38.0 : Sesuatu Yang Mengejutkan
PESAWAT pengangkut 'Shenzhou' akhirnya tiba di stesen angkasa 'YOUSHÉNG' milik negara tembok besar, China setelah mengharungi perjalanan selama setengah jam. Dapat dilihat, stesen angkasa 'YOUSHÉNG' tersegam indah lagi masyhur. Daripada bahagian luar, stesen angkasa berkenaan berbentuk 'Five-starred Red Flag' yang mana ianya mengambil inspirasi daripada rekabentuk bintang yang ada pada bendera republik berkenaan. Kompartmen utama adalah bahagian bintang yang paling besar diikuti empat lagi bintang di bahagian belakang. Bintang utama dibahagian hadapan mewakili lobi utama yang menempatkan pusat kendalian stesen, pusat kawalan, ruang rehat untuk angkasawan, gimnasium dan juga beberapa ruang kerja termasuklah makmal 'Tiangong' iaitu ruang makmal paling utama.
Empat bintang kecil dibahagian belakang pula mewakili sistem penujah yang berfungsi sebagai pemacu pergerakan stesen angkasa berkenaan supaya dapat menerawang ke angkasaraya dengan lebih stabil. Didalam kompartmen enjin penujah juga, terdapat juga beberapa pembahagian ruang lain, antaranya adalah ruang pertanian, ruangan dapur, ruangan tandas dan juga ruangan bilik tangki yang membekalkan oksigen. Terdapat modul-modul berupa kaca panel solar aeroangkasa-lutsinar berteknologi tinggi yang menghubungkan antara kompartmen utama di bahagian bintang paling besar dengan empat kompartmen yang lebih kecil sedikit. Kaca panel solar aeroangkasa-lutsinar ini juga berperanan sebagai penyerap haba, bahan penukar (converter) untuk cahaya matahari kepada tenaga elektrik dan berkebolehan sebagai pelindung dan kalis terhadap sinaran radiasi kerana diperbuat daripada bahan yang mempunyai unsur plumbum.
Stesen angkasa YOUSHÉNG ini boleh dikenali daripada jauh dengan satu tulisan besar 'YOUSHÉNG' pada bahagian badannya. Pada bahagian badannya juga lengkap dengan lukisan cat bendera negara China dan juga satu tulisan bahasa Cina yang tidak difahami. Secara keseluruhannya, stesen ini mempunyai keluasan sebesar 65 meter lebar dan 76 meter panjang dengan berat mencecah 560 tan. Beberapa buah robot pembersih yang dilengkapi dengan teknologi kecerdasan pintar (AI) dilihat sedang membersihkan bahagian lantai dan cermin stesen angkasa terbabit. Robot pembersih AI berkenaan dicipta oleh syarikat Xiaomi yang berpengkalan di China.
Ketika pesawat pengangkut 'Shenzhou' sampai sahaja di stesen angkasa YOUSHÉNG, kru-kru ISS perlu melalui proses sanitasi dan mereka di lumurkan dengan sejenis cecair antiseptik terlebih dahulu. Beberapa helai pakaian khas berwarna kelabu cerah dihulurkan oleh Kapten Wang Lei Wei kepada ketujuh-tujuh kru yang terbabit. Pakaian terbabit menggunakan fabrik sutera aeroangkasa berteknologi tinggi dan juga terasa amat ringan apabila digayakan. Jika di ISS dahulu mereka perlu terapung-apung untuk ke mana-mana, kini di stesen angkasa YOUSHÉNG ini kru-kru ISS sudah tidak perlu terapung-apung lagi. Ini kerana kadar tekanan, graviti dan juga tahap oksigen telah diselaraskan dengan situasi yang ada dibumi.
Seusai sahaja mereka masuk ke dalam stesen angkasa YOUSHÉNG, mereka disambut oleh barisan kru-kru utama dengan penuh tertib dan mesra. Kapten Wang Lei Wei membawa kesemua kru ISS ke lobi utama YOUSHÉNG dan juga ruangan rehat beserta tempat tidur mereka untuk sementara waktu. Paparan skrin pada stesen angkasa berkenaan amat canggih dan terkini. Ia turut memaparkan kesemua stesen-stesen angkasa yang sedang mengorbit bumi termasuklah stesen GEMILANG-01, kedudukan satelit dan juga keberadaan sampah-sampah angkasa. Selain itu, paparan berkenaan boleh mencerap aktiviti letupan supernova di luar galaksi, kadar penerimaan sinar radiasi oleh stesen angkasa berkenaan, aktiviti ribut magnetik dan juga keadaan cuaca di seluruh dunia secara masa nyata.
***
Ketika Kapten Wang Lei Wei sedang membawa kru-kru ISS ke sekitar stesen angkasa terbabit, seorang kru wanita datang mendekati Kapten Wang.
"Pardon me, Captain. I have something to tell you." seorang kru wanita dengan tag nama 'Lian' mendekati Kapten Wang Lei Wei sambil berbisik perlahan ke kuping telinga kapten berkenaan, seakan-akan ada maklumat baru yang ingin disampaikan.
Kapten Wang Lei Wei kembali ke kumpulan kru ISS dengan riak wajah yang berubah sedikit. Matanya memandang tepat ke arah wajah Kapten Viktor Yuskov. Ada sedikit nada kerisauan yang terpancar daripada riak mukanya.
"All ISS crew members, i have something to show you. Something urgent. Please follow me," Kapten Wang Lei Wei membawa kru-kru ISS ke lobi utama. Di lobi utama, terdapat beberapa paparan skrin dan juga beberapa keratan berita atas talian.
"Captain Viktor Yuskov and all ISS crew members, we've received a message from ROSCOSMOS. Here the message that they sent to us," Kapten Wang Lei Wei menunjukkan ke arah paparan skrin komputer.
"Lian, please open the message," kesemua kru berdebar-debar menantikan mesej yang dihantar oleh agensi ROSCOSMOS berkenaan. Mesej berkenaan mengandungi satu ulasan yang panjang beserta rakaman litar tertutup di ISS, gambar-gambar satelit radar di Kinshasa dan juga video amatur yang sempat dimuatkan naik oleh pengguna yang berada di tempat kejadian.
"Dear all. We've received your message from Shenzhou carrier aerocraft. We believe that now, all of you are safely arrived at YOUSHÉNG Space Station. On behalf of Russian government and ROSCOSMOS Agency, we would like to wish thank you so much especially to Republic of China government and China National Space Agecy (CNSA) for helping us during these difficult time. We sincerely appreciate your help.
For ISS crew members, we're really sorry not to hear your problem since from the very beginning. For your information, the ISS space station crashed at one village nearby city of Kinshasa, Democratic Republic of Congo. In addition to this tragedy, this is sad to inform you all that all the villagers is dissapear from that village, forever. The villagers not dissapear because of the impact of the ISS station to the surface, but they mysteriously dissapear after one hour the ISS station crashed landing on the surface nearby their village.
We still figuring out what actually happened to the villagers, but we're very sure that this deadly creature that you, Captain Viktor Yuskov mentioned earlier in the emergency message is now officially on earth surface. It's survive during the explosion at earth atmosphere. I've inform to both of President of United States (POTUS) and the President of Russian Federation about this situation. We've also informed World Health Organization (WHO) to draft some evacuation plans and to determine the risk plan for this creature. They will do some research study based on the recording video from ISS before it crashed and temperature radar camera from nearby satellite at Kinshasa, Democratic Republic of Congo.
For ISS crew members, your're now allowed to contact your countries space station. Please don't blame yourself for what actually happened right here. Maybe you need some consent period. Stay safe.
Thank you.
Regards,
Dimitri Yaguzalez
Commander of Russian States Corporation of Space, ROSCOSMOS "
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro