Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

47.0 : Persediaan Terakhir

"ASSALAMUALAIKUM, ibu. Ibu sihat?" Nora Yuhanis akhirnya berjaya menghubungi ibunya, Aunty Anne menerusi alat komunikasi talian radar Roosevelt. Kali ini dia tidak pasti samada ini adalah perhubungan terakhir dia bersama ibunya di bumi ataupun masih ada peluang lagi untuk berkomunikasi.

"Waalaikum salam, Nora. Alhamdulillah, ibu sihat. Ibu baru lepas kena suntik hehe..," nada suara Aunty Anne kelihatan cukup teruja apabila dapat mendengarkan suara satu-satunya anak perempuan kesayangannya. Namun, sekali-sekala kedengaran sedikit gundah gulana pada nada suaranya,

"Suntik? Ibu kena suntik untuk apa tu?" Nora Yuhanis kelihatan agak terkejut dengan kata-kata ibunya.

"Ibu suntik untuk masuk Bunker. Katanya suntikan ni wajib. Siapa yang tolak atau tak nak terima suntikan daripada kerajaan depa tak bagi masuk Bunker," Aunty Anne bercerita dengan bersungguh-sungguh.

Nora Yuhanis nyata terkejut dengan kenyataan ibunya. Dia langsung tidak menyangka yang perkara ini berlaku sejauh ini. Namun, mahu tidak mahu, mereka semua perlu menerima kenyataan.

"Lepas ibu amik suntikan tu, ada rasa apa-apa yang pelik tak?" Nora Yuhanis menyoal siasat ibunya.

Ibunya menjawab, "takde laa pulak benda pelik-pelik yang ibu rasa. Cuma ada laa pening-pening sikit lepas sejam setengah kena suntik. Lepas tu dah okay. Oh, ya. Depa ada bagi satu buku laporan untuk catat apa yang badan ibu rasa setiap beberapa jam. Renyah jugalah kena pasang alarm. Nasib doktor tu yang tolong ibu."

"Oh, iya ka. Ibu bila dijangka akan masuk Bunker tu?" Nora Yuhanis kelihatan agak bimbang dengan keselamatan ibunya.

"Insya-Allah van kerajaan akan amik ibu dalam hari lusa macam tu. Ibu pun dah siap-siap kemas segala mak nenek baju dengan peralatan penting. Nora jangan risau, okay?" Aunty Anne memberikan jaminan kepada Nora Yuhanis akan keselamatannya.

"Ibu, Nora tak pasti lagi bila Nora dapat contact ibu. Nora nak minta ampun dan maaf siap-siap dengan ibu. Kerana Noralah, semua ini berlaku. Nora takkan dapat maafkan diri Nora sampai bila-bila dengan segala benda yang dah berlaku. Nora dah buat silap. Nora harap, walaupun mustahil untuk kita berjumpa lagi, tapi kasih sayang Nora kat ibu tak pernah berubah. Nora sayang ibu sangat-sangat," airmata Nora Yuhanis perlahan-lahan mengalir ke pipinya. Dia cukup sebak apalagi mengenangkan sudah tidak dapat bertemu dengan satu-satunya ibu kesayangan.

"Nora, jangan cakap macam tu, nak. Nora tak salah. Ini semua dah tertulis dalam takdir, tiada sesiapa yang dapat menghalang. Kita sebagai hamba Allah, cuma dapat berdoa dan terus berdoa agar segalanya baik-baik sahaja. Ibu faham, Insya-Allah ibu maafkan segala kesalahan Nora, ibu halalkan air susu yang mengalir dalam darah Nora. Nora jangan risau, ibu tetap bangga dengan satu-satunya anak ibu ni. Walaupun kita berjauhan dan tak dapat dengar suara Nora lagi nanti, doa ibu tetap akan ada bersama-sama dengan Nora. Insya-Allah, doa ibu tiada hijab. Anak ibu jangan nangis-nangis yer," nada suara Aunty Anne kelihatan sedikit sebak namun dia dapat mengawal intonasinya.

"Baiklah ibu. Nora akan pegang kesemua nasihat-nasihat ibu."

Kedua-dua beranak itu pun mengakhiri telekomunikasi jarak jauh tersebut dengan bunyi desingan yang kuat apabila radar Roosevelt itu kehilangan liputannya, seakan-akan bunyi frekuensi radio yang kehilangan siarannya.

Kebetulan, Kapten Daeng Mustakim berada berdekatan dengan Nora Yuhanis yang baru sahaja terputus hubungan komunikasi dengan ibunnya.

"Kapten Daeng, betulkah setiap daripada mereka yang akan ke pusat pemindahan akan disuntik vaksin?" Nora Yuhanis melontarkan pertanyaan kepada Kapten Daeng Mustakim.

Kapten Daeng Mustakim yang sedang mencatat sesuatu di bahagian meja mesyuarat hanya menguntumkan senyuman kepada orang Nora Yuhanis. Dia meletakkan cermin matanya diatas meja sambil menganggukkan kepala.

"Tapi, kenapa Kapten? Bukankah cukup sahaja dengan sapuan cecair antiseptik?" Nora Yuhanis semakin tidak berpuas hati dengan reaksi yang ditunjukkan oleh Kapten Daeng Mustakim.

"Nora, ini bukanlah satu misi yang biasa-biasa. Kita bukan bercerita untuk membawa beberapa orang pelawat. Kita sedang bercerita untuk meneruskan kehidupan di sini, di kapal angkasa ini. Jadi, vaksin adalah sesuatu yang cukup penting." Kapten Daeng Mustakim hanya mengerlingkan sahaja anak matanya ke arah Nora Yuhanis.

"Tapi... Tapi takde vaksin pun sebelum kita berlepas dahulu?" Nora Yuhanis seakan-akan tidak berpuas hati.

"Nora, dengar sini. Once dieorang dah sampai, kita juga akan di vaksin supaya stesen angkasa ini akan mencari herd immunity. Don't worry, okay? One more thing, please jangan cerita apa-apa berkaitan perkara ini dengan kru lain. Saya takut awak akan sebabkan panik dan ketakutan. Don't worry, okay? Vaksin tu selamat dan berkesan. Everyone will get their doses." Kapten Daeng Mustakim menyambung kembali telaahnya di meja mesyuarat itu

Nora Yuhanis berlalu pergi meninggalkan Kapten Daeng Mustakim yang berseorangan di meja mesyuarat berkenaan.

***

Kesemua empat belas buah roket pengangkut jenis Orion kini sedang dalam fasa terakhir untuk dilancarkan. Roket-roket ini akan dibahagikan mengikut negeri dan akan membawa bersama beberapa kargo penting untuk dipindahkan ke stesen angkasa GEMILANG-01 kelak. Selain bahan-bahan makanan ruji dan haiwan ternakan, antara bahan-bahan penting yang dibawa bersama termasuklah sejumlah buku-buku penting oleh sasterawan negara, bahan-bahan tradisi bernilai tinggi, tangki penyulingan air serta panel-panel solar yang akan dipasang di bahagian badan stesen angkasa kelak.

Menjelang 48 jam sebelum pelancaran roket Orion yang pertama, kesemua penumpang angkasa akan dikumpulkan di sebuah hotel lima bintang berhampiran Pusat Pelancaran Subang. Mereka akan dikuarantinkan selama dua hari bagi memastikan persediaan yang cukup rapi dapat dilakukan terhadap penumpang angkasa ini. Mereka akan diberikan makanan yang berkhasiat setimpal dengan bayaran yang dikenakan, selain dipantau tahap kesihatan serta suntikan dos pertama vaksin 'Biotech-Pfitzer' akan dilakukan disini. Dos kedua pula akan diberikan seusai sahaja mereka tiba di stesen angkasa GEMILANG-01 nanti.

Selain itu, mereka juga akan melakukan beberapa ujian saringan seperti ujian calitan, ujian kemandirian serta ujian survival di pusat kuarantin berkenaan yang bertujuan sebagai latihan ringkas sekiranya apa-apa kejadian tidak diingini berlaku terhadap roket pelancar di angkasaraya kelak. Menjelang tempoh dua puluh empat jam sebelum berlepas, para penumpang angkasa akan disapu dengan cecair antiseptik berwarna kekuning-kuningan bagi menghalang sebarang hidupan bakteria bawaan bumi. Mereka turut disediakan sut angkasawan masing-masing yang telah disanitasi secara berkala. Sut itulah yang akan menjadi pakaian mereka untuk tempoh 72 jam semasa proses pelancaran, semasa proses mengorbit bumi sehinggalah semasa proses berlabuh di stesen angkasa GEMILANG-01 itu kelak.

***

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro