Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

AAP!: 1

Assalammualaikum, aku dah edit okay chap ni sampai latest. Since 14 Days dah completed, so aku nak fokuskan dekat this book.

| Edit version: 24012022 |







KROH KROH!

Bunyi dengkuran memenuhi ruangan bilik Rania Maisarah. Segala bantal yang berada di atas katil disepak sehingga jatuh. Dia memusingkan badan menghadap ke belah kanan sebelum terjatuh di atas lantai.

Auch!

Baru sahaja ingin naik ke atas katil, perbuatannya terhenti apabila terdengar lagu kegemarannya bergema di suatu sudut. Dengan malas, Rania mengambil telefon lalu menjawab panggilan. Masa nak tidurlah semua menyemak nak call!

"Hello, Cik Rania Maisarah! Awak tahu tak sekarang pukul berapa? Saya nak awak datang office sekarang!"

Telefonnya dijauhkan daripada telinga lalu mendengus kasar. Membuat-buak makian yang ingin dilontarkan kepada tuan punya suara itu.

'Bising betullah botak ni,' gumam Rania selamba. Mulutnya dijuih-juihkan ke depan sambil tangan mengetuk bantal dengan kasar. Orang tengah sedap tidur masa itulah nak call!

"Apa awak cakap? Botak?"

"Siapa lagi kalau bukan bos yang botak. Saya ada rambut. Bos tu pakailah rambut palsu. Cover sikit tengah tu."

"Boleh awak ulang lagi sekali tak? Macam tak jelas pulak."

Terbeliak matanya apabila mendengar suara yang cukup dikenali Rania. Pantas dia mematikan panggilan telefon tanpa meminta maaf kepada bosnya. Rania, kau nak mati awal ke?

'Tapi, dia tak sedar ke dia memang botak? Lepas tu nak marah-marah aku pula,' desis Rania sambil menggaru-garu kepalanya. Dia pantas bangun lalu mengambil tuala yang elok tersidai di ampaian kecilnya sebelum menjejak kaki ke dalam tandas.

Mandi lagi bagus!



















SEORANG lelaki yang memakai mask berwarna hitam sibuk menyusun surat- surat dan barang yang perlu dihantarnya sekejap lagi. Kedua belah bahu digoyangkan bagi mengurangkan rasa lenguh. Dia dahlah belum makan lagi. Lapar gila sekarang ini. Tapi itulah, banyak barang yang kena hantar.

"Izyan!"

Izyan memusing badannya ke belakang bagi mencari empunya suara yang memanggilnya. Pandangannya dilemparkan ke sekeliling sebelum tertancap pada satu susuk yang sedang menghampirinya. Izyan tersenyum disebalik mask yang dipakai.

"Kau ada kena buat penghantaran lagi ke?" tanya Syamil, kawan sekerjanya. Dia memeluk bahu Izyan sambil mata mencuri-curi pandang beg yang berisi barang customer.

"Ada, dekat Shah Alam," balas Izyan sambil tangannya memasukkan semua barang ke dalam beg tersebut. Sejurus itu, dia menggalas beg di bahunya dengan berhati-hati. Barang orang ini bukan barang dia.

"Okay, lepas je kau hantar parcell tu terus datang dekat cafe biasa tau. Call aku dulu,'' pesan Syamil sebelum beredar meninggalkan Izyan keseorangan. Dia hanya menghantar pandangan sehingga bayangan Syamil hilang di matanya.

Helmet di atas motor diambil lalu dipakai di kepala. Izyan melompat ke atas motornya lalu enjin dihidupkan. Dengan lafaz bismillah, motornya mula bergerak membelah di atas jalan raya.
















PIN PIN!

Rengusan geram terbit di mulut Rania apabila bunyi hon motor tidak berhenti-henti membuat bising. Dia terkumat-kamit membebel lalu berjalan ke pintu utama. Tanpa Rania sedar, seluruh badannya sekarang tengah berkemban.

"Apa encik ni? Hon-hon pula. Beri salam tak boleh ke?" geram Rania. Dia mengerutkan dahi apabila melihat posmen lelaki itu sedang menundukkan wajahnya.

Perlahan-lahan bebola bebola mata Rania mula turun melihat tubuhnya sebelum menjerit kuat. Dia segera berlari masuk ke dalam rumah lalu menyorok di sebalik pintu utama.

Malu wey!

'Ya Allah, apa aku nak buat ni? Nak biarkan atau buat tak tahu je?' gumam Rania gelisah. Dia berjalan mundar-mandir bagi memikirkan benda yang perlu dilakukan.

Hah, apa kata menyamar?

Rania pantas berlari menuju ke bilik lalu menyarungkan sehelai baju di tubuhnya. Selesai sahaja menyiapkan diri, dia melangkah turun dan berjalan ke arah posmen tersebut.

"Maaf, tadi kembar saya. Tak senonoh betullah kembar saya tu," kata Rania sambil menghamburkan gelak palsunya. Jantungnya berdegup kencang takut penyamarannya gagal.

"Sila tandatangan di sini," pinta posmen itu sambil menyuakan sehelai kertas kepada Rania. Dengan pantas, dia mengambil huluran lelaki tersebut lalu menanda tangan. Pen dipulangkan semula.

"Thank you," ucap Rania ketika bungkusan disuakan kepadanya. Dia mengoyakkan senyumannya sebelum melangkah masuk. Lagi pun dia nak cepat blah!

"Wait!"

Langkahnya terhenti serta merta. Kedua belah mata Rania ditutup seketika sebelum mencelik kembali. Perlahan-lahan Rania memusingkan badannya ke belakang sambil melakar senyuman di bibir.

"Nanti kalau nak keluar, pakai dulu baju. Jangan terus keluar ye. Tak pasal-pasal dapat dosa free pula nanti," kata posmen itu selamba. Dia sempat membuat peace kepada Rania sebelum beredar.

Tercengang Rania mendengarnya. Lelaki itu perli aku wey, getus hatinya. Bibir diketap geram sebelum menarik nafas dalam-dalam lalu menghembuskannya.

"Chill, Rania."

































RANIA berlari lintang-pungkang menuju ke arah lif. Bibirnya tak habis-habis merungut atas kecuaian yang dilakukan. Tengok sekarang dah lambat gila!

'Apa lembab sangat lif ni? Tak boleh ke zup terus je?' bebel Rania kegeraman. Masa orang dah lambat gilalah nak buat hal.

Rania berlari selaju yang mungkin menuju ke mejanya. Habis meja-meja yang tak bersalah dilanggarnya. Berkali-kali dia meminta maaf kepada tuan punya meja.

"Rania Maisarah binti Haji Ahmad!"

Punggung yang baru nak dihenyakkan di atas kerusi tidak sempat dilabuhkan di atas kerusi malah mencium lantai pula. Punggungnya digosok-gosok bagi mengurangkan rasa sakit. Ya Allah, ada sahaja yang ingin menggangunya.

"Apa yang botak memekak ni? Tak guna betul, botak tengah ni!" rungut Rania kegeraman. Cubalah bagi dia hidup tenang sekejap.

Rania bangun dari lantai lalu mengorak langkah menuju ke bilik bosnya. Setibanya di bilik bos, dia menarik nafas dalam-dalam dan menghembuskannya. Tombol pintu dipulas lalu susuk tubuh bos sedang berdiri menghafap ke tingkap.

Sombong betul botak ni!

"Kenapa awak lambat?" tanya bosnya. Nametag bosnya tertera nama Alif. Nama sedap tapi perangai macam sampah.

"Tadi, ada posmen datang dekat rumah saya. Of courselah dia nak hantar parcel takkan nak hantar jodoh pula. Lainlah kalau abang tu jodoh saya..." Belum sempat Rania menghabiskan ayat, Encik Alif telah mencelahnya.

"Tak, saya tak nak dengar pun pasal awak. Saya nak tahu kenapa awak lambat. Awak ingat ni office mak bapak awak ke? Sesuka hati je datang lambat."

Amboi, main mak bapak nampak. Tak tahu ke benda itu sensitif?

"Mulai hari ni kau dipecat! Jangan tunjuk lagi muka kau tu dekat office aku." Lantang Encik Alif menengking kepada Rania. Jarinya menolak bahu Rania kasar sehingga Rania mengundur ke belakang.

"Hei botak, aku pun ikutkan nak berhenti je awal-awal! Tapi disebabkan gaji sini lumayan, aku tak jadi. Aku punyalah ikut semua arahan kau tapi kau main pecat-pecat pulak," hambur Rania sambil memegang tangan Encik Alif. Geram di hatinya membuak-buak sekarang.

"Eh, kau keluar sekarang. Sakit tahu tak mata aku tengok muka kau tu.''

Rania merengus  kasar sebelum menolak Encik Alif sehingga terjatuh terlentang. Dia menutup pintu dengan kuat sehingga menarik perhatian rakan-rakan sekerjanya.

"Pandang apa? Buat kerjalah!" bengang Rania. Dia berjalan menuju ke mejanya lalu menghenyakkan punggung di atas kerusi.

Keluhan berat dilepaskan sebelum mengambil barang-barang kepunyaannya. Sebuah kotak yang besar diambil lalu meletakkan semua barangnya ke dalam kotak.

"Wey Nia! Apahal kau kemas macam nak berhenti ni?" tanya Mia gelabah. Aih, jangan tinggalkan dia sorang-sorang.

"Bukan aku yang nak berhenti, aku diberhentikan!" balas Rania kegeraman. Beberapa kali dia menghentak barangnya bagi melepaskan perasaan. Sakit hati!

"Why? Prestasi kau okeykan?" soal Mia pelik.

"Kau macam tak tahu botak tengah tu macam mana. Diakan anti betul dengan aku. Dia tu menyusahkan aku je. Tiap hari aku pandang kepala dia  tu, ada cahaya bersinar. Boleh silau aku!" bebel Rania geram. Ah, lantaklah dia nak kutuk ke apa. Bukan dia kerja lagi pun dekat sini.

"Alah, nanti aku tak ada member dah." Mia sudah mula tercebik-cebik nak nangis. Bebola mata Rania dijulingkan ke atas apabila mendengar kata-kata Mia.

"Ah, blah kau. Kita housemates tau, apa yang tak jumpanya," sindir Rania. Selesai sahaja menyimpan barangnya, dia mengangkat kotak itu lalu mengorak langkah menuju ke pintu keluar. Sempat Rania memesankan sesuatu perkara kepada Mia.

"Nanti kau cakap kat botak tu, suruh dia pakai rambut palsu. Jangan menyusahkan orang untuk tutup mata setiap kali pandang dia. Thank you, Mia!"









































SENYUMAN tidak lekang di bibir Izyan saat itu. Fikirannya asyik terfikir tentang perempuan yang gelabah tadi. Alahai, comel betul perangai.

''Woi, minumlah. Kau termenung apa?" tegur Syamil sambil menyuapkan makanan yang dipesannya ke dalam mulut. Izyan hanya mengganguk-angguk kepala sambil menyedut air milonya.

"Tak menyusahkan pakai mask sambil minum? Tak panas ek?" tanya Syamil ingin tahu. Sesak pula tengok Izyan minum sambil menyelak mask itu. Apa yang ingin disorokkan daripada orang ramai pun Syamil tak tahu.

"Okay je," balas Izyan. Syamil hanya mengangkat kedua belah bahu sebelum menyambung kembali makan. Malas nak berbalah lagi.

''Tadikan, aku..." Ayat Izyan tergantung buat seketika waktu. Syamil berhenti daripada meneruskan makan bagi menunggu Izyan menyambung kembali kata-katanya.

"Tak ada apalah."

"Bodohnya perangai."





























TBC

Teruskan menyokong AAP! 🥰

| read, vote and comments❤️ |

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro