Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

43.0 : Menceritakan Segalanya

"ASSALAMUALAIKUM, Ibu. Ibu sihat?" suara Nora Yuhanis kelihatan terputus-putus namun masih dapat didengari oleh ibunya, Aunty Anne.

"Alhamdulillah. Ya Allah, anak ibu! Nora sihat? Nora dah makan? Ibu betul-betul rinnndu dengan anak ibu sorang ni," suara video call Aunty Anne juga tersekat-sekat.

"Alhamdulillah ibu. Nora sihat je kat sini. Nora pun rinduu kat ibu tau. Tersangat rindu. Ibu dah makan ke ni?" Nora Yuhanis tersenyum-senyum sambil melihat wajah ibunya yang terpapar pada skrin komputer itu.

"Ibu dah makan dah tadi. Ni Mak Mah dengan Aunty Parameswari, jiran taman kita tu bagi lauk tadi. Alhamdulillah. Nora bila balik ni, nak? Kalau Nora balik, ibu mesti masakkan lauk-pauk yang sedap-sedap untuk Nora tau. Nora cepat-cepat balik yer nak?" Aunty Anne kelihatan tidak sabar menunggu kepulangan Nora Yuhanis ke pangkuannya.

"Nora tak pasti lagi bila baliknya, ibu. Masih ada lagi kerja yang belum selesai kat sini. Insya-Allah, nanti kalau Nora balik, ibulah orang pertama yang Nora bagitau yer." Nora Yuhanis menyedapkan hati ibunya.

"Haa baiklah. Nora hati-hati tau kat sana. Jaga diri, jangan tinggal solat, selalu ingat pada Allah, ingat pada Rasulullah. Jangan lupa baca Al-Quran dan zikir, supaya Allah permudahkan segala urusan Nora kat sana. Ya nak?" memang telah menjadi kebiasaan, Aunty Anne akan menitipkan beberapa potong nasihat untuk anak kesayangannya, Nora Yuhanis.

"Baiklah ibu. Ibu pun jaga diri ibu tau. Kalau ada apa-apa, ibu just inform kat Nora je. Nora sayaangg ibu sesangat." Nora Yuhanis hanya mampu meluahkan kerinduan kepada ibunya di angin lalu.

"Baiklah Nora. Apa-apa ibu bagitahu kat Nora yer. Okay lah. Ibu pun nak masak ni. Nora jaga diri yer. Assalamualaikum." suara Aunty Anne kemudiannya hilang dicelahan kepekatan kegelapan orbit.

"Wa alaikum salam."

***

"Guys, tengok berita ni," Azfar Faiq yang sedang melayari berita secara atas talian menunjukkan kepada kru keratan paparan berita yang dimuat turut.

"Oh my..," Nora Yuhanis serta kru-kru stesen angkasa GEMILANG-01 yang ketika itu sedang bersembang dengan cukup terkejut dengan paparan berita yang disampaikan.

Berita itu menyatakan bahawa tragedi kehilangan manusia secara misteri telah melarat ke beberapa benua Amerika Utara, Eropah, Amerika Selatan, Asia, Australia serta benua Antartika tidak sampai tempoh seminggu yang dijangka oleh organisasi kesihatan sedunia. Serangan makhluk yang tidak nampak ini dijangka akan semakin memburuk sekiranya tiada langkah drastik yang di ambil olah kesatuan dunia dalam menyelamatkan tamadun manusia.

"Nora, Josephine masih tak faham la. Makhluk ni sebenarnya apa yer?" ujar Josephine Imulok Yondina dengan sedikit loghat Sabah nya.

Nora Yuhanis mulai tertunduk. Dia seakan-akan mula dirundung rasa bersalah. Airmatanya tiba-tiba mengalir. Mungkin inilah masanya dia menceritakan segala-galanya kepada rakan-rakan seperjuangannya.

"Sebenarnya, Nora lah yang jadi punca semua ni. Nora lah yang triggered makhluk tu untuk 'bangun'. Tapi Nora tak tahu. Nora cuma ikut modul yang ROSCOSMOS dengan NASA tu bagi..," Nora Yuhanis kelihatan sebak apabila memulakan bicara.

"Shh... Shh... Nora tak salah, okay? Nora dah buat kerja Nora. Benda nak jadi kan?" Josephine Imulok Yondina menenangkan Dr. Nora Yuhanis yang sedang sugul itu.

"Pagi tu. Nora nak buat eksperimen pasal bakteria Helicobacter Pylori dengan Acnetobacter kat luar ISS. So, Nora pun pakailah sut angkasawan Orlan, sebab nak buat Extravehicular Activity kan..." Nora Yuhanis memulakan ceritanya. Kesemua kru-kru yang lain mendengar dengan khusyuk.

"So, ada laa Commander Andes Shkaplerov yang tunggu Nora dari bahagian pintu makmal tu. Sebab yelaa, kalau ada apa-apa dia yang akan tolong kan. Nora pun dedahkan lah sampel tu like around 10 minutes kat luar tu. That what SOP experiment from NASA and ROSCOSMOS kan. Kompartmen makmal tu pulak jenis boleh bukak ke luar kan..," Nora Yuhanis yang sudah tidak sugul itu bercerita dengan sungguh galak dihadapan rakan-rakannya itu.

"Eh jap. Kan ada sorang Komander yang tunggu Nora kat bahagian luar pintu makmal kan? Dia dari Rusia kan?" Azfar Faiq tiba-tiba memotong proses penceritaan Nora Yuhanis.

"A'ah. Kenapa kalau dia dari Rusia pun, Azfar?" Nora Yuhanis tiba-tiba terkejut apabila Azfar Faiq cuba mengaitkan dengan negara.

"Yelah. You know what i means," Azfar Faiq seolah-olah memberikan hint.

"Sabotaj? Ishh takkanlah kau ni, Azfar. Cerita Nora pun kita belum habis dengar lagi ni bah," Josephine Imulok Yondina sama sekali tidak mempercayai ada elemen sabotaj pada penceritaan Nora Yuhanis.

"Rasanya takde la elemen sabotaj tu pulak, sebab pintu tu tertutup rapat, dah laa berat. Cuma boleh dibuka oleh Kapten dari Control Center. Dia tunggu kat situ je in case if anything happens to me, dialah first respondent yang akan tolong," Nora Yuhanis menjelaskan mengapa Komander Andes Shkaplerov berada di sebalik pintu di bahagian luar makmal berkenaan.

"So, after that. Nora letak laa sampel tu sebelah bunsen burner. And, keluar dari lab tu untuk bukak sut Orlan tu." ujar Nora Yuhanis seperti sebuah post mortem lagaknya.

"Habis, bunsen burner tu menyala tak masa Nora letak sampel kat sebelah dia tu?" Josephine Imulok Yondina menyoal kembali Nora Yuhanis.

"Ermm... Rasanya tak menyala. Tapi Nora ada perasan yang wire tu still attached dengan gas kat atas tu, " Nora Yuhanis mengenang kembali momen-momen terakhir sebelum dia keluar daripada makmal Columbus terbabit.

"Ouh yeke. Hurm... Ada kemungkinan tak yang sampel tu dah tercemar sebab dia dah tercampur dengan kebocoran gas metana daripada bunsen burner tu?" Azfar Faiq menyuarakan pendapatnya.

"Hurm.... Boleh jadi. Tapi, based on early report yang WHO tu bagitahu, makhluk tu terjadi hasil mutasi antara bakteria Helicobacter Pylori, Acnetobacter dengan satu bakteria 'luar galaksi'. Mutasi berlaku sebab aku kan dah dedahkan sampel tu dekat luar ISS, which is radiation emitted tu mesti lagi tinggi kan berbanding kalau buat eksperimen kat dalam makmal," Nora Yuhanis menerangkan dengan panjang lebar.

"Bakteria 'luar galaksi'?" masing-masing berpandangan sambil wajah mereka seakan-akan terkejut.

"Kenapa korang terkejut? Yup, bakteria 'luar galaksi'. Sebab NASA ada bagitahu yang dieorang jumpa sejenis bakteria luar galaksi yang melekat pada badan ISS tu beberapa bulan yang lalu. Tapi kajian ni macam rahsia internal laa, takde kecoh-kecoh pun," Nora Yuhanis sempat menunjukkan laporan-laporan daripada NASA.

"Bakteria luar galaksi? Dia macam makhluk asing ke, Nora?" tiba-tiba Samoi Rasal menyampuk daripada bahagian belakang.

"Yang tu Nora tak pasti. Tapi kemungkinan tu, ya," ujar Nora Yuhanis lagi.

"So, lepas tu?" Josephine Imulok Yondina sudah tidak sabar untuk menantikan penyambungan cerita Nora Yuhanis.

"Lepas tu, Nora ada laa dengar bunyi dentuman, macam bunyi letupan kecik. Bergegar laa juga bahagian luar makmal tu. Time tu Nora baru nak salin baju. Dan-dan laa time tu nampak makhluk tu tengah terapung-apung kat dalam lab tu. Memang trauma la," Nora Yuhanis menutup matanya apabila membayangkan makhluk berkenaan.

"Rupa dia macam mana, Nora?" tiba-tiba Kapten Daeng Mustakim pula menyampuk.

"Korang pernah tengok tak jeli yang lembik-lembik tu tak? Yang macam nata-de-cocoa tapi warna dia agak kelabu-kelabu sembam lutsinar. Dia takde mata, takde mulut, macam amoeba la lebih kurang, tapi dia cara dia tangkap mangsa dia dengan mengepung mangsa dia dengan menggunakan badan dia yang macam jeli tu," cerita Nora Yuhanis sambil membayangkan detik permulaan melihat makhluk Awanama berkenaan.

***

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro