je.

"Rania Maisarah."

Buku rekod itu terlepas dari tangannya lalu jatuh di lantai. Rania mengangkat kepala memandang empunya suara tersebut. Badannya terus tegak seraya melihat wajah tegang Ilman. Rania memandang buku tersebut dan Ilman bersilih ganti.

"Kau ingat aku nak amikkan ke?" soal Ilman sinis. Rania terus menunduk untuk mengambil buku rekod itu sebelum berdiri semula. Ilman hanya mengukir senyuman sinis sambil menyilangkan kedua belah tangan di dada.

"Kenapa bos datang sini?" tanya Rania berhati-hati. Tak, dia bukan takut dengan Ilman, cuma dia hanya hormat sahaja. Kang tersilap cakap, mampus dia!

"Eh suka hati akulah! Ini syarikat aku. Dengar tak, syarikat aku!" Perkataan 'syarikat aku' ditekan kuat. Ilman melangkah mendekati Rania menyebabkan gadis itu berundur ke belakang. Bahu Rania ditolak kasar menggunakan jarinya sehingga Rania terdorong ke belakang.

'Ceh, ingat aku nak buat something dekat dialah tu,' omel Ilman perlahan. Sedikit pun dia tidak rasa simpati terhadap Rania yang sedang mengurut bahunya itu. Itulah, siapa suruh cari pasal. Dahlah kena paksa dengan mamanya pergi office semata-mata nak ambil Rania je. Menyusahkan!

"Oh ya satu lagi, mama aku ajak dinner. Aku tunggu kau dan hantar kau balik." Usai sahaja berkata, Ilman terus melangkah pergi. Selang lima langkah, dia berhenti lalu menoleh ke belakang menghadap Rania.

"Kalau kau ada rasa hormat dekat mama aku, kau pergi. And kalau kau tak nak kena buang kerja, kau kena pergi. So, chaw!"

Rania menghantar langkah Ilman dengan ekor mata. Dia mencangkung seketika lalu meramas rambutnya ke depan. Habis berserabai penampilan dirinya. Lantaklah!

Ting!

Ting!

Ting!

Rania mengeluarkan telefon miliknya lalu membuka Whats4pp. Chat yang hanya ada nombor sahaja ditekan. Dia membaca perlahan sebelum matanya terbuntang luas. Ma... macam mana Ilman boleh dapat nombor dia? Oh ya, diakan bos, memang adalah nombor setiap pekerja.

+60 11X XXX XXXX
Aku bagi masa 30 saat je
Kau tak de dalam kereta, siap kau!

Buku rekod yang berada di tangannya terus diletakkan di tempat asal. Dia berlari turun ke bawah di mana tempat loker dan tempat kereta berada. Tempat loker ditujunya dahulu. Usai sahaja mengambil beg yang berisi barang peribadinya, dia menutup loker dan terus berlari ke tempat kereta. Matanya tertancap pada sebuah kereta sport berwarna putih. Itu mesti kereta Ilman.

"Woi, kau tercegat lagi apahal? Dahlah lambat. Cepatlah masuk!" Terhinjut bahu Rania apabila mendengar jeritan Ilman. Dia melangkah ke kereta kepunyaan Ilman lalu membuka pintu sendiri. Pintu itu ditutup kuat mengundang kemarahan Ilman. Rania hanya menayangkan muka selamba.

Sepanjang perjalanan ke rumah keluarga Ilman, mereka berdua hanya melakukan hal sendiri. Ilman fokus dengan pemanduannya dan Rania pula hanya melihat pemandangan di luar tingkap. Nak main telefon tak boleh. Pening!

"Jom," ajak Ilman setelah sampai di depan rumah keluarganya. Perasaan Rania masih sama seperti kali pertama dia menjejak kaki di sini. Teruja!

Rania hanya memerhati sahaja kelakuan Ilman yang sedang memberi salam. Selesai je 3 kali memberi salam, pintu utama terbuka. Rania memberikan senyuman manis kepada Puan Imani dan menyalam tangan wanita tersebut sebagai tanda hormat. Ilman memutarkan bebola mata ke atas.

"Meh masuk Rania. Ya Allah, rindunya budak kecik ni!" Terus ditarik badan Rania ke dalam dakapan Puan Imani. Rania hanya menghamburkan gelak kecil. Malas melihat 'drama' yang sedang berlangsung, Ilman melangkah meninggalkan Rania dan mamanya.

Rania dan Puan Imani mengikut langkah Ilman menuju ke ruang tamu. Langkahnya terhenti di sebuah frame yang tergantung di dinding. Yang menarik perhatiannya, ada seorang lelaki yang sedang memeluk bahu Ilman sambil tersenyum lebar. Ini kali kedua dia melihat gambar tersebut.

"Itu adik kembar Ilman. Dia ada dekat sini. Sekejap lagi turunlah tu. Jom Rania, ikut aunty." Rania terangguk-angguk mendengar perjelasan Puan Imani. Dia membuntuti langkah Puan Imani ke dapur. Walaupun telah ditegah oleh Puan Imani, Rania masih berdegil ingin membantu wanita itu. Dia tetamu, mestilah kena tolong.

"Ma, adik laparlah!" Kedengaran rengekan seorang lelaki dari belakang sebelum berlari ke arah Puan Imani lalu memeluknya erat. Dia berhenti seketika dari mengelap gelas dan pinggan untuk melihat adik kembar Ilman. Matanya terbuntang luas setelah mengetahui siapa adik kembar Ilman.

"Awak?"








TBC

Teruskan menyokong AAP! 💘

| read, vote and comments |

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro