Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

36.0 : Panik, Genting dan Ketakutan

KESEMUA kru-kru stesen ISS berkumpul di ruang legar utama. Keadaan ketika ini teramat genting di ISS. Dr. Nora Yuhanis yang sedang mengigil ketakutan di tenteramkan oleh Oliva Anastasia. Kapten Viktor Yuskov pula sedang memerhatikan keadaan Makmal Columbus. Dia memerhatikan keadaan makmal berkenaan melalui paparan skrin yang terpasang kamera litar tertutup dan disiarkan secara langsung daripada bahagian kompartmen Makmal Columbus. Flight attendant Marie Claire pula sedang berusaha menyiarkan isyarat kecemasan kepada stesen angkasa yang berada berdekatan dengan ISS manakala Komander Andes Shkaplerov pula sedang memeriksa laluan ISS.

"I'm... so... sorry," Nora Yuhanis masih terperanjat dengan apa yang dilihatnya sebentar tadi. Dia mengigil sambil termenung jauh. Dahinya berpeluh-peluh.

"Nora, you didn't do anything wrong. It's just an accident. Just relax, take easy. Take a deep breath. Everything will be okay. Maybe it just your hallucination. We don't know what is that. Don't worry, Okay?" Olivia Anastasia memeluk Nora Yuhanis yang sedang terduduk itu. Dia mententeramkan angkasawan Malaysia itu dengan longhat Rusia yang sedikit pekat.

"I see.... I see with my eyes that the creature... It can eat aerospace glass." Nora Yuhanis menundukkan wajahnya ke bawah. Air matanya mengalir perlahan-lahan membasahi pipi.

Olivia Anastasia mengambil baju sejuk, lalu di selimutkan Dr. Nora Yuhanis supaya dia dapat bertenang. Olivia kemudian menepuk-nepuk bahu Nora Yuhanis untuk memberikan ketenangan kepada angkasawan Malaysia itu.

"It's okay.... It's okay.... Everything gonna be alright. Trust me..." Olivia Anastasia menenangkan keadaan.

Lampu kecemasan merah masih menyala dan berputar di seluruh stesen angkasa ISS terbabit. Manakala bunyi dentuman yang kuat terus kedengaran disusuli bunyi penyahtekanan (depressurization) di bahagian deck bawah stesen ISS berkenaan. Bunyi berkenaan seakan-akan seperti sesuatu yang besar sedang menyiat-nyiat stesen ISS berkenaan. Dalam pada itu, terdapat penurunan mendadak kadar kelajuan pecutan stesen ISS. Ditafsirkan, sebanyak 5 peratus kelajuan pecutan telah hilang berbanding kelajuan asal stesen ISS dalam tempoh sejam ini. Kadar ketinggian altitud bagi kedudukan stesen ISS juga telah menunjukkan penurunan yang ketara iaitu pada skala 2 hingga 3 peratus dalam tempoh sejam, tepat selepas minit pertama kejadian letupan yang dilaporkan oleh Nora Yuhanis. Kemungkinan terdapat satu bebanan tambahan yang telah mengurangkan daya pergerakan dan juga menurunkan ukuran ketinggian altitud bagi stesen angkasa berkenaan.

"Attention ISS Crew Spaceship. Columbus Laboratory, 20 percent oxygen remaining. Attention. Columbus Laboratory, 18 percent oxygen remaining." suara amaran AI yang memberikan peringatan tentang kadar kehilangan oksigen sedang berlaku di bahagian bawah dok kompartmen bahagian Makmal Columbus.

Satu notifikasi masuk ke dalam papan skrin komputer ISS. Notifikasi itu datangnya daripada agensi ROSCOSMOS dan NASA yang berpusat di Baikonur Cosmodrome yang menginginkan mereka membuat satu laporan lengkap berkenaan kejadian yang sedang berlaku di stesen berkenaan.

"Report? What report? We're dying here!" Kapten Viktor Yuskov membebel sendirian.

Kemudian, satu lagi notifikasi muncul pula. Kali ini adalah balasan kepada mesej kecemasan yang di hantar secara rawak. Mesej berkenaan datangnya daripada stesen angkasa 'ELIZABETH' milik Great Britain. Mesej itu berbunyi :

"Dear ISS crew,
This is ELIZABETH Space Station.
The distance between ELIZABETH and ISS are 147.5 km.
We've manage to receive your emergency message, 25 minutes ago.
In addition, we also continue to monitoring your unusual activities regarding on the station's acceleration and also the optimum height. Please contact us if you need help A.S.A.P.
Cheers,
Captain Charles Darwin."

"Cheers? Are you insane? We can't cheers at this moment." sekali lagi, Kapten Viktor Yuskov membebel dengan nada yang agak kasar mengenai satu per satu mesej yang diterimanya. Memang sudah gayanya begitu.

Satu lagi notifikasi masuk ke dalam paparan skrin komputer ISS. Kali ini merupakan mesej yang datangnya daripada stesen angkasa milik China, 'YOUSHÉNG'. Mereka berjaya menerima mesej kecemasan berkenaan.

"Dear ISS crew members,
Based on the emergency message that we've receive earlier, we understand that the International Space Station (ISS) is under attack.
Currently, we're 325.7 kilometer from your location.
If possible, we'll send a rescue team to your premise.
Regards,
Captain Wang Lei Wei"

"Under attack? We're not under attack!" Kapten Viktor Yuskov sudah tidak dapat menahan kemarahannya dan berlalu pergi meninggalkan paparan skrin komputer ISS berkenaan.

***

"Attention ISS Crew member. Destiny Laboratory, 50 percent oxygen remaining. Attention ISS Crew spaceship. Harmony Laboratory Modul, 45 percent oxygen remaining. Attention to ISS Crew member. Tranquility Modul, 65 percent oxygen."

"ISS Spaceship now at 370 kilometer altitude. Dangerous level at 120 kilometer from surface."

Satu jam setengah sudah berlalu, namun, masih tidak ada apa-apa bayangan pelan kecemasan mahupun pelan kontigensi yang di hantar oleh agensi ROSCOSMOS mahupun pihak NASA dari bumi. Secara fizikal, mereka dapat merasakan arah pergerakan stesen angkasa ISS semakin menjunam ke arah permukaan bumi namun pada kelajuan yang stabil dan perlahan-lahan. Tidak ada apa yang dapat dilakukan oleh kru-kru lain selain berdoa mengikut agama dan kepercayaan masing-masing disatu sudut lantai lobi ISS berkenaan kerana alat booster ataupun penujah yang berada pada bahagian deck bawah juga telah rosak. Jika kedudukan mereka semua mencecah ke altitud 120 kilometer daripada paras permukaan bumi, mereka semua akan mengalami masalah besar.

Paras 120 kilometer dan ke bawah menandakan stesen ISS telah memasuki kawasan Mesosfera. Kawasan mesosfera akan membuatkan pergerakan masuk stesen ISS menjadi 'freefall' dan kemungkinan akan meletup pada ketinggian ini. Letupan ini diakibatkan oleh pergeseran antara bahan-bahan kerosene yang ada di dalam tangki minyak ISS dengan lapisan Mesosfera. Pergeseran ini akan mencetuskan tenaga haba lalu meletupkan keseluruhan stesen berkenaan.

Tiba-tiba, dapat dilihat beberapa objek berlampu terang sedang terapung-apung dari bahagian luar stesen ISS berkenaan. Melalui tingkap kaca aeroangkasa lutsinar daripada bahagian dalam, mereka dapat melihat bendera negara China pada bahagian badan objek berkenaan. Kesemua kru-kru ISS yang pada awalnya tadi seperti sudah hilang punca, menyerah kalah pada nasib dan sudah tiada semangat mahu meneruskan hidup, mereka berdiri dan menjenguk ke arah tingkap berkaca berkenaan. Objek terapung tersebut adalah kapal angkasa pengangkut yang bernama 'Shenzhou'. Pesawat pengangkut 'Shenzhou' datang ke ISS dalam misi penyelamatan anak kapal kru stesen ISS.

"Okay. Listen here. This is our last chance and hope. Please wear your astronaut suit. I'll open this door once all of us wear our suit and prepare to jump. We'll jump to that spaceship. I know this is risky, but it's only our hope. There no other things that we can do right now. If we wait here, i can't assure your safety and life. When i say jump, you all must jump." Kapten Viktor Yuskov memberi kata-kata terakhir, manakala Komander Andes Shkaplerov mengedarkan sut-sut angkasawan kepada kesemua kru termasuklah Dr. Nora Yuhanis.

Seusai sahaja mereka selesai memakai sut angkasawan tersebut, pintu dok kompartmen bagi bahagian lobi utama ISS dibuka, serta mendedahkan keseluruhan ISS kepada graviti dan oksigen sifat.

"Attention. Depressurization beginning. Emergency landing is required. Oxygen level, 10 percent Oxygen level 5 percent....." suara amaran daripada suara kecerdasan pintar terus berkumandang di seluruh stesen ISS.

"AND NOW, JUMP!!!" Kapten Viktor Yuskov memberi arahan supaya kesemua mereka terjun daripada stesen ISS terbabit.

***

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro