Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

4.0 : Permohonan

SEUSAI sahaja Dr. Nora Yuhanis pulang ke rumahnya sekitar jam 5.30 petang, beliau terus sahaja membuka Macbook Air Pro Max nya untuk melayari laman sesawang rasmi Program Angkasawan ke-2 negara. Akhirnya, dia menemui sebuah poster, seperti yang ditunjukkan oleh Nurse Orkid pada lewat pagi tadi. Selain itu, terdapat borang permohonan daripada Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) yang kini berada dibawah Pelan Tindakan Agensi Angkasa Lepas Nasional dengan borang permohonan terbabit telah dimuat turun lebih 10,000 permohonan  pada waktu itu.

     Lalu, dia memanggil ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur dengan penuh keterujaan.

     "Ibu.. Ibu... Lihat ni. Permohonan untuk menjadi angkasawan negara sudah dibuka. Apa pendapat ibu?"

     Aunty Anne yang sedari tadi sedang sibuk berada di bahagian dapur terus menerpa laju ke arah Nora Yuhanis apabila dipanggil anak tunggalnya itu. Aunty Anne hanya tersenyum setelah melihat poster dan borang permohonan yang terpampang di hadapan peranti berjenama Apple terbabit bersama riak wajah keterujaan anak tunggalnya itu. Gambar-gambar poster itu telah ditunjukkan oleh anak perempuan kesayangannya itu satu persatu. Lalu, dia mengusap lembut bahagian ubun-ubun Nora Yuhanis sambil mengangguk-angguk tanda bersetuju.

     "Pergilah nak. Pergilah kejar cita-citamu ini. Ibu merestui segala apa yang engkau impikan selama ini. Usiamu muda lagi, cubalah mohon, manalah tahu ada rezekimu disini. Ibu akan tetap mendoakan semoga impianmu tercapai suatu hari nanti." ujar Aunty Anne dengan sedikit loghat hokkien-nya sambil tersenyum.

     "Tapi... Tapi... Nanti ibu pasti keseorangan kelak ketika ketiadaanku." Nora Yuhanis menyambut tangan ibunya lalu digenggamkan seeratnya dan diletakkan di bahagian organ jantungnya.

     "Nora, cubalah. Peluang ni datang sekali seumur hidup, entah bila lagi kamu boleh dapat peluang macam ni kalau tidak sekaranglah masanya. Bilakah lagi kamu mahu membanggakan ibu dan keluarga kecil kita ini jika tidak sekaranglah waktunya? Usah bimbangkan ibu. Ibu boleh jaga diri ibu. Jiran-jiran kita juga ada untuk tengok-tengokkan ibu. Kalau kamu rindu, boleh saja kamu facetime ibu. Takde masalah bukan?" Aunty Anne mengelus-elus rambut ikal mayang Nora Yuhanis.

     Air mata Nora Yuhanis hampir berguguran namun tetap diempang sehabis baik apabila memikirkan nasib ibunya nanti, namun, benar kata ibunya. Peluang keemasan ini hanyalah datang sekali dalam seumur hidupnya. Entah bila lagi kerajaan akan membuka peluang begini dengan keadaan ekonomi semasa yang tidak menentu ini.

     "Cubalah nak. Ibu restui andai engkau terpilih untuk program ini. Gapailah cita-citamu ini, nak. Jika kau bahagia, bahagialah hati ibu. Cubalah," Aunty Anne bersungguh-sungguh mahukan Nora Yuhanis untuk mengisi borang permohonan terbabit.

     "Baiklah ibu. Nora isi borang permohonan sekarang juga. Insya-Allah, ada rezeki, adalah peluang ke Rusia, ibu. Nanti Nora bawa ibu jalan-jalan ke Moscow ya," Nora Yuhanis hanya tersengih-sengih manja dengan ibunya.

     "Macam tu laa anak ibu. Saaayanggg Nora. Dah cepat isi, ibu duduk kat sebelah," Aunty Anne mengusap-usap kepala satu-satunya anak kesayangannya itu.

     Dada Dr. Nora Yuhanis berdebar-debar ketika mengisi borang permohonan terbabit. Ibunya yang duduk di sebelahnya tetap memberikan sokongan padu yang tidak berbelah bahagi kepadanya. Papan kekunci Macbook Air Pro Max ditaip satu persatu. Semasa menaip, seakan ada satu perasaan aneh yang tiba-tiba muncul dan menerpa di dalam hati Nora. Perasaan yang bercampur antara terharu, sedih, teruja dan berdebar-debar. Perasaan keterujaan yang tinggi dalam mengapai cita-cita nan sejati demi melengkapkan kepuasan diri dalam berbakti kepada masyarakat, agama dan negara.

***

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro